Ads 468x60px

Friday, May 23, 2014

Kau Warnai Hidupku [ Bab 1 ]

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


“ Lewat bangun hari ni... Biasa dialah orang yang pertama turun dapur…” teguran Mila hanya dibiarkan sepi oleh Zara.

“ Kau bancuh air apa?” soal Zara mendatar saat duduk di sisi Mila. Masih mengantuk.

“ Teh perisa peach….makanlah sekali. Ni aku goreng chips dan fillet” pelawa Mila sambil menyuakan pinggan pada Zara.

“ Terima kasih…Sayang kau” Zara senyum senang hati.

“ Kenapa mata tu Zara?” tegur seorang lagi teman serumah mereka Farah.

“ Aku cuma tidur satu jam saja tadi…Hehe cuba teka apa yang aku buat semalam?” sengaja Zara menyuruh rakannya meneka.

“ Berangan macam biasa”

“ Salah….Aku tengok gambar di instagram. Gambar Irma Hasmie-Syah Redza, Diana Amir-Habib, Farah Lee-Ally Iskandar. Ya Allah….Sweet!” teruja Zara bercerita.

“ Lebih baik kau kawin cepat Zara. Sejak kebelakangan ni kau macam dah jatuh kes wajib kawin….” Saran Farah diiakan Mila.

“ Kalau boleh memang aku nak kahwin cepat. Esok pun boleh haha. Tapi itulah belum ada jodoh. Mak pun belum nak lepas aku. Kita muda lagi kot sekolah pun tak habis lagi….Tapi tak apa. Insyaa Allah aku rancang lagi tiga tahun aku nak kahwin. Sekarang kena fokus belajar dan persiapkan diri…”

“ Kenapa korang senyum?” tegur Zara bila melihat kedua rakannya itu senyum sebaik dia berkongsi perancangan hidup.

“ Bunyinya macam serius je. Jarang kau macam ni…” beritahu Mila.

“ Alah. Korang ni sebagai kawan kenalah sokong aku bukan gelak macam ni…” ucap Zara bila Mila dan Farah masih senyum.

“ Hari tu aku ada dengar Dari Prof Dr Muhaya cakap: ada yang berfikir lepas kawin baru akan bahagia. Sebenarnya kita kena bahagia dulu baru kahwin. Bila aku fikirkan, betul jugak cakap Prof tu. Lepas kahwin ujian baru bermula. Hidup baru dengan pasangan, ada mertua, adik-beradik suami, keluarga kita macam-macam. Kalau diri sendiri kita belum berjaya bimbing dan urus, memang susahlah”

Mila dan Farah meneruskan suapan. Nampak tidak berminat mengulas lanjut.

“ Minta maaf lah ye Cik Zara. Hari ni saya ada full class pagi ke petang. Jadi sekarang saya nak rehatkan minda. Awal pagi lagi kau ajak kitorang pemikiran kritis terima kasih je lah” luah Farah.

“ Tak apalah. Just forget about it. Lupakan sajalah…” putus Zara akhirnya tidak lagi bercakap. Dia diam meneruskan suapan.
 *~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
 
Empat tahun kemudian….

“ Zara. Bila kau nak berkeluarga sendiri? Nak kata tak ada yang minat, itu memang tak boleh diterima sebab ada je lelaki yang berminat nak kenal dengan kau. Dari zaman kita belajar, kenalan mak ayah kau, dari kabel kawan abang kau lah bagai….” tegur Sarah.

Sarah, Mila dan Zara meluangkan masa makan tengahari bersama tanpa kehadiran suami dan anak.

“ Belum jodoh kot. Aku rasa tak serasi, tak terbuka hati bila ada yang datang tu. Biarlah…. Lagipun sekarang aku tengah sibuk. Makin banyak customer yang berminat agensi pengiklanan tempat aku kerja tu. Letih perah otak nak jadi kreatif dan versatile….idea fresh dan design bervariasi” Luah Zara.

“ Dulu kau yang selalu sebut bab kahwin, kaulah paling teruja di antara kita bertiga. Bila kita dah masuk alam kerja ni, tak sangka pulak kau jadi workaholic  macam ni….” Komen Mila.

“ Ke kau takut komitmen?” tebak Sarah.

“ Tak adalah. Macam aku cakap tadi….Tak terbuka hati. Bila tengok lelaki tu, aku rasa biasa je. Tak ada rasa teruja ke, sibuk nak ambil tahu info pasal lelaki tu ke, tak ada…”

“ Lepasni kalau ada calon yang sesuai, keluarga kau suka, terima ajelah….Usaha!” tekan Mila.

“ Tengoklah macamana….Ni aku nak pesan lagi. Korang nak pesan apa-apa?” Tanya Zara setelah menghabiskan suapan terakhir aiskrimnya.

No thank you…Nanti alamat bertambah lagi berat badan aku…” tolak Mila.
  *~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
 

“ Zara….” Panggilan ayah membuatkan Zara berhenti melangkah.

“ Kenapa ayah?”

“ Duduk kejap….”

“ Kamu ingat ustaz yang ajar kamu mengaji di surau masa kamu kecil dulu?” ayah memulakan cerita.

“ Mengaji? Hmmm…Ustaz Ridhwan ke yah?” soal Zara cuba mengingati.

“ Memang dia lah…Dia dah tinggal menetap di sini belum sampai setahun. Kontrak kerja di Madinah dah habis katanya….”

“ Lama juga ustaz tinggal di Madinah tu kan yah. Belasan tahun…” komen Zara. Seingatnya dia berhenti mengaji dengan  ustaz Ridhwan sebab ustaz itu berangkat ke Madinah.

“ Masa kita buat kenduri tahlil bulan lepas dia ada datang. Kelmarin, dia ada datang….Merisik kamu” cerita ayah.

“ Merisik? Untuk siapa? ”

“ Anak saudara dia katanya….Fikirkanlah dulu…” usul ayah.

“ Terima saja Zara….. Kalau jiran-tetangga, saudara atau kenalan biasa, ibu ayah boleh terima kalau kamu tolak. Yang ni, anak saudara Ustaz Ridhwan. Bakal suami kamu ni cucu arwah tok imam masjid kampung kita dulu… Bukan calang-calang yang datang kali ni. Macam bulan jatuh ke riba. Peluang yang jarang datang” saran ibu yang baru keluar dari dapur.

“ Siapa namanya?”

“ Ustaz Ridhwan panggil dia Syakir….”

“ Syakir?  Zara macam tak kenal….” Zara cuba mengingat nama kanak-kanak seusianya dulu.

“ Syakir tua tiga tahun dari kamu Zara. Seingat ibu, pendiam budaknya masa kecil dulu. Elok je duduk diam-diam.. Abang Qawi kamu pun tak berapa rapat dengan Syakir….” beritahu ibu.

“ Masa kecil dulu memang selalu bersama atuk dia Tok Imam tu di masjid. Budak Syakir tu memang membesar di sini dijaga Tok Imam dan ustaz Ridhwan. Bila ustaz berangkat ke Madinah barulah dia tinggal dengan mak ayah dia di luar Negara”

“ Macamana?…Kamu bukannya makin muda….Kami ni pun bila-bila masa boleh pergi”

“ Ibu ni cakap macam tu pula. Kalau dah ajal, Zara pun boleh pergi juga ibu…Lebih awal dari ibu ayah” balas Zara. Tidak suka mendengar kata-kata ibunya.

“ Biarlah dulu..Nanti Zara buat keputusan…”

“ Tapi macamana dia tau pasal Zara? Ni mesti ibu atau ayah yang promosi..” tebak Zara.

“ Ustaz sendiri yang sebut. Dia ingat kamu adik-beradik pernah mengaji dengan dia masa kanak-kanak dulu” ayah cuba meyakinkan.

“ Ibu belum jumpa lagi isteri ustaz. Dah lama tak jumpa” jawap ibu pula.

“ Biasalah….Orang alim, baik-baik ni selalu memang ingatan dia kuat…” komen ayah.

“ Fikir cepat….Buat keputusan. Tak elok biarkan orang ternanti-nanti…” tegur ayah.  

Zara bangkit masuk ke bilik. Lagi lama dia di situ, pasti ibu ayah akan menyambung kata memujuk agar terus setuju.
~~BERSAMBUNG~~

Sila tinggalkan komen dan rating ya. Terima kasih~ (^_^)

4 comments:

Unknown said...

Kecilnya tulisan boleh bagi besar sikit x susah la nak baca.

Dhia Faaezah said...

Terima kasih atas maklumbaalas Baby mio~ Dhia dah edit font tulisan. Kalau ada masalah lain just bagitau eh. thanks <3

Cik Penulis said...

Syakir tu adakah seorang imam muda?haha.. zara oh zara.. sila fikirkan pinangan dari ustz ridhwan tu eh..

Dhia Faaezah said...

Cik Penulis: Adakah Syakir seorang imam muda? jeng jeng jeng~~ hehe ;)

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates