Ads 468x60px

Friday, March 6, 2015

Cerpen: Hadiah Hari Lahir

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Assalamu'alaikum warahmatullah wbt. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa ala aali Sayyidina Muhammad (11x). Terima kasih buat yang sudi mengikuti eNovel saya tajuk Hijrah tu. Buat masa sekarang belum ada sambungan lagi. Jadi saya keluarkan karya tahun lepas yang belum pernah keluar kat mana2.

Selamat membaca~ Mulakan dengan lafaz bismillah ^_^




Aisyah Humairah mempercepatkan langkah. Dia ingin segera sampai ke tempat pertemuan. Abangnya, Amirul Hakim yang memintanya datang ke situ, ke salah satu restoran segera di satu pusat membeli-belah.

“Abang ni kenapa? Kan boleh bagi hadiah Aisyah kat rumah je macam selalu...” rungut Aisyah sebaik menghulur salam dan melabuhkan duduk di depan abangnya. Aisyah menyilangkan tanan ke dada. Merajuk.

Amir tersengih. Sudah menjangkan Aisyah akan merungut sebegitu. Dia ingin momen ini menjadi kenangan terindah dan istimewa untuk dikenang di masa depan.

“Saja...Kan abang dah kata minggu lepas. Hadiah umur Aisyah ke-21 ni abang ada hadiah yang sangat istimewa...” sengaja Amir berkata begitu membuatkan Aisyah semakin tertanya-tanya. Amir ketawa besar bila Aisyah merenungnya tajam dengan kedua kening bertaut.

“ Okeylah...Tanpa membuang masa, meh abang bagitau...” Aisyah diam menanti abangnya menyambung bicara. Jantungnya berdetak kencang dek rasa ingin tahu yang membuak-buak.

“ Bismillah...” Amir senyum lebar. Sengaja menyakat si adik yang sedang ternanti-nanti.

“Abang nak kahwin insyaAllah hujung tahun ni. Abang nak hadiahkan adik kakak ipar . Dan kakak ipar tu seseorang yang adik kenal...”

Aisyah membuat muka bosan. Langsung tidak rasa teruja dengan berita itu. Iyalah. Yang nak kahwin tu Amir. Lainlah kalau Amir bagitau ada lelaki yang nak meminang dia. Haha opss... Aisyah gelak sendiri di dalam hati. Lagipun dia dah ada tiga orang kakak ipar, jadi apa nak hairan.

“Tak teruja? Okey...” Amir jeda sebentar sambil menunduk mengambil satu beg kertas di bawah meja yang mereka tempati.

“Demi nak buat kejutan untuk adik seorang ni, abang sanggup cakap dan minta bantuan bakal abang ipar untuk sampaikan kat bakal kakak ipar awak dik. Abang awak ni minta bantuan dia untuk pilih dan belikan blouse dan skirt untuk adik sebagai hadiah dari abang. Yang shawl tu hadiah dari dia...” cerita si abang sambil menghulurkan beg kertas itu.

“ Mesti sesuai dengan taste adik punya...Abang yakin 99%”.

Tanpa kata, Aisyah membuka dan meneliti isinya. Skirt labuh putih ditaburi bunga-bunga kecil berwarna merah jambu, sepasang blouse rona pastel peach dan sehelai shawl berwarna pastel merah jambu. Cantik! Memang kena dengan citarasanya!

Sekali lagi Amir ketawa melihat reaksi wajah si adik bongsu. Reaksi raut wajah Aisyah jelas teruja dan suka dengan hadiah pemberiannya.

“Siapa nama bakal isteri abang ni?”soal Aisyah. Sungguh dia penasaran. Setahunya, insan yang bernama Amirul Hakim di depannya ini tak pernah keluar ataupun membawa pulang ke rumah bertemu keluarga mana-mana perempuan ataupun nampak angau dilamun cinta selama ini. Semakin sukar untuk dia menebak gerangan wanita yang bakal menjadi kakak iparnya kali ini.

“Abang bagi peluang adik kenal dengan dia hari ni. Alhamdulillah nasib baik dia pun lapang nak jumpa hari ni macam yang abang rancang. Abang dah rancang awal. Kakak ipar adik tu dah sampai. Dia tengah tunggu Aisyah kat restoran SM bangunan sebelah” restoran SM tu merupakan tempat kegemaran Aisyah. Sengaja Amir memilih tempat pertemuan di situ.

“Nah duit dan kad kredit abang kalau nak belanja beli barang lepastu. Jangan boros sangat...” pesan Amir mengingatkan. Dua keping not lima puluh dihulur dan kad kreditnya.

“Lah baru ingat nak paw bakal kakak ipar ni...” ucap Aisyah selamba.

“Janganlah...Kesian dia...” balas Amir dengan wajah sengaja diseriuskan tanda dia betul-betul memaksudkan apa yang dikatanya. Tapi itu langsung tidak menggerunkan Aisyah. Dah biasa dah.
Sebaik berpisah dengan Amir di luar bangunan, Aisyah melangkah ke bangunan sebelah. Kali ini destinasinya adalah restoran SM.

“Baju hijau, tudung hitam...”Aisyah bermonolog sendirian sambil matanya melilau mencari-cari gerangan yang dimaksudkan. Begitulah yang diberitahu abangnya tadi. Aisyah melangkah menghampiri satu susuk tubuh yang sedang membelakangi pintu masuk. Hanya susuk itu yang memakai warna baju dan tudung yang sepadan.

“Assalamu’alaikum...” sapaan Aisyah membuatkan susuk tubuh itu berpaling menoleh.

“Roselina!!!” Aisyah terasa ingin menjerit. Sangat-sangat teruja. Mereka bersalaman dan berpelukan sebelum duduk bersebelahan. Sedar mereka berada di khalayak ramai.

Mereka berdua bangkit berdiri setelah berbincang bersama. Mereka menukar tempat duduk. Beralih ke meja yang sedikit tersorok daripada meja lain agar lebih privacy berbual.

“Apa cerita ni Rose? Sejak bila kau bercinta dengan abang aku?” soal Aisyah sebaik mereka kembali duduk bersebelahan. Sebelah tangan mereka berdua masih bertaut seakan melepas rindu lama tidak bersua.

Roselina dan Aisyah Humairah merupakan sahabat rapat sewaktu di zaman sekolah menengah. Mereka menyambung pengajian di universiti dan jurusan yang berlainan. Setelah habis sekolah menengah, mereka sudah jarang bertemu.

“Hello...Kami tak bercinta okey...Kan kita pernah kata nak kahwin dulu baru bercinta. Dia satu pejabat dengan abang aku. Aku tak kenal sangat pun. Berjalan pergi mana-mana bersama pun tak pernah. Selalunya kalau dia datang rumah pun, dia berbual dengan abang aku atau mak ayah.” Rose menceritakan serba-sedikit. Bila Amir menyatakan hasrat ingin memperisterikan dirinya kepada abangnya, dan abangnya memaklumkan kepada keluarga, mak ayah mereka menyambut baik. Dan kedua belah keluarga sudah pernah bertemu bersama.

“Macamana boleh aku tak tahu keluarga kita bertemu ni?” soal Aisyah tidak puas hati.
“Abang kau yang sengaja rahsiakan daripada kau. Nak buat kejutan katanya. Pertemuan keluarga tu waktu kau tinggal di asrama universiti. Dia rancang kita jumpa waktu hari jadi kau ni” cerita Roselina lagi.

“Aku tak tahupun yang dia tu abang kau sebab nama ayah korang lain. Hari ni baru aku tau bila jumpa kau ni. Dia bin Ahmad, kau pulak Aisyah Humairah binti Hamdan. Aku cuma tahu dia ada adik tapi tak tahu nama. Tak sangka adik dia tu kau...” luah Rose.

“Sebenarnya dia tu Sepupu Aku Abang Aku, macam tajuk novel kan? Hehe” Aisyah ketawa sendiri di hujung ucapannya. Hakikatnya memang begitu. Rose rasa pelik inginkan penjelasan lebih lanjut.

“Ayah kami Hamdan dan Ahmad tu adik-beradik. Lepas sepuluh tahun ayah Ahmad meninggal waktu bertugas dalam tentera, abah Hamdan kahwin dengan mak. Itupun ambil masa sebenarnya mak nak terima. Memang macam-macam tohmahan, caci-maki orang bila mak kahwin dengan bekas adik ipar sendiri. Alhamdulillah diorang berjaya hadapi semua tu dan lahirlah aku. Dah macam tajuk novel kan? ‘Sepupu Aku Abang Aku’. Dan sekarang kau ni ‘Sahabat Aku, Kakak ipar Aku’ haha sesuai sangat” ungkap Aisyah teruja. Sungguh, ini merupakan hadiah paling istimewa dan paling bermakna. Pandai si abang dan ahli keluarga mereka menyorokkan khabar gembira ini dari dia.

“Dia ni siapa? Sebutlah nama si dia tu...” usik Aisyah dengan senyum lebar menampakkan barisan gigi depan.

“Dia tu...Abang kaulah...” balas Rose malu-malu.

“Dah jomlah kita pesan makanan dulu. Dari pagi lagi aku tak makan lagi...” adu Aisyah sambil tangan mengusap perut.

“Sayang sangat abang Amir tu kat kau. Dia dah siap bagi duit untuk kita makan ni. Tak nak aku paw kau...” makin tersipu-sipu Rose dibuatnya sambil mereka menelek katalog menu.

Mereka ketawa bersama sambil saling bertukar cerita sementara menanti pesanan mereka tiba. Hubungan renggang mereka sebelum ini langsung tidak menjejaskan keakraban.

“Jadi macamana? Kata abang tadi hujung tahun ni kau rasmi jadi kakak ipar aku. Dah sedia ke nak jadi isteri orang?” soalan cepu emas yang diutarakan Aisyah. Sengaja mengusik sahabatnya. Memang tak hairan pun bila pilihan hadiah Rose sesuai dengan citarasanya. Mereka selalu sekepala dalam pelbagai hal.

“Err...InsyaAllah. Kau tolong aku eh buat persiapan. Please...” pinta Rose. Pelbagai rasa bertandang dalam diri bila memikirkan pelbagai hal perlu diurus bagi hari bahagianya. Cuma tinggal enam bulan sahaja lagi dari sekarang.

“InsyaAllah...Boleh je...Nampak gayanya aku kena guna kuasa dua lah nampaknya. Nak tolong belah abang dan belah kau sekali...” luah Aisyah. Teruja.

“Kau tak payah nak takut atau risau. InsyaAllah kau akan dapat menyesuaikan diri masuk dengan keluarga kami nanti. InsyaAllah. Eh...Tapi waktu kau jumpa dengan mak abah aku, takkan kau tak perasan kau kenal diorang?”

“Bila kau tanya ni baru aku perasan. Dulu waktu jumpa sebagai bakal mertua tu memang aku rasa macam pernah jumpa tapi aku tak ingat kat mana...” balas Rose.

“Lepas makan ni aku teman kau pergi cari barang persiapan kahwin. Abang dah bagi kad kredit dia tadi...” usul Aisyah.

Sungguh kadang-kala perancangan Allah itu suatu yang tidak terduga. Setiap yang terjadi ada hikmah dan ibrah yang tersurat. ‘Terima kasih ya Allah...Atas hadiah ini. Moga majlis yang bakal dirancang berjalan dengan lancar amin insyaAllah...’

***TAMAT***

Apa komen anda? =)

2 comments:

Waisya Carissa said...

Seprise sangat kjutan hadiah hari jadi tu

Dhia Faaezah said...

Hehe kan~ <3 trima kasih sudi singgah, baca & tinggalkan komen kak WC. Love u~ <3 <3 =)

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates