Bismillahirrahmannirrahim....
Assalamu'alaikum warahmatullah....Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad (3x)
Alhamdulillah ini mini novel pertama karya saya (Dhia Faaezah) disiarkan di dalam blog ni. Silakan membaca~ In syaa Allah novel ni akan habis di dalam blog. Selamat membaca~~ Sila tinggalkan komen dan maklumbalas anda untuk memantapkan lagi mutu penulisan saya.
Here Dhia Faaezah presents.....
[1]
Allahu akbar Allahu akbar… Alunan
azan mula berkumandang menandakan masuknya waktu solat fardu Zuhur. Safiyyah
membuka mata baru terjaga. Entah bila dia terlelap. Niatnya tadi hanya
merehatkan mata sambil bersandar di dinding masjid kawasan jemaah perempuan.
Indah. Azan yang membuatkan hati
rasa tenteram dengan izin Allah. Dihayati setiap bait dan berdoa dalam hati.
Usai solat berjemaah dan mengaminkan
doa, Safiyyah masih berteleku di tempatnya. Tiba-tiba rasa rindu pada ummi dan
abah yang jauh di mata dekat di hati. Dia menyambung doa.
Setelah daripada masjid, Safiyyah
singgah ke rumah untuk mengambil fail yang tertinggal. Sempat juga dia makan nasi
bungkus yang dibelinya di gerai depan masjid.
“ Safiyyah… Jom teman aku makan.
Aku beli cucur pisang dan cucur ubi tadi. Jom…Masih panas-panas lagi ni….”
Belum lama Safiyyah sampai ke butik, Syumaila mengajak makan bersama.
“ Kau makanlah dulu…aku kenyang lagi. Tadi aku dah makan….” Balas
Safiyyah. Dia membuang pandang ke sekeliling dalam butik. Mencari kelibat
Fatin.
“ Fatin mana?” soal Safiyyah.
“ Belum masuk lagi…Dia kata nak
singgah ke tadika kakak dia tadi…” beritahu Syumaila. Biarpun Fatin majikan
mereka, tapi lebih suka mereka memanggilnya dengan nama daripada dipanggil bos.
“ Jomlah teman aku makan.
Waktu-waktu macam ni jab jarang orang masuk butik ni…” Syumaila tidak putus asa
memujuk.
“ Iyelah…Tunggu kejap. Aku nak
letak fail ni atas meja Fatin” Safiyyah mengeluarkan fail dari beg tangannya.
“ Ya Allah sedapnya…” Syumaila
menikmati setiap kunyahan potongan cucur yang pertama dimakannya.
“ Kau terliur nak makan ke?”
“ A’ah…Sejak semalam aku asyik
terbayang. Nasib baik sampai hajat hari ni. Alhamdulillah” akui Syumaila ceria.
“ Patutlah macam orang mengidam…”
komen Safiyyah.
“ Fatin…Marilah makan sekali ada
cucur…” ajak Syumaila sewaktu melihat Fatin baru melangkah masuk di muka pintu
mini pantri.
“ Kamu makanlah dulu. Aku tengah
berkobar-kobar nak cuba buat roti isi dengan aiskrim goreng. Tergoda dek cerita
budak di tadika. Cara dia bercerita tadi, heish….terliur aku dibuatnya” emosi
Fatin bercerita sambil mengeluarkan bahan dari plastik yang dibawanya masuk
tadi.
“ Buat banyak-banyak….Macam sedap
je. Tambah dengan cuaca panas macam ni makan aiskrim memang sedap!” komen
Safiyyah sambil meneguk jus epal yang dikeluarkan dari peti sejuk.
“ Ya Allah…Alamat aku makin gemuk
nanti…” keluh Syumaila saat melihat Fatin mengeluarkan sekotak aiskrim perisa
vanilla dan coklat dari plastik.
“ Tak apa Syu….Kita gemuk
sama-sama…” balas Fatin tersengih. Memang sejak Syumaila mula bekerja bersama
sejak sebulan lalu suasana jadi bertambah ceria dan meriah. Butik itu masih
belum sampai enam bulan beroperasi.
“ Fail senarai stok aku dah letak
atas meja Fatin…” beritahu Safiyyah.
“ Sedapnya!” komen Fatin setelah
makan roti diisi aiskrim goreng buatannya. Sampai terpejam matanya menikmati.
Telefon pintar Fatin berbunyi.
Terus saja dijawap. Safiyyah dan Syumaila menjamah roti aiskrim yang sudah
diletak di atas meja.
“ Auntie Julia…Dia nak singgah sini pukul 3 nanti…” umum Fatin
setelah menamatkan panggilan.
“ Eh…Tadi aku ada bawa tapau Mee
Goreng dan ayam goreng dari tadika. Banyak lebihan tadi. Korang bawa balik eh.
Kalau tak habis, bagi jiran-jiran…” pesan Fatin.
“ Bunyi macam banyak je…” komen
Syumaila.
“ Mee tu dalam satu aluminium penuh…”
“ Banyaknya!”
“ Rasanya lebih baik kita sedekah
kat orang kat sini sajalah….Kalau petang nanti mesti berubah bau…” saran
Safiyyah.
“ Betul juga. Simpan dalam bekas
polisterin satu-satu. Korang buatlah lepas makan ni eh. Terima kasih
adik-adikku…” Memangpun Fatin lebih tua di antara mereka bertiga. Beza 3 tahun
dari SAfiyya dan Syumaila yang sebaya umur. Selain melayani pelanggan, mereka
juga membantu dalam urusan operasi butik. Sebab itu Fatin mengambil lulusan
ijazah.
“ Selamat
datang auntie….” sapa Safiyyah sebaik
menjawap salam yang diucap auntie
Julia, mak saudara Fatin.
Dengan
senang hati wanita itu membalas senyuman Safiyyah. Dia senang dengan layanan
servis yang diberikan Safiyyah setiap kali mengunjungi butik itu.
“ Design terbaru ada kat sini auntie….Baru sampai tiga hari lepas…”
beritahu Safiyyah menunjuk jalan ke satu sudut.
“ Macam
tau-tau aje kamu Safiyyah…” auntie Julia
ketawa kecil.
“ Hehe….Auntie kan very special important person
untuk Fatin dan merangkap pelanggan tetap…” balas Safiyyah ramah dan
bersemangat. Tenang saja dia melayani auntie
Julia memilih. Sesekali dia memberi saran.
“ Untuk auntie yang kulit cerah, saya saran ambil warna pink pastel ni…Sesuai sangat dengan auntie…” saran Safiyyah sambil
menghulur dress jubah moden yang
dimaksudkan. Auntie Julia mendekatkan
dress itu pada badannya di depan
cermin. ‘Boleh tahan’.
“ Okey….Auntie ambil dua pasang. Pink
pastel dan warna hijau epal ni…Hijau ni untuk anak auntie. Saiz S ya…” putus auntie
Julia.
Sementara Safiyyah mengambil stok
baru di dalam stor, Auntie Julia
bergerak ke bahagian tudung. Syumaila mengambil-alih melayaninya.
Fatin keluar dari ofisnya sewaktu
mak saudaranya itu sudah di kaunter pembayaran. Mereka berbual-bual.
“ Ni ada Dim Sum dan Sushi. Uncle Asfar yang nak makan. Saja auntie pesan lebih untuk high tea kamu di sini…Kotak dark blue ni pula coklat
ole-ole kawan auntie kasi….Di rumah
tak ada budak kecil jadi tak ada siapa yang makan…” auntie Julia menghulur satu beg kertas dark blue dan satu plastic Dimsum dan Sushi ditangannya yang baru
sahaja dibawa masuk oleh pembantu peribadi merangkap pemandunya.
“ Untuk Safiyyah dan Syumaila
sekali. Makanlah ya…” pesannya sebelum berlalu.
“ Alhamdulillah…Banyak betul
rezeki kita hari ni….” Ucap Fatin sambil kedua tangannya dirapatkan ke wajah.
Syukur.
“ Alhamdulillah…” Safiyyah dan
Syumaila turut melakukan perkara sama.
“ Asar nanti kita jemaah bersama
eh. Dah lama kita tak solat sama…” usul Fatin.
“ Lepastu kita makan. Hehe…”
sambung Fatin. Memang mereka selalu makan bersama di butik itu.
~*~*~*~*~*~*~BERSAMBUNG~*~*~*~*~*~*~*~*~
p/s: Apa komen anda semua dengan font tulisan? Saya copy paste dari Ms. Word itu yang formatnya lain tu....Jarak paragraph sedikit jauh... Rasanya acceptable @ boleh diterima tak? tak ganggu pembacaan?
Your like and comment is my motivation....
0 comments:
Post a Comment