Ads 468x60px

Monday, June 8, 2015

Ramadhan Yang DiNanti (Bab 7ii)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang




Gara-gara terpandang Emma tengah duduk di taman permainan taman perumahan mereka, Ziyad sanggup singgah ke situ selepas balik ke rumah sewanya. Penat seharian dari kuliah ditolak tepi.

Beg kertas yang dibawa pulang dari rumah keluarga dihulur pada Emma yang sedang duduk bersendirian.

"Apa ni?" soal Emma pelik bila Ziyad menghulurkan beg kertas itu usai mengucap salam kepadanya.

"Untuk awak..." bila huluran tidak disambut, Ziyad meletakkannya di sebelah Emma.

"Hari tu awak dah belanja makanan, ni ada hadiah lagi. Maaf saya tak boleh terima. Nanti termakan budi" dan saya tak nak bayar dengan body! sambung Emma dalam hati.

"Takpe rezeki awak. Memandangkan tak lama lagi nak ramadhan, harap awak sudi pakai hadiah ni nanti" ucap Ziyad tenang sambil terus berdiri memandang ke arah sekumpulan kanak-kanak yang riang berbuai di taman itu.

"Kecantikan seorang perempuan, lebih elok disimpan untuk lelaki yang halal untuk dia..." luah Ziyad. Matanya masih memandang ke arah kanak-kanak di depan mereka. 


Emma diam. Bukan dia tak tahu hal aurat, bertudung itu semua. Cuma entahlah. Belum terbuka hati mungkin.

"Tak pernah orang tegur. Awaklah yang pertama. Terima kasih" Emma menerima teguran itu dengan hati lapang.

"Sama-sama"

"Awak tahu model ni? Dia chinese masuk islam ramadhan tahun lepas" Emma mengajukan soalan sambil mengajuk pada gambar cover buku yang dibacanya.
Ziyad menoleh memandang buku di tangan Emma.

"Tau gitu-gitu je. Kenapa?"

"Dia dah kahwin dua hari lepas. Dengan lelaki melayu doktor phD, pakar Nano" topik spontan sebenarnya.

"Baguslah"

"Awak ada perancangan nak kahwin masa belajar tak? Dalam setahun dua ni" soalan yang diajukan Emma disambut dengan kerutan di dahi Ziyad.

"Kenapa tanya? Awak nak kahwin dengan saya ke?" soalan dibalas dengan soalan.

Emma rasa kejung tubuh serta-merta. Soalan cepumas begitu yang diaju dari si teruna yang memang dia sudah terpaut hati sejak kes diragut tempoh hari. Wajahnya panas dan jantung berdetak laju.

"Are you proposing me?" Emma memberanikan diri menatap wajah Ziyad. Ingin tahu reaksi.

"Ha?" Ziyad pula tercengang. Dia main luah je tadi soalan tu. Dan selepas terlafaz baru perasan makna soalannya. Rasa terjerut leher dengan ucapan sendiri. Adus!

"Aaa er...Taklah. Saya tak mampu nak pinang dan sara anak dara orang lagi..." luah Ziyad menunduk dengan suara perlahan. Memang itu hakikatnya.

"Tak apa uncle. Cik Ma ni dah habis belajar dan dah kerja. Boleh sama-sama cari duit nanti" si kecil Wildan petah berbicara sambil duduk di sebelah mak saudaranya.

"Amboi siapa ajar Wildan cakap macamtu?" Emma mencuit pipi anak berusia tujuh tahun itu. Kecil-kecil sudah pandai nak promosi! Malulah dia sebagai perempuan. Malu nak mendongak memandang Ziyad.

Ziyad gelak. Pandai pula budak kecil begitu bagi idea cari duit bersama bila kahwin nanti. Sangatlah bijak.

"Alah Wildan kan genius" Wildan berucap megah. Memang itu yang selalu disebut orang pada dia.

"Abaikan je cakap Wildan ni." ucap Emma tanpa menoleh pada Ziyad.

"Kalau uncle nak tau, Cik Ma ni umur dia dua puluh dua. Sebab selalu lompat kelas, Cik Ma cepat habis belajar degree umur dua puluh satu"

"Eh kenapa cerita pasal Cik Ma ni" Emma membeliakkan mata sambil memaut leher Wildan. Wildan seronok ketawa. Suka mengusik orang.

Info dari Wildan mengejutkan Ziyad. Sekaligus menjawab persoalan hal itu. Jadi dirinya dan Emma umur sebaya.

"Nanti Wildan bagitau kat ummi dan abi. Uncle Ziyad nak pinang Cik Ma" selamba saja Wildan membuat kesimpulan sendiri.

Ziyad hanya ketawa. Tidak sempat dia berkata apa-apa, Emma sudah menarik Wildan bermain buai. Menjauh darinya.

Emma lagilah tidak senang duduk sebaik mendengar ucapan Wildan.Rasa panas biarpun cuaca redup. Memang terus dia bingkas bangun menarik Wildan menjauh dari Ziyad.

*******

Selang beberapa hari setelah itu, Ziyad bertembung dengan abang Fikri di masjid usai menunaikan solat jumaat. Mereka beriringan keluar masjid bersama.

"Wildan cerita, Ziyad nak pinang Emma. Betul ke?" ah sudah. Wildan betul-betul mengotakan ucapannya.

"Tak adalah bang. Saya kan masih belajar lagi. Lagipun saya tak layak berdiri di sebelah Emma. Tak sekufu. Dia pintar dah habis belajar, saya biasa-biasa je" 

Memang sebaik mengetahui Emma banyak lompat kelas dan sudah tamat belajar, Ziyad jadi segan seakan ada dinding di antara mereka.

Fikri senyum mendengarnya sambil memeluk bahu Ziyad.

"Syarat kahwin kena sama level IQ ke? Tak tahu pulak abang" perli Fikri dengan senyum senget.
Sebelah tangan Ziyad mengaru kepala yang tidak gatal. Kehabisan kata untuk menyambung bicara. Terkena sindiran.

"Abang dan kakak setuju je kalau Ziyad nak masuk meminang. Benda baik elok disegerakan. Belum habis belajar tu bukan satu isu. Mak abah pun tak kisah pasal tu" umum Fikri. Mereka berdua berdiri di perkarangan masjid.

Ziyad diam. Otaknya rasa tepu tidak berfungsi. Dia tunduk. Kaki menguis-nguis rumput.

"Abah memang nak kahwinkan Emma dalam setahun dua ni. Hehe siapa cepat dia dapat. Kalau lambat, nanti melepas diambil orang" usik Fikri.

"Jomlah balik dengan abang" ajak Fikri. Lagipun Ziyad berseorangan ke masjid yang cuma jarak sepuluh minit menaiki kereta. Kalau jalan kaki, ada jalan pintas.

Mereka pulang bersama menaiki kereta Abang Fikri. Rakan serumah yang lain sejak pagi keluar dengan urusan masing-masing.

*******



~~Bersambung~~

0 comments:

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates