Ads 468x60px

Monday, June 8, 2015

Ramadhan Yang DiNanti (Bab 8)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang






Dilema yang membelenggu sejak beberapa hari ini diluahkan pada Haris. Haris pandai menebak dan lebih arif bab bahasa hati di antara mereka.

"Habis tu?" soal Haris usai Ziyad menceritakan kisah di taman permainan dan perbualannya dengan abang Fikri.

"Ya itulah" balas Ziyad. Serabut fikirannya.

"Dah kau tak bersedia, cakap jelah cuma salah faham. Memang macam tu pun hakikatnya kan." Haris membuat kesimpulan. Dilirik Ziyad yang berbaring di sofa ruang tamu.

Ziyad memegang kepala. Cuba untuk menyusun kata meluahkan.

"Kecuali kalau kau memang terpaut pada Emma tu. Itu yang buat kau serba-salah macam ni. Nak tolak terus, sayang dan berat hati" tebak Haris.

Serkap jarang Haris memang seakan memanah tepat ke hati. Namun Ziyad tidak membalas menafikan apatah lagi mengiakan.

"Istikharah kau macamana?" Haris tahu. Ziyad yang dia kenal memang pasti sudah melakukannya meminta petunjuk dari Sang Pencipta.

"Masih tak jelas lagi..." sahut Ziyad. Memang sejak berbual dengan abang Fikri tu dia terus konsisten melakukan solat istikharah setiap hari.

"Teruskan. Dan tanya diri kau. Kalau memang rasa mampu nak kahwin sekarang, pinang je lah" ringkas saran Haris.

"Tapi kalau kau tak nak kahwin dalam setahun dua ni, lebih baik tak payah. Tak elok ikat dan beri harapan lama-lama. Menanti tu sakit tau" sambung Haris.

"Waktu kita sem pertama unversiti dulu, mak pernah cakap kalau nak kahwin kena habis belajar dulu. Lainlah kalu anak perempuan yang dipinang masa masih belajar. Lebih terjamin boleh tanggung makan-minum..." luah Ziyad. Dan sekarang rasanya dia belum sampai tahap nak buka semula isu tu dengan mak.

"Mungkin ini cuma ujian, jodoh belum sampai lagi" Ziyad berkata pada diri sendiri. Namun masih didengari Haris.

"Mungkin...Tapi jodoh ni perlu usaha dan kesungguhan jugak" tambah Haris.

"Kau perlu tukar bidang la Ris. Jadi kaunselor. Memang terbaik" puji Ziyad sambil menaikkan ibu jari.

Haris cuma ketawa kecil dan sengih. Tak kembang dek puji.

*******

Ziyad lega. Isu meminang sudah ditutup selepas Ziyad bersemuka dengan abang Fikri cuma salah faham. Mujur sahaja cerita itu tidak sampai ke telinga ahli keluarga Emma yang lain.

Nasib baik Abang Fikri dan kak Ika tidak memandang serong padanya atas kesalahfahaman yng terjadi.

Ziyad pun jarang bertembung dengan Emma setelah pertemuan di taman permainan itu. Kalau sebelum itu memang sesekali mereka terserempak di gerai makan atau di bangunan tempat Emma bekerja.

"Nak bunga ros merah tiga kuntum" Ziyad membuat pesanan sebaik tiba di kaunter.
Emma mendongak memandang wajah pelanggan yang membuat pesanan.

"Untuk kekasih ke?" biasa saja nada suaranya bertanya tanpa cemburu. Cuma ingin tahu.

"Tak. Untuk mak. Hari ni hari jadi dia"

"Boleh tahan romantik jugak awak ni" komen Emma sambil menyiapkan pesanan Ziyad.
Ziyad cuma sengih sambil menulis nota ucapan dalam kad kecil. Inilah pertama kali dia membeli bunga.

"Lebih cantik perempuan pakai tudung" ucap Ziyad sebaik membuat pembayaran sebelum berlalu.
Emma tunduk. Minda mencerna ayat terakhir Ziyad.

"Cis. Kalau nak puji tu, pujilah terus terang. Aku cantik bila bertudung macam ni. Ni putar-belit" Emma membebel sendiri.

Emma senyum lebar. Pujian Ziyad menceriakan harinya. Menambah semangat untuk konsisten terus bertudung dan berusaha menutup aurat secara sempurna. 

*******

~~Bersambung~~

0 comments:

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates