Assalamu'alaikum.
Allahumma Solli 'Ala
Sayyidina Muhammad (11x) Pahala free dengan mudah (^_^)
In
syaa Allah
tak lama lagi mini novel ini akan berakhir dalam blog. Bab terakhir
adalah yang ke sepuluh. Selamat membaca.... (^_^)
Keluarga Safiyya meraikan kedatangan
Baihaqi sekeluarga dengan menjamu mereka makan di rumah. Dan ini bagi Baihaqi,
ini bukanlah kali pertama dia bertemu keluarga itu.
Sebelum dia di sini, memang
setiap hari Baihaqi bertandang ke rumah dan gerai keluarga Safiyya.
“ Nah makan banyak-banyak….Aku masak istimewa untuk cik bos
aku ni…” bisik Safiyya sambil mencedok sambal sotong pada pinggan Fatin di
sebelahnya.
“ Ni yang buat aku tambah sayang kau lebih ni…” ucap Fatin
perlahan agar hanya didengari mereka berdua sahaja.
Setelah majlis ulangtahun syarikat ayah Baihaqi, Fatin
menutup butik untuk sementara dan memberi cuti khas selama tiga minggu pada
Safiyya dan Syumaila sebagai tanda penghargaan komitmen mereka.
“ Maaflah Asfar….Julia….Kita makan
atas tikar je…” ucap abah Safiyya pada tetamunya. Manalah tau andai tetamunya
kurang selesa. Meja makan mereka tidak dapat menampung jumlah mereka dua
keluarga.
“ Eh tak apa…Makan di bawah macam
ni lagi seronok. Lebih terasa nilai kekeluargaan kita orang melayu ni. Kami pun
kadang-kadang makan macam ni juga waktu berkumpul keluarga” cerita uncle Asfar,
ayah Baihaqi disokong oleh isterinya.
Menu yang disediakan……Sambal
sotong, tomyam, ikan bakar, ikan masak asam pedas, daging masak hitam
berkerisik dan pelbagai jenis sayur di samping ulam-ulaman.
“ Sedap lauk-pauk ni….” Puji
auntie Julia.
“ Masakan biasa saja
Julia….Masakan kampung” ucapan mak diiringi senyuman.
“ Betul tu…Sedap…Ni dah dua kali
tambah saya dibuatnya….” Akui Baihaqi sambil menceduk lauk……
“ Makan makan…Tambah lagi Asfar….”
Abah menyuakan nasi tambah yang berhampiran dengannya. Dengan senang hati uncle
Asfar menyambut dan mencedok nasi tambah ke dalam pinggan.
“ Safiyya…. Petang nanti kita pergi lepak bawah pokok dekat
kandang kambing abang kau ya? Kita bawa makan nasi kicap dengan telur goreng
kat situ….”pinta Fatin berbisik. Safiyya senyum.
“ Boleh je in syaa Allah…Sekarang kita tengah makan dah
terfikir menu minum petang….” Usik Safiyya.
“ Alah bukan selalu aku dapat datang sini…” balas Fatin.
“ Tu kenapa dua anak dara berbisik-bisik tu?” tegur mama
Baihaqi.
“ Tak ada apa auntie…Fatin
cakap sedap sambal sotong masakan Safiyya ni….Bai pun berselera makan sampai
dua kali tambah….” Ucapan Fatin membuatkan Baihaqi tersedak.
Terus Naufal menghulurkan segelas air oren.
Cepat-cepat Baihaqi meneguknya.
“ Macamana? Apa komen Bai tentang
percutian di kampung ni?” soal ayah sepulang dari rumah keluarga Naufal dan
Safiyya. Dia dan ayah sedang menikmati pemandangan hutan hijau yang cantik dan
menenangkan dari balkoni homestay yang mereka diami.
“ Seronok memang Bai menikmati
hari-hari cuti di sini….Nanti nak datang sini lagi…” komen Baihaqi membuatkan
wajah ayahnya ceria.
“ Kalau Bai suka tempat ni, Bai
kahwinlah dengan orang asal ni….” Usul ayah sebelum meluahkan hasrat hati.
Baihaqi mencerna kata-kata yang
diucap ayahnya. Rupanya memang sengaja mencadangkan dirinya datang awal bercuti
di sini. Memberi peluang berkenalan dengan keluarga Safiyya.
“Memandangkan keluarga dia Bai
dah kenal dan tempat dia membesar pun Bai dah selusuri. Jadi kalau Bai suka,
kami akan merisik Safiyya untuk Bai sebelum kita pulang dari sini. Ini cuma
rancangan mama dan ayah je….Safiyya memang criteria calon menantu yang bagus” luah mama yang baru
melangkah sama ke balkoni. Dia mengikuti perbualan suami dan anaknya dari dalam
sejak tadi.
Baihaqi terdiam mendengar hasrat
ayah dan mamanya. Patutlah mama tidak melatah tempoh hari. Langsung mama tidak
meluahkan rasa tak senang hati pada Baihaqi bila ramai yang menghubunginya dan
menawarkan diri untuk jadi calon menantu. Rupanya mama sendiri sudah ada calon
untuknya. Sangkaannya mama akan memberi kata dua meleset sama sekali.
Baru sahaja dalam perjalanan
pulang ke homestay tadi Kak Wardah
memaklumkan kisah terkini pejabat sepanjang ketiadaannya. Amy mohon kerja di
company mereka jawatan Eksekutif Bahagian Operasi yg memang diiklankan kosong.
Amy memenuhi kriteria yang
dikehendaki, kelulusan yang diperlukan dan pengalaman kerja yang berkaitan,
jadi dia dalam tangga nombor satu untuk diserap masuk ke dalam syarikat
daripada calon-calon lain.
Begitulah maklumat dari Kak Wardah yang tergerak
hati untuk meneliti profil calon-calon. Naluri wanita yang selalu menandakan
sesuatu.
Proses iklan jawatan kosong, menerima
permohonan dan ujian saringan dilakukan oleh Bahagian Sumber Tenaga Manusia. Hanya
senarai pendek sahaja yang dihadapkan kepada Baihaqi dan ayahnya selaku pegawai
utama syarikat. Itupun setelah proses temuduga dijalankan sebelum calon
dihubungi agar melapor diri sebagai pekerja syarikat.
“ Akak bukan nak ugut tapi nak
cakap tentang kenyataan. Bai lebih kenal diri sendiri. Hati Bai lembut dan
mudah dilentur. Boleh jadi dengan mudah saja cair dan menerima kalau Amy
memujuk rayu"
" As a sister if u ask me to choose either two to be my sister in
law,I choose Safiyya. Akak suka Safiyya. Begitu juga Mama dan ayah. Apapun semua
bergantung pada pilihan kamu Muhammad Aniq Baihaqi ” kata akhir Kak Wardah tadi
terngiang-ngiang di kotak mindanya.
‘ Hmmmm…..’
~*~*~*~*~*~*~*~BERSAMBUNG*~*~*~*~*~*~*~
Nota kaki:
merenik: mengalir
Your like and comment is my motivation....
0 comments:
Post a Comment