Ads 468x60px

Thursday, June 30, 2016

Ramadhan Yang Di Nanti (Bab 10)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamu'alaikum warahmatullah wbt. Sebenarnya ni cerita eNovel ramadhan tahun lepas yang lama dah tak gerak. Takpa kita slow2...Hakak akui cerita ni agak lambat flow nya. Positif aja lambat-laun nanti akan habis menuju ending, insyaAllah (harap2). 9 bab awal boleh godek kat blog nih. Tak jauh sangat pun uolls nak scroll. Selamat membaca~
  
Mungkinkah diorang ni sebenarnya ditakdirkan bersama untuk satu sama lain? Entah le...Korang jangka macamana jalan cerita lepasni? Cer kongsi pendapat korang kat ruang komen... ^_^




Ziyad terjaga dari lena apabila terasa lengannya digoyang mama beserta panggilan. Mata yang seakan digam cuba dibuka perlahan. Tekak terasa kering. Badan membahang dek rasa panas.

"Kenapa?" serak suara Ziyad bertanya dalam posisi baring. Badannya rasa tidak larat untuk duduk. Kedua tangannya menggosok mata dan wajah.

"Siapa Emma?" soalan mama membuatkan Ziyad menoleh. Baru perasan mama duduk di hujung katilnya. Selepas sahur dan subuh tadi memang Ziyad menyambung lena di bilik tidur.

"Jiran rumah sewa tu. Kenapa ma?" meski matanya kabur berbalam dek demam dan pening, namun Ziyad berusaha mencelikkan mata.

"Keluarga dia telefon henfon kamu kejap tadi. Minta kamu datang rumah diorang. Ziyad ada apa-apa nak bagitau mama?" jelas tersirat curiga dalam nada suara mama.

Ah sudah. Kepalanya terasa semakin berpusing dan pening. Tidak dapat mengagak sebarang kemungkinan.

"Ziyad cuma tau dia tinggal situ dengan kakak dan abang ipar dia. Nak kata kami kawan, bukannya kami selalu bercakap bersama, contact telefon pun tak, ma."

"Mama percayakan anak mama. Pergilah bersiap. Abang Farid dan Dina akan teman kamu pergi jumpa Emma" ucap mama sebelum bangkit melangkah keluar bilik.

Ziyad memicit-micit kening sebelum mengurut dahi sendiri. 'Nak keluar dengan tak sihat dan puasa macamni?Aduhai...'

Silap- silap dia boleh pengsan keluar meredah cuaca panas begitu. Langsung tidak tahu hujung pangkal isu Emma yang dibangkitkan.

Perlahan Ziyad bangkit berdiri. Dengan rasa mamai dan pening lalat. Cuba mencari telefon pintarnya untuk menghubungi kembali nombor yang mama maksudkan.

*******

Kedatangan Ziyad disambut ayah Emma yang duduk di beranda rumah dengan buku di tangan. 

"Masuklah...Emma tu dah dua hari tak lalu makan...Mungkin kamu boleh jadi ubat dia..." ucap Haji Munif setelah Ziyad menghulur salam dan bersalam tangan dengannya, Berseloroh. 


"Erk...Sebenarnya saya dan dia bukan kenal sangat,pakcik..." terkial-kial Ziyad hendak menyusun ayat. Kekok dan minda belum dapat mencerna dia perlu melalui momen sebegini. 

"Takpa...Biasalah orang muda..." balas Haji Munif sambil menepuk bahu kanan Ziyad. Senyuman dan raut wajahnya nampak bersahaja.

"Emma kat dalam bilik tu...Masuklah" beritahu kakak kepada Emma sambil menunjuk ke satu pintu bilik.

"Panggil Emma keluar je lah kak...Tak elok saya masuk bilik dia..." Ziyad memakukan langkah. Kakak tadi sudah melangkah ke depan membuka pintu bilik yang ditunjuk tadi. Dari suara, itulah wanita yang bercakap dengannya melalui tadi, Kak Mun.

Kata-kata Kak Mun seakan angin lalu. Langsung tiada balasan dari Emma yang berselubung dengan selimut di atas katil. Dina yang mengekori Ziyad sejak tadi mengambil inisiatif sendiri sebaik melihat anggukan abangnya Ziyad.

Dina melangkah masuk dan berdiri di sebelah katil Emma. Menghulur lafaz salam dan mengenalkan diri sebagai adik Ziyad.

"Ni ada kurma dari abang...Kak Emma makanlah sikit..." pujuk Dina lembut. Seakan memujuk ahli keluarga sendiri.

"Takpe terima kasih...Akak tengah puasa..." ucap Emma. Barulah dia menyerlahkan wajah menghadap Dina. Emma bangkit duduk bersandar di kepala katil. Jaket hoodie merah jambu menutupi kepala dan badan.

"Dah tiga hari dia tak banyak makan. Cuma ambil kurma dan air. Risau kitorang dibuatnya..." beritahu Kak Mun.

"Makanlah nasi atau mee ke...Badan tu perlu tenaga." pujuk Ziyad yang berdiri berpeluk tubuh di muka pintu tanpa memandang ke dalam bilik.

"Saya tunggu kat luar ni kalau awak nak jumpa. Kalau awak tak keluar sepuluh minit, kitorang balik..." putus Ziyad.

Atas pujukan Kak Mun, Emma mengalah. Lagi-lagi memandangkan Ziyad bersusah-payah datang ke situ sebaik dihubungi. Jauh kot. Ziyad orang Utara dan dia di Selatan.

"Terima kasih sebab datang...Maaf sebab saya tak expect Kak Mun akan telefon awak...Maaf menyusahkan...Ia sesuatu yang diluar kawalan saya,huhu"

"Tak apa...Ni awak nak makan apa-apa tak?" Ziyad sekadar berbahasa. Dalam diam dia sebenarnya rasa badannya berbahang panas. Dikawal untuk tetap nampak tenang.

"Maaf kak Emma...Boleh kuatkan air-con tu? Abang ni pun sebenarnya tengah demam. Dan dari bahasa badan dia sekarang ni, Dina dapat agak suhu badan dia naik panas berbahang..." Dina si adik yang prihatin memaklumkan. Faham bahasa badan si abang.

Emma terus berdiri mencapai remote control melakukan seperti saranan Dina.

"Lah Ziyad pun demam ke? Kalau macam tu, duduk dulu di sini, berbuka kat sini je hari ni..." mak Emma muncul menyarankan.

"Terima kasih makcik...Kami kena balik petang ni jugak. Dah janji dengan mak..." Memang begitu perancangan mereka tadi. Ziyad dan Dina akan terbang kembali ke Utara dengan pesawat. Sementara abang Farid pula hendak melawat site di kawasan berhampiran.

"Kami balik dulu...Isi perut dengan nasi atau mee waktu berbuka dan sahur nanti...Jaga diri..." sempat Ziyad berpesan sebelum pulang.

"Awak jugak. Terima kasih datang..." Emma menemani hingga ke muka pintu.

Kepulangan Ziyad, Dina dan Farid dengan buah tangan rojak dan cendol dari keluarga Emma.


*******

~Bersambung~
Read More »

Friday, June 24, 2016

Random

Assalamu'alaikum wmt.

Salam ramadhan al-mubarak! Plus, jumu'ah mubarakah. Moga hari2 kita dalam redha dan taufiq Allah dan ada saham hasanah (kebaikan) allahumma amin amiiien.

Diri hamba yang dhoif rasa berat. Indeed...memang hidup ni penuh dengan ujian berupa kesenangan dan sesuatu yang kita kurang suka, ups and down, suka duka, pahit, tawar, manis.

Just do your best, plan your time and practise the best you can. Doa, usaha, ikhtiar, tawakkal. Rancang(plan)> Action(do)>Result. Result@ hasil tu Allah yang tetapkan. Robbuna yusahhil amiin. Yang penting usaha dan usaha. Tak terjamin endingnya akan bagus dan berjaya setiap masa.  Biasalah hidup macam satu roda. kejap di atas dan bawah, berjaya dan gagal. What matter most, saat jatuh atau sedih, bangkit dan teruskan langkah.

Apa yang hang cakap sebenaqnya? Pointless.

Ntah. Coretan dari serabut dan apa yang singgah di minda.

POSITIF! OPTIMIS! Mohon pertolongan pada Allah. Allah tak akan tinggalkan kita walau hambaNya kadang leka dan lalai, jauh. Allah...Ighfirlana warhamna. Please dont let us ashtray from YOU... ='(

Jom solat, quran, zikir istighfar, selawat dan hasanah lain (masak ke, kemas rumah, baca buku, tolong orang, dan lain2). Memandangkan hari ni Jumaat, kahfi day...

Oh ya...I do create a channel in telegram. DhiatheOptimist. Bukan nak promo, cuma nak kabo. Moga bermanfaat , positive vibe.

Sekian, wassalamu'alaikum 
Read More »

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates