Assalamu'alaikum. Mulakan hari dengan senyuman. =)
Allahumma Solli 'Ala
Sayyidina Muhammad (11x) Pahala free dengan mudah (^_^)
In syaa Allah
tak lama lagi mini novel ini akan berakhir dalam blog. Bab terakhir adalah yang ke sepuluh.Bab sembilan sengaja saya pecahkan menjadi dua (a) dan nanti (b) in syaa Allah akan menyusul. Selamat membaca.... (^_^)
[9]
Kampung Kelapa Sawit…….
Baihaqi melepaskan kasut but dari
kaki. Dia mengelap peluh yang merenik di wajah dengan baju. Tangannya
digoyangkan cuba meredakan rasa panas.
Melabuhkan duduk di bangku bawah
pokok rendang.Memang sesuai untuk berteduh di bawahnya. Dia suka menikmati
pemandangan alam semulajadi yang indah. Jauh dari kesibukan dan kesesakan
lalulintas dan pencemaran. Angin yang sepoi-sepoi bertiup menghadirkan rasa
nyaman. Mendamaikan.
Tadinya Baihaqi ikut Naufal.
Sekejap sahaja dia mengikuti masuk ke dalam kandang kambing. Setelah selesai
memerah susu dia memilih untuk ambil angin sementara Naufal bersama 3 orang
pembantunya meneruskan rutin mereka.
Atas cadangan mama, Baihaqi
setuju bercuti di kampung itu selepas majlis sambutan ulangtahun syarikat bagi
merehatkan diri. Naufal Suffiyan yang menjemput dan menemani sejak
kedatangannya di situ sejak semalam. Biarpun baru dua hari, Baihaqi merasakan
hatinya sudah terpaut dengan suasananya.
Ditelek satu persatu gambar yang
telah diambil dalam kamera. Banyak gambar pemandangan alam dan gambar kanak-kanak
sedang bermain yang diabadikan. Bagi
dirinya, ia satu suasana baru. Sesuatu yang dia tak berpeluang melalui sendiri.
Dengan hanya memandang pun terasa kesoronokan mereka lalui.
Sepanjang dua hari itu jugalah
dia menginap di homestay. Ada juga dia
mengajak Naufal untuk tinggal bersamanya tapi ditolak dengan baik. Mama, ayah
dan Kak Wardah juga akan menyusul bercuti di sini esok. Mereka pergi menziarahi
abang sulungnya di New Zealand sebelum ke sini.
Baihaqi menambah keselesaan
dengan berbaring di atas bangku. Cukup panjang untuk dia barlunjur lurus. Entah
bila dia terlelap. Sedar-sedar Naufal mengejutkannya dari tidur.
“ Minta maaf buat kamu lama
menunggu. Sekarang mari abang hantar Bai ke penginapan. Dah pukul sebelas ni. Pukul
dua belas setengah abang ambil kita solat dan makan bersama in syaa Allah” ucap
Naufal.
~*~*~*~*~*~*~*~BERSAMBUNG*~*~*~*~*~*~*~
Nantikan episod akhir kesinambungan cerita ni....Stay tuned~
Your like and comment is my motivation....
0 comments:
Post a Comment