Ads 468x60px

Monday, March 31, 2014

Sunday, March 30, 2014

Mari Cuba Luangkan Masa Berdampingan dengan Al-Quran...


KALAULAH AL- QURAN BOLEH BERCAKAP...

Ia akan berkata:

"Waktu kau masih anak-anak kau bagai teman sejatiku,
Dengan wudhu kau sentuh aku.
Kau baca aku...
Sekarang kau telah dewasa.
Nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku.
Apakah aku bacaan yang usang?
Yang tinggal sejarah?
Sekarang kau simpan aku dengan rapi.
Kau biarkan aku sendiri.
Aku menjadi kusam dalam almari.
Berlapis debu, dimakan kutu.
Aku mohon peganglah aku.
Bacalah aku setiap hari.
Kerana aku menjadi penerang di dalam kuburmu nanti...”
Read More »

Saturday, March 29, 2014

Reminder Not-to-do




Read More »

Muhasabah (Letih)


Bismillahirrahmanirraheem...

Assalamu'alaikum warahmatullah....Sobahul khair! Selamat pagi. Moga hari ini dan seterusnya lebih baik daripada semalam aminn~

Dunia...Kehidupan yang kita sedang lalui sekarang [pastilah! kalau dah tak bernafas, tak adanya ana menulis post ini dan antum tak akan membaca post ini... (^_^)]

Letih dan melelahkan...Lumrah di dunia ni banyak perkara yang mengecewakan dan melukakan hati kita. Cheer up wahai diri. Tetaplah semangat. Dunia hanyalah sementara, di akhirat nanti kita rehat puas2. Bila dah dalam kubur, alam barzakh, dah rehat dah. Moga persinggahan kita yang abadi adalah syurgaNya amin amin amin ya Robbuna Pemilik Langit dan Bumi. Allahu...

Bila kita senang ramai yang datang mendekat tapi bila susah, sedang melalui hari sukar atau ada masalah, hanya segelintir sahaja orang yang kita sayang, atau yang dianggap kawan/sahabat yang setia berada di sisi menemani. Itu juga perkara biasa. Hati berbolak-balik. Hari ini sayang, esok, minggu depan, bulan depan atau tahun depan dah jauh masing-masing sibuk dengan kesibukan sendiri. Lagipula, kalau kita minta pada manusia, manusia akan jemu dan bosan. Contoh: Rakan sebilik tu tiap hari asyik nak paw duit kita nak dibelanja setiap hari tanpa ada inisiatif untuk usaha mencari sendiri. Pasti terdetik di hati rasa 'sesuatu negatif' dalam diri kita. Ya. Mungkin saja ada sebilangan kecil yang masih boleh tahan dengan perangai orang macamtu tapi ini kebiasaan yang berlaku. Tapi Allah tak macamtu. Allah lagi suka kalau kita mengadu, merintih, menangis mohon pertolongan pada DIA.  =') Moga Allah beri kita kekuatan tetap melangkah melalui hari-hari yang masih bersisa di dunia ini...amin amin amin...

Cheer Up! Dunia hanya sementara. Rasa-rasa yang kita rasakan itu akan hilang bila dah melangkah ke syurga in syaa Allah.



Read More »

Doa Agar Istiqomah....






Read More »

Muhasabah


 


Read More »

Friday, March 28, 2014

Status Terkini Cerpen 'Sekelip Mata'

Bismillahirrahmanirraheem...

Assalamu'alaikum warahmatullah.


Saja nak berkongsi. Cerpen 'Sekelip Mata' sudah saya hantar untuk disiarkan dalam Penulisan2u hari ini (Jumaat, 28/3/2014) pada pagi tadi. Andai berjalan lancar, mungkin minggu depan akan disiarkan di laman p2u tu. In syaa Allah saya akan maklumkan dari masa ke semasa.

Teruskan berkunjung ke laman blog saya.....

Your like and comment is my motivation.
Read More »

Karya-Karya Tulisan Saya Akan Di Siarkan Di Sini....

Bismillahirrahmanirraheem....Assalamu'alaikum warahmatullah...

Akan datang....In syaa Allah. Stay tuned~ (^_^)

Kebanyakan karya-karya saya (Dhia Faaezah) masih dalam proses menulis. Belum siap lagi. Saya cadang Mini Novel hanya tajuk 'Kau...Ajari Aku' tapi nampaknya banyak koleksi cerpen saya terlalu panjang jadi saya pecahkan menjadi beberapa bab dan......In syaa Allah cerpen dan mini novel ni akan habis dalam blog. 

Teruskan berkunjung ke dalam blog ni.....Nantikan karya-karya tulisan daripada saya, Dhia Faaezah. Mohon doanya agar rancangan saya ini akan berjalan dengan lancar dengan izin Allah....  (^_^)

Salam sayang, 
Dhia Faaezah


Cerpen






Mini Novel
 



Read More »

Short Story (Keberkatan Masa)




Kisah pendek copy paste dari blog salah seorang team LangitIlahi.com. Saudara Aizuddin Abdul Hamid. klik link blog beliau (disini)

Dua orang lelaki sedang berehat sebentar; setelah dua jam mengulangkaji pelajaran di perpustakaan dek kerana peperiksaan yang semakin hampir. Kemudian, salah seorang memulakan bicara.


"Hmm. Aku musykil. Kau tahu kan, sekarang ini musim peperiksaan. Tetapi, sahabat serumah kita tu, masih lagi mempunyai masa untuk menghadiri majlis ilmu, solat berjemaah di surau, malah menghadiri program persatuan.



Lelaki itu menjawab: "Jadi, apa yang musykilnya?"
"Keputusan peperiksaan dia pada tahun lepas, sangat memuaskan. Aku rasa tahun ini pun mesti sama juga. Cuma, aku musykil bagaimana dia masih mempunyai masa untuk melakukan semua itu. Kalau aku berpeluang, aku nak tidur di perpustakaan ini kerana tak cukup masa untuk belajar." Luah sahabatnya.
Lelaki itu berfikir sejenak, kemudian memberikan pendapat: "Setiap manusia mempunyai masa yang sama. 24 jam. Tetapi, mungkin tidak semua mempunyai satu perkara ini."
"Perkara apa?" Soal sahabatnya.
"Keberkatan masa. Mungkin sahabat serumah kita mengambil masa sedikit sahaja untuk belajar, tetapi disebabkan dia istiqamah menjaga hubungan dengan Allah tidak kira musim peperiksaan atau tidak, maka Allah berikan dia keberkatan masa. Tiada gunanya jika kita tekun belajar sehingga lewat malam, tetapi hubungan kita dengan Allah semakin jauh." Hujah lelaki tersebut.
"Hmm. Betul juga tu. Astaghfirullah, dah nak dekat waktu Maghrib ni. Jom pergi surau." Ajak sahabatnya.
Read More »

Karya Tulisan Dhia Faaezah...

Bismillahirrahman nirrahim...

Assalamu'alaikum warahmatullah...Alhamdulillah salam jumaat  al-mubarakah. Dengan keberkatan hari Jumaat, saya ingin memaklumkan pada yang sudi berkunjung ke blog ini, in syaa Allah dalam masa terdekat saya akan mula berkongsi karya-karya tulisan saya.

Ini adalah percubaan awal saya menceburi bidang penulisan. Daripada saya-seorang amatur pembaca cerpen/mini novel online.

Harap ada yang sudi membaca karya-karya saya ini. Jazakumullah khairan (Moga Allah sahaja yang membalas kesudian kalian).

Sekian, wassalam.

Read More »

Thursday, March 27, 2014

Analogi Cinta



 *Copy Paste credits to the author. Just sharing an analogy of love in general...
C. I. N. T. A......

"cinta adalah kekuatan yang mampu

~mengubah duri jadi mawar,
~mengubah cuka jadi anggur,
~mengubah malang jadi untung,
~mengubah sedih jadi riang,
~mengubah syaitan jadi nabi,
~mengubah iblis jadi malaikat,
~mengubah sakit jadi sihat,
~mengubah bakhil jadi dermawan,
~mengubah padang jadi taman,
~mengubah penjara jadi istana,
~mengubah amarah jadi ramah,
~mengubah musibah jadi muhibbah...
itulah cinta..semuanya dianggap indah.."

 *Copy Paste dari link sini
Read More »

Wednesday, March 26, 2014

Hakikat Cinta



MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI


 
Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaanmu...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...

Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Menyintai tidak semestinya memiliki?...

Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diriku."


Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...

Dia mengasihi hambaNya...
Dia memiliki hambaNya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali......

 Petikan dari blog insan lain. Kalau nak lihat sepenuhnya, klik link di bawah.

Copy Edit Paste dari sini  (klik link)
Read More »

Sunday, March 2, 2014

Motivasi 8

Bismillahirrahmanirrahim....

Cheer Up! Yakinlah...Allah ma'ana. Allah with us, Allah never leave us alone. Kita kena yakin pertolongan Allah. Berharap betul2.  Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah (la haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azhim..'. 





Read More »

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates