Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad
[2]
Safiyyah dan Syumaila berkunjung ke rumah auntie Julia atas permintaan Fatin.
Beria-ia Fatin memujuk mereka berdua untuk hadir sama di majlis tahlil itu.
“ Tolonglah temankan aku…Nanti ada juga aku teman masa majlis
tu…” begitulah pujukan Fatin tiga hari lepas.
“ Adik dan sepupu Fatin kan ada…” bidas Syumaila memandangkan
itu majlis keluarga.
“ Ada tu memang ada. Cuma sekarang ni kami dah tak rapat.
Jarang meluangkan masa bersama. Aku lebih kamceng dengan korang. Lagi ramai
lagi meriah. Lagipun aku dah tanya kat auntie
Julia. Dia pun suruh jemput korang sekali. Lagi dia suka kamu ada bersama…”
Akhirnya mereka setuju dan datang ke situ hari ini. Sekotak
donut kecil sebagai buah tangan sudah diserahkan pada adik kepada Fatin yang
menyambut kedatangan mereka tadi.
Mereka dibawa masuk ke dalam rumah kerana solat Maghrib
berjemaah akan dilakukan. Tiada khemah yang dipasang di halaman rumah satu
petanda memang tidak ramai yang dijemput.
“ Segan aku weh kita datang sini… Rasa kecil je…” luah
Safiyyah setelah dia dan Syumaila duduk di satu sudut. Rata-rata keluarga Fatin
dari kalangan orang berada dan bercitarasa tinggi.
Fatin muncul mendekati mereka dengan seorang anak kecil .
Ceria dia bersalam dengan kedua sahabatnya itu.
“ Ni semua adik-beradik auntie
Julia dan daddy aku… Mereka Cuma 4 beradik. Adalah juga
beberapa orang jiran yang datang…” cerita Fatin.
“ Lepas solat Maghrib nanti ada
bacaan tahlil terus menanti solat Isya. Lepastu makan. Kali ni cara hidangan
makan malam lain daripada yang lain, special”
sengaja Fatin membiarkan mereka tertanya-tanya ciri istimewa yang dia
maksudkan.
“ Aku tak boleh solat…Korang buat-buat biasa
je dengan mak saudara dan sepupu-sepupu aku. Diorang okey…Eh, takpun duduk
dengan Farhanah nanti” usul Fatin. Farhanah adalah adiknya yang menyambut kehadiran
mereka berdua tadi. Mereka sudah pernah bertemu sebelum ini.
“ Tara….Inilah yang aku cakap special tu…” umum Fatin setelah mereka
selesai solat Isya dan kini menghadap makanan.
“ Kami pun baru pertama kali merasa makan dalam talam ni…”
cerita Kak Wardah, anak kepada auntie Julia.
Mereka sudah berkenalan sewaktu di bilik solat tadi. Makan dalam talam adalah
cara sunnah. Mengeratkan hubungan antara insan-insan yang makan bersama dalam
satu talam.
“ Tu abang Imran,
sepupu kami. Anak pada uncle Jamil”
beritahu Fatin setelah mereka mengaminkan doa yang dibaca oleh lelaki yang
dimaksudkan.
“ Tak sia-sia Uncle Jamil
hantar abang Imran membesar di pesantren. Memang dia jadi imam harapan
keluarga…” luah Kak Wardah. Dia sebaya umur dengan Fatin.
Safiyyah, Syumaila dan Fatin makan satu talam dengan Kak
Wardah dan Farhanah. Mereka makan sambil berbual.
“ Kalau Kak Safiyyah dan Kak Syumaila nak tau, idea makan
dalam talam ni idea abang Imran lah….” Farhana pula membuka cerita. Safiyyah
dan Syumaila lebih banyak menjadi pendengar. Masih segan berada dalam keluarga
itu.
“ Tambah lagi…Masih banyak nasi tambah dan lauk…” Auntie Julia menghampiri mereka sambil
tangannya mencedok nasi tambah ke dalam talam mereka diikuti mummy pada Fatin mencedok lauk. Menjerit
kecil Fatin dan Kak Wardah.
“ Ya Allah…Mummy…Kami
dah kenyang…” ucap Fatin.
“ Safiyyah dan Syumaila kena tolong kami habiskan. Kalau tak,
tak boleh balik…” usik Kak Wardah disokong Fatin dan Farhanah.
“ Ya Allah…Saya dah kenyang…” umum Syumaila. Dia sudah
berhenti menyuap.
“ Perlahan-lahan kita habiskan. Come on! We can finish
this!” laung Kak Wardah memberi kata semangat. Hampir setengah satu jam
juga sesi makan.
“ Sewaktu berehat-rehat sebelum
pulang, Fatin kembali menghampiri mereka setelah daripada dapur. Ada satu
plastic di tangannya. Safiyyah dan Syumaila hendak menolong tapi sudah ditegah
awal-awal oleh Fatin dan Kak Wardah.
“ Aku tau korang mesti takkan
bungkus tapau walaupun semua orang dah diberi plastik. Jadi ni aku dah bungkus
siap awal-awal. Tak payah bawa ke butik
esok sebab aku akan bawa lebihan kuih ni esok…Masih banyak lebihan ni…”
beritahu Fatin sebelum berlalu.
Kuih-muih yang dihidang atas meja
ruang tamu itu tak banyak yang berjamah. Ramai yang tak larat nak makan lagi
setelah makan nasi tadi. Kak Wardah dan Farhanah turut mengagihkan bungkusan
kuih yang siap dibungks pada tetamu yang hadir.
“ Nah….tak boleh tolak. Mama
suruh kasi…” ucap Kak Wardah sambil menghulur satu bungkusan plastik pada
Syumaila dan Safiyyah. Sengaja disebut mamanya agar mereka tidak menolak.
“ Eh takpe…Fatin dah bagi…Kami
tinggal berdua je…” tolak Safiyyah. Lagipula sudah lewat malam kalau nak
disedekahkan pada jiran sebelah rumah. Tak elok rasanya bertandang malam-malam.
“ Tak apa…Kamu bagi sekali pada jiran…” ucap auntie Julia yang kebetulan sedang
melintasi mereka. Dia mengiringi tetamu
ke luar rumah.
“ Macamana ni?” tanya Syumaila gelisah. Kak Wardah
cepat-cepat berlalu sebaik meletak plastik yang dihulurnya tadi. Tak ada ruang
untuk mereka menolak.
“ Ni ada lebihan Nasi Beriyani dan ayam kurma untuk kakak
berdua…Masih banyak lebihan di dapur….” Seperti Kak Wardah dan Fatin, Farhanah
cepat-cepat meletakkan bungkusan plastik di depan mereka sebelum berlalu.
Mereka sibuk mengagihkan lebihan makanan pada tetamu yang ada. Agar sempat
diberi sebelum mereka pulang.
“ Hmm…Kak Zah sekeluarga tengah tak ada. Kasi kat rumah
bujang sebelah rumah saja pilihan yang ada…” putus Safiyyah.
“ Kau je yang hantar pesanan pada diorang. Aku seganlah…”
pinta Syumaila.
“ Tapi kau kan sekampung dengan Haris. Bagitau kita nak kasi
makanan. Briyani ayam kurma dan kuih…Pesan kat dia tunggu depan pintu pagar
rumah. Lagi setengah jam kita sampai…” usul Safiyyah.
“ Haris kata okey…Jom kita gerak…Nanti makin bertambah
diorang kasi…” usul Syumaila pula setelah menerima pesanan balas dari Haris,
salah seorang jiran mereka.
“ Terim kasih auntie…”
mereka bersalam dan meminta diri pada mummy
Fatin dan beberapa ahli keluarga yang lain.
“ Fatin…Kami pulang dulu….” Laung Safiyya sewaktu melihat
Fatin. Mereka tidak berpeluang bersalam kerana Fatin masih sibuk mengagihkan
makanan.
“ Kami balik dulu uncle…Assalamu’alaikum…”
Safiyyah meminta diri saat berpapasan dengan daddy Fatin di luar rumah.
“ Wa’alaikumussalam…Terima kasih datang…Elok-elok dalam
perjalanan….” Pesan daddy Fatin pada
dua rakan anaknya itu.
“ Baihaqi…Pergi teman kawan Fatin ke kereta. Kat luar tu
gelap…Bahaya” uncle Asfar, suami auntie Julia mencuit pemuda di
sebelahnya.
“ Eh tak apa uncle…Kami
parking tak jauh. Dekat dengan rumah
kecil elektrik tu je…” tolak Safiyyah.
“ Tak apa…Untuk keselamatan…Biar anak uncle ni tolong bawa plastik tu. Lelaki kena gentleman” balas uncle Asfar
diiringi ketawa kecil.
“ Biarlah Baihaqi teman…Untuk keselamatan” sokong daddy Fatin saat Safiyyah dan Syumaila
masih nampak ragu untuk menerima.
Akhirnya mereka membiarkan sepupu Fatin itu menghantar mereka
ke kereta.
“ Safiyyah, Syumaila….Tunggu kejap!” laung Fatin memanggil.
Terus mereka berpaling.
“ Ni lagi satu plastik Nasi Briyani….” Kali ini plastik yang
dihulur lebih besar saiz kontena di dalamnya.
“ Ya Allah…Fatin, ni banyak sangat ni…” Safiyyah cuba untuk
menolak.
“ Tak apa…Kalau tak bawa, esok akan dibuang juga di sini…”
ucap Fatin. Plastik ditangannya dihulur pada sepupunya, Baihaqi.
Kali ini sempat Fatin bersalam dengan Safiyyah dan Syumaila.
“ Jangan pandu laju sangat. Nanti tumpah kuah ayam kurma tu…”
pesan Fatin
“ Terima kasih…” ucap Safiyyah selepas Baihaqi meletakkan
bungkusan plastik ditangannya ke bahagian belakang pemandu.
“ Sama-sama….” Balas Baihaqi.
Setelah kereta mereka mula meluncur pergi barulah Baihaqi
melangkah kembali ke rumah.
~*~*~*~*~*~*~*~BERSAMBUNG*~*~*~*~*~*~*~
Nota kaki:
Pesantren- Nama jenis sekolah di Indonesia. Sekolah berasrama
penuh yang mengajarkan ilmu dunia dan akhirat.
p/s: Apa
komen anda semua dengan font tulisan? Saya copy paste dari Ms. Word itu
yang formatnya lain tu....Jarak paragraph sedikit jauh... Rasanya
acceptable @ boleh diterima tak? tak ganggu pembacaan?
Your like and comment is my motivation....
0 comments:
Post a Comment