Ads 468x60px

Monday, July 6, 2015

Ramadhan Yang DiNanti (Bab 9)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamu'alaikum warahmatullah wbt. Ada yang tercari-cari sambungan cerita ni tak? Sepanjang bulan puasa ni, baru satu ni sambungan. Selamat membaca~ 






Ziyad berusaha untuk terus mencelikkan mata. Badan terasa lemah dan sakit sendi. Langkahnya simpang-siur.

Sebaik mencuci muka, badan rasa lebih baik. Juga untuk menghilangkan rasa kantuk sebenarnya. Kebelakangan ini dia susah untuk tidur malam.

Esok umat Islam akan mula berpuasa. Ramadan yang dinanti bakal tiba. Bulan yang penuh keberkatan.

"Nah..." Amran menghulur satu botol kecil teh lemon sejuk.

"Terima kasih bro." Dengan senang hati Ziyad menyambut huluran dan terus membasahkan tekak.

Ziyad dan Amran pulang bersama. Singgah membeli stok barangan dapur sebelum pulang.

"Malam ni dah mula tarawih, kan?" soal Amran saat mereka beriringin melangkah.

"Iya... Kalau aku tertidur karang, tolong kejut eh," pesan Ziyad. Memang dia selalu terlelap selepas maghrib.

*******

Malam pertama ramadan, surau dan masjid penuh sesak. Ramai yang bersemangat untuk menunaikan tarawih.

Usai lapan rakaat, Haris dan Ziyad melangkah pulang. Amran dan Iman masih tetap meneruskan hingga 20 rakaat tarawih.

"Terima kasih" ucap Haris dan Ziyad apabila ada yang menghulur satu plastik kecil kontena berisi bubur di luar surau. Pemberian pada orang ramai yang berjemaah secara rawak.

"Alhamdulillah rezeki, bubur durian. Hari tu kau terliur nak makan, ni dah dapat" umum Haris sebaik menjenguk dan menghidu isi bubur.

"Alhamdulillah..."

*******

"Emma... Abang Fikri dan akak cadang nak ajak Ziyad serumah berbuka di rumah esok. Kamu nak masak apa-apa tak? Hidangan pencuci mulut" kak Ika menjenguk ke bilik Emma.

"Koktel je lah, nak? Tapi saya tak ikut balik. Dah alang-alang kedai bunga tu tutup sepanjang bulan puasa ni, baik saya duduk sini je" ulas Emma sambil memeluk bantal bentuk hati.

Tiga hari pertama Ramadan kak Ika sekeluarga dan Emma pulang ke rumah keluarga. Bersahur dan berbuka di sana.

"Boleh jugak tu." kak Ika berlalu pergi.

*******

Hujung minggu itu Ziyad pulang ke rumah keluarganya sejak mendapat surat cuti doktor dua hari.

Berkali-kali Ziyad sendawa saat mama mengurut belakang badannya. Telinga terpaksa ditadah mendengar leteran mama.

"Ni macamana boleh jadi macam ni? Ziyad tak jaga makan? Skip makan, asyik ambil makanan ringan dan minuman bergas?" marah mama. Terkejut dia bila Ziyad balik pagi tadi. Masuk rumah terus rebah di sofa ruang tamu dengan wajah cengkung.

"Bukanlah ma. Ziyad selalu tak boleh tidur sekarang ni. Bukan sebab sibuk belajar ataupun banyak fikir..." adu Ziyad.

"Habis tu? Angau ingat perempuan?" tebak mama memperli.

"Pun tak" ringkas balasan Ziyad. Badannya masih lemah. Sejak pagi tadi kepalanya terlalu sakit dan badan panas. Bila pergi klinik tadi 39 celcius haba badannya. Biarpun kurang sihat, namun Ziyad tetap meneruskan puasa siang tadi. Malam ini dia terlepas berjemaah di masjid atau surau. Sangat tidak larat.

Selepas mengurut belakang, kepala pula. Bila baring di riba mama, mudah pula Ziyad lena.
Adiknya, Dina menghampar comforter menyelimutkan badan si abang yang sakit. Televisyen yang tadinya dibuka dengan suara kecil, ditutup terus.

*******

~Bersambung~



Read More »

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates