Ads 468x60px

Thursday, May 22, 2014

Cerpen: Ketika Cahaya Mula Bersinar


Ketika Cahaya Mula Bersinar



“ Semuanya $21 kak…” beritahu Mawar setelah memasukkan barangan yang dibeli pelanggan di kaunter.

“ Terima kasih…” duit bertukar tangan.

Sebaik kedai runcit kembali sepi, Mawar senyum riang. Seperti biasa, waktu lapang diisi dengan membaca novel dan cerpen di internet. Laman penulisan2u.my dibuka.

“ Mak aih…Baru tiga hati tak jenguk, banyak karya baru yang tersiar…” Mawar bercakap seorang diri.

“ Nasi kicap telur goreng, nasi lemak kari ayam….Kreatif jugak. Terliur den nak makan…”

“ Nak ke kak? Kalau nak jomlah saya belanja…” pelawa satu suara. Selamba saja lelaki yang memakai t-shirt itu berdiri di depannya.Wardah memang pantang kalau dipanggil kakak. Muda lagi kot!

“ Marah ke? Dah memang hakikat aku lebih muda seminggu dari kau. Kak Mawar….” Kali ini tersengih pula.Sengaja.

 “ Aku kenal kau ke?” bidas Mawar. Wajah lelaki itu langsung tidak dikenali.

“ Ni aku lah….Munzir” Munzir memperkenalkan diri.

“ Lah…Kau rupanya…” tangan Mawar sibuk memasukkan barangan yang dibeli Munzir ke dalam plastik. Otaknya mengira jumlah harga.

“ Kan aku dah selalu cakap jangan panggil kakak…Kau ni memanglah…” marah Mawar.

“ Memang apa? Hensem? Haha aku tau” Munzir gelak besar.

“ Jomlah kita minum. Berbual panjang…” ajak Munzir.

“ Terima kasih sajalah. Aku tengah kerja. Tak ada orang jaga kedai…” tolak Mawar. Tidak lama selepas Munzir berlalu, dia kembali menemui Mawar.

“ Kebetulan aku singgah restoran seberang jalan tu beli kuih. Ni aku belikan kau nasi lemak ikan bilis. Ada tambahan sepotong ayam kari dalam plastik” Munzir meletakkan bungkusan di atas kaunter sebelum berlalu.

“ Dan terima kasih tolak ajakan aku pergi bersama tadi. Ajak buat dosa dengan jalan berdua huhu” ucap Munzir diiringi istighfar berkali-kali. Kepalanya digeleng-gelengkan. Kemudian dia berlalu tanpa kata.  

Mawar tidak bergerak. Statik duduk di kerusi. Tergamam. Macam babak dalam drama pula rasanya.
“ Munzir…” biarpun Mawar hanya memanggil dengan suara biasa tak kuat namun masih dapat didengari Munzir yang sudah di luar kedai runcit itu.. Dia berpaling. 

“ Terima kasih…” laung Mawar. Diangkat plastik berisi makanan yang diberi Munzir.

Munzir hanya membalas dengan lambaian tangan sebelum kembali meneruskan langkah ke kereta.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Seminggu kemudian, Munzir kembali bertemu Mawar di sebuah restoran.

“ Alhamdulillah... Puas aku cari kau merata tempat. Tauke kedai runcit tu kata kau dah berhenti. Rumah kau aku tak tau alamat….” tegur Munzir.

 “ Memangpun…Ni nak makan apa? Aku kerja kat sini sekarang..” Mawar bersedia mengambil pesanan.

“ Aku ada hal nak cakap ni. Lagipun kan tak ada pelanggan ni…Bolehkan?” pinta Munzir saat Mawar melintasi mejanya setelah menghantar menu pesanan ke dapur.

“ Kau kenapa? Muka kau tu nampak kusut semacam…” komen Mawar. Dia duduk berhadapan dengan Munzir setelah menghantar pesanan ke dapur.

“ Sebelum tu aku nak tanya. Kenapa berhenti dari kedai runcit tu?” soal Munzir.

“ Tauke tu berat sebelah. Yelah aku kerja sebagai cashier je tapi dia suruh angkat barang periksa stok baranglah apa. Pembantu kedai ada, suruhlah dia. Ini tak. Mentang-mentanglah itu kekasih gelap dia. Hish….Sudahlah. Tak payah cakap pasal tu…” Mawar masih sakit hati mengenangkan apa yang berlaku.

“ Itu yang kau kerja kat sini?” soal Munzir.

“ Ni restoran abang aku Widad. Dia tengah tak ada pekerja. Pelayan dia balik kampung ada kecemasan. Sementara aku tak ada kerja, aku tolonglah kat sini…” beritahu Mawar.

“ Sekarang ni abang kau tu ada kat restoran ni?”

“ Tu ha….Panjang umur…” Mawar merujuk pada lelaki yang baru memasuki pintu depan restoran.

Mawar bangkit untuk mengambil  Kolomee Ayam dan Lemon Ais yang sudah siap pesanan Munzir tadi. Munzir pulak bangun menghampiri  Widad. Mawar merasa pelik tapi tidak sempat untuk bertanya bila ada pelanggan lain yang baru memasuki restoran. Dia berlalu setelah meletakkan pesanan Munzir.

Berkali-kali Mawar melirik pada abangnya dan Munzir. Ingin tahu apa yang mereka bualkan. Kehadiran pelanggan yang mula memenuhi meja membantutkan niat Mawar untuk ke meja Munzir. Waktu makan tengahari sudah tiba.

“ Tak payah bayar Munzir. Memandangkan kamu kawan rapat Mawar dan ini kali pertama kamu ke sini…” tegur Widad bila Munzir menghampiri kaunter. Mawar yang duduk di kaunter hanya memerhati.

“ Terima kasih bang…In syaa Allah lusa saya datang lagi ke sini…” mereka bersalaman. Setelah itu Munzir terus melangkah keluar tanpa menemui Mawar.
  ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

“ Tak nak!!!” bantah Mawar sebaik mendengar Widad memaklumkan harapan Munzir pada sebelah malamnya di rumah.

“ Mawar tak kesian ke pada Munzir tu? Dia tengah tersepit antara ummi dan janji dengan syarikat yang dah taja pengajian dia. Takkan nak mungkir janji?” pujuk Widad.

Wina, isteri Widad mengisyaratkan pada suaminya untuk diam. Giliran dia pula untuk memujuk.

“ Sebelum ni ummi dia memang restu Munzir ikat kontrak dengan syarikat tu Mawar. Tapi taulah hati seorang ibu, orang tua. Tak sanggup nak berpisah dengan anak tunggal dia. Lagipun dulu walid Munzir masih ada. Tapi sekarang, kalau Munzir kerja, keseoranganlah Ummi dia tu…”

“ Munzir bawa ummi dia sama. Kan senang…” usul Mawar.

“ Masalahnya, Munzir kena kerja offshore 6 bulan di laut, 6 bulan di darat…” balas Widad.

Mawar terdiam. Terbit rasa kasihan pada situasi yang sedang dihadapi Munzir.

“ Lagipun dik…Dia minta tolong Mawar tinggal dengan ummi dia. Di samping itu Munzir nak taja pengajian Mawar di mana-mana Universiti berdekatan. Win-win solution. Bermanfaat untuk kedua pihak” pujuk Widad.

Sebolehnya Widad dan isteri tidak mahu mengungkit kisah lama. Dulu arwah ayah yang menghalang Mawar meneruskan pendidikan ke menara gading sebaik tamat tingkatan lima. Baginya orang perempuan tidak perlu belajar tinggi kerana akhirnya akan ke ceruk dapur. Sekarang kedua orang tua mereka sudah tiada.

“ Mawar tak minat belajar…” mendatar suara Mawar.

“ Nanti, kalau Mawar tinggal dengan ummi Munzir tu, boleh anggap dia macam ibu sendiri. Mawar bebas buat apa sahaja aktiviti dengan ummi. Seronok apa macam tu..” pujuk Widad.

“ Lepastu, bila dah habis belajar, kahwin dengan Munzir…” sambung Wina. Santai saja dia bercakap macam betul.

“ Apa pulak…” Mawar melempar kusyen kepada Wina dan Widad. Tak puas hati.

“ Cuba aje…Abang yakin mesti ada sesuatu yang akan Mawar dapat. Yang membuka minda dan melihat apa yang jadi ni dari sudut hikmah dan positif” usul Widad.

“ Hmmm…tengoklah…” lemah suara Mawar. Sudah kehabisan kata untuk berdebat.

“ Kita tengok dulu. Esok kita pergi ke rumah Munzir. Sarapan dengan ummi. Terus berkenalan. Kalau Mawar rasa serasi, teruskan. Kalau tak ngam, tolak…” usul Wina.
 ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Keesokan harinya, Mawar pergi ke rumah Munzir dengan ditemani Widad dan Wina.

Selepas sarapan, Widad meminta diri untuk menguruskan restoran. Rancak ummi berbual dengan Wina dan Mawar. Sesekali Munzir menyampuk perbualan.

Keramahan ummi  membuatkan Mawar rasa selesa. Walaupun baru beberapa jam meluangkan masa bersama, hati Mawar sudah terpaut sayang. Pada sebelah malam, barulah dia menyatakan persetujuan untuk tinggal bersama ummi.

Sehari selepas Mawar memberitahu persetujuannya pada Munzir. Munzir terus pergi melapor diri untuk bekerja. Itupun setelah jenuh dia memujuk ummi. Dengan kehadiran Mawar, tidaklah ummi tinggal sendiri. Ada teman berbual.

“ Yang kamu angkut beg besar ni kenapa? Kan baru nak melapor diri?” tegur ummi.

“ Ni untuk simpanan Ummi…Dengarnya pekerja baru terus dikerah bekerja sebaik melapor diri….” Beritahu Munzir berdasarkan cerita senior dan rakan-rakannya.

Mawar…Aku pergi dulu. Nanti kalau nak guna kereta berjalan-jalan, guna sajalah. Aku izinkan. Lebih baik kau sesekali guna kereta tu daripada lama tersadai dalam garaj…” usul Munzir. Dia pergi diambil rakannya.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Selepas 7 tahun....

Mawar mengimbau kenangan lalu sementara menanti pesawat yang mereka naiki sampai ke destinasi.
3 tahun tinggal bersama ummi memang banyak mengubah cara hidup Mawar ke arah yang lebih baik.
Ummi lah yang membimbingnya cara menutup aurat yang betul…

Ummilah yang mengajarkannya ilmu memasak dan ilmu rumahtangga yang lain. Ummi juga yang tidak bosan membantunya saat kesabarannya teruji dengan pengajian yang sedang diikuti dulu.

Sungguh Mawar merasakan hidupnya sebelum bertemu ummi berlalu dengan sia-sia. Syukurlah ummi masih sudi mengajar dirinya sebaik menyedari banyak perilaku negatifnya. Alhamdulillah Ya Allah…

Kadang benda yang kita nampak biasa tapi sebenarnya kurang elok. Tambahan bila tiada orang yang menegur. Begitulah yang Mawar rasakan.

Selama 3 tahun itu bila Munzir bercuti, Mawar akan pulang ke rumah Widad. Widad, Wina dan ummi banyak memberi sokongan kala Mawar merasa hilang semangat meneruskan pengajiannya. Dia memilih Diploma Kesetiausaahaan. Munzir memberikan kebebasan pada Mawar untuk memilih bidang yang ingin dia ceburi sendiri.

Ditakdirkan jiran sebelah rumah Munzir turut mengambil jurusan yang sama dengan Mawar. Wardah namanya. Mereka berdua rapat dan berkawan baik. Lagipula mereka sekelas. Mawar meminta Wardah untuk tidak memanggilnya kakak.

Sebaik tamat Diploma, mereka berdua sama-sama menyambung pengajian di Scotland. Kini mereka sedang menanti konvokesyen peringkat Sarjana.

“ Mawar…Dah sampai…” penumpang pesawat sudah mula keluar saat Wardah menegur Mawar. Menyedarkan dari lamunan panjang.

Mawar dan Wardah berdiri merenggangkan otot setelah lama duduk.

“ Selamat kembali ke tanah air Wardah…” ucap Mawar ceria.

“ Selamat pulang Cik Mawar…” balas Wardah.

Mereka beriringan keluar turun pesawat. Lega bila urusan di lapangan terbang berjalan lancar. Mawar akan singgah ke rumah Munzir menjenguk ummi yang kurang sihat. Petang nanti Widad yang akan menjemputnya di rumah ummi.

“ Itupun abang Munzir…” Wardah menunjuk ke satu arah.

Setelah berbual seketika, mereka mengikut Munzir. Memang begitu rancangan yang telah mereka rancangkan. Wardah ingin memberi kejutan pada keluarganya yang berada di rumah. Dia sudah berkomplot dengan adiknya agar semua ahli keluarga tetap di rumah saat kepulangannya sebentar lagi.

“ Maaflah…Aku tak dapat teman di rumah. Lepas hantar kamu ke rumah, aku kena masuk kerja…” beritahu Munzir.

“ Jadi aku wakilkan Dina isteri tersayang teman…”

“ Takpe…Aku nak jenguk ummi je. Nanti Abang Widad ambil dari rumah kau…” balas Mawar.
Sebaik sampai, Mawar terus mencari ummi di dalam biliknya. Wardah pulang ke rumahnya bersebelahan rumah Munzir.

“ Assalamu’alaikum ummi…” sapa Mawar perlahan. Disalam dan dipeluk ummi.

“ Ummi apa khabar?”

“ Alhamdulillah…Cuma lelah lepas balik umrah dengan Munzir dan Dina minggu lepas…” beritahu Ummi.

“ Ummi dah makan?”

“ Tak ada selera…” Ummi bersandar lemah di kepala katil.

“ Jom kita keluar ke ruang tamu…” Mawar memapah Ummi melangkah. Dipaut pinggang Ummi supaya tidak jatuh.

  Makan Ummi….” Dina membawa dulang berisi bubur nasi di dalam dulang.

“ Jom...Biar Mawar yang suap Ummi eh…” Mawar mengambil mangkuk dari dulang.

Setelah setengah mangkuk berjaua dimakan Ummi, dia menolak. Tidak mampu untuk menerima lagi.

“ Minum Ummi…” giliran Dina menyuakan gelas berisi setengah penuh dengan jus oren. Disuap ubat diiringi segelas air putih.

“ Alhamdulillah…” Mawar mencium kedua pipi Ummi sebagai penghargaan makan tadi. Selama 3 tahun Mawar tinggal dengan Ummi membuatkan Mawar menganggap Ummi seperti ibu sendiri. Ibu kandung Mawar sudah meninggal dunia sejak dia dan Widad masih kecil di bangku sekolah. Ayah yang membesarkan mereka berdua sendirian.

Mawar membawa Ummi kembali masuk ke dalam bilik. Tidak lama setelah mereka berbual seketika, Ummi terlena. Barulah Mawar keluar menemui Dina.

“ Selamat ya atas perkahwinan dengan Munzir…” ucap Mawar. Dia beridiri sekejao menarik bagasi 
yang lebih kecil dari yang lain.

“ Ni hadiah untuk awak dan Munzir…” Mawar menghulur hadiah yang dimaksudkan.

“ Terima kasih…” Dina menyambut dua hadiah yang dihulur.

“ Yang ni, untuk Ummi…Lupa nak bagi tadi…” hadiah untuk Ummi diletak diatas meja.

“ Ummi selalu sebut nama awak….Mungkin dia rindu…” beritahu Dina. Mawar senyum.

“ Saya terhutang budi pada Ummi, pada Munzir…Sebab diorang berdua lah yang memberi sokongan kuat pada saya kembali sambung belajar…” cerita Mawar.

“ Minta maaf sebab tak dapat hadir waktu majlis kamu…” ucap Mawar.

 “ Tak apa…Kami maklum Mawar sedang exam waktu tu…” Munzir dan Dina baru bersatu sebagai suami isteri sebulan lepas.

“ Apa perancangan sementara tunggu konvo ni?” tanya Dina.

“ In syaa Allah buat masa sekarang nak luangkan masa dengan keluarga, dengan Ummi. Tentang kerja, tengoklah kalau ada, adalah. Kalau tak, mungkin terbang England sambung belajar….”

“ Dah hadapkan permohonan?”

“ Dah…Cuma tunggu jawapan biasiswa…” jawap Mawar.

“ Munzir tengah tunggu Mawar. Cadang nak buat PhD sama…” beritahu Dina.

“ Biar betul? Dulu memang dia ada cakap. Tapi ingatkan dia main-main…” terkejut Mawar mendengar berita itu. Memang sewaktu pertama kali berangkat menyambung ijazah, Munzir ada mengucapkan kata-kata itu. Hanya sekali. Ingat sekadar motivasi.

“ Sementara cuti ni, buat majlis kahwin pun sempat… “ usul Dina membuat Mawar ketawa kecil.

“ Tak ada calon lagi…” jawap Mawar. Perbualan mereka terhenti bila Wardah mengetuk pintu mengucap salam.

“ Maaf ganggu…Aku cuma nak tanya. Kau single lagi kan? Belum berpunya?” soal Wardah sebaik tergesa-gesa duduk di sebelah Mawar.

“ Kenapa?” soalan Wardah dibalas dengan soalan. Soalan yang pelik untuk ditanya mengejut macam tu.

“ Jawap ajelah…” desak Wardah.

“ Iye…Kenapa?”

“ Minta alamat rumah kau boleh?” pinta Wardah. Soalan Mawar dibiarkan sepi.

“ Untuk apa? Kau kan memang dah pernah datang rumah aku…”

“ Bagi dulu…Lepas kau bagi nanti aku bagitau…” serius muka Wardah.

Thanks..” setelah dapat apa yang dipinta, barulah muka Wardah ceria. Teruja.

“ Kenapa? Kau nak buat apa?” tanya Mawar. Lengan kiri Wardah dipegang agar tidak terus berlalu pergi. Wardah memang seperti angin cepat muncul cepat pergi.

Wardah senyum. Dia diam sebentar memandang Mawar dan Dina.

“ Sebelum ni kau ada cerita kat aku, ummi dan Abang Munzir membawa kau ke jalan yang ada cahaya. Membuatkan hidup kau bertambah warna, tidak lagi suram dan kelam…”

“ Jadi….?” Soal Mawar. Masih belum dapat menangkap maksud sebenar Wardah.

“ Jadi aku nak kau masuk dalam keluarga kami. Warnai hidup abang diktator aku tu. Please….” Beria-ia Wardah meminta. Mawar bingung. Wardah yang dikenali bukan orang yang puitis.

“ Tadi waktu kita pulang, kebetulan abang aku tengah di halaman rumah. Tadi dia cakap kat mak untuk pinang kau untuk dia! Punyalah selamba dia minta macam tu depan semua keluarga aku…” emosi Wardah bercerita pada Mawar dan Dina.

“ Hah??” berita yang dibawa Wardah memang merepek. Sukar untuk dipercaya dan diterima Mawar.

“ Betul…Aku tak tipu…”

“ Dia cuma main-main aje tu kot….” Mawar memilih mengambil ringan. Bukan satu isu.
Keluarga Wardah muncul di muka pintu. Dina dan Mawar berdiri menyambut kedatangan mereka di muka pintu. Bertalu-talu Mawar dipeluk dan dicium pipinya oleh golongan wanita.

“ Saya setuju…Nenek setuju…” banyak suara yang menyatakan persetujuan. Mawar terdiam. Tiba-tiba menjadi perhatian membuatkan fikirannya kosong. Tercengang dan bingung.

“ Marilah masuk dulu…” Dina sebagai tuan rumah mempelawa keluarga Wardah masuk. Ajakannya diterima dengan senang hati.

Hj Shamsul selaku ketua keluarga papa kepada Wardah memperkenalkan diri pada Mawar. Memang sudah kenal sebenarnya memandangkan Mawar dan Wardah bersahabat baik. Tapi untuk menceriakan suasana dia berbuat begitu memperkenalkan diri dan ahli keluarga yang lain. Mesti Mawar terkejut bila terus diserbu seperti tadi.

Pelbagai soalan ditanya papa, mama dan nenda Wardah. Tentang keluarga dan diri Mawar. Dina sedari tadi ke dapur menyediakan minuman. Air yang dibancuh untuk Mawar tadi memang tidak mencukupi untuk menjamu mereka semua.

Bunyi hon kereta menghentikan perbualan mereka. Widad sudah sampai untuk menjemput Mawar pulang. Dia keluar kereta dan mengangkat tangan.Senyum.

“ Saya minta diri dulu makcik…nenek…Abang saya dah sampai” Mawar bersalaman dengan keluarga Wardah sebelum keluar. Mereka mengiringi dirinya keluar.

“ Wafi….” Laung nenda. Memanggil si cucu sulung di rumah sebelah. Wardah dan adiknya Jannah sudah berlari ke sebelah. Menarik si abang keluar. Papa berbisik pada si sulung yang bermuka serius.
Widad dan Wina sibuk memasukkan bagasi dan kotak-kotak yang dibawa pulang Mawar ke tanah air. 

Memang sengaja diletak barang-barang itu diluar rumah tanpa dibawa masuk ke dalam rumah lepas sampai tadi memandangkan hanya sekejap saja Mawar singgah di situ. Untuk berjumpa ummi.  

Nenda masih membawa Mawar berbual. Tangan Mawar dipegangnya. Dipesan berkali-kali untuk singgah ke rumah mereka nanti.

“ Assalamu’alaikum…Saya Wafi. Jiran Munzir…” Wafi memperkenalkan diri bersalaman dengan Widad yang sudah siap memasukkan barang Mawar.

“ Macam ni, saya berkenan dengan adik tu. Boleh saya masuk meminang? Soal Wafi yakin dan santai. Biarpun mukanya terasa kebas menghadapi situasi itu tapi dia tetap mahu nampak tenang.
Widad senyum Dia menghulur kad namanya pada Wafi.

“ Saya hargai keberanian awak. Telefonlah nanti. Nanti kita bincang in syaa Allah…” pesan Widad. Lelaki di hadapannya nampak sebaya umurnya tapi untuk selamat Widad menggunakan saya-awak.

 Bye kakak ipar…” ucap Wardah dan adiknya ceria sebaik Mawar sudah masuk ke dalam kereta.

“ Tak lama lagi sibuklah kita uruskan majlis kahwin…” ucap Widad di dalam kereta. Mereka dalam perjalanan pulang. Matanya melirik memandang si adik di belakang.

“ Hehe…Tak payah risau Mawar. Akak banyak contact  untuk persiapan perkahwinan…Pakej pelamin, baju pengantin, goodies memang lengkaplah. Tak payah risau…”ucap Wina meyakinkan adik iparnya.

“ Akak dengan abang cakap ni macamlah orang dah merancang nak kahwin…Orang tak nak kahwin lagi lah…” balas Mawar.

“ Kalau jodoh dah sampai, tolak macamana pun, akan jadi jugak…” balas Widad.

“ Kalau dah jodoh, tak kemana…Adinda…pujaan kanda…Haha” Widad menyanyikan rangkap lagu yang selalu dinyanyikan Ustaz Kazim Alias saat berceramah dalam program Kalau dah Jodoh.

Perancangan Allah tiada siapa yang tahu. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

‘…….boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi kamu
menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui’ (Surah Al-Baqarah : Ayat 216)

‘ Ni tergolong kategori yang disukai ke yang tidak disukai eh?’  monolog hati Mawar.Sudahnya dia memejamkan mata tidak mahu memikirkan tentang itu. 

Yang dia tahu, memang mulanya dirinya tidak berminat dan tidak suka untuk kembali belajar menyambung pengajian tapi jalan untuknya kembali belajar dipermudahkan Allah terbuka luas terutama sekali saat kehadiran tawaran diberi Munzir.

Kerana itu dia kenal dengan ummi dan Wardah di samping berjaya dalam pelajaran. Mungkinkah ia juga jalan yang menemukan jodoh dirinya dengan seorang Adam yang telah ditakdirkan Allah sebagai pendamping hidup? Wallahu’alam. Kepada Allah dia berserah segala urusan. Allah lebih mengetahui rahsia masa depan dan apa yang terbaik bagi hambaNya…. 

~*~*~*~*~*~*~*~TAMAT~*~*~*~*~*~*~*~

0 comments:

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates