Ads 468x60px

Monday, December 22, 2014

Musim Cuti Sekolah

Bismillahirrahman nirraheem

Assalamu'alaikum warahmatullah wbt. Alhamdulillah ahlan wa sahlan, selamat datang ke blog ni. Terima kasih sudi berkunjung dan membaca entri ni.

Apa khabar anda hari ni? Sihat tubuh badan dan iman? Harap2 begitulah hendaknya. Moga sentiasa dalam petunjuk Allah dan diberi ketetapan iman. Moga hari demi hari, kita menjadi lebih baik dari sebelumnya.amin insyaAllah!




Okey, berbalik kepada tajuk entri. Musim cuti sekolah khasnya hujung tahun ni selalunya sinonim dengan banyak kenduri kahwin dan bercuti bersama keluarga di dalam/luar negara.

Mungkin saja post newsfeed di laman sosial instagram/facebook, rakan2 kita banyak yang asyik post macamtu. Kebahagiaan baru kahwin ke,ada ahli keluarga yang baru kahwin, atau gambar waktu bercuti ke luar negara dengan keluarga tersayang. Buat yang tidak berpeluang melakukan sebegitu, tak apa. Jangan rasa kecik hati atau cemburu. Take it positive way. Husnuzzon@berbaik sangka. Mungkin diorang upload macamtu cuma nak mengabadikan momen indah tu dan berkongsi kebahagiaan tu. Take a deep breath and exhale it.

Masing2 ada rezeki yang Allah bagi. Eversince we are in our mom's tummy, hal jodoh,rezeki, ajal maut dan ketentuan sudah Allah tetapkan,semuanya tertulis di loh mahfuz.

Ni saya nak kongsi dua dripada tafsiran Quran kalamullah.

1) Bila ada masa lapang, mari belek tafsiran ayat2 Surah Takatsur dalam juzuk30.

'Bermegah-megah telah melalaikan kamu'(harta,anak-pinak, pangkat dan pengaruh).

Kadang dalam sedar atau tak, dalam perbualan harian kita berbangga, bermegah-megah bercerita abg aku pergi bercuti di Paris, ada yang umrah, pergi Singapore dan sebagainya. Allah dah beri peringatan dalam Quran seperti surah Takatsur ni.
Kita kena consider tak semua insan dapat bermewah-mewah, mampu berbelanja sakan apatah lagi bercuti ke luar negara. Kadangkala nak makan kat restoran pun mungkin setahun sekali atau makan harian cuma satu kali sehari.

Selain daripada itu, na'uzubillahi min zalik minta dijauhkan. Bila kita post gambar/tunjuk tengah berbahagia tu boleh mengundang rasa cemburu orang. Moga dijauhkan daripada rasa iri orang lain hingga membuatkan dia hantar ilmu hitam tak suka tengok kita senang dan sebagainya. Na'uzubillahi min zalik. Moga dijauhkan. Lebih baik mencegah daripada terkena. Prevention is better than cure. =)

2) Mari hayati tafsiran Surah Assyura ayat 27 ini:

27) Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.
Antara maksud ayat ni, Allah bagi rezeki sesuai dgn yg kita perlukan. 


Allah tak beri semua yang kita mahu. Tapi Allah berikan apa yang kita perlu. Kenali mana yang penting antara perlu dan mahu.

contoh: Kita teringin nak makan kat Restoran S tahap 5 bintang misalnya tapi kewangan kita tidak mengizinkan. Jadi tak apalah, bukan rezeki nak merasa di restoran tu sekarang. Asalkan ada makanan untuk dimakan, alas perut, alhamdulillah. =)

Dan perlu di ingat, setiap yang kita miliki, akan dipertanggungjawapkan di akhirat kelak. Semuanya, masa, harta, anggota badan dan pancaindera dan sebagainya. Macamana kita menggunakannya.

Teringat satu video yang dikirim melalui perkongsian whatsApp. Seorang kanak2 buta mengungkapkan rasa syukur kerana dia tidak akan ditanya macamana dia menggunakan mata nanti di akhirat kelak. dan dia lebih terjaga dari memandang yang tak elok. Allahu, dia memandang sudut positif dan memandang jauh@ akhirat forward thinker.

Dunia hanya persinggahan untuk melakukan amal bekalan hidup di akhirat yang abadi. Ya Allah...pimpin dan bimbinglah kami agar tsabbat di jalanMu dan melangkah di jalan menuju redhaMu dan jalan menuju syurga. Please dont let us ashtray from YOU Dear Allah...la hawla wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azhim. amin amin amin.

Wallahu 'alam bissawab. Reminder for me first and foremost. Moga bermanfaat dan menghidupkan jiwa.

#keranaManusiaPerluPadaPeringatan
Read More »

Quran Menjelma Sebagai Lelaki Kacak?

Bismillahirrahman nirraheem...Moga kita semua dalam ketetapan iman dan hati tetap 
istiqomah dijalanNya amin insyaAllah~.



Lelaki Kacak Hadis yang Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,

"Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga."

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.
Read More »

Saturday, December 20, 2014

Quran in heart





AL-QUR'AN adalah panduan sepanjang zaman. Ia tidak pernah lapok, seperti kitab atau buku lain lapok. Ia adalah cahaya yang tidak pernah malap. Marilah baca dan gunakan ia tanpa jemu-jemu. Orang yang membacanya adalah orang hebat pada Hari Kiamat kelak. 

Mereka akan bersuluh dengan Al-Qur'an itu, insyaaAllah.” 

- (Titah Baginda Sultan Brunei sempena Majlis Musabaqah Tilawatil Qur'an Belia Asia Tenggara Kali Ke-6 Tahun 1435 Hijrah / 2013 Masihi pada 9 Disember 2013 Masihi.)






Read More »

Sunday, December 14, 2014

Promo Jom Lazimkan Diri Tilawah Al-Quran

Bismillah hirrahman nirraheem...


Secebis kisah....... 


Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang dengan cucunya. Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru perbuatan Datuknya itu.

Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”

Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.

“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.

“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.

“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.

"Tak ada gunaya” bentak si cucu.

Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.

Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.

Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”

Moral: Bacalah Al-Quran walau tak tau maknanya... kerana ia kalam Allah yg boleh membersihkan hati kita. Wallahua'lam.  Nasihat khas buat Ana sendiri.

Read More »

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates