Ads 468x60px

Thursday, April 24, 2014

Cerpen: Kisah Aku, Dia dan Surah Yassin




Bismillahirrahmanirraheem.....

Nama aku Muhsinah yang bermaksud orang yang suka berbuat kebaikan. Tapi orang biasa panggil aku Senah. Punyalah cantik nama abah aku letak tapi kawan-kawan aku lebih suka panggil aku Senah. Alasannya lebih mudah disebut. Mula-mula tu aku protes juga tapi lama-lama aku dah tak kisah. 

Ini tentang kisah aku. Al-kisah tersebutlah kisah waktu aku masih kanak-kanak punyalah aku tak suka nak pergi ke lapangan terbang. 

Seingat aku aku pergi pun tak sampai lima kali kot waktu kecil tu. Aku tak suka suasananya sebab kat sana banyak perpisahan yang terjadi. Tangisan air mata juga selalu terjadi. Cuma itu ajelah yang aku fikirkan dan rasa. Bila masuk je ke dalam pintu entrance lapangan terbang, pasti aku rasa sakit dan perit di jiwa. 

Bila dah meningkat remaja, ada satu hari tu Kak Lang minta teman aku hantar kawan dia. Sebab kesian punya pasal, aku temankan juga walaupun aku rasa pening waktu kat sana melangkah meredah lautan manusia yang bersesak menghantar orang tersayang. 

Paling tak boleh blah, bila pertama kali aku tengok abang pilot berseragam kemas lengkap bertopi melangkah sambil menarik luggage dia. Punyalah macam babak dalam drama.  Aku rasakan dunia seperti sedang terhenti tapi aku tetap buat-buat macho lah biarpun dah rasa macam nak pengsan.

Allah memang sayang kat aku sebab bulan dan tahun berikutnya aku semakin kerap ke lapangan terbang. Hantar ahli keluarga, kawan-kawan dan paling selalu temankan Kak Langlah. Bila dah selalu, aku dah dapat biasakan diri mengawal rasa pening tu. 

Kita berhenti kejap cakap pasal lapangan terbang. Aku nak cerita pasal dia pula. Dia dan aku satu kelas waktu sekolah rendah dulu. Kitorang jarang berbual bersama sebab entahlah. Mungkin dah takdir kot. Sebab meja dia dan aku cuma selang seorang je. Dengan kawan belakang meja aku dia okey je. Macamtu juga aku dengan kawan yang duduk di meja belakang dia. 

Zaman sekolah tu dia dan aku boleh dikatakan bersaing dalam carta nombor tiga teratas setiap kali peperiksaan. Adalah satu hari ustaz nak dengar hafazan surah yassin kami seorang demi seorang. Nak dijadikan cerita, akulah pelajar paling banyak jumlah ayat  surah yaasin tu yang aku dapat teruskan waktu seorang demi seorang ustaz dengar hafazan. Jauh meninggalkan kawan-kawan yang lain. Kalau tak silap sampai juga sepuluh ayat aku ke depan dari yang lain. Alhamdulillah. Tak sangka sebenarnya. 

Semua tu adalah kenangan. Dan kini, setelah lebih satu dekad tak berjumpa setelah aku bertukar sekolah ke tempat lain, Allah takdirkan kami berjumpa di lapangan terbang. Aku tak perasan sebenarnya yang itu dia. Iyalah kan dah lebih sepuluh tahun tak jumpa. Muka dia tentulah dah berubah.

Serius mula-mula aku tak tahu. Waktu tu aku dan adik aku teman Kak Lang hantar kawan dia nak terbang sambung pengajian di Timur Tengah. Bila kami dah balik rumah, aku muhasabah terus. Refleksi diri.

Dia sekarang dah jadi hafiz.Hafal 30 juzuk Al-Quran. Dan waktu kami terjumpa di lapangan terbang tu, dia mula menyambung pengajian di Bumi Anbia. Tempoh lebih sepuluh tahun betul-betul menjarakkan kami. Dia pasti bakal menjadi pemimpin Negara dan memegang jawatan penting sebaik tamat pengajian kelak. Sementara aku hanya biasa-biasa. Aku cuma menyambung pengajian di dalam Negara. 

Boleh pula baju dia dan aku sedondon sama warna. Kot dia dan tudung aku sama warna hitam. Dia menyarung baju kemeja lengan panjang merah dan aku pula memakai jubah warna sedondon. Waktu kat lapangan terbang tu dia asyik lalu-lalang berhampiran tempat aku berdiri menguruskan urusan. Aku pun ada pandang dia waktu berbual dengan junior dia yang menghantar mereka. Tang junior dia aku kenal tu aku tak heran sebab memang aku adalah juga kawan-kawan dari sekolah dia tu. Waktu tu serius aku tak tau orang kau tengok tu aku kenal.
Aku sedar dan tahu kami tak sekufu. Dengan dia yang hafal Quran 30 juzuk, masya Allah. Pertemuan tu cuma membuatkan aku berkenalan lebih dalam dengan surah yaasin. 

Surah Yaasin adalah hati Al-Quran. Seperti surah-surah yang lain yang ada kelebihan tersendiri, surah yaasin juga memiliki banyak keistimewaan. Antaranya:


Daripada Anas RadiyaLlahu 'anhu: Sabda Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam:  "Sesungguhnya bagi tiap-tiap sesuatu itu ada jantung (hati), dan jantung (hati) al Quran ialah surah Yasin. Dan sesiapa yang membaca surah Yasin, akan dituliskan Allah baginya dengan membacanya pahala seumpama membaca al Quran sepuluh kali." (HR. at-Tirmizi dan ad-Darimi)
Tiada seorang akan mati, lalu dibacakan surah Yasin di sisinya, kecuali AIIah swt. memudahkan kematiannya(HR. Abu Nu’aim dan Abu Danda’ dan Abu Dzar ra. dan Kanzul-Umal, Juz XV/42 186)


Bukan bab jodoh yang bermain dalam fikiran. Tapi pertemuan itu membuatkan aku tergerak hati untuk mengamalkan membaca surah yaasin sebagai bacaan harian apatah lagi bila melihat kembali kelebihan dan keistimewaan kalau membacanya.

Terima kasih ya Allah atas ibrah tersirat yang kau ilhamkan pada diriku ini setelah pertemuan itu. 

Betullah…Kadang Allah pertemukan kita dengan seseorang sebab ada sesuatu hikmah yang tersembunyi walau dengan pertemuan singkat. Mungkin saja ada sesuatu yang kita pelajari dan ketahui dari orang itu dan sebagainya. Tak terhad kerana jodoh semata-mata.

Sungguh Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Sedangkan pengetahuan kita terbatas. Hanya sebatas yang Allah izinkan kita ketahui. Milik Allah segala yang ada di langit dan di bumi. Daripada Allah kita datang, dan kepadaNya jualah tempat kita kembali. 

~TAMAT~

Nota kaki:
muhasabah- Berfikir. Refleksi diri.
Ibrah- pengajaran.

Beberapa lagi keistimewaan Surah Yaasin:
  • Jika dibacakan pada mayat di dalam kubur maka diringankan siksanya.
  • Jika dibaca pada waktu pagi, maka memperoleh kegembiraan sampai sore, dan jika dibaca disore hari maka dapat gembira sampai pagi.
  • Dibacakan pada orang sakaratul maut maka akan memepermudah keluarnya ruh.
  • Dapat memberi syafaat bagi pembacanya.
  • Dimudahkan hajatnya.
  • Meringankan siksa kubur.
  • Menolak kejahatan.
  • Jika belum menikah akan dapat jodoh.
  • Jika ketakutan, Allah akan menghilangkan rasa takutnya itu.
  • Jika dipenjara, Niscaya akan bebas.
  • Orang tersesat akan mendapat jalan lagi.
  • Orang haus akan hilang hausnya.
  • Orang sakit akan hilang sakitnya.

Laman Rujukan Khasiat Yaasin:
http://hadzrin.com/2012/07/kelebihan-membaca-surah-yasin-setiap-pagi/
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2014/01/kelebihan-surah-yasin.html

3 comments:

Anonymous said...

nice one. lain dari yg lain.. nampak sgt dhia ada idea..dan mmg ada kelainannya. wpun ringkas, but, mesejnya sampai. good job. cuma ada ayat yang macam tak berapa betul strukturnya and boleh kacau time mmbaca.. its js a small matter tapi kalau bh dibaiki dan dijaga betul2 sure lagi bagus, :)

Dhia Faaezah said...

Terima kasih anonymous kerana sudi komen. InsyaAllah akan diperbaiki dalam karya2 seterusnya.Jazakallah/killah khairan katsiran (may Allah returns your favour) =)

Wak Lat said...

Jika belum menikah akan dapat jodoh? bia betik

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates