Ads 468x60px

Tuesday, April 28, 2015

Cerpen: Hakikat Cinta

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Assalamu'alaikum warahmatullah. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa ala aali Sayyidina Muhammad(11x). =)

Mohon maaf andai ada yang ternanti-nanti sambungan cerita Hijrah. Laptop yang saya guna selalu tu sudah tak dapat di'hidupkan' jadi perlu minta bantuan pakar untuk backup data doc. yang ada dalam tu. Memang dugaan sebab dah lama tak buat backup save. (Mohon doanya ye sahabat sekalian, moga saya dapat back up kembali dokumen dlm lptop tu...) T_T

Untuk melepas rindu menulis, saya tulis cerpen baru. Enjoy reading moga ada sesuatu yang berharga dan bermanfaat yang dapat dikutip dari cerpen ni. Start your reading with reciting bismillah... ^_^



Hannan Zhafira sedang sibuk mengemas meja belajarnya. Dia baru selesai menyiapkan kerja rumah. Sempat dikerling jam dinding. Sudah jam sepuluh malam.

Badan yang lenguh direbahkan ke tilam empuk sambil jari-jemari lancar menari di atas skrin telefon pintar. Dia sedang berbalas pesanan dengan si dia yang tersayang. Memang itu rutin mereka setiap malam biarpun hampir setiap hari bertemu di kampus.

Farhan: ‘Hanan sayang Farhan tak?’

Hanan: ‘Kura2 dlm perahu, sudah tahu masih nak tanya. -.- ’

Farhan: 'Farhan nak bukti…’

Hanan: 'Okeylah awak. Kita nak pi tidur dah ngantuk. nites. Assalamu'alaikum…’

Hanan menamatkan perbualan. Matanya sudah terlalu berat untuk terus berjaga. Badan pun penat kerana siang tadi seharian mengikuti kelas yang padat dari jam lapan pagi hingga jam lima petang. Lagi-lagi sekarang sudah di penghujung semester, musim peperiksaan bakal menjelang dua minggu sahaja lagi.

*******

Keesokan harinya, selepas menunaikan solat subuh, Hanan masuk ke dapur untuk membuat sarapan dan sekaligus membuat bekal lunch box. Setelah memeriksa bahan yang ada dalam peti ais, dia memutuskan untuk memasak piza menggunakan roti bantal gardenia dan mee goreng ayam. Air teh kosong juga dibancuh.

“Terima kasih Hanan. Sedap awak masak. Bertuah saya sebab awak sudi jadi bakal isteri saya…” ucap Farhan sewaktu mereka makan bersama di kawasan terbuka dalam kampus. Dia baru selesai makan mee goreng ayam hasil tangan si gadis pujaan hati.

“Eh? bila masa saya sudi jadi bakal isteri Farhan?” soal Hanan selamba dengan mengangkat kening sebelah ala-ala Ziana Zain gitu. Mereka sedang menikmati menu kedua pula iaitu piza.

“Dah Hanan sudi couple dengan saya. InsyaAllah lepas habis belajar nanti kita kahwin eh…” ajak Farhan mula memasang angan di sebalik janji yang dilafaz.

Kali ini Hanan tidak membalas. Segan dan malu bila hal sebegitu yang mereka bincangkan. Jauh di sudut hati, malu tapi mahu. Yelah siapa yang tak nak kahwin oi. Berkahwin itukan sunnah Rasulullah, melengkapkan separuh dari agama.

“Farhan dah mula gerak assignment subjek Critical Analysis tu?” Hanan mengubah topik perbualan. Mula teringat mereka perlu menghantar pada hari Sabtu ni. Sekarang sudah hari Selasa. Huhu kena bersengkang mata la jawabnya sebab ada dua subjek lain yang juga perlu dihantar pada hari yang sama.

“Dah buat separuh dah. Cuma tinggal dua point terakhir tu yang belum gerak. Takpe Hanan rileks je. Biar Farhan buat semua. Sebab Hanan yang tercinta, lautan pun sanggup direnangi, tak tidur pun takpe. Waktu cuti nanti qadha tidur” Farhan bermanis kata dengan senyuman. Mereka berdua berkumpulan bersama untuk projek itu. Biarpun berbeza jurusan namun ada beberapa subjek yang mereka satu kelas bersama.

*******

Alhamdulillah berlalu sudah musim peperiksaan. Bermakna saat yang ditunggu-tunggu oleh para mahasiswa dan mahasiswi iaitu cuti semester selama 3 bulan bermula. Rehat setelah berjuang bersengkang mata mengulangkaji pelajaran di saat akhir.

Hanan baru pulang dari keluar berjalan meluangkan masa bersama Aisyah, sahabatnya zaman sekolah menengah dulu. Mereka sama-sama berada di tahun pertama universiti di tempat dan jurusan yang berlainan. Aisyah menyambung pengajian di bidang Sosiologi dan Hanan pula bidang akauntan.

Hanan tidak banyak bersuara sejak masuk ke dalam rumah hingga ke malam. Sewaktu dia dalam kereta menanti Aisyah yang sedang mengambil wang dari ATM, juruhebah radio yang terpasang dalam kereta sedang mengongsikan beberapa mutiara kata.

'Hakikat cinta sejati ialah apabila kita cinta pada seseorang, akan membuatkan kita semakin mendekat pada Allah dan kita nak melangkah bersama orang yang kita cinta tu menuju syurga’.

Satu daripada mutiara kata yang dikongsikan menarik perhatian Hannan. Sejak mendengar tadi dia cuba merungkaikan istilah itu. Mendalam maksud ungkapan itu.

Otak mula menganalisis sendiri akan hubungan cintanya dengan Akif Farhan.

Mereka berdua adalah pengawas sekolah. Sementara menanti keputusan diumumkan, kebetulan mereka mengikuti kursus belia yang sama dan ditugaskan bersama. Akif Farhan sebagai ketua dan Hanan Zhafirah sebagai penolong. Sejak itu mereka mula berkenalan dan rapat.

Berbalik kepada ungkapan cinta tadi. 'Hmm cinta sejati kah yang terjalin antara kami?' Akal dan hati Hanan mula menimbang-nimbang.

Jauh di sudut hati, Hanan mengakui. Sesekali dia lalai dari menunaikan kewajipan yang lebih penting seperti solat dan tanggungjawab sebagai pelajar gara-gara leka berbalas teks bersama. Pernah juga mereka solat di hujung waktu setelah menonton wayang bersama.

'Semakin mendekatkan diri kami kepada Allah dan syurga ke tu?’ monolog seorang insan bernama Hanan. Jawapan kepada soalan itu adalah hakikat yang pahit untuk ditelan dan diakui.

Sekarang mereka baru selesai tahun pertama. InsyaAllah masih berbaki tiga tahun lagi tempoh pengajian. Memang ramai pelajar yang kahwin semasa belajar. Cuma dalam keadaan mereka berdua sekarang, kalau ada jodoh mereka hanya akan bersatu selepas tamat belajar nanti. Itu kalau betul jodoh. Kalau tak? Bercinta bertahun-tahun tidak menjamin akan bersatu dalam ikatan halal ijabkabul. Hmmm…

Hanan bangkit dari duduk. Dia mengatur langkah menuju ke bilik air untuk berwudhuk. Dia nak mengadukan kisah yang membelenggu diri kepadaNya yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu.

*******

“Orang selalu melihat istilah cinta tu antara lelaki dan perempuan. Kahwin, hidup berkeluarga dan live happily ever after until Jannah.”

“Cinta tu luas sebenarnya. Cinta orang tua pada anak, adik-beradik, sahabat sama jantina, cinta ilmu, cinta seorang hamba pada Penciptanya, pada rasul dan lain-lain.”

“Dalam al-quran ada Allah sebut, lebih kurang maksudnya manusia memang mudah,tertarik dengan harta, anak, nak berpasangan, nak kumpul harta. Itu lumrah”

“Cuma segala yang kita cinta dan suka tu harus berpaksikan kerana Allah. Lillahi Ta'ala. Bukan saja dalam bentuk ucapan kata-kata, juga perlu selari dalam perbuatan dan tindakan” terang Aisyah panjang lebar.

Hannan bersyukur kerana memiliki Aisyah sebagai sahabat. Aisyah banyak memberi pencerahan dengan cara pandangnya. Umpama kita memandang langit, setiap orang mungkin akan memberi definisi yang berbeza.

Insan A mungkin mengatakan langit biru itu cantik dan menenangkan. Apabila menatap langit, si B mungkin terfikir analogi langit itu umpama hidup. Kadang cerah, gelap dan mendung. Sepertimana awan selalu menghiasi langit, hidup juga tidak sunyi dengan ujian. Orang lain akan memberi persepsi lain.

Setelah berbicara tentang cinta dengan Aisyah, membaca buku fikrah santapan rohani dari koleksi Aisyah, menonton video dan pastinya setelah bertanya, memohon petunjuk Allah, Hanan mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan cinta dengan Akif Farhan.

Memang ada rasa sedih yang bertandang tapi Hanan yakin rasa itu akan hilang seiring waktu yang berlalu. Buat masa sekarang biarlah mereka fokus menuntut ilmu dan memperbaiki hubungan dengan Allah.

Lagipun bercinta bertahun-tahun pun tidak akan menjamin akan berjodoh bersatu ke gerbang pernikahan. Ada yang mengatakan, zaman bercinta kita tak akan menjadi diri sebenar. Tabiat atau perangai tak elok pasti disembunyikan dari si kekasih hati.

Memang mulanya Akif Farhan tidak dapat menerima saat Hannan memutuskan untuk berpisah. Hannan hanya mengatakan mereka sebagai pelajar sekarang perlu fokus belajar dan menghadiahkan Farhan sebuah buku karya Adnin Roslan yang bertajuk 'Tarbiyah Sentap’. Buku itu memberi pencerahan yang banyak dan jelas pada persoalan yang pernah singgah di minda Hannan.

Zhafirah bermaksud berjaya. Bila mak ayah meletakkan Hannan Zhafirah sebagai nama dirinya, pasti mereka inginkan dirinya berjaya. Jadi sekarang misi Hannan ingin meraih kejayaan dunia dan akhirat, dengan berusaha setiap apa yang dilakukan adalah demi untuk meraih redha Allah. Di samping berusaha untuk menjaga hubungan dengan Allah-Pencipta dan Pemilik hatinya, insyaAllah. Perubahan itu tidak drastik 360 darjah jadi baik terus selepas habis baca satu buku tapi bertahap dan perlu proses.

*TAMAT*


Your comment will motivates me to continue writing ...

Read More »

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates