Assalamu'alaikum. Mulakan hari dengan senyuman. =)
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad (11x) Pahala free dengan mudah (^_^) In syaa Allah tak lama lagi mini novel ini akan berakhir dalam blog. Lagi 3 bab. Ya. Bab terakhir adalah yang ke sepuluh.
“ Eh aku tak cerita lagi ke pada kau? Sejarah sebelum aku pindah masuk sini?” soal Safiyyah pelik.
“ Mungkin pernah tapi aku tak ingat…”
“ Rumah ni sebenarnya milik jiran sekampung aku. Dia menetap di sini. Kebetulan beberapa hari sebelum aku bertolak ke sini untuk mula kerja di butik kau, aku berjumpa dengan kakak tu. Kakak tu dah dengar berita aku nak mula kerja di sini”
“ Kebetulan dia sekeluarga nak menetap di luar Negara temankan suami dia bekerja di sana. Itu yang dia tawarkan rumah ni. Lebih baik ada yang tinggal sini daripada dibiarkan kosong. Keluarga kami memang dah kenal rapat jadi dia percaya bagi aku tinggal di sini…”
“ Memandangkan ada lagi bilik kosong yang boleh dipakai, aku ajak Syumaila tinggal sini sekali”
“ Bila dia balik nanti kau kena pindah lah?”
“ Yup. Kontrak dia 5 tahun. Kalau selesa kerja di sana mungkin dia akan sambung kontrak lagi. Sebelum tempoh 5 tahun nanti dia akan bagitau tentang tu…” Safiyya mengakhiri ceritanya.
“ Patutlah ada sesetengah bilik berkunci” terjawap sudah teka-teki yang pernah bermain di minda Fatin.
“ Ni pasal projek dari uncle Asfar…Apa tugas kita?” soal Safiyyah. Fatin masih belum menjelaskan secara terperinci tentang hal itu. Kebelakangan ini Fatin banyak urusan luar butik.
“ Bulan depan ulangtahun syarikat dia. Kali ni dia buat berlainan. Nak galakkan pekerja-pekerja perempuan berpakaian patuh syariah, menutup aurat. Sanggup dia taja sekali ”
“ Jadi, dia lantik butik kita sebagai designer. Kita sediakan sample-sample design yang menepati syariah, pelbagai gaya, jubah labuh moden, baju kurung fesyen dan apa-apalah. Asalkan patuh syariah. Pakej dengan tudung. Senang mereka memilih nanti”
“ Tak rasa rugi?” duga Safiyyah.
“ Nak rugi apa…Tenaga kita terhad. 3 orang tak cukup. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dipegang berciciran…” balas Fatin.
“ Pasal agen tudung aku dah dapat 3 senarai pendek. Kalau kau ada nak rekomen agen tudung design bagus dan unik, labuh menutupi dada, boleh je bagitau aku. Untuk sekarang kita fokus design baju je…”
“ Kau kenapa Syumaila?” tegur Safiyyah. Sejak dari turun tangga sampailah duduk di sofa kawannya itu mengurut-urut dada. Wajahnya juga sugul.
“ Waktu aku duduk berzikir lepas solat tadi, ada monyet jenguk aku di tingkap. Itu yang aku terkejut. Bila aku terus berdiri tutup tingkap, dia pun pergi. Nampak macam terkejut juga” cerita Syumaila.
Safiyyah berlalu sebelum kembali semula dengan segelas air suam. Dihulur pada sahabat mereka itu.
“ Untuk hilangkan terkejut…” tanpa bersuara Syumaila meneguk air yang disua Safiyyah.
“ Terror juga kau Syu…Tak menjerit…” komen Fatin.
“ Entahlah…Aku rasa mungkin monyet tu sedang lalu atas atap macam selalu. Bila dia terdengar surah fatihah yang aku baca, dia dengar dan menghayati keindahan ayat Quran kalamullah. Monyet kan makhluk ciptaan Allah juga. Boleh jadi cahaya dan ketenangan Al-Quran tu mereka pun dapat rasakan…” Syumaila melontarkan buah fikiran.
“ Boleh jadi juga. Wallahu ‘alam. Allah lebih mengetahui” balas Safiyyah. Bukan setiap perkara yang terjadi manusia dapat fahami kerana kemampuan kita terbatas.
“ Memandangkan Syumaila dah ada, jom kita makan…” ajak Fatin. Dia berdiri menarik tangan Safiyyah dan Syumaila agar berdiri.
0 comments:
Post a Comment