Assalamu'alaikum. Mulakan hari dengan senyuman. =)
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad (11x) Pahala free dengan mudah (^_^). Entri kali ni pendek je. Lepas bab 8, masih ada dua lagi bab terakhir penamat cerita ni. Stay tuned~(novel ni akan tamat bab 10)
“ Ni kenapa awal pagi lagi dah muka muram ni?” tegur Kak Wardah setelah adiknya duduk di depannya.
“ Masin betul mulut akak tu….Banyak perempuan yang telefon Bai…Entah dari mana diorang dapat…” keluh Baihaqi. Dia baru pulang selepas menghadiri seminar di Canada selama 3 hari pada jam satu pagi tadi.
“ Apa susah? Setkan telefon tu mode silent. Dan kalau ada panggilan dari nombor tak dikenali, biarkan je tak payah jawap…” saran Kak Wardah.
“ Bai memang dapat elak. Tapi masalahnya mama pun ramai yang hubungi. Memang mama terima Bai cakap tak nak pergi matchmaking waktu temankan mama makan dengan kawan dia. Tapi kalau bab ramai telefon…Tengoklah. Kita berdua kenal mama. Kalau dia jenuh mesti ada kata dua yang akan keluar…” luah Baihaqi. Wajahnya kusut.
“ Kau cuma risau berlebihan ni Bai….”
“ I am expecting any possibilities…” balas Baihaqi.
“ Buat masa sekarang ni, just go with the flow. Tindakan orang kita memang tak boleh kawal. Jadi untuk sekarang, fokus pada kerja. Jangan biarkan perkara ni ganggu prestasi kerja…” nasihat Kak Wardah.
“ Wa’alaikumussalam…” Kak Wardah menjawap telefon ofisnya yang berbunyi di atas meja.
“ Okey…” Sekejap saja sudah menamatkan panggilan.
“ Ayah…Dia nak Bai jumpa dia sekarang” beritahu Kak Wardah setelah meletak telefon.
Baihaqi berdiri. Patutlah ringkas saja perbualan kakaknya itu semasa menjawap telefon tadi. Ayah sedang mencarinya.
Tanpa kata, Baihaqi keluar ruangan bilik kerja kakaknya dan mengatur langkah untuk naik ke pejabat ayah merangkap Pengarah Syarikat.
0 comments:
Post a Comment