Bismillahirrahmanirraheem...
Assalamu'alaikum warahmatullah....Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aali sayyidina Muhammad (11x) Kita rebut Pahala free (^_^)
Here it is~~ Saya harap sangat ada yang sudi luangkan masa tinggalkan komen lepas selesai baca. Silalah ya... Sayang semua~
[10]
Antara tanda perkahwinan berkat, proses
urusan dipermudahkan Allah. Mudah dan lancar. Begitulah yang terjadi setelah
persetujuan keluarga Baihaqi dan Safiyyah untuk menyatukan mereka berdua
menjadi pasangan suami-isteri.
Baihaqi melangkah ke dapur. Tepat
sangkaannya. Isteri tersayang ada di situ.
“ Sayang makan apa?” tegurnya.
Safiyyah menoleh memandang suaminya. Tidak
menyangka Baihaqi akan turut terjaga tengah malam seperti dirinya.
“ Masak telur goreng je. Makan dengan nasi
dan kicap. Rasa lapar pula itu yang makan menu simple je….” beritahu Safiyyah sambil menyuap nasi ke dalam mulut.
“ Abang nak sikit boleh?” pinta Baihaqi
sambil duduk di sebelah isterinya.
“ Eh betul ke ni?” Safiyyah menyoal untuk
memastikan dia tidak tersalah dengar. Setahunya selera makan Baihaqi lebih
kepada masakan barat. Masakan menu kampung
dan nusantara bukan citarasanya.
Tanpa kata, Baihaqi berdiri mencuci tangan di
singki sebelum duduk kembali. Dia mencedok satu suapan dari pinggan Safiyyah
masuk ke mulutnya setelah membaca bismillah.
Safiyyah
menanti komen yang bakal keluar dari Baihaqi.
“ Sedap…” Baihaqi menyambung suapan kedua.
“ Sayang kenapa tiba-tiba diam?” soal Baihaqi
pelik.
“ Terkejut… Sebab tak sangka abang makan menu
macam ni…” Safiyyah meluahkan apa yang ada
di fikirannya.
“ Tak pernah makan bukan bermakna tak suka…”
balas Baihaqi. Kini barulah Safiyyah menyambung suapan untuk dirinya semula.
Baihaqi mengakui selepas percutiannya ke
kampung kelahiran Safiyyah barulah dia berpeluang mencuba pelbagai masakan
melayu masakan tradisi. Selalunya masakan melayu yang dia makan masak merah,
masak kicap, masak masam manis, sup dan sebagainya.
“
Abang kan citarasa selera tinggi. Hotel-hotel 5 bintang, restoran ada air-conditioner….”
“ Bila dating
makan bersama Naurah Safiyyah - isteri tersayang - mestilah tempat-tempat mahal
dan eksklusif seperti istimewanya Naurah di sisi abang….” Balas Baihaqi
bersahaja.
“
Lepas ni kita makan di gerai tepi jalan in syaa Allah. Naurah sebut dan pesan
je nak makan apa nanti. Nak roti canai, mi kari, nasi lemak, mi goreng, tom
yam, sate…”
“ Aduh…Abang janganlah sebut macam-macam
makanan malam-malam macam ni. Saja buat Naurah rasa terliur dan lapar…. ” cepat
Safiyyah menghentikan Baihaqi menyebut satu persatu nama makanan. Selain
gelaran ‘sayang’, sesekali Baihaqi
memanggilnya Naurah, panggilan istimewa hanya dia seorang yang memanggil Safiyyah
dengan nama itu.
“ Nak pergi malam ni? Abang okey je…”
“ Tak apalah…Dah lewat malam ni…Esok-esok
je….”
“ Hah….senyum ingatkan apa tu?” sergah
Baihaqi.
“ Bertuah Naurah sebab dapat suami macam
abang. Tak memilih makan. Ringan tulang pula tu membantu mengemas rumah…”
pujian Safiyyah membuatkan Baihaqi senyum senget. Tersengih.
“
Abang pun bertuah dapat isteri macam sayang…Sederhana, tak suka bermewah-mewah.
Beli ikut keperluan bukan kemahuan nafsu” pujian dibalas dengan pujian.
“ Naurah pernah merasa hidup susah dulu waktu
kecil… Belajar dari pengalaman. Itu yang membuatkan untuk sentiasa
berjimat-cermat daripada beli semua benda penuhi semua keinginan nafsu…” ulas Safiyyah.
Dia mengelap air mata yang mula bergenang di tubir mata. Sedih mengingatkan
saat zaman susah mereka sekeluarga suatu ketika dahulu.
“ Betul tu….Kalau tujuan beli barang mahal-mahal
semata-mata nak up-to-date tapi nak gunakan secara optimum, tak lama akan ada
model terbaru yang akan keluar dan lebih canggih…”
“ Tambah
zaman sekarang ni harga subsidi naik, kos sara hidup tinggi. Mana nak bayar bil
air elektrik dan air, pinjaman kereta, bayar minyak, perbelanjaan rumah, makan
minum, kalau ada anak lagi perlu peruntukan belanja anak beli lampin pakai
buang, beli susu, biaya pendidikannya, macam-macam…”
“
Cakap pasal anak, Sayang nak berapa orang anak? Abang tak kisah berapa banyak
anak yang kita ada nanti….Lagi ramai akan lebih meriah rumah kita…” Baihaqi
beralih topik.
“ Kalau boleh sepasang dah cukup. Satu lelaki
dan satu perempuan. Kalau Allah bagi rezeki lebih, boleh je…Tapi kalau boleh
janganlah sampai boleh buat satu pasukan bola, sebelas orang “ jawap Safiyyahh meluahkan impiannya.
Baihaqi ketawa kecil mendengarnya.
“ Okey apa….Kalau anak kita sebelas, abang
boleh jadi jurulatih, sayang jadi tukang sorak. Haha” usikan Baihaqi membuatkan
Safiyyah mencubit lembut lengannya.
“ Abang pernah rasa menyesal tak kawin dengan
Naurah? Iyalah…Naurah ni orang kampung, tekak masakan melayu… “ Soalan Safiyyahh
membuatkan Baihaqi senyum.
“ Tak menyesal malah abang rasa bersyukur.
Islam kan dah beri garis panduan cara memilih isteri? Lihat pada agama, akhlak,
harta dan kecantikan. Daripada empat tu pilih agamanya nescaya kamu akan
beruntung. Memang abang sangat beruntung dapat sayang sebagai isteri… Selain
tu, kemesraan keluarga sayang semakin
membuatkan hati abang terpaut…”
“ Naurah Safiyyah….Bunga yang Allah hadiahkan
pada abang sebagai pelengkap separuh daripada agama abang dan wanita yang halal
untuk abang cinta dan kasihi…” Safiyyah menekup muka dengan kedua belah tangan.
Mukanya terasa panas. Malu mendengar Baihaqi bermadah.
“ Antara tanda perkahwinan berkat, proses
urusan dipermudahkan Allah. Mudah dan lancar. Cuma kenang balik sejak kita buat
keputusan nak kahwin, proses pendaftaran, kursus nikah, persiapan dan beli
barang lancar je kan? Alhmdulillah moga itu tanda perkahwinan kita diberkati Allah.
Amin…” Safiyyah turut sama mengaminkan.
“ Kitakan orang melayu. Macam sekarang kan
kita sesekali makan steak, lamb chop, masakan pasta, masakan arab dan
sebagainya. Abang akui, dulu abang
kurang terdedah dengan makanan menu kampung. Cuma baru sekarang ada peluang
merasa. Memang banyak yang sedap. Kalau boleh nak tinggal dengan mak abah di kampung. Boleh makan macam-macam.
Teman mak abah kerja di gerai makan pun
lagi seronok dapat peluang asyik makan slalu. Fuh alamat makin naik berat abg macam
ni ” keluh Baihaqi.
Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan
Allah….
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan mu
memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu
bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu
mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat." [Surah Ibrahim: 7]
“ Sayang….Nak makan nasi kicap dengan telur
goreng boleh tak?” pinta Baihaqi.
“ Eh kan baru pagi tadi dah makan?” tegur Safiyyah
dengan kening bertaut.
“ Sekarang dah terliur nak makan lagi…. Jom…”
Baihaqi menarik tangan isterinya ke dapur.
‘ Sometimes the smallest things
take up the most room in your heart’ - Winnie the Pooh
~*~*~*~*~*~*~*~TAMAT *~*~*~*~*~*~*~
Alhamdulillah. Mini Novel saya yang pertama habis disiarkan dalam blog ni. Macamana? Apa pendapat korang tentang cerita ni dan gaya penulisan saya? Saya sedia menerima kritikan bagi memantapkan lagi mutu penulisan saya di masa akan datang. (^_^)
Your like and comment is my inspiration....
0 comments:
Post a Comment