Assalamu'alaikum.
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad (11x) Pahala free dengan mudah (^_^)
[6]
Baihaqi
memicit-micit kepalanya. Rasa pening. Sebelah kepala rasa menekan dan mencucuk.
Digagahkan diri menghadap komputer. Masih ada yang perlu disiapkan.
‘ Done! Alhamdulillah….’ Baihaqi menutup komputer
dan mengemas meja. Setelah berpuas hati meja kemas, dia keluar dari bilik
kerjanya.
“
Faseeha…Hari ni saya balik awal. Kepala pening…” sempat dia singgah ke meja
setiausahanya. Sebelah tangannya memicit kepala.
“ Muka bos
pun nampak pucat. Bos betul dapat bawa kereta ke ni? Kalau tak, saya boleh
telefon pemandu Tuan Asfar…” usul Faseeha merujuk pada pemandu ayah bosnya.
Wajah Baihaqi nampak pucat tak bermaya.
“ In syaa
Allah okey… Saya bawa perlahan je nanti…” ucap Baihaqi sebelum menutup
perbualan dengan salam sebelum berlalu.
Sewaktu dalam perjalanan pulang, Baihaqi melencong singgah ke
masjid. Tergerak hati untuk berjemaah solat Asar di situ. Kurang dari setengah
jam lagi masuk waktu Asar.
Rasa sejuk air selepas berwudhuk rasa menyerap ke dalam
tubuh. Kepalanya rasa lega. Rasa pening tadi berkurang. Usai melakukan solat
sunat tahyatul masjid, Baihaqi duduk berteleku berzikir. Bila azan berkumandang
baru dia tersedar. Bagai baru terjaga dari tidur.
“ Marilah makan bersama…Petang ni ada makan-makan sikit. High tea bersama…” ajak seorang jumaah
saat mereka bersalaman.
“ Marilah…In syaa Allah cukup untuk jemaah yang datang…” kali
ini Tuan Imam pula mengajak. Lengan Baihaqi dipaut dan dibawa melangkah bersama.
“ Tak apa ke Tuan Imam? Er…Saya jarang singgah di sini…” luah
Baihaqi pada Tuan Imam di sebelah.
“ Eh tak apa…Memang sebulan sekali kita buat makan petang
macam ni. Siapa yang ada kita ajak sekali. Dah rezeki…Marilah..” ceria imam
mengajak. Umurnya mungkin sebaya dengan ayahnya. Rasa tenang saja Baihaqi
rasakan saat berbual begitu dengannya.
Baihaqi menurut langkah dia dibawa. Tadinya dia hendak
menolak tapi tak sempat nak bersuara sudah dipimpin melangkah bersama jemaah
lain ke bahagian lorong luar. Ada dua meja. Diasingkan jemaah wanita dan
lelaki.
“ Mari makan…” pelawa seorang pakcik sambil menghulur pinggan
pada Baihaqi. Tuan Imam sedang berbual dengan jemaah lain.
“ Terima kasih…” Baihaqi senyum hormat.
Baihaqi terfikir. Terkenang perbualan dengan Kak Wardah
tempoh hari tentang minta carikan calon dari Imam masjid. Sekarang boleh pula
dia duduk di sebelah Tuan Imam dan dikelilingi oleh 5 orang warga pakcik-pakcik
yang mungkin memang jemaah tetap masjid itu. Ada juga yang duduk di kelompok
lain.
‘ Allah nak mudahkan jalan kau kahwin ke?’ detik hatinya.
“ Anak ni nama apa?” soal pakcik di sebelah kirinya.
“ Saya Baihaqi pakcik…” jawap Baihaqi sambil memandang pakcik
yang bertanya.
“ Sedap nama…Nama imam perawi hadis” puji seorang pakcik.
Baihaqi makin bertambah segan bila namanya jadi topik
perbualan mereka.
“ Err…Saya hamba biasa je…Banyak kekurangan sana-sini…” ucap
Baihaqi. Tidak mahu dipandang baik dan
dipuji melambung tinggi.
“ Memang asal dari kampung ni?”
“ Tak…Saya tinggal di kampung sebelah. Kampung Parit Raja.
Tadi kebetulan lalu sini. Tak sangka pula ada majlis makan macam ni. Rezeki
minum petang percuma..” seloroh Baihaqi. Mereka ketawa kecil. Ada yang senyum
mendengarnya.
Setelah makan dan selesai minum, Baihaqi turut pulang. Mereka
juga bersedia untuk pulang.
“ Alhamdulillah…Terima kasih Tuan Imam…” ucap Baihaqi saat
gilirannya bersalam dengan Tuan Imam.
“ Panggil pakcik Kahar je…In syaa Allah semoga kita dapat
bertemu lagi…” balas Tuan Imam Kahar sambil memeluk Baihaqi. Jemaah lain turut
dilakukan sebegitu. Baihaqi hanya senyum. Tak mahu menabur janji.
“ Datang lagi sini nanti Baihaqi…Dapat kita berjumpa lagi…”
pesan seorang pakcik. Dia juga memeluk Baihaqi setelah bersalam tangan.
Masing-masing melangkah ke kereta untuk pulang. Rasa pening
di kepala Baihaqi sudah kurang. Alhamdulillah…
Sewaktu menuju ke kereta, Baihaqi terpandang Fatin dan
rakannya berdiri di luar kereta jarak satu slot parker kosong dengan keretanya.
Terus dia menyapa dengan salam.
“ Kenapa? Ada masalah ke? ” tanya Baihaqi setelah mereka
menjawap salamnya. Hanya kereta mereka dua buah yang ada di bahagian kiri
masjid. Jemaah lain rata-rata meletak kereta di sebelah kanan. Lebih dekat
dengan pintu masuk masjid.
“ Tayar kereta Safiyyah ni pancit sebelah. Tak tau sejak
bila. Sekarang baru perasan…” beritahu Fatin. Lega ada orang dikenali di situ.
Baihaqi melangkah ke bahagian kanan depan kereta. Memeriksa.
Safiyyah melangkah ke tepi memberi ruang Baihaqi memeriksa.
“ Ada tayar spare
tak?” soal Baihaqi tanpa memandang. Dia melipat lengan baju kemejanya.
“ Ada….Dalam boot
belakang...”
“ Bagus…Biar saya tolong tukar…” Baihaqi menawarkan diri. Dia
mengambil sesuatu dari keretanya.
“ Jangan tengok tau…” ucap Baihaqi sewaktu membuka butang
baju satu persatu. Mengusik Fatin.
“ Orang taulah ada baju lapis di dalam. Kalau tak, tak adanya
Bai nak buat free show…”
balas Fatin.
Baihaqi senyum. Nasib baik dia memakai baju lapis kelabu hari
itu. Kalau putih, memang akan kotor.
Tak sampai 15 minit, tayar sudah siap diganti. Setelah memasukkan
tayar lama ke dalam boot belakang,
Baihaqi melangkah ke tempat berwudhuk untuk mencuci tangan. Sabun pencuci
tangan ada disediakan. ‘Alhamdulillah…’ lega hatinya. Mudahlah untuk dia
membersihkan tangan yang terkena minyak hitam.
“ Tayar lama tu masih boleh pakai lagi. Cuma perlu tampal je
di bengkel. Kalau tak nak pakai, lagi senang beli baru…” beritahu Baihaqi
setelah kembali semula ke kereta.
Setelah mengucapkan terima kasih, mereka berpisah ke haluan
masing-masing.
Sebaik sampai ke rumah, Kak Wardah senyum-senyum
memandangnya. Menjawap salamnya pun senyum.
“ Kenapa senyum ni?” tegur Baihaqi dengan kedua kening
bertaut. Ingin tahu punca sebenar. Rasanya mukanya tidak terkena minyak hitam
tadi.
“ Tengok ni…” Kak Wardah menghulur telefon pintarnya.
Fatin memuatnaik gambarnya menukar tayar tadi. Dengan caption: ‘ Prince Charming in action. Muhammad Aniq Baihaqi’.
“ Ramai yang komen. Jadi Jejaka Terhangat di Pasaranlah Bai
sekarang….” Usik Kak Wardah. Dalam masa
kurang 15 minit setelah dimuatnaik, sudah hampir 50 orang yang komen.
“ Takkan jadi punya…Lagipun cuma gambar dari sisi. Tak nampak
muka” santai Baihaqi menghadapi berita itu. Optimis.
“ Yang follow
instagram Fatin tu banyak kaum perempuan dari yang muda hingga ke tua termasuk
kawan-kawan mama. Nanti mesti ada yang berkenan nak buat menantu…” provok Kak
Wardah.
“ Bai naik dulu…Letih…” ucap Baihaqi sebelum berpaling
berlalu ke tangga. Baju kemeja yang sejak dari kereta tadi dipegang kini disangkut
ke bahu kiri.
~*~*~*~*~*~*~*~BERSAMBUNG*~*~*~*~*~*~*~
Your like and comment is my motivation....
0 comments:
Post a Comment