Ads 468x60px

Saturday, May 30, 2015

Ramadhan Yang Di Nanti (Bab 6i)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Emma berbaring secara meringkuk di atas sofa ruang tamu. Sejak semalam dia tinggal sendirian memandangkan abang Fikri dan kak Atie tengah pulang ke kampung halaman abang Fikri dengan anak-anak. Pagi ni Emma sakit perut senggugut sebab itulah dia cuma berbaring.

Bunyi loceng di pagar rumah ditekan orang diabaikan. Mungkin penjual produk. Tapi lambat-lambat Emma berusaha untuk bangun menjenguk dari tingkap. Ternyata Ziyad yang berdiri di luar pagar rumah.

"Wa'alaikumussalam...Kenapa?" ucap Emma sambil menyarungkan selipar ke kaki. Sebaik memandang Emma melangkah keluar dari pintu rumah, Ziyad menyapa dengan salam tadi.

Langkah ke pagar rumah terasa sangat jauh jadi Emma cuma berdiri di beranda rumah. Sebelah tangan bertumpu di situ.

"Cuma nak pulangkan tukul yang saya pinjam semalam dari abang Fikri..." umum Ziyad. Sebelah tangannya diangkat sedang memegang tukul yang dimaksudkan.

"Oh...Kejap..." langkah Emma perlahan menghampiri pagar. Seboleh mungkin dia berusaha untuk mengawal tangan agar tidak memegang perut. Tukul bertukar tangan.

"Awak kenapa? Sakit ke?" tegur Ziyad. Dia perasan wajah Emma pucat dan lambat sahaja langkahnya.

"Sakit perut..." ringkas sahaja Emma mengungkapkan. Tidak berhajat untuk bercakap lama-lama.

"Dah makan? Saya boleh belikan di gerai makan tu. Awak nak pesan apa?" ringan sahaja Ziyad menawarkan diri memandangkan dia memang hendak singgah ke kedai runcit di sebelah gerai makan itu selepas ini.

"Eh takpelah...Menyusahkan je nanti..." cepat Emma menolak. Kalau selalunya memang dia susah nak tahan diri dari terus memandang Ziyad tapi kali ni dia lebih membuang pandang ke sekeliling dan tunduk. Tak selesa berhadapan dengan lelaki itu dalam keadaan sakit sebegini.

Ziyad melirik pada jam di tangan sambil merangka rencana dalam fikiran. Dia dapat mengagak Emma sedang sendirian di rumah. Emma melangkah ke arah rak perkakas besi untuk meletak tukul yang baru dipulangkan Ziyad.

"Awak baliklah...Abang Fikri dan kak Atie tengah tak ada kat rumah..." usul Emma mendatar sebaik tukul selamat diletakkan pada tempatnya. Dia tidak berhajat untuk melangkah semula ke pagar.

"Saya akan datang semula selepas dua puluh minit. Saya tekan loceng nanti..." sebaik mengungkapkan ayat itu, Ziyad berlalu tanpa menunggu Emma membalas atau berkata apa-apa.

Emma terus melangkah masuk. Nak cakap tak payah, Ziyad dah melangkah jauh. Memang tidaklah nak buat sesi kejar-mengejar macam dalam drama. Lagi-lagi waktu tengah sakit perut macam ni huhu.

*******

~~BERSAMBUNG~~ (^_^)


Read More »

Friday, May 29, 2015

Bicara Santai (1)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


R: Senyum nampak. Ada apa2 yang kau nak kongsi ke?

W: Aku teringat satu kisah. Nak tau? Cerita biasa aje pun...

R: Ceritalah.

W: Macam ni. Dulu zaman sekolah menengah dulu, aku suka pakai gelang biru ala-ala biji tasbih tu. Kalau waktu lapang atau rajin, aku jadikan macam tasbih pusing-pusing sambil zikir sorok dalam tudung.

Adalah satu hari tu sorang kawan lelaki tegur. Dia perasan aku selalu pakai gelang tu dan jam di tangan. Dahtu, pendekkan cerita, beberapa bulan lepas, aku terjumpa semula gelang tu waktu tengah kemas barang dalam bilik. Dan aku pakai semula waktu kat rumah, jenjalan. Untuk tujuan yang sama macam dulu.

Tup-tup, satu hari tu hilang gelang tu. Bila aku jumpa, dah putus sebab anak buah aku main. Aku tak marah pun...

R: So?

W: Aku baru teringat ibrah di sebalik yang terjadi.

Mungkin Allah nak jaga niat dan intention aku. Sebab memang secara tak langsung ada jugakla aku teringat kat lelaki yang pernah tegur gelang tu dulu. Jadi, Allah takdirkan gelang tu putus sebab nak jaga hati aku dari teringat lelaki yang tak halal untuk aku ingat dan kenang uhuk2.

Lagipun, ada je tasbih betul atau tasbih digital untuk diguna. Kalau takpun, kita boleh berzikir sambil kira dengan tangan. Sambil tengok tv atau rehat, bibir melafaz atau dalam hati sebut mana2 zikir...

R: Betul...Ada seorang ustaz pernah bagi tips, waktu rehat tengok tv tu, berzikir. Ke waktu tengah kemas rumah, memasak dan bila-bila lah. Sambil tu secara tak langsung bersihkan hati dan hati tak sunyi sepi dari ingat pada Allah.

*******

Sunnah rupanya zikir dengan jari ni. Kalau kita syg Rasulullah, kita akan ikut apa yang Baginda amalkan. Jom~ =)

Read More »

Thursday, May 28, 2015

Ramadhan Yang Di Nanti (Bab 5)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang





Keesokannya, dinihari pagi Isnin Ziyad, Amran, Haris dan Iman bangun awal untuk bersahur untuk memulakan puasa Isnin. Masing-masing berusaha untuk melawan rasa kantuk. Mata terasa seakan digam untuk tertutup dan menyambung lena.

Seperti yang disepakati mereka berempat, mereka melakukan solat tahajud berjemaah dua rakaat untuk permulaan.

Menu sahur mereka pagi itu ialah nasi, sup sayur dan ayam berempah. Ayam hasil tangan Amran yang sedia dimasak malam dan sup sayur buatan Iman.

Oleh kerana ganjaran dan keutamaan solat subuh lelaki berjemaah di masjid, mereka berjalan kaki ke surau berdekatan rumah. Angin sejuk malam memang seakan meresap ke tulang belikat saat meredah kegelapan malam yang diterangi oleh lampu tepi jalan.

"Takpe baliklah dulu. Sebelum jam tujuh nanti aku balik rumah insyaAllah" umum Ziyad sebaik Iman mencuitnya. Isyarat untuk pulang. Amran dan Haris sudah melangkah pulang usai selesai berwirid selepas berjemaah subuh di situ.

Ziyad tahu jika dia pulang sekarang, pasti dia akan lelap semula. Jadi dia memilih untuk terus berada di dalam surau sambil melantunkan ayat suci Al-Quran dengan suara perlahan. Cukup untuk pendengarannya sendiri. Tidak mahu menganggu beberapa orang yang turut sama berada di surau berteleku sendirian.

Tersengguk-sengguk Ziyad saat membaca al-quran. Tanpa sedar dia terlelap tidur-tidur ayam dengan kitab itu masih terbuka di tangan.

Ziyad pantas terbuntang mata saat terdengar rintihan sayup-sayup kedengaran. Matanya dikerdipkan untuk seketika. Cuba untuk fokus memcari arah datangnya suara merintih itu. Ternyata di sebelah kanan dekat dengan tiang surau.

"Ampuni hamba Ya Allah, Ya Afuw Ya Tawwab..." kali ini ungkapan itu yang kedengaran diiringi dengan tangisan tersedu-sedu. Suara seorang lelaki. Daripada nada suaranya sangat jelas dia sedang menangis sungguh-sungguh memohon keampunan. Sejuk hati Ziyad mendengarnya. Dia tunduk sambil menyambung kembali bacaannya tadi. Rasa kantuk tadi terus terbang pergi.

Saat Ziyad mengucup luaran kitab suci Al-Quran, lelaki yang duduk dekat dengan tiang surau tadi mendekatinya dan menghulur tangan untuk bersalam. Dengan senang hati dan senyum terukir di bibir Ziyad menyambutnya. 

"Bagus anak muda seperti kamu yang duduk di surau awal pagi macam ni. Sejuk mata memandangnya..." ucap lelaki itu. Dari raut wajahnya, Ziyad agak usianya mungkin dalam lingkungan penghujung 20an. 

"Er...Alhamdulillah dengan kawan serumah tadi..." balas Ziyad perlahan. Padahal rasanya inilah pertama kali dia tidak terus balik selepas selesai solat subuh di surau atau masjid. Berjemaah subuh pun jarang sekali. 

"Abang memang selalu tidak terus balik lepas subuh di sini?" soal Ziyad. Dia yakin dengan kata hatinya yang lelaki itu selalu berjemaah di situ.

"Alhamdulillah...Abang buka gerai di seberang jalan depan surau ni. Jadi lepas dari sini memang tak balik rumah semula. Terus buka gerai. Abang risau sangat tak cukup bekalan untuk kehidupan akhirat nanti lagi-lagi bila memikirkan dosa-dosa silam...Adik ni untung sebab Allah bagi hidayah menjaga solat sejak muda" ulas lelaki itu sambil menoleh memandang Ziyad. Senyuman yang diukirnya nampak tawar tidak berperisa. 

Ziyad menelan liur yang terasa kesat untuk ditelan. Rasa terpukul dengan pujian itu. Menjaga solatkah dia? Memang dia selalu solat tapi berkualitikah solat-solatnya dengan khusyuk? 

"It's not how we start but what matter most is the ending of it...Yang paling penting pengakhiran hidup kita nanti. Macam Sayyidina Umar biarpun sebelum islam dia keras dan menentang islam tapi setelah dia masuk islam, masyaAllah dia betul-betul menghidupkan ajaran islam sebaris dengan para sahabat yang lebih dulu memeluk islam."

"Jangan patah semangat bang. Allah tu Maha Mendengar dan menerima taubat hambaNya" ucap Ziyad sambil menepuk bahu kiri lelaki di sebelahnya yang tunduk memandang lantai surau. Wajah lelaki itu jelas muram dan seakan tergambar ada riak penyesalan.

"Abang jual apa kat gerai depan tu? Saya jarang singgah situ" tanya Ziyad dengan suara berminat. Cuba untuk menaikkan semangat teman bicaranya.

"Jual burger...Ada burger daging, ayam, kambing dengan cheese dan telur. Menu lain pun ada. Jemput singgah bila lapang..." ajakannya membuatkan Ziyad mengangguk.

"InsyaAllah..."

Sempat mereka berkenalan nama saat bersalaman sebelum Ziyad meminta diri untuk pulang. Abang Munif namanya. 

*******

"Haris...Kau buat apa?" soal Amran apabila melihat Haris baru melangkah keluar dari dapur. Mereka sama-sama sampai ke rumah tadi. Amran terus masuk ke bilik meletak beg sebelum keluar ke ruang tamu dengan tuala disangkutkan ke bahu kanan.

"Eh astaghfirullah!" membuntang mata Haris sebelum cepat-cepat melangkah semula ke dapur. Pili sinki terus dipulas untuk berkumur-kumur. 

"Aku lupa kita berpuasa hari ni. Masuk tadi aku terus tuang dan minum air oren...Allahu Akbar. Astaghfirullah hal 'adzhim..." umum Haris saat dia kembali semula ke ruang tamu. Dia merebahkan badan duduk ke sofa. 

Memang kebiasaan Haris begitu sebaik pulang ke rumah. Terus buka peti sejuk dan minum. Mereka pun tidak teringat untuk mengingatkan sewaktu sampai rumah tadi. Tak terfikir pasal itu lagi-lagi bila tengah cuaca terik panas sebegini pastilah fikiran lebih tertumpu hendak cepat-cepat sampai rumah.

"Takpe...Tak sengaja"  

*******

~bersambung~
Read More »

Tuesday, May 26, 2015

Ramadhan Yang Di Nanti (Bab 4)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Hujung minggu itu mereka serumah tidak pulang ke rumah keluarga masing-masing. Jadi mereka sepakat untuk membersihkan dalaman dan halaman rumah bersama. Lalang di luar sudah panjang dan ada air bertakung. Serasanya sepanjang dua tahun mereka sudah menempati rumah itu, baru kali ini mereka tergerak hati untuk membersih. 

"Kebersihan separuh daripada iman. Rumah bujang orang beriman harus bersih" ucap Amran bergurau.

"Ades...Sakitnya tuh di sini. Tepat mengenai ke dasar hati" balas Haris sambil memegang ke dada kiri tempat letaknya hati. Riuh seketika rumah dengan gelak ketawa mereka.

"Amboi-amboi...Sedapnya ketawa" tegur Iman yang muncul dengan sudip di tangan dan apron yang melekat di tubuh. Semakin galak ketawa Haris, Ziyad dan Amran bila Iman membuat gaya ala lelaki lembut. Iman menawarkan diri untuk memasak sarapan pagi itu sebelum menyusul gotong-royong membersihkan rumah itu. 

"Kau masak apa Iman?" soal Amran ingin tahu.

"Kita brunch terus. Aku masak nasi, ikan goreng, udang sambal dan sayur kubis. Rojak sotong yang Amran bawa balik semalam pun ada lagi" Iman menyebut satu-persatu menu mereka. 

"Ya Allah...Makin lapar perut aku bila kau sebut semua tu..." Haris mendengus sambil memegang perut. 

"Sabar...Training berpuasa nanti..." usik Ziyad sebelum ditokok tambah Amran dan Iman. 'Usik-mengusik kan membawa bahagia?'

"Aku ada buat shepherd pie. Stock clearance peti ais sebelum Amran sponsor shopping petang nanti" sengaja Iman mengusik di hujung bicaranya. Terus Amran membulatkan mata dan menafikan. Memang mereka sudah merancang pergi membeli-belah bersama petang nanti.

"Eh aku tak kata nak sponsor 100% pun. Kumpul duit bersama barulah cantik" usul Amran mengelat.

"Kita sedekah sikit kat rumah Emma. Kan Ziyad?" usul Haris sambil melirik Ziyad yang asyik dengan bulu ayam di tangan. Mengusir habuk berterbangan dari rak televisyen. 

"Apa pulak aku..." Ziyad melirik tajam pada Haris yang menyeringai. 

"Eh maaf. Terbang pulak kusyen ni..." ucap Ziyad sambil senyum tidak bersalah. Bertambah kecoh jadinya ruang tamu itu bila mereka semua saling membaling kusyen. 

*******
"Ni ada shepherd pie. Ambillah..." Ziyad menghulur satu aluminium saiz sederhana pada Emma. Masin pulak mulut Haris tadi. Memang Emma yang menyambut kedatangannya di balik pagar rumah.

"Sedapnya bau...Awak yang masak ke?" soal Emma setelah membuka sedikit penutup aliminium yang menutupi.

"Tak. Iman yang masak. Saya pergi dulu" ucap Ziyad meminta diri.

"Eh tunggu sekejap. Jangan pergi dulu..." Emma menahan sebelum cepat-cepat masuk ke dalam rumah. Tidak lama kemudian dia muncul keluar semula.

"Rezeki awak serumah...Ni ada donut dan makaroni cheese tuna" Emma menghulur plastik berisi dua kontena bersusun.

"Terima kasih. Assalamu'alaikum..." Ziyad meminta diri setelah bungkusan bertukar tangan. 

"Awak!" 

Hendak tak hendak, Ziyad terpaksa berpaling ke belakang apabila Emma memanggil begitu. Pasti makin teruk rakan serumahnya yang memerhati dari luar rumah mereka mengusiknya nanti.

"Makaroni tu saya yang masak..." ucap Emma tersipu-sipu senyum malu-malu sebelum cepat-cepat berlalu masuk ke dalam rumah.

"Cheyyy...Ada bunga-bunga cinta nampaknya" usik Amran.

"Aku dah tercium bau nasi minyak ni..." usik Haris.

Iman hanya ikut ketawa bersama Amran dan Haris tanpa mempedulikan wajah masam Ziyad. Mereka sedang mula membersihkan kawasan halaman rumah selepas solat Zuhur tadi. Sengaja ditolak Ziyad agar menghantar buah tangan tadi ke rumah Emma. Bila mereka bertiga sepakat, Ziyad mengalah menuruti sahaja.

*******

~~Bersambung~~





Read More »

Ramadhan Yang Di Nanti (Bab 3ii)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang




Betullah iblis akan sentiasa menghasut manusia agar lalai dari ketaatan pada Allah. Ziyad menghembus nafas berat. Dia baru masuk ke dalam bilik. Baru pulang dari makan bersama di rumah abang Fikri. Bila perut kenyang, mata mula memberat.

"Solat Isya dulu baru tidur..." pesanan Iman tadi sewaktu mereka di beranda rumah menanti Amran sedang membuka pagar dan pintu rumah terngiang-ngiang di minda Ziyad.

"Iman...Tunggu aku...Kita solat jema'ah bersama..." ucap Ziyad sebaik bertembung dengan Iman yang baru keluar dari tandas dengan wajah dan rambut sedikit basah. Pasti baru sudah mengambil wudhuk. Ziyad pula baru hendak masuk ke tandas.

Usai solat, Iman meminta Ziyad untuk mendengar dan memperbetulkan dirinya membaca al-quran. Satu perasaan tenang menjalar masuk ke dalam hati. Indah alunan sahabatnya itu membacakan ayat-ayat cinta Allah. Sesekali Ziyad membetulkan tajwid bacaan.

"Sodaqallahul 'adzhim..." Iman menamatkan bacaan sambil mengucup kulit luar al-quran.

"Indah alunan bacaan kau Iman..." puji Ziyad sambil memandang Iman yang duduk di sebelahnya. Iman senyum senang mendengar pujian itu.

"Pagi tadi waktu makan di gerai Amran, Haris dan aku ada berborak. Kami ingat sempena kedatangan Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi ni, nak selalu puasa sunat Isnin dan Khamis macam kau dan hidupkan bacaan Quran di rumah kita ni...Apa pendapat kau, Iman?" Ziyad menyuarakan isi perbualan mereka pagi tadi.

"MasyaAllah...Bagus tu..." Iman menyambut baik dengan senang hati.

"Aku malu pada kau yang lebih menghayati dan mengamalkan ajaran Islam dan sunnah Rasulullah...Tegur-tegurlah kami jugak ya kalau kami buat silap..."pinta Ziyad. Entah kenapa sejak dua menjak ini dia terlalu risau akan amalan diri yang seberapa. Kot-kot Allah ambil nyawa minggu depan atau esok, entah apalah nasib. Allahu...Moga terpelihara selalu dalam ketaatan dan kebaikan.

"InsyaAllah...Kita sama-sama saling mengingatkan, tegur-menegur dan kongsi ilmu..." ucap Iman sambil memeluk bahu Ziyad yang duduk di sisinya.

Mereka meneruskan sama-sama membaca surah Al-Mulk yang mempunyai 30 ayat. Surah yang baik untuk diamalkan setiap malam agar selamat daripada seksa kubur, insyaAllah.

"Okeylah...Aku masuk bilik dulu..." Ziyad mula bangkit berdiri setelah mereka selesai membaca hingga ke akhir surah itu.

"Okey...Terima kasih cek bacaan aku tadi. Jazakallahu khair...Assalamu'alaikum" ucap Iman sebelum mereka berpisah.

"Tiada hal lah bro..." ucap Ziyad sebelum menjawab salam sambil melangkah keluar dari bilik Iman.

 *******

Keesokan harinya Ziyad bangun dengan muka ketat. Mengantuk dek dia hanya boleh lelap jam tiga pagi! Setelah jam tujuh, Ziyad sekadar mengisi perutnya dengan roti kering dan teh o panas. Setelah itu mencuci pakaiannya yang hampir penuh satu bakul.

Gerai makan yang tidak jauh dari rumah mereka menjadi destinasi pertama Ziyad pagi itu. Dia bersarapan mee goreng seafood dan air nescafe panas. Sambil bersarapan, dia membelek buku nota. Pagi itu dia tidak ada kelas. 

"Assalamu'alaikum hai awak..." satu suara kedengaran namun belum sempat Ziyad menoleh dan ternyata Emma, gadis yang hampir diragut tempohari dengan selambanya duduk di depan Ziyad satu meja dengannya.

"Kan banyak meja lain yang masih kosong tu..." tegur Ziyad mendatar. Tidak berkenan tindakan gadis itu. Hampir hilang seleranya untuk menyambung makan. Dia menutup buku nota. Hendak cepat menghabiskan makanan di pinggan.

"Saya nak sarapan dengan awak. Takpekan? Sesekali..." balas Emma sambil memanggil pelayan untuk membuat pesanan. Dia gembira. Langkah kanan dia hari ini terjumpa hero penyelamatnya di gerai berhampiran rumah mereka. 

"Pakcik, makcik...Boleh saya duduk di meja pakcik?" pinta Ziyad sambil menoleh ke meja sebelah yang ada pasangan suami-isteri. Apabila mereka mengangguk, cepat saja Ziyad bangkit dengan mengangkat pinggan dan gelasnya tanpa memandang Emma.

"Terima kasih..." ucap Ziyad sambil senyum manis pada pasangan itu. Memang dia perasan Emma memandangnya tidak puas hati tapi diabaikan saja.

Sudah alang-alang duduk semeja, Ziyad meringankan mulut berbual dengan keduanya. Rupanya mereka tinggal berjiran selang beberapa buah rumah. Baru kali ini berkesempatan bertemu dan berbual bersama. 

******* 

"Kejam kau Ziyad..." berkerut dahi Ziyad. Pelik bila Haris yang baru sampai ke rumah terus berkata begitu kepadanya. Terhenti sebentar tumpuannya dari laptop di depannya. 

"Apa yang aku dah buat ni?" soal Ziyad bila Haris tidak menyambung bicara yang tergantung.

"Pasal apa yang kau dah buat pada si Emma pagi tadi kat gerai..." kata-kata yang diutarakan Haris semakin membuatkan Ziyad bertambah hairan. 

"Emma? Perempuan mana tu?" 

"Alah Emma, adik ipar abang Fikri yang hampir nak diragut tu..."

"Kan tak elok duduk berdua. Haruslah aku pindah ke meja lain. Mana kau tau cerita ni? Setahu aku, gerai tu tak ada CCTV" 

"Aku singgah ke kedai Watson sebelum balik ni. Terjumpa Emma yang kerja di kedai bunga sebelah. Dia yang cerita"

"Amboi...Tak tau pulak aku yang kau dah buka kaunter aduan..." perli Ziyad sambil melirik Haris yang duduk di sofa ruang tamu itu. Kini Ziyad kembali menumpukan tumpuan pada laptopnya menyambung membuat tugasan kuliah.

"Mula-mula borak biasa. Lepas tu terpikat dan bercinta. Bercinta sakan belum tentu ada jodoh kahwin. Dosa makin bertingkat-tingkat memang bersorak syaitan berjaya memesongkan manusia...." mendatar Ziyad mengucapkan kata-katanya. Peringatan untuk dirinya dan sahabatnya. Mereka sedia maklum dan menerima tidak ada istilah dekat dengan perempuan ajnabi ataupun bercinta sebelum nikah. 

Terdiam terus Haris dibuatnya. Baru memahami punca tindakan Ziyad pada Emma. Wanita mudah menggoyahkan iman walaupun lelaki warak sekalipun apatah lagi lelaki muda seperti mereka.

"Perempuan ni lembut dan sensitif Yad...Diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok. Hendak menegur kena bil hikmah, berhati-hati tak boleh keras sangat." tegur Haris berdasarkan pengalaman mempunyai tiga kakak dan dua orang adik perempuan. 

"Kalau kau nak makan, aku ada lauk tenggiri masak kari dan sayur kangkung ikan bilis..." umum Ziyad. Sekaligus menutup isu tadi.

"Wahhhh sedap tu fevret aku tu...Perut yang tak lapar terus jadi lapar terus. Kau dah makan?" seakan bercahaya terus wajah Haris. Sekaligus topik mereka tadi tertutup terus. 

"Aku sudah makan tadi...Kau makanlah...Panaskan sendiri" 

Haris bangkit sambil membuka kemeja di badan meninggalkan cuma t-shirt lapis di tubuh dan seluar menuju ke dapur.

******* 


~BERSAMBUNG~


Nota:
Jazakallahu khair- perkataan arab yang bermaksud Moga Allah membalasmu dengan kebaikan (ditujukan untuk lelaki)

Jazakillah khair- (untuk perempuan)

Read More »

Thursday, May 21, 2015

Ramadhan Yang Di Nanti (Bab 3i)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang




Ziyad mengacau minuman di gelasnya dengan straw. Dia, Amran dan Haris sedang singgah minum di gerai makan selepas bermain futsal dengan rakan lain. Pesanan makanan mereka masih belum sampai.

"Salute aku pada Iman tu. Dia tu mualaf, walaupun baru dua tahun tapi ibadah dan kesungguhan dia mendalami Islam tu, masyaAllah lebih dari kita yang islam sejak lahir ni..." luah Haris. 

Memang mereka ada mengajak Iman untuk keluar main futsal bersama tapi dia menolak. Hendak pergi ke majlis ilmu katanya. 

"Itulah kan...Aku pun tengah usaha nak ikut tak bersalam dengan perempuan bukan mahram macam Iman dah berjaya amalkan..." tambah Amran. Kes sebegini nampak biasa pada masyarakat tapi sebenarnya menambah beban dosa. Hmm....

"Memandangkan sekarang sudah dekat bulan Ramadhan, aku cadang nak buat puasa sunat Isnin dan Khamis...Nak buat sama tak? Lagi ramai, lagi seronok bangun sahur dan iftar bersama" Ziyad menyuarakan hasrat hatinya sebelum menghirup minuman. 

"Boleh jugak insyaAllah...Prektis jadi bila ramadhan nanti sudah terbiasa..." komen Haris sambil menikmati ABCnya. Sejuk dan sedap! Dia memang sudah memesan satu minuman tambahan iaitu teh tarik panas.

"Aku tak nak janji. InsyaAllah, tengoklah nanti..." ucap Amran pula apabila Ziyad dan Haris memandangnya menanti dia pula bersuara. 

"Dan...Aku cadangkan sempena kedatangan Ramadhan kali ini, sebagai usaha kita untuk buat lebih baik dari tahun-tahun lepas, mari kita mula hidupkan tadarus membaca Al-Quran di rumah kita tu. Hidupkan cahaya dengan ayat-ayat cinta dari Dia Yang Maha Pengasih dan Penyayang..." usul Ziyad. Memang dia ada terfikirkan mengenai hal ini sejak beberapa hari kebelakangan ini.

"Projek good boy tu. Menarik, si Iman mesti suka. Hmmm iyalah, bila kita usaha mendekat pada Allah, hidup akan lebih tenang, lancar dan berkat, kan?" Amran berbicara sendiri namun masih dapat didengar kedua rakannya. 

"Eh...Itu perempuan yang kena ragut dekat rumah kita tiga malam lepas, kan?" tebak Haris. Terus Amran dan Ziyad mengikut hala mata Haris. 

"Memang dia...Moga dapat balik barang dia..." komen Amran dalam bentuk doa.    

"Amin...Eh, dia macam tengah berjalan ke sini lah..." umum Haris dengan suara sedikit perlahan. Dia perasan memandangkan perempuan yang dimaksudkan dari arah depannya.

"Wa'alaikumussalam warahmatullah..." ucap mereka bertiga apabila si perempuan berdiri di sisi Ziyad dan mengucap salam.

"Saya nak ucap terima kasih atas teguran dan bantuan hari tu. Alhamdulillah semasa tengah buat laporan di balai polis malam tu, seorang peronda polis telefon. Dia sedang bertugas di kawasan kejiranan tu. Bila dia tengok peragut tu merempit motor laju 140km/jam, dia terus ekori dan pintas"

"Alhamdulillah saya dapat semula beg tangan dan ipad tu tanpa kehilangan apa-apa. Peragut tu tak nak mengaku mencuri tapi dah terang lagi bersuluh dia pegang beg tangan perempuan. Syukur sangat alhamdulillah..." ceritanya panjang lebar. 

"Jadi kami nak adakan majlis doa selamat sikit malam ni di rumah. Kalau sudi dan lapang, jemput datang selepas Maghrib. Saya tinggal di rumah bercat hijau epal tu, rumah kakak dan abang ipar. "

"Datanglah ya...Cuma keluarga dan beberapa orang jiran je..." pintas seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Fikri, abang ipar kepada si perempuan. Dia baru selesai berurusan dari kaunter. Ada seorang kanak-kanak perempuan yang didukungnya.

"InsyaAllah..." ucap Ziyad mewakili rakannya yang mengangguk.

"Kita tak perkenalkan nama masing-masing pun tadi..." luah Haris kesal. Terasa macam kurang sopan.

"Tak apalah. Dah diorang tak tanya. Lagipun diorang macam nak cepat..." ulas Amran sambil mula menyuap makanan ke mulut.

*******

~Bersambung~
Read More »

Ramadhan Yang Di Nanti (Bab 2)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.






Ziyad tidak dapat melelapkan mata kembali selepas subuh. Matanya celik tanpa rasa mengantuk. Biasanya mudah sahaja matanya lelap menyambung tidur sebaik baring semula ke katil.

Ziyad bangkit duduk bersila. Al-Quran di atas meja sisi katil dicapai dan mula membacanya. Setelah setengah juzuk, dia berhenti dan menutup kembali helaian kitab suci itu. Dikucup sebelum diletakkan kembali dan berdiri. Badan diregangkan sekejap melonggarkan sendi sebelum mengemas katil.

Setelah mandi, Ziyad melangkah ke dapur memeriksa bahan stok masakan. Dia memilih untuk memasak nasi goreng cina dan ayam goreng dari paket ayamas.

Setelah selesai memasak, Ziyad menjenguk rakan serumahnya di bilik masing-masing. Betul jangkaannya, mereka masih tidur seperti kebiasaan mereka. Dia mengejutkn untuk sarapan bersama. Lagipun, mereka semua ada kelas di awal pagi.

Sementara menanti mereka mandi dan bersiap, Ziyad menyental kuali yang digunakan tadi. Air panas memang sudah dia jerang tadi. Cuma perlu bancuh sendiri minuman mengikut selera masing-masing.

"Morning..." suara Amran yang berkumandang di dapur saat dia melangkah masuk ke situ.

"Em...sedapnya bau. Terima kasih masak hari ni..." ucap Amran menghargai usaha sahabatnya.

"Sama-sama. No hal bro". balas Ziyad.

"Mimpi apa semalam Yad? Kahwin? Ke...gadis pujaan masuk mimpi" usik Iman sambil membancuh kopi susu 3-in-1.

"Tak adanya. Aku tak dapat tidur semula lepas subuh tadi. Tu yang masuk dapur awal tu." beritahu Ziyad sambil menghirup teh panas.

"Haris...Cepat!" laung Iman. Mereka semua sedia maklum Haris selalu paling lama mandi dan bersiap. Macam perempuan.

Mereka berempat ada kelas awal pagi hari itu. Mengejar masa. Jadi mereka sudah biasa menceduk menu dalam pinggan sementara menanti Haris bersiap.

Amran mencedukkan nasi ke pinggan, Iman pula bangkit membancuh teh panas buat Haris. Sedang elok barulah Haris muncul ke dapur menyusuli mereka.

Mereka makan bersama usai mengaminkan doa makan.

*******
Ziyad pulang lewat malam itu. Dia dihantar pulang setelah makan bersama dua orang rakan sekelasnya.

Dia tidak terus melangkah masuk ke dalam rumah. Sebaliknya, Ziyad duduk di beranda rumah. Mendongak menatap langit dan menikmati panorama malam. Ada butiran bintang menghiasi dada langit yang kelam.

Pandagnnya terganggu apabila menyedari ada kelibat sedang melintas di luar pagar rumah. Seorang perempuan sedang berjalan sendirian sambil mengetik pada skrin telefon pintar di tangannya.

Berkerut dahi Ziyad dibuatnya. Bahaya perempuan berjalan sendirian malam-malam, itu satu hal. Tengah berjalan sambil pegang telefon pintar lagilah menambh bahaya. Terus Ziyad menyusun langkah menyusul.

"Assalamu'alaikum Cik..." main bantai sahaja sebenarnya Ziyad mengucap salam sedangkan tidak pasti orang islam atau bukan memandangkn perempuan itu tidak memakai tudung.

Salam yang dilafazkn Ziyad membuatkn perempuan itu menghentikan langkah dan berpaling memandang Ziyad di belakangnya. Salam dijawab bersuara. Perempuan muda.

"Saya cuma nak tegur. Bahaya guna telefon canggih atau gadget besar iPad atau tab di tepi jalan macam ni. Kat kawasan ni memang selalu ada peragut. Dan elok letak beg tangan ke bahu yg bukan tepi jalan. Untuk keselamatan. Sekian, saya pergi dulu" baru sahaja Ziyad berpaling untuk pulang, si gadis menjerit.

'Ah sudah!' detik hati Ziyad.  Satu motor dengan dua penunggang terus memecut laju hilang dari pandangn sekelip mata.

"Tolong saya!!!" pinta gadis itu cemas. Beg tangan dan ipad di tangan tadi hilang sekelip mata.

"Maaf saya tak ada motor nak kejar. Cik buat report polis je dan doa banyak-banya moga dapat semula,sekurang-kurangnya  ic dan barang penting" tunduk sahaja Ziyad menuturkan ayat itu tanpa memandang pada gadis di depannya. Memang dia kesal tidak dapat membantu namun itu sudah diluar kemampuannya. Tiada apa yang dapat dia lakukan.

"Kenapa ni?" tegur Haris yang muncul bersma Iman. Pasti mereka terdengar jeritan tadi. Si gadis terus bercerita dan merayu-rayu agar ditolong dengan air mata mengalir di pipi. Jelas riak berharap. Beberpa orang jiran turut menjenguk keluar dan ada yang keluar mendekati mereka.

Ziyad menjauh dari mereka. Dia mendekati seorang remaja lelaki yang turut keluar dari rumah berdekatan tempat mereka berdiri tadi. Sebaik Ziyad berkata sesuatu padanya, remaja itu segera masuk ke dalam rumah sebelum keluar kembali dengan pen dan kertas.

"Terima kasih Mad..." ucap Ziyad sewaktu memulangkan kembali pen di tangan pada jiran sebelah rumah mereka, remaja bernama Ahmad itu. Ahmad mengangguk.

"Moga dapat semula barang tu. Ni nombor plat motor tadi. Allah izin saya nampak tadi dan ingat" ucap Ziyad sambil menghulur sekeping kertas tadi pada gadis tadi.

"Emma!"

Ziyad meneruskan langkah ke rumah tanpa berpling semula. Dia menduga sendiri, mungkin itulah nama gadis yg menjadi mangsa ragut itu.

*******

Bersambung~


Eh? kenapa macam ada cerita cinta pulak ni? Macam tak kena pulak dengan tajuk. =) Bawa bertenang...Nantikan sambungan bab seterusnya k? InsyaAllah...


Setelah membaca harap komen. Riuhkan sikit cerita ni ^_^
Read More »

Wednesday, May 20, 2015

Sabarlah Anakku



Pada suatu hari, seorang anak mengeluh pada ayahnya.

"Ayah, aku lelah harus belajar setiap hari, tetapi teman-temanku yang menyontek dapat nilai yang lebih bagus. Aku lelah harus membantu ibu, padahal teman-temanku yang lain punya pembantu. Aku lelah kalau harus menabung, padahal kalau ayah mau memberi uang jajan yang banyak setiap hari.."

Anak laki-laki itu mengambil napas untuk kembali menumpahkan rasa kesalnya. Tetapi sang ayah hanya diam mendengarkan.

"Aku juga capek harus menahan diri untuk tidak menyakiti hati orang lain, tetapi teman-temanku justru sering mengejekku dan membuatku sakit hati. Kenapa aku selalu begini ayah? Aku capek..."

Akhirnya anak laki-laki itu terisak dan menangis di depan ayahnya. Sang hanya menenangkan dengan mengusap bahu. Setelah anak laki-lakinya tenang, pria itu mengajak anak laki-lakinya menuju sebuah semak belukar yang becek dan dipenuhi tanaman berduri.

"Kenapa kita harus masuk ke semak-semak ini ayah?" tanya sang anak laki-laki, "Aku tidak suka, sepatuku jadi kotor kena lumpur, celana jeansku kotor, banyak duri yang kena kulitku, sakit.."

Ayah anak laki-laki itu diam tetapi memberikan senyuman agar anak laki-lakinya tetap tenang dan mengikuti jalan tersebut. Hingga pada akhirnya, mereka tiba pada sebuah danau kecil yang pada bagian pinggirnya ditumbuhi tanaman dan bunga-bunga cantik.

"Kamu suka tempat ini anakku?" tanya sang ayah.

Anak laki-laki itu mengangguk semangat dan bibirnya tak dapat menyembunyikan senyum.

"Kamu tahu mengapa tempat ini sepi padahal banyak yang tahu bahwa di balik semak belukar, ada danau yang sangat indah?"

Anak laki-laki menggeleng.

"Karena banyak orang yang tidak mau melewati semak belukar. Padahal dengan kesabaran, semua orang dapat melihat dan menikmati danau cantik ini."

Sang ayah tersenyum lalu melanjutkan..

"Begitu juga dengan hidup, butuh kesabaran untuk mendapatkan ilmu, butuh kesabaran saat bersikap baik, butuh kesabaran saat mengendalikan amarah, butuh kesabaran dalam berbuat kebaikan dan butuh kesabaran jika kamu ingin mendapatkan hasil yang indah. Karena itu, kamu harus belajar untuk sabar, anakku! Sekalipun itu adalah hal yang sulit!"

Anak laki-laki itu akhirnya mengerti akan arti kesabaran, kemudian dia memeluk ayahnya sambil berjanji bahwa dia akan belajar untuk bersabar.


#copy paste

Note: Orang yang hebat, ujian yang Allah berikan pun hebat. Cheer up!
Read More »

Tuesday, May 19, 2015

Ramadhan Yang Di Nanti (Bab 1)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang






Ziyad Rafiqi menutup pintu dengan kasar. Beg sandang diletakkan di atas meja belajar. Badannya direbahkan ke tilam empuk.

Ergh!!!

Semuanya terasa serba tidak kena. Dia mudah naik angin. Pantang ada kesalahan sedikitpun biarpun oleh diri sendiri ataupun ketika berurusan dengan orang.

Kepala diletakkan di bantal dan mata dipejamkan. Merehatkan badan untuk sekejap dengan harapan bila bangun nanti, semuanya akan kembali seperti biasa.
Bismillah…

*******

Ziyad terjaga dari lenanya apabila bunyi penggera jam di telefonnya berbunyi. Entah zaman bila dia mengunci jam itu, dia sendiri tidak ingat. Selalunya telefon pintarnya dalam mode ‘silent’.

Ziyad bangkit dari pembaringan dengan malas. Dia bangkit menuju ke bilik air untuk berwudhuk.
Usai menunaikan solat Asar, Ziyad membancuh air coklat panas dan mengisi perut dengan  beberapa keping roti kering. Sambil minum, dia menonton televisyen di ruang tamu. Suasana rumah ketika itu sunyi sepi, masing-masing dengan urusan sendiri.

Saat punat merah alat kawalan televisyen ditekan, siaran tv hijrah yang terbuka. Dari ruangan info, kuliah Asar yang sedang bersiaran. Terus Ziyad menukar siaran lain.

‘Eh…eh…Tukar balik’ Ziyad menukar kembali siaran.

Teringat yang saat majlis ilmu, lebih baik singgah. Kot-kot boleh dapat sama rahmat dan kasih sayang Allah dari taman syurga itu. Ziyad cuba untuk fokus pada isi kuliah. Tajuknya Solat di awal waktu.

'Fuh…nasib baik aku dah solat. Alhamdulillah'. Lega hatinya

“Orang yang jaga solat awal waktu ni, muka dia akan bercahaya di dunia dan akhirat nanti, murah rezeki…” perkongsian ustaz itu menarik minat Ziyad untuk terus mendengar. Seakan input itu terus meresap masuk ke dalam diri.

Dia teringat pesanan seorang ustaz dalam satu ceramah yang dia pernah hadiri. ‘Sambil-sambil rehat duduk tengok tv, kita berzikir…’. Terus Ziyad berzikir dalam hati dan menghitung dengan tangan kanan umpama tasbih.

Bila terus-terusan begitu, timbul rasa tenang dan bersemangat dalam jiwa. Hilang resah dan baran yang dia rasakan sewaktu pulang ke rumah tadi.

*******

Sekarang sudah 15 Rejab. Lagi kurang sebulan setengah sahaja lagi bulan ramadhan yang penuh keberkatan akan menjelma. ‘Hmm…Apa persiapan aku?’ Ziyad menyoal diri sendiri.

Telefon pintar yang diletak di meja sisi katil dicapai. Encik google dibuka. Ziyad memulakan pencarian tips persiapan menjelang ramadhan.

Yang dia ingat, tidur awal supaya terbiasa bangun sahur, banyakkan membaca al-quran dan ibadah lain, para sahabat Rasulullah selalu countdown menanti-nanti kedatangan bulan ramadhan dengan semangat. Bulan mempertingkatkan amalan bagi merebut pahala berganda. Bulan islam yang paling istimewa dan setiap kali kedatangan bulan ini, para bidadari syurga sibuk berhias untuk menyambut bakal lelaki penghuni syurga.

 “Tak tidur lagi ke? Esok kita ada kelas awal pagi…” tegur Wafi di muka pintu bilik. Dia kebetulan melintasi bilik Ziyad setelah dari dapur.

“Yelah…Nak tidur lah ni…” sahut Ziyad. Telefon pintar diletak di sebelah bantal. Dia berdiri sebelum melangkah ke bilik air.



*******
~Bersambung~
Read More »

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates