Ads 468x60px

Sunday, April 27, 2014

Cerpen: Brownies Untuk Abang Farouq (Full Entri)




Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

“ Assalamu’alaikum Cik Alwan Nabilah….Senang hati nampak” tegur Syamim di muka pintu dapur membuatkan Alwan berhenti menyanyi. Ditoleh jirannya di muka pintu.

“ Wa’alaikumussalam warahmatullah….Dah lama ke kau sampai? Aku tak sedar pun…” akui Alwan.

“ Panjang jugalah aku dengar kau nyanyi….” Syamim menyilangkan tangan ke dada. Elok saja dia bersandar di pintu yang menghubungkan dapur dan luar rumah.

“ Masuklah dulu….Kejap lagi siaplah ni. Cuma tinggal sapu coklat nutella di atasnya je…” pelawa Alwan tanpa memandang Syamim. Dapur rumah harum dengan bau brownies coklat yang berada dalam ketuhar elektrik.

“ Sedapnya bau….” Komen Syamim saat Alwan mengeluarkan brownies dari ketuhar. Alwan senyum lebar. Puas hati dengan rupa dan bentuk luaran browniesnya. Harap-harap rasanya sedap.

“ Kau ni demam ke apa. Tak pernah-pernah buat kuih-muih tiba-tiba hari ni buat brownies. Siap murah hati nak bagi aku lagi.... Ada apa-apa ke yang aku tak tahu?” soal Syamim curiga.

“ Tak ada apa…Tergerak hati je nak cuba buat bila tengok iklan di tv semalam. Bila godek Encik google, resepi dia pun senang. Itu yang aku terus semangat nak buat…” balas Alwan sambil meratakan nutella di atas brownies. Bahan-bahan keperluan dia beli petang semalam.

“ Nah…Cuba rasa” suruh Alwan setelah memotong sedikit. Dia sendiri juga merasa.

“ Boleh tahan. Sedap!” puji Syamim setelah habis sepotong. Di ambil lagi sepotong masuk ke dalam mulut.

“ Alhamdulillah….Menjadi brownies coklat aku….” Ucap Alwan ceria. Dia sibuk memotong separuh dari dulang brownies coklat untuk dibungkus buat Syamim. Memang dia sengaja meminta jiran merangkap sahabatnya itu datang atas sebab itu.

“ Nah sebab kau sahabat baik aku, aku bagi banyak. Kau ajak abang, adik, kakak dan mak kau rasa. Lepastu kau bagitau aku komen diorang” paling penting abang Farouq mesti rasa. Sambungan ayatnya hanya di dalam hati. Belum bersedia memberitahu pada Syamim.

“ Kejap aku minum dulu eh….” Syamim meminta izin. Gelas dan satu jug sirap bandung sejuk memang ada di atas meja.

“ Alhamdulillah…Ya Allah nikmatnya….” Ucap Syamim setelah habis segelas bandung selamat masuk ke perut.

Sebenarnya tiga hari lepas adik Syamim, Sa’iedah ada memberitahu abang Farouq suka makan brownies coklat bersalut nutella di atasnya. Entah macamana topik perbualan mereka beralih ke situ. Jadi bila melihat iklan brownies coklat dalam iklan televisyen semalam membuatkan Alwan semakin berkobar-kobar untuk mencuba memasak.

Farouq adalah anak sulung makcik sebelah. Pemuda yang ringan tulang suka menolong orang apatah lagi dengan keluarga Alwan yang berjiran. Selalu Farouq membantu ayah membersihkan halaman rumah. Lebih selalu daripada abang Alwan sendiri, Fahmi. Fahmi jarang berada di rumah kerana tinggal di asrama.

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
 Keesokan harinya...
“ Macamana pasal brownies semalam?” soal Alwan penuh rasa ingin tahu saat dia dan Syamim berjalan bersama ke sekolah yang dekat dengan rumah. Cuma beberapa meter sahaja jarak sekolah dengan rumah mereka.

“ Kau bagi aku pukul sepuluh. Tak sampai malam dah selamat habis” Syamim menyampaikan laporan.

“ Mak aku kata sedap... Kalau jual mesti laku. Kak Ina pula, dia cakap okey sebab dia memang jarang ambil makanan manis. Adik-adik aku lagilah. Diorang yang banyak makan sampai habis. Abang Farouq tak sempat makan sebab dia cuma balik rumah malam….” Beritahu Syamim.

“ Kalau kau buat lagi, bagitau aku tau. Aku nak lagi hehe” Syamim gelak dihujung bicara.

Di dalam hati Alwan merasa sedikit kecewa bilamana orang utama yang diberi tak sempat merasa.

‘Tak apalah. Bukan rezeki dia semalam….’ Pujuk hatinya.

“ Ngomong-ngomong mbak Alwan, apa sih beza brownies sama kek coklat? Soal Syamim mengajukan kekeliruannya. Loghat Indonesia yang dipakai oleh si peminat sinetron drama ini.

“ Bezanya semestinya pada bahan-bahan. Brownies guna lebih banyak koko dan coklat. Kek coklat tekstur dia lembut. Kalau tekstur brownies pula chewy dan rupa macam bentuk cookies

“ Oh macamtu…Terima kasih berkongsi maklumat” ucap Syamim sambil menganggukkan kepala.

“ Sama-sama….”

“ Syamim!” Farouq melaung dari belakang memanggil adiknya. Syamim dan Alwan memberhentikan langkah. Alwan membuang pandang ke halaman rumah jiran berhampiran mereka sedang berdiri. Ditahan diri agar tidak memandang Farouq.

“ Kenapa bang?” soal Syamim sebaik Farouq di sisi.

“ Pak Long baru sampai rumah kita datang berziarah macam biasa. Ni dia ada bagi dua mee teow goreng dan ayam goreng dua kontena untuk Syamim. Abang dah bawa bahagian abang. Ok assalamu’alaikum….” Farouq menghulur beg kertas yang dimaksudkan. Dia melambai tangan sebelum berpaling tubuh ke belakang. Menanti kawan-kawannya yang ditinggalkan tadi untuk mengejar Syamim.

“ Alhamdulillah rezeki awal pagi hari. Kau teman aku makan rehat nanti eh...” pinta Syamim dipersetujui Alwan dengan mengucapkan in syaa Allah.

Mereka meneruskan langkah ke sekolah seperti biasa.

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Awal pagi Jumaat Alwan sudah merancang untuk membuat brownies lagi untuk kedua kalinya. Bahan-bahan keperluan sudahpun dibeli petang semalam.

‘ Assalamu’alaikum Alwan. Saja bagitau. Pagi ni aku tak ada kat rumah sebab ziarah kawan ayah aku sakit. Rancangan mengejut subuh tadi. Petang sikit kot baru aku balik’

Pesanan ringkas yang dihantar Syamim dibaca. Memang selalunya waktu hari tak sekolah, Alwan dan Syamim meluangkan masa bersama memandangkan rumah mereka bersebelahan. Memang sudah kebiasaan sebegitu saling memaklumkan agar tak tercari-cari.

Alwan menangguhkan hasrat untuk membuat brownies coklat. Memandangkan tak boleh bagi hari ni, jadi rancangan sesi masak-memasak ditunda ke hari Ahad. Makan sewaktu panas-panas lebih sedap.

“ Kak! Kau guna bahan aku beli?” soal Alwan sebaik melintasi tempat stok bahan-bahannya di dalam dapur saat membuka peti sejuk.

“ Kau masih nak pakai ke? Maaflah…Ingatkan kau tak guna lagi lepas buat brownies minggu lepas jadi aku gunalah….Buat kek mentega pelangi ” Selamba saja Lutfiah membalas tanpa riak bersalah. Tangannya sibuk menggaul bahan tepung agar sebati.

“ Lain kali tanyalah dulu….” Pinta Alwan sebelum berlalu dari dapur memujuk hati yang rasa panas. Marah.

Pada sebelah malamnya, Alwan memeriksa bahan-bahan yang masih berbaki. Memandangkan dia tidak ada kerja sekolah untuk dibuat jadi dia memutuskan untuk membuat apa adanya.

“ Masukkan dalam peti sejuk ajelah…” gumam Alwan. Brownies kali ini hanya lebih kurang saiz bekas 3x9. Tiga kali ganda lebih kecil daripada hasil buatannya yang pertama.

Niat untuk memberi Abang Farouq brownies kegemarannya sudah terkubur sejak pagi tadi. Punah sudah harapan…Redha ajelah...pujuk hati Alwan.

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Panas yang diharap hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.

Hidup keluarga Alwan berubah sekelip mata bilamana mak dan ayah dipanggil Ilahi. Allah lebih menyayangi keduanya. Mereka pergi ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri majlis perkahwinan anak kawan ayah. Kemalangan berlaku saat hujan turun di malam hari. Jenazah diuruskan pada sebelah pagi keesokan harinya.

Malam setelah selesai urusan pengebumian, Alwan dibawa pergi menetap ke rumah keluarga Pak Ngah. Urusan bertukar sekolah diuruskan oleh Pak Ngah. Serta-merta dan mengejut. Masih banyak barang-barang yang tinggal di rumah peninggalan mak ayah. 

Setiap kali sebelum tidur, saat memejamkan mata, Alwan masih berharap semua ini hanyalah mimpi. Dan sebaik terjaga keesokannya semua akan menjadi seperti biasa. Tapi inilah hakikat hidupnya. Sudah ketentuan begini aturan Pencipta.

“ Pak Ngah, Mak Ngah….” Alwan membuka bicara saat hanya dia dan Pak Ngah suami-isteri di ruang tamu.

“ Biarlah saya kerja dulu. Kumpul duit untuk bayar pengajian sambil cuba bayar hutang ayah….” Usul Alwan setelah tamat tingkatan lima. Keputusannya biarpun tidak cemerlang namun masih boleh melayakkan dirinya masuk ke mana-mana IPT.

Pak Ngah hanya pekerja biasa dengan gaji cukup-cukup makan. Ada anak 7 orang yang masih kecil-kecil. Yang sulung baru darjah empat sekolah rendah. Ditambah lagi dengan Alwan. Pasti susah. Mana hendak cari duit untuk membayar pendaftaran dan membiayai yuran pengajiannya.

Abang sulung Alwan iaitu Fahmi dan kakaknya Lutfiah, keduanya beruntung kerana dapat tajaan dan tinggal di asrama. Fahmi di tahun kedua di universiti. Lutfiah pula dalam pengajian Diploma.

“ Sambunglah belajar Alwan…Tentang bayaran, kan boleh guna duit simpanan peninggalan mak ayah kamu…” saran Pak Ngah.

“ Yang tu biarlah untuk benda lain atau guna semua untuk bayar loan arwah ayah….Lagipun kan diorang ada hutang kredit belum habis. Waktu tambah rumah di kampung tu…Alwan rasa bertanggungjawap sebagai anak untuk tolong selesaikan...” memang itu yang Alwan fikirkan. Mesti ayah dan mak tak tenteram di alam sana selagi hutang tu belum dilangsaikan. Biarpun dia tak dapat langsaikan, sekurang-kurangnya ada berkurang sikit demi sedikit.

Bila isu itu dibangkitkan, Pak Ngah terdiam. Bukan tidah mahu membantu, tapi tidak mampu.

“ Kamu nak kerja apa?” soalan Pak Ngah membuatkan Alwan lega. Nampak permintaannya dikabulkan cerah.

“ Siang pemandu teksi. Malam pukul tujuh sampai sepuluh kerja kat Kedai Kopi…” Alwan membuat keputusan begitu setelah memikirkan baik-buruk. Bahaya memandu teksi malam-malam untuk perempuan sepertinya.

Setelah berbincang bersama dan sesi pujuk-memujuk barulah dibenarkan.

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Alwan membetulkan baju seragam putihnya di badan. Cap disarung di kepala yang ditutupi tudung. Tudung dimasukkan ke dalam baju. Dia berdiri di luar teksinya menanti pelanggan mendekati.

“ Assalamu’alaikum…” terus Alwan memalingkan badan saat mendengar salam yang dihulur. Ceria menyambut bakal penumpang teksinya.

“ Syamim….” Hilang terus senyumannya. Langsung tidak menyangka akan bertemu dengan Syamim. Alwan kaku saat Syamim memeluknya. Bajunya terasa panas terkena air mata Syamim yang laju bercucuran.

Untuk seketika Alwan membiarkan biarpun sedar ada beberapa pasang mata mula memandang kearah mereka. Berpeluk begitu di tempat terbuka. Alwan mengurut belakang Syamim. Cuba untuk meredakan tangisan sahabatnya itu.

“ Kenapa kau pergi macam tu je? Tak jumpa aku pun….” Luah Syamim marah dengan suara dikawal supaya tidak menjerit. Tangan kanannya memukul lembut ke bahu Alwan. Air matanya masih bercucuran.

Alwan menelan liur. Dia tiada jawapan untuk itu. Dia sendiri masih belum merelakan kisah hidup dia adik-beradik yang berubah sekelip mata.

“ Mim…Sudahlah…Berhenti desak Alwan….” Tegur Farouq yang baru melangkah ke depan menghampiri. Tadinya dia hanya memerhati membiarkan Syamim bertemu dulu dengan gadis yang sudah mencuri hatinya.

Syamim mengambil tisu dari tas tangannya. Kaca mata hitam dikenakan menutup mata. Dia mundur beberapa langkah. Bersandar di teksi. Memberi ruang Farouq menemui Alwan. Farouqlah yang mengajaknya ke situ.

“ Fahmi dalam perjalanan ke sini ” beritahu Farouq. Dia masih terkial-kial untuk mengatur bicara. Digosok belakang tengkuknya.

Alwan mengangguk. Fahmi mungkin sudah mendengar keputusannya bekerja. Keputusan yang dibuat tanpa meminta pendapat darinya selaku abang. Selepas ini dia harus bersedia berdepan Fahmi.

“ Sebelum ayah Alwan pergi, saya, er…Abang ada cakap nak ambil Alwan sebagai isteri. Abang minta masa paling lama lagi lima tahun. Ayah Alwan kata dia terima kalau abang jadi menantu dia. Tak kisah kalau abang masih belajar belum habis universiti nanti. Dengan syarat, abang dah ada pendapatan tetap” Farouq berhenti bicara seketika. Kekok juga membahasakan diri. Alwan sedia mendengar.

“ Sekarang, lepas dua tahun, abang nak kotakan janji abang. Abang nak ajak Alwan kahwin, jadi suri hati abang. Bukan sebab simpati tapi memang abang dah jatuh sayang kat Alwan” akui Farouq.

“ Sejak bila?” berkerut dahi Alwan. Rasanya sejak kecil dia dan Abang Farouq jarang bertemu apalagi berbual bersama.

“ Sejak abang merasa brownies hasil tangan Alwan…”

Makin bertambah rasa hairan Alwan. Dipandang pada Syamim. Macamana Farouq boleh merasa brownies hasil tangannya. Seingatnya waktu pertama kali dia membuat brownies, Abang Farouq tak ada rezeki merasa hasil tangannya.

“ Mama Alwan yang kasi waktu abang datang ke rumah kejap…” beritahu Farouq.

“ Lepastu abang cuba-cuba berniaga buku dan hasil produk kampung dalam talian, online. Beli buku dalam talian lepastu jual pada anak muda kampung. Alhamdulillah dapat sambutan. Lepastu abang tolong jual barangan kuih-muih kering dan kain batik buatan pakcik Daud dalam talian ” Pakcik Daud adalah pemilik kilang pembuatan batik di kampung mereka.

“ Sekarang abang rasa kewangan abang dah stabil dengan pendapatan yang ada itu yang abang cuba jejak Alwan….” Sambung Farouq.

Masing-masing berdiam diri. Farouq ingin cuba meyakinkan keseriusan dirinya tapi dia kehabisan kata-kata. Kelu lidah. Sejak menginjak remaja, mereka memang jarang bercakap bersama. Inikan pula nak cakap soal hati dan perasaan, lagilah kekok.

Alwan pula sedang menghadam bait demi bait yang diucap Farouq. Lelaki yang suatu ketika dulu pernah mencuit hatinya. Sekarang dia langsung tidak terfikir akan hal sebegini. Fokus Alwan kini ingin mencari duit simpanan belajar nanti dan cuba mengurangkan hutang ayahnya.

“ Erm…..Jadi?” ucap Farouq.

“ Bagilah adik aku ruang untuk berfikir dulu….” Saran Fahmi bila Farouq nampak mendesak berharap jawapan pada waktu itu terus.Mereka terus menoleh pada Fahmi. Tidak perasan sejak bila Fahmi sudah sampai di situ bersama mereka.

“ Baiklah….Ambillah masa untuk fikir dan berbincang dengan Pak Ngah. Kalau boleh janganlah lama-lama….” Hujung ayatnya diucap perlahan. Farouq pasrah setuju mendatar sahaja suaranya. Hati inginkan kepastian sekarang juga tapi dia sedar harus berkompromi. Senyum tawar diukir di bibir memandang Fahmi.

“ Marilah kita makan bersama…” ajak Fahmi saat bersalaman dengan Farouq. Mereka sebaya. Teman bermain zaman kanak-kanak.

“ Tak apa…Aku kena balik. Petang ni ada kelas…” luah Farouq.

“ Nanti aku hubungi kau…” ucap Fahmi saat berpelukan dengan Farouq. Nampak jelas riak wajah teman dengannya membesar itu keruh. Ditepuk-tepuk belakang Farouq.

Farouq diam. Menanti Syamim yang masih bersama Alwan. Mereka akan pulang bersama.

“ Janji….Kau akan hubungi aku….” Syamim meletakkan sekeping kertas kecil berisi nombor telefonnya di telapak tangan Alwan. Betul-betul berharap. Alwan sudah menukar nombor telefon baru itu yang mereka terus terputus hubungan.

Alwan menelan liur. Belum habis rasa terkejut dengan luahan hati Abang Farouq, dia kini kena berhadapan dengan Abangnya sendiri, Fahmi.

“ Jom kita minum dulu…” ajak Fahmi.

Alwan menurut setelah memastikan pintu teksi berkunci dan mengambil jaket untuk menutupi baju uniform pemandu teksi yang dipakai. Pasti perbincangan mereka akan mengambil masa.

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Alwan membontoti langkah abangnya menuju ke satu restoran mamak. Sengaja dia berjalan beberapa tapak di belakang. Belum bersedia nak berhadapan dengan Fahmi berbincang serius. Kekok dan takut barangkali yang dirasainya. Bila Fahmi duduk, dia turut duduk berhadapan dengannya.

Ah kacau! Alwan rasa jantungnya berdebar laju. Dari tadi dia menunduk. Mengelak dari memandang wajah Fahmi. Tangan kanannya digerak-gerakkan. Cuba mengurangkan rasa yang tak menentu di jiwa.

“ Ya encik,akak….Nak minum apa?” meja mereka dihampiri seorang pelayan lelaki muda sambil meletak dua senarai set menu pada Alwan dan Fahmi.

“ Pesanlah minuman dan makanan abang yang belanja. Kita makan dulu….” Ucap Fahmi sambil membelek menu di tangan.

Alwan turut melakukan yang sama membelek menu di tangan. Badannya rasa kaku memikirkan cara terbaik untuk dibentangkan pada Fahmi sebentar lagi.

Fahmi memesan Mi goreng mamak ayam dan Air Cendol. Alwan pula memesan air cincau dan Nasi putih berlaukkan ayam buttermilk.

“ Adik cakaplah….Kenapa tak bincang dengan abang sebelum mula kerja ni?” soal Fahmi sebaik pelayan berlalu meninggalkan meja mereka. Suaranya dikawal agar tetap lembut tidak membentak. Memang Fahmi terasa dan sangat berjauh hati bila sebagai abang dia tidak dimaklumkan. Pendapatnya langsung tidak ditanya. Apatah lagi sekarang dia menggalas tanggungjawap ayah dan mak yang telah tiada. Lutfiyah dan Alwan di bawah tanggungjawapnya. Amat berat.

Alwan membelek jari-jemari di atas meja. Cuba menenangkan diri. Membuang pergi rasa resah. Bila Fahmi diam, barulah dia mendongakkan muka. Bila memandang wajah si abang, Fahmi menaikkan kening. Menanti Alwan bersuara. Menagih penjelasan.

“ Adik tau kewangan kita terhad. Kesian Pak Ngah dan Mak Ngah. Adik tak sampai hati nak bebankan diorang. Kalau masuk matrikulasi semua, kena bayar yuran pendaftaranlah, duit belanja makan, naik bas….”

“ Sebab tu adik tangguh dulu bab belajar tu. Biarlah adik kerja cari duit belanja sendiri sambil-sambil tu boleh kumpul duit sebelum masuk sambung belajar nanti….” Jelas Alwan.

Perbualan mereka terhenti sebentar bila pelayan tadi menghantar minuman mereka. Terus Alwan mencapai air cincaunya. Dihirup sedikit demi sedikit. Sedap. Sejuk membasahkan tekak. Alhamdulillah Ya Allah.

“ Bulan lepas abang tak balik sini, itu yang tak tanya…” sambung Alwan. Alasan yang dia sendiri sedar tak kuat untuk dijadikan hujjah.

“ Telefon kan boleh?” seperti diduga Fahmi mempersoalkan begitu.

“ Tak apalah bang….Biarlah macam ni…” usul Alwan. Dia rasa keputusan inilah yang terbaik bagi semua pihak. Tidak menyusahkan siapa-siapa. Lagipun bolehlah dia belajar berdikari. Pasti akan lebih menghargai jerih perih mencari duit belanja sendiri. Biarlah mereka tidak tahu dirinya bercatu belanja sejak pemergian mak ayah. prepaid telefon jarang berisi, kasut sekolah yang sudah koyak dan rosak tetap dipakai, bila ada mulut dihantar ke tukang kasut untuk dijahit.

“ Rumah kita kat kampung tu, abang ingat nak jadikan homestay….” luah Fahmi.

“ Bulan lepas abang banyak balik kampung uruskan apa yang perlu. Kemas-kemas….Sebab tu abang tak datang sini...” Fahmi berhenti bicara sebentar. Matanya memerhatikan pengunjung lain yang ada di restoran. Tak ramai sangat. Hanya ada beberapa meja yang terisi. Belum tiba waktu makan tengahari lagi.

“ Daripada terbiar lebih baik kita manfaatkan. Duit tu boleh jadi belanja sampingan kita adik-beradik. Sambil-sambil tu untuk kurangkan hutang kredit loan ayah waktu ubahsuai rumah tu…” perlahan saja Fahmi menyambung di hujung bicara.

Memang ada resort di kampung mereka tapi lokasinya sedikit jauh daripada kawasan rumah kediaman penduduk. Dengan adanya homestay dapatlah orang luar bermalam di situ sewaktu menghadiri mana-mana majlis kenduri penduduk kampung. Satu peluang yang harus dimanfaatkan. Jadi Fahmi meminta bantuan seorang rakannya yang memang menetap di situ. Komisyen akan diberi sebagai upah membantu menguruskan operasi homestay dan memberi layanan kepada bakal pelanggan yang berminat menginap di situ.

“ Sebab hutang tu jugalah salah satu sebab kecil adik buat keputusan kerja ni…” kali ini Alwan rasa tenang dan lega. Alang-alang abangnya menyebut tentang hal hutang, mengaku sajalah.

“ Tu bukan tanggungjawap adik…Itu tanggungjawap abang sebagai anak lelaki….” Umum Fahmi. Dia mendekatkan lagi badannya ke meja sambil memandang Alwan. Tegas. 

“ Biarlah adik tolong sikit-sikit…”

“ Kalau adik nak tolong, pergi masuk matrikulasi atau mana-mana kolej. Itu dah membantu. Mak ayah pun mesti nak adik buat macam  abang cakap ni. Bila dah selesai sekurang-kurangnya sijil degree barulah adik boleh berhenti belajar dan kerja. Kita kena usaha untuk berjaya dalam hidup dik….Barulah mak ayah tenang di sana” pintas Fahmi. Dilunakkan suaranya di hujung bicara. Cuba untuk berkompromi dengan si adik.

“ Buat masa sekarang biarlah dulu bang….Adik kerja. Lepas tiga ke empat tahun, baru masuk kolej” Alwan menyatakan perancangan hidupnya.

“ Macamana dengan pinangan Farouq tu? Adik dah sedia nak kahwin sekarang? Fikirkanlah pinangan dia tu. Jangan tolak terus”

Alwan menghembus nafas. Terdiam dia. Sudah lupa sebenarnya hal tadi. Bila Fahmi menyebut baru teringat kembali. Permintaan Farouq datang secara mengejut dan tiba-tiba bagaikan angin lalu.

“ Adik belum nak kahwin lagi. Nak kerja dulu, lepastu belajar. Bila dah habis degree nanti barulah nak fikir pasal kahwin...” memang itu yang ada dalam fikiran Alwan. 

“ Takkan nak tolak macamtu je? Fikirlah dulu…Mungkin boleh kahwin lagi beberapa bulan akan datang ke atau lepas setahun…Abang tau Farouq serius nak ajak adik kahwin…..” usul Fahmi.

Sewaktu dia pulang ke kampung bulan lepas barulah Farouq menyatakan dia berkenan pada Alwan. Selama ini Farouq langsung tidak pernah meluahkan rasa hatinya pada Fahmi. Setelah berbincang dengan ayah mereka Farouq menumpukan perhatian pada persiapan diri mental, fizikal, spiritual dan memantapkan status kewangan.

“ Abang sendiri tak tau pun dia pernah meluahkan perasaannya pada ayah. Abang dah dengar cerita dia bulan lepas waktu kat kampung. Kebetulan dia balik jugak. Bila difikirkan macam Allah yang mempermudahkan jalan. Memang dia tengah cuba cari cara nak cari jejak kita adik beradik. Tup-tup dah jumpa abang…” cerita Fahmi.

Alwan terdiam bila selesai mendengar cerita Fahmi tentang Farouq. Memang dia pernah menyimpan rasa suka pada jiran merangkap abang sahabatnya itu. Cuma sekarang tumpuannya bukan hal kahwin dan cinta. Fokusnya kini kerja dan belajar.

“ Buatlah istikarah minta petunjuk Allah. Manalah tau memang ada jodoh Farouq jadi adik ipar abang. Kita bincang dengan Pak Ngah dan Mak Ngah juga” usul Fahmi. Baginya dia tak kisah kalau Farouq mengahwini Alwan sekarang. Dia yakin Farouq mampu menjadi suami yang baik dan di saat yang sama masih mengikuti pengajian.

“ Abang tak ada kelas dua hari ni jadi abang tinggal rumah Pak Ngah. Hari Ahad nanti baru abang balik semula” beritahu Fahmi.

“ Tengoklah macamana nanti…” ucap Alwan menutup topik Abang Farouq. Makanan yang mereka pesan baru sampai. Terus saja mereka menikmati hidangan pilihan masing-masing.

“ Fikirkan! Ambil serius dan adik kena buat keputusan. Jangan ambil tak endah” peringat Fahmi. Faham benar adiknya itu kalau tidak ditekan, memang tidak akan ada membuat keputusan.

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Rancangan mengejut dan tidak dirancang awal. Keesokan harinya, Farouq singgah ke rumah Pak Ngah setelah dia berbual melalui telefon dengan Fahmi pagi tadi. Baru je semalam dia datang pekan tu dan balik ke kampung. Hari ni dia kembali berulang-alik dari kampung ke pekan itu semula demi menyatakan keseriusan dirinya untuk mengambil Alwan sebagai isteri. Kebetulan pula Pak Ngah hari itu off day jadi Fahmi mengusulkan Farouq untuk datang berkenalan dan bertemu Pak Ngah.

Pak Ngah sebagai penjaga Alwan memang teliti. Banyak soalan yang keluar sesi interview sebagai anak menantu itu. Memang macam anak sendiri yang cuba disunting. Fahmi hanya duduk bersama sekejap-sekejap saja. Sengaja memberi lebih ruang pada Pak Ngah dan Mak Ngah mengenali Farouq.

Farouq cuba tetap berlagak tenang. Setiap soalan cuba dijawap sebaiknya dan sungguh-sungguh dan penjelasan panjang-panjang. Dah macam menjawap kertas peperiksaan saja gayanya. Manalah tau banyak cakap, boleh dapat markah bonus free! Adalah juga yang jadi sokongan kuat agar Alwan memilihnya nanti. Begitulah harapannya.

Lama juga Farouq di rumah Pak Ngah. Datangnya lebih kurang jam dua petang. Daripada duduk di ruang tamu, pindah ke halaman rumah, beranda dan masuk semula ke dalam rumah. Saat waktu solat Asar menjengah, setentunya peluang Pak Ngah menduga. Sengaja memintanya menjadi imam. Farouq sahut permintaan itu dengan hati terbuka.

 Sampai hari nak hampir maghrib barulah dia pulang. Sempat juga dia bertemu Alwan waktu gadis itu baru pulang.

Berkerut dahi Alwan bila mengetahui Abang Farouqnya adalah tetamu yang datang berkunjung. Bila melihat kereta di luar tadi memang dia tidak dapat mengecam siapa tetamu yang datang bertandang. Ketibaan Alwan di muka pintu disambut Mak Ngah  dengan wajah ceria.

Nak tak nak bila Pak Ngah sudah bersuara memanggilnya untuk duduk bersama, Alwan menurut biarpun dia kesuntukan masa. Niatnya pulang kejap untuk mandi sebelum bergegas ke kedai kopi nampaknya tidak kesampaian. Tak sempat nak mandi lepasni sebelum masuk kerja. Biarpun shift kerjanya mula jam 7.30 malam namun dia harus sampai jam tujuh. Sudah prosedur macamtu. Sekarang sudah jam enam.

“ Izinkan saya untuk menjadi pelindung dia, saya betul-betul nak Alwan menjadi peneman hidup saya, bidadari cinta saya dan bakal ibu pada putera dan puteri bakal zuriat kami kelak in syaa Allah” luah Farouq di depan Pak Ngah, Mak Ngah, Fahmi dan tentunya depan si gadis pujaan hati. Soal malu ditolak tepi. Dia nak diorang tahu dirinya bersungguh dengan hasrat hati.

Alwan mengeraskan wajah. Cuba untuk buat-buat selamba. Badannya statik tidak berkutik. Kalau ikutkan hati nak je dia bangun dari situ dan menyorok. Fahmi melirik-lirik adiknya yang duduk di sebelah Mak Ngah mengusik dengan memek muka tanpa suara. Malu siot!

Abang Farouq pula sedaya upaya menahan mata dari memandang si pujaan hati. Sesekali matanya gagal dikawal sendiri. Sempat menjeling dan curi-curi memandang Alwan. Berkali-kali dia mengubah posisi duduk mencari keselesaan. Bila Alwan ada barulah dia rasa gugup. Tadi okey je berbual dan menjawap soalan Pak Ngah dan Mak Ngah. Aduhai….Gelora cinta di jiwa sangat menyeksakan.

“ Semuanya bergantung pada si empunya badan Farouq….In syaa Allah kami akan bagi jawapan secepatnya…” janji Pak Ngah. Empat jam meluangkan masa dengan Farouq, dia menyenangi peribadi dan cara Farouq. Di pandangan matanya sebagai orang tua yang lebih dulu makan garam yakin Farouq bukan sedang berpura-pura. Semua itu jelas dari bahasa badan, riak wajah dan percakapan yang tulus.

Setelah mendengar Pak Ngah berkata begitu, Farouq meminta diri untuk pulang. Rasanya dia sudah melakukan sehabis baik dan tidak berpura-pura.

Bila Farouq dan Pak Ngah bangun dari duduk, Alwan turut bangkit dan mengambil peluang masuk ke bilik. Sungguh dia kesuntukan masa untuk bersiap. Terus dia ke bilik air untuk mengambil wudhu. Tak sempat mandi. Sebaik solat maghrib nanti terus berangkat ke kedai Kopi.

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Bila pulang semula ke rumah lepas balik kerja, Alwan terus ke bilik untuk mandi. Sejak pagi hingga ke malam, pastilah badan rasa melekit. Saat memakai baju, Alwan terfikir. Nasib baik Pak Ngah itu muhrimnya jadi tak perlu dia bertudung sewaktu di dalam rumah fikir Alwan. Anak-anak Pak Ngah pun masih kecil jadi buat masa sekarang dia tak bertudung di dalam rumah. Setelah siap menukar pakaian dan menyikat rambut. Alwan melangkahkan kaki ke dapur. Hajat di hati nak minum air coklat panas.

“ Baru balik?” Fahmi turut melangkah ke dapur.

“ Yup. Abang nak jugak?” soal Alwan merujuk pada air coklat panas 3-in-1 yang sedang dibancuh dalam satu mug.

“ Boleh jugak….” Fahmi melabuhkan duduk di kerusi meja makan dalam dapur itu. Pak Ngah dan Mak Ngah sedang menonton televisyen. Anak-anaknya kebanyakannya sudah masuk tidur. Alwan membancuh satu mug lagi.

Thanks….” Ucap Fahmi sewaktu Alwan meletakkan di atas meja. Dia mengunyah keropok udang goreng. Satu balang diambilnya dari atas kabinet tadi. Alwan turut mengambil sama.

“ Abang akui salah abang….Tak banyak masa abang luangkan dengan Fiyah dan adik….Abang lebih banyak luangkan masa di luar rumah…” Fahmi bersuara memecah sepi. Mengaku salah diri yang kurang menghabiskan masa dengan adik-adiknya.

“ Lepas tamat darjah enam, abang masuk sekolah berasrama penuh. Dari waktu tu sampai ke zaman kuliah ini, waktu cuti dan lapang selalu abang habiskan mengikuti perkhemahan motivasi dan program pembangunan diri…” Alwan hanya diam membiarkan abangnya habis bicara.

“ Bila mak ayah tak ada, tanggungjawap menjaga Fiyah dan adik jatuh kat bahu abang. Pak Ngah dan Mak Ngah cuma jaga kebajikan je. Tugas pantau Fiyah dan adik lebih berat pada abang bukan Pak Ngah” Fahmi memperlahankan suara bila menyebut Pak Ngah dan Mak Ngah. Dikhuatiri mereka masuk ke dapur bila-bila masa. Tak mahu mereka berjauh hati dan salah faham dengan kenyataannya.

Fahmi berhenti bicara sebentar. Dipandang wajah adiknya yang bersahaja minum diselangi makan keropok udang itu. Dia juga menghirup air coklat dalam mugnya.

“ Adik sendiri dengar apa yang Farouq cakap tadi kan? Perancangan yang dia rancang…”

Farouq sudah tahu rancangan Alwan sekarang. Bekerja dan menangguhkan pengajian. Farouq tidak bersetuju. Justeru itu dia memaklumkan cadangan yang direncanakannya.

“ Kalau Alwan terima saya, saya nak halalkan hubungan cepat-cepat. Alwan boleh pilih mana-mana kolej yang dia nak. Samaada hampir di kampung atau satu universiti dengan saya. Bab bayaran, in syaa Allah saya akan tanggung. Bila saya lepas je meluahkan hasrat hati saya dulu pada ayah Alwan, saya simpan azam nak pinang Alwan dan kahwin waktu belajar, memang saya dah fikirkan benda ni dan persiapkan satu bajet khas. Lepas setahun dua nanti kita cuba hadapkan permohonan biasiswa. Kalau tak dapat, tak apa…Boleh usahakan”

“ Ini sekadar rancangan saya. Saya tidak memaksa Alwan untuk terima saya. Dan apa yang saya katakan ini bukan nak tabur janji semata-mata. In syaa Allah saya akan tunaikan apa yang saya dah cakap” jelas penuh yakin Farouq menjelaskan tadi.

“ Abang cakaplah ini cuma mimpi bukan realiti….” Pinta Alwan sambil menopang dagu. Dia masih belum dapat menerima hasrat hati Farouq. Datangnya secara tiba-tiba tanpa diharap.

“ Ini realiti. Betul-betul bukan mimpi dan cubaan!” Fahmi menggoyang lembut sebelah bahu adiknya. Bergurau. Mereka ketawa kecil bersama.

“ Terima ajelah dik…Farouq tu lelaki yang baik….Abang restu kalau dia jadi adik ipar abang” usul Fahmi menyarankan.

“ Fiyah dah tahu ke pasal ni?” tanya Alwan.

“ Pasal apa?”

“ Pasal ini lah…Ada orang datang nak ajak adik kahwin…”

“ Siapa orang tu? Sebutlah nama dia….” usik Fahmi sengaja bertanya. Terus saja lengannya jadi mangsa cubitan Alwan. Fahmi kembali ketawa.

“ Dia dah tahu. Abang ada telefon dan bagitau dia siang tadi. Dia….okey je. Tak apa kalau adik kahwin dulu dari dia…” Fahmi mengambil mudah membuat kesimpulan sendiri. Sewaktu dia bercakap tadi, Lutfiyah tak banyak bersuara membahaskan isu itu kerana dia ada pembentangan setelah itu.

“ Nantilah adik telefon dia…Lepas tu baru buat keputusan” putus Alwan.

“ Adik telefon Fiyah esok. Buat keputusan pun esok” usul Fahmi.

“ Mana boleh…Adik nak buat istikharah satu minggu…Bab kahwin bukan hal main-main. Ni ada kaitan dengan masa depan….” Pintas Alwan serius. Dia tidak mahu terburu-buru membuat keputusan mengikut apa yang orang kata. Dia kena fikir masak-masak dan tetapkan hati dalam keputusan yang bakal dibuat.Dia yang akan menjalani.

“ Tiga hari?” Fahmi masih mencuba mengurangkan tempoh. Dia minum sambil memandang adiknya. Alwan menjengilkan mata.

“ Kalau boleh sebelum abang balik biarlah dah ada keputusan…Terima atau tak. Baru lega hati abang” luah Fahmi. Memang itu yang diharapkannya.

Kedua tangan Alwan memegang kepala. Nafas ditarik dalam-dalam. Tarik dan hembus berkali-kali. Terasa tertekan. Dadanya terasa sesak.

“ Biarlah insyaa Allah Alwan akan bagi jawapan lepas satu minggu daripada hari ni…” Alwan tetap dengan pendiriannya. Ini hal masa depan bukan main-main! Sejak Farouq ke rumah tadi berkali-kali Alwan berkata begitu pada dirinya. Semalam dia masih menganggap ajakan Farouq sekadar angin lalu. Bila Farouq memunculkan diri ke rumah bertemu Pak Ngah selaku penjaganya, itu menunjukkan keseriusannya. Jadi dia kena berfikir masak-masak. Sekali buat keputusan, tak ada patah balik.

“ Okeylah kalau adik dah kata macamtu….Bagitau abang terus bila dah ada keputusan. Abang boleh bagitau kat Farouq….” Fahmi menerima keputusan Alwan tempoh satu minggu sebelum membuat keputusan.

Pak Ngah dan Mak Ngah masuk ke dapur. Berkias-kias menyarankan Alwan untuk menerima Farouq. Pandangan mereka sebagai orang tua juga diberitahu. Farouq pemuda yang baik dari cara tingkahlaku sewaktu datang berkunjung tadi. Prestasinya yang berjaya menjadi usahawan juga menjadi nilai tambah. Bila dia pandai mengurus masa dan urusannya sebagai pelajar dan usahawan pastinya dia akan mampu memikul tugas sebagai suami. Jika mereka berkahwin, hanya tambahan sebagai pemimpin dan kewajipan menjaga Alwan sahaja yang bertambah.

Fahmi turut memuji-muji sahabatnya membesar bersama dari kecil itu. Mereka mula terpisah bila Fahmi menyambung belajar di sekolah berasrama penuh tapi hubungan mereka tetap mesra bila bertemu kembali sesekali di waktu cuti. Melambung-lambung pujian yang dilontarkan.

“ Terima, terima!” sogok Fahmi. Alwan menjeling Fahmi. Niat nak menzahirkan rasa tidak puas hati dipendam bila di depan Pak Ngah dan Mak Ngah. Alwan bangkit ke singki membasuh mug yang telah dia dan Fahmi gunakan sebelum berlalu meninggalkan dapur.

Cuma Mak Ngah saja yang tinggal di dapur menyediakan sesuatu untuk sarapan keesokan hari. Katanya nak masak kari ayam tadi.

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Seperti yang dijanjikan, Alwan meyatakan keputusannya seminggu selepas perbualan berdua dia dan Fahmi. Dari Fahmi memaklumkan Farouq akan penerimaan Alwan.

Hujung minggunya, terus Farouq, Syamim dan maknya datang bersama ahli keluarga terdekat untuk majlis pertunangan mereka. Ikatan rasmi mengikat si bunga agar tidak diganggu kumbang lain. Termaterai sudah ikatan janji untuk bersama bersatu melangkah ke gerbang perkahwinan. Di majlis itu juga kedua keluarga membincangkan tempoh pertunangan dan tarikh nikah dan majlis resepsi.

Saat bertunang, Abang Farouq dan Alwan sentiasa beringat. Berbincang harus berteman. Samaada ditemani Fahmi, Syamim, Pak Ngah, Mak Ngah dan mak Farouq. Dipastikan tidak berdua walaupun saat berhubung dalam talian. Di buat satu grup khas dalam whatsApp dengan empat orang ahli. Fahmi, Syamim, Abang Farouq dan Alwan.

Semakin kerap Abang Farouq bertandang ke rumah Pak Ngah untuk persiapan majlis kahwin. Kalau ikutkan, Alwan nak hantaran tiga berbalas lima. Tapi Farouq tidak bersetuju. Duit mahar, hantaran mas kahwin dan cincin sudah tiga dulang. Dia nak tambah barang lain. Alwan kata tak perlu beri al-quran sebab sudah ada al-quran. Nanti yang baru terbiar berhabuk jadi perhiasan. Farouq tetap beli juga al-quran elektronik pakej dengan doa-doa ma’surat dan koleksi himpunan hadith.

Banyak juga yang mereka tidak sependapat. Alwan bukannya apa. Dia nak majlis mereka sederhana dan seadanya tambahan Farouq masih belajar. Sudahlah untuk majlis nikah dan resepsi Farouq yang banyak keluar belanja berkali-kali dia menegaskan benda tu bukan masalah dan tak perlu dijadikan isu. Makin bertambah-tambahlah rasa bersalah Alwan.

Majlis akan diadakan di kampung halaman mereka. Akan ada dua majlis iaitu majlis nikah dan resepsi . Alwan adik-beradik, keluarga Pak Ngah dan ahli keluarga yang lain akan tinggal di rumah peninggalan mak ayah. Alwan cuba menolak tak payah majlis resepsi cukuplah satu majlis nikah. Tidak mahu membuatkan kakaknya terasa. Sedikit sebanyak dalam diam pasti ada rasa sesuatu bila si adik yang lebih dulu melangkah ke gerbang perkahwinan.

“ Dah jodoh kamu sampai dulu. Penuhi saja keinginan Farouq dan keluarganya. Benda kahwin ni bukan selalu. Harapnya sekali seumur hidup, hidup bersama hingga ke tua, ke syurga in syaa Allah….” Berkali-kali Mak Ngah berkata begitu memujuk Alwan.

Mak Ngah pun sibuk membantu membuat persiapan ibarat anak gadis sendiri yang akan kahwin. Dia dan Pak Ngah juga mengeluarkan belanja bagi membeli barang dan jamuan yang bakal di dijamu pada tetamu yang hadir di majlis mereka.

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Brownies nutella termasuk salah satu hantaran Alwan buat Farouq. Farouq yang berseloroh pada Fahmi dan setentunya permintaan main-main itu disampaikan pada Alwan. Alwan mengabulkan permintaan itu. Baginya bukan susah pun.

“ Semanis nutella…Begitulah cintamu padamu” sengih-sengih Abang Farouq menyatakan sewaktu dia makan brownies itu malam setelah mereka rasmi bernikah. Kekok nak bermanis kata.

Keluarga mereka berdua mengizinkan mereka terus tidur bersama. Tidak perlu menunggu hingga selesai majlis resepsi seminggu setelah itu. Mungkin juga kerana rumah mereka bersebelahan, kalau dihalang bertemu tempoh seminggu itu tetap berjumpa juga kerana menguruskan persiapan bersama.

“ Waktu pertama kali makan brownies buatan Awan abang dah sudah terasa kasih sayang Awan untuk abang haha. Serius!” Farouq cuba meyakinkan dengan muka serius walaupun dia sendiri gelak dengan penyataannya.

“ Manis okey, teksturnya pun cantik. Pendek kata mantaplah! Brownies yang paling sedap abang rasa setakat ni” Farouq menaikkan ibu jari tangan kirinya tanda benar-benar berpuas hati. Sebelah lagi tangannya asyik menyuap brownies ke mulut. Kalau bab brownies Farouq memang ada citarasa yang baik. Lagipula memang makanan kegemarannya.

Alwan membiarkan saja Farouq memanggilnya begitu. Selama ni kalau dalam group WhatsApp pun dia taip macamtu. Ingatkan salah eja tapi memang Farouq sengaja. Sebelum kahwin jarang panggil nama, sekarang bila sudah nikah ni dia memang panggil Awan dan sesekali sayang.

“ Waktu pertama kali Awan buat tu frust juga bila Syamim bagitau abang tak sempat rasa. Lepastu kali kedua Awan cuma buat sikit je sebab Fiyah guna bahan yang Awan beli….Ada juga rezeki abang merasa waktu tu. Tak sangka….” Kali ini sengaja Alwan buat banyak. Untuk Farouq dan ahli keluarga Farouq dan Alwan sendiri. Mesti akan ada yang terliur bila melihat brownies yang dihias cantik dalam dulang hantaran.

“ Allah bagi peluang abang merasa. Dan….itu yang membuatkan abang tertarik dan terpaut kat sayang….Alhamdulillah ada jodoh kita bersatu…” gemersik saja suara Farouq sambil memandang wajah Alwan.

“ Tolong tengok-tengokkan Awan…” apa punya permintaan. Farouq sendiri tak tahu kenapa dia berkata begitu tadi pada Pak Ngah selepas tetamu beredar pulang selesai majlis resepsi. Pastinya Pak Ngah terus ketawa. Bahunya ditepuk lembut oleh Pak Ngah.

“ Memang sebelum kamu kahwin kami yang jaga. Tak payah minta memang kami akan jaga dan pantau. Kita kan keluarga.…” balas Pak Ngah.

“ Walaupun Alwan sudah di bawah tanggungjawap Farouq, kami ni masih keluarga. Kalau ada apa-apa hal, bagitau. Jangan nak pendam-pendam…Muafakat membawa berkat” pesan Pak Ngah terngiang-ngiang di minda.

Esok Farouq sudah berangkat ke universiti sebab ada program belia yang dia terlibat jadi fasilitator. Perkara itu Farouq sudah bagitau seminggu sebelum majlis nikah mereka. Alwan setuju saja. Mungkin itu yang membuatkan Farouq risau dan berkata begitu. Alwan sudah rasmi menjadi tanggungjawapnya sebaik lafaz ijabkabul disahkan dengan satu kali lafaz satu nafas. Esok baru satu hari setelah majlis resepsi, mereka sudah kena berjauhan untuk seketika.

Pak Ngah sekeluarga juga masih bercuti dan tinggal di rumah peninggalan arwah mertuanya merangkap jiran sebelah rumah. Majlis mereka memang sengaja dibuat sewaktu musim cuti sekolah.

Dengan berat hati Farouq mengizinkan bila Alwan minta keizinan hendak meluangkan masa di kampung. Bulan depan Alwan akan mula masuk kuliah di universiti yang sama dengan Farouq. Proses pendaftaran sudah selesai diuruskan. Mereka akan tinggal di rumah sewa yang sudah disediakan Farouq. Farouq tak mahu mereka berjauhan. Tak sanggup PJJ katanya. Baru Alwan tahu istilah itu maksudnya Percintaan Jarak Jauh. Macam-macam istilah orang sekarang.

“ Awan dah tau apa formula orang dah kahwin ni?” Alwan menggeleng dan bersedia mendengar jawapan dari Farouq.

“ 1+1=3”

“ Tambahan tu sebab apa? Ada cinta?” soal Alwan polos. Bertaut keningnya, sedang berfikir akan rasional formula itu.

“ A’ah…Buah cinta….” Farouq senyum-senyum menahan diri dari ketawa. Baru Alwan terfikir maksudnya. Dipicit pipi kiri suami yang mula mendapat tempat di hati. Tak susah pun rupanya belajar untuk mencintai. Bila saja lafaz sakinah ijabkabul disahkan, hati terus rasa sesuatu. Pintu hati terus terbuka luas menerima Farouq. Bila pertama kali bersentuh tangan lagilah bertambah rasa aneh tu dalam dada. Macam kena kejutan elektrik pun iya. 

" Abang nak keluar kejap..." beritahu Farouq sebaik menelek telefon pintarnya. Dia sudah membuat pesanan awal melalui panggilan telefon penghantaran sejambak bunga ros. Putih, merah dan merah jambu. Sudah ada pesanan memaklumkan penghantar sudah sampai di luar rumah. Dia bernasib baik kerana tidak berpapasan dengan seorang pun ahli rumah sewaktu melangkahkan kaki menuju ke bilik. Kejutan buat Alwan.

Surprise~ Special for you my love one. A bouquet of roses” dihulur jambangan bunga pada isteri tercinta. Sebaik jambangan bunga bertukar tangan, Abang Farouq mencium pipi Alwan menambah suasana romantik.

“ Thanks…Membazir duit je abang beli. Majlis kita sudah selesai ini pun alhamdulillah…Dah buat Awan rasa bahagia” Alwan dah mula rasa sebak. Terharu.

“ Tak apa…Bukan selalu…Kitakan lepas kahwin baru nak bercinta dan lebih mengenali satu sama lain. Semoga cinta kita akan tumbuh mekar kembang macam ni…” doa Farouq diaminkan Alwan dalam hati. Tangan Farouq bermain-main di salah satu kelopak bunga.

Jauh di lubuk hati, Alwan terkilan dan sedih mak ayah tidak ada bersama di hari bahagianya. Tapi perasaan itu sebolehnya dia sembunyikan. Cukuplah Allah saja yang tahu.

“ Terima kasih sebab sudi terima pinangan abang. Sakit tau memendam cinta tanpa diluahkan. Selalu abang hampir lemas dalam lautan cinta yang tak berkesudahan ni….” adu Farouq dramatik sambil memegang dada kiri ditempat letaknya hati sendiri. Masih terasa hati yang selalu diterjah angin rindu dan ombak cinta. Bukan mudah untuk berusaha bertahan agar tidak lemas dan hanyut dalam lautan cinta.

Alwan hanya senyum tanpa kata sambil membelek-belek jambangan di pangkuannya. Baru pertama kali dia menerima bunga dari lelaki. Lebih indah bila suami halal yang memberi. Bunga-bunga cinta di dalam hati mula bercambah.

Terkadang lain yang kita rancang lain pula yang jadi. Perancangan Allah tersembunyi hikmah yang diluar kemampuan kita untuk memahami saat ia terjadi. Rupanya Allah tidak kabulkan perancangan dan permintaan di waktu yang kita inginkan kerana DIA ingin memberikan kita sesuatu hadiah yang lebih istimewa daripada yang kita mahukan.


When Allah tests you, It is never to destroy you
When HE removes something in your possession,
It is (only) in order to empty your hands,
for an even greater gift!
- Ibn Al-Qayyim Al-Jauziyah


Let it go
For the sake of Allah SWT
It will soon be replace
With something much better
If you don’t see it now
You will see it then
- Hijabiz

~*~*~*~*~*~*~*~TAMAT~*~*~*~*~*~*~*~

Komen dan kritikan anda akan menaikkan semangat dhia untuk gigih menulis. Practise makes perfect. Silalah tinggalkan komen ya. Terima kasih, Love u! x0x0

2 comments:

Syahafiza Mat Denan said...

Berderau gak hati bila sampai ayat..."tolong tengokkan awan"...ingatkan tragedi nak berlaku...alhamdulillah ok...
Karya yg bagus...tahniah..

Dhia Faaezah said...

@Syahafiza: Terima kasih sudi tinggalkan komen...Salam kenal...Jemput baca cerita Dhia yang lain juga =)

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates