Ads 468x60px

Wednesday, May 28, 2014

Erti Nama-Nama Islam

Dengan nama ALLAH Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih

Assalamu'alaikum warahmatullah...Entri kali ini bukan sambungan novel atau cerpen baru. Ini perkongsian nama-nama islam yang saya yakin maknanya betul. Khusus buat anda yang mungkin sedang mencari nama untuk baby yang bakal lahir dan juga idea buat penulis-penulis yang mencari nama bagi watak dalam karya tulisan mereka. Moga bermanfaat.


Nama-nama lelaki:

Amir- putera/pemimpin/ketua
Wildan- Pemuda syurga/pemuda yang tetap muda di syurga/pelayan di syurga (boleh rujuk al-Quran surah Al-Waqi'ah)

Furqan- Pembeda haq dan bathil, tahu membezakan kebenaran dan yang salah.
Mahfuz- Penjaga
Syakir- Pengenang budi, tahu bersyukur
Haseeb- yang pandai menghitung (salah satu dari 99 nama Allah. Kalau nak anak yang pandai maths/accounting (^_^) )

Ahsan- terbaik
Ehsan/Ihsan- kebaikan
Hasan- kebaikan
Muhsin- orang yang berbuat kebaikan

Munzir- Pemberi peringatan
Al-Fateh- Pembuka (boleh rujuk sejarah islam. Sultan Muhammad Al-Fateh pembuka negara Turki yang ketika itu tempat tu dipanggil Konstantinople. Masya Allah. Ceritanya sangat bagus untuk kita baca dan tahu~!  )


Nama-nama perempuan:

Zahrah- bunga
Wardah- bunga
Amirah- puteri/ pemimpin/ketua
Ainul/Ainan- Mata air/mata
Mansurah- diberi pertolongan
Hasanah- kebaikan
Muhsinah- orang yang berbuat kebaikan
Huda- petunjuk
Syifa- Penyembuh, penawar

Tasneem-nama mata air di syurga
Salsabila- nama mata air di syurga
Kausar- nama sungai di syurga (p/s: sila rujuk lagi sumber lain ya)

Gabungan Nama Pilihan:

Amirul Qawiy- Ketua yang kuat
Amirul Hadi- Pemimpin yang memberi petunjuk
Amirul Hakim- Pemimpin/ketua yang bijaksana
Khairul Anwar- Cahaya yang baik

Khairunnajihah- Kejayaan yang baik
Miftahul Jannah- Kunci syurga
Wardah Nabilah- Bunga cerdik
 Zahrah Najibah- Bunga pintar
Wardatul Jannah- Bunga Syurga
Wardatul Faezah- Bunga yang berjaya
Wardatul Najihah- Bunga yang berjaya
Wardatus Solehah- Bunga solehah
Zahratun Nadhirah- Bunga berseri-seri


Moga bermanfaat... Untuk lebih pasti kesahihan, boleh rujuk lagi pada sumber lain. Wallahu 'alam...

-Gambar hiasan-

Read More »

Friday, May 23, 2014

Kau Warnai Hidupku [ Bab 3 ]


 Aniq Syakir memandang kosong pada gelas di depannya. Naufal menjeling melihat perilaku sepupunya itu.

“ Dah sampai mana tu Encik Aniq Syakir? Pandang gelas tu macam nak tembus dah” tegur Naufal.

“ Planet Marikh” tanpa nada Syakir membalas. Matanya masih tidak lari dari gelas.

“ Lebih baik kau ambil cuti rehatkan fikiran” saran Naufal sambil duduk di depan Syakir di meja bar di dapur.

“ Tak boleh…Sekarang cuti semua orang dibekukan bos. Banyak tender masuk. Kejar dateline

“ Kalau macam tu, pergilah bersenam atau masuk gym…”

“ Pun tak sempat. Masuk kerja pagi, malam baru balik…” setelah penat matanya barulah matanya direhatkan. Syakir merebahkan kepala di atas meja berbantalkan lengan.

“ Hujung minggu?”

“ Aku selalu tidur…Kerja enam hari seminggu. Ahad memang di rumah…” kali ini penutup bekas kacang kuda di sisi dibuka.

“ Ya Allah….Kita kan baru habis makan. Dah lapar balik?”

“ Lebih kurang macam tu lah…”

“ Cuba tengok gelas ni. Komen air dalam gelas ni” pinta Naufal.

“ Separuh kosong”

“ Negatif tu. Kalau pemikiran positif dan optimis kita akan kata separuh penuh”

“ Memang parah kes kau ni Syakir…Otak kau tu mungkin dah tepu kurang oksigen. Asyik memerap dalam ofis dan rumah. Macam zombie dah gaya kau ni. Mungkin banyak angin dalam badan” komen Naufal.

“ Naufal…Please stop mumbling. Potpet macam perempuan. Makin sesak kepala aku” Syakir memegang kepala yang semakin sakit.

“ Kau tak cuba mana-mana? Pergi reflexology, tukang urut tradisional, atau berbekam ke…”

“ Hari tu kawan aku bawa masuk spa. Kawan ni bagitau boleh minta tukang urut lelaki. Bila dia mula urut, Ya Allah…Nasib baik aku tak nak buka baju dari awal. Khidmat lain. Serik aku nak pergi mana-mana tempat macam tu” adu Syakir. Tergeleng-geleng kepalanya. Jelas riak kesal.

“ Kau bukan macam tu ke? Selama ni bila orang cop kau tak lurus, ada hubungan ‘istimewa’ dengan aku tu kau tak ambil pusing pun. Nak bidas pun tak” sengaja tidak 
disebut perkataan sebenar yang tersirat.

“ Mulut orang…Kalau nafikan tetap juga nak cakap. Bila kita biarkan tak respon, pandai berhenti sendiri spekulasi tu”

“ Kalau berterusan kau sibuk macam ni, aku ada satu saran”

“ Apa?”

“ Kau kawin sajalah. Ada juga yang boleh tolong urut”

“ Bagi aku itu makin menambah masalah. Diri sendiri pun tak terurus nak bela anak orang pula” saranan Naufal ditolak mentah-mentah oleh Syakir.

“ Cari jalan bukan alasan. Ada je lelaki yang jadi suami, ayah, berbisnes cari nafkah, sambung belajar pHD, dalam masa yang sama aktif diundang sebagai penceramah atau moderator di pelbagai tempat, Boleh pun….” Bidas Naufal.

“ Naufal….Tolonglah urut kepala aku ni….Sudah-sudahlah nak berbahas” pinta Syakir. Memang itulah niatnya mengundang Naufal yang sedang bercuti di tanahair ke rumahnya.

“ Kenapa tak minta urut pada abah?”abah merujuk pada Ustaz Ridhwan. Naufal mewarisi sedikit ilmu urut dari abahnya.

“ Nanti bila abah buka topik kahwin lagi, jenuh aku nak pusing sana-sini” memang itulah yang cuba dielak Syakir. Dia tak berani nak menjawap kata-kata abah.

“ Tolong jangan bagitau abah pasal keadaan aku ni…” pinta Syakir.

“ Tak payah bagitau pun dia memang tau sendiri….”

“ Memang banyak angin badan kau ni” komen Naufal saat mula mengurut belakang Syakir.

Setelah itu kerap kali Syakir sendawa.

Thanks Naufal. Lega sikit badan dan kepala ni. Nanti kau claim upah…Cakap je duit, barang atau benda yang aku pandai. Asalkan  kau tak suruh aku buat benda aku tak suka…” setelah selesai, Syakir baring di sofa. Lega. 
~~BERSAMBUNG~~

Sila tinggalkan komen dan rating ya. Terima kasih~ (^_^)



Read More »

Kau Warnai Hidupku [ Bab 2 ]

“ Kalau kita nak penuhi keinginan dan kemahuan kita, memang tak akan pernah habis. Tak akan pernah kenyang” seakan terngiang-ngiang perkataan itu di minda Zara. Begitulah antara isi yang disampaikan kuliah pagi dalam radio didengarnya saat berangkat ke pejabat.

Tanpa sedar, Zara banyak mengeluh, menarik nafas dalam-dalam.

Are you okay? Dari tadi dok mengeluh berat ni. Ada masalah ke? tegur Mila. Mereka sedang berbincang proposal satu projek bersama.

“ Aku okey…”

“ Bila kau cakap macam tu, memang ada sesuatu lah tu. Macam aku tak kenal kau” ucap Mila. Faham benar dengan rakannya sejak zaman sekolah menengah itu.

“ Biasalah….Yang ni aku sendiri tak tau nak cakap macamana. Proposal kita ni dah tinggal finalise kan? Aku nak balik awal hari ni. Nak singgah jumpa makcik Lydia. Dah lama tak jumpa..” beritahu Zara.

“ Petang nanti ke? Kalau macam tu aku nak kirim makanan nanti. Aku pun dah lama tak jenguk rumah kebajikan Nur Kasih tu…Lepas lunch nanti aku bagi kau insyaAllah” 

“ Bagi je nanti. Aku keluar pukul 3 insyaAllah…”
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Zara duduk di bangku menghadap kebun tanaman Rumah Nur Kasih sementara menanti makcik Lydia selesai berurusan dengan orang. Ada beberapa pohon mangga, betik, pisang dan pohon kelapa di penjuru sudut. Di tengah pula ada bunga yang berwarna-warni.

Dulu sewaktu zaman universiti, Zara, Mila dan Farah aktif menjadi sukarelawan di situ membantu makcik Lydia mengurus. Sesekali mereka menyampaikan sedekah dari keluarga dan kenalan termasuk pakaian dan peralatan sekolah yang masih elok untuk digunakan.

“ Kak Zara….Terima kasih bagi ini. Sedap” seorang penghuni di situ menegur Zara. Nina namanya. Nampak dia menikmati setiap kunyahan tat di tangan.

“ Itu kiriman Kak Mila….Nina ingat Kak Mila?”

“ Ingat ” polos Nina menjawap. Tidak lama selepas itu Nina berlalu menyusul teman-temannya.

Mila mengirimkan kuih tart telur, mini puff sosej dan spaghetti dua set. Zara pula membeli buah betik dan tembikai, biskut kering dan stok makanan ringan. Ringan tulang anak-anak di situ membantu mengangkat masuk barang ke dalam.

“ Nanti gosok gigi tau lepas makan lollipop tu…” tegur Zara pada seorang anak kecil yang makan lollipop pemberiannya.

“ Zara ” Zara berpaling saat namanya dipanggil makcik Lydia. Segera dia bersalaman dan memeluk.

“ Makcik apa khabar?” sapanya. Mereka duduk di kerusi luar beranda.

“ Alhamdulillah…”

“ Betul ni? Makcik nampak makin kurus sekarang….” tegur Zara risau.

“ Tak ada apa…Sekarang rumah ni tak ada pembantu dalam pejabat. Itu yang makcik sibuk sikit. Sesekali ada juga budak-budak ni tolong….” Cerita makcik Lydia.

“ Makcik dah iklankan cari pengganti?”

“ Sudah…Yang memohon adalah seorang dua datang sini. Nampak masih remaja. Itu yang kena fikir juga susah nak lepaskan urusan kewangan…Makcik biar diorang uruskan stok barang dan kemaskini fail. Tak lama, lepas sebulan dua, minta berhenti…”

“ Kalau urusan kewangan, kan boleh latih Farid? Dia nampak berminat bidang kewangan…” komen Zara.

“ Dia pun kan sekolah lagi…Malam kena buat kerja sekolah lagi…Tak boleh juga ambil masa dia….”

“ Tak apalah. Nanti saya cuba tanya Farah kalau dia ada kenal orang datang membantu…Hari tu kalau tak silap dia ada cerita tempat kerja dia ada latih pekerja sementara di bahagian kewangan”

“ Mesti letih kan balik kerja. Mari masuk longgarkan tekanan. Tengok hasil kerja budak perempuan. Idea Azra”

“ Subhanallah…Cantiknya!!!” Zara teruja melihat crochet pelbagai bentuk dan warna banyak tersusun di sebuah meja. Ada bentuk bunga, rama-rama dan bentuk hati.

“ Kalau Zara nak, ambil je…” pelawa makcik Lydia.

“ Kalau dijual, boleh jadi sumber pendapatan sampingan ni makcik. Ada juga duit poket. Menarik” puji Zara.  Dia memegang satu crochet bentuk hati.

“ Boleh jadikan keychain dan pin…”  

“ Saya nak gambar hantar ke Farah dan Mila. Mesti diorang cepat-cepat nak datang sini dalam masa terdekat. Kalau macamni makcik, saya sanggup jadi agen pengedar dan bagi dana untuk diorang…Kembangkan bakat ni” ucap Zara sambil menggambar. Mencari sudut cantik.

“ Azra dan yang lain buat ni ada tak sekarang? Saya nak beli sebelum Mila dan Farah kebas….” Ucap Zara teruja.

“ Di tingkat atas kot….Kalau tak ada, mungkin di dapur. Ada juga diorang jual pada kawan-kawan sekolah diorang…” makcik Lydia senyum senang hati.

“ Cepat masa berlalu kan makcik….Dulu masa kami mula-mula datang sini, Azra, Farid dan yang lain masih kecil. Sekarang dah nak habis sekolah menengah. Esok-esok habis kolej, dah kerja” komen Zara.

“ Saya sarankan galakkan mereka buat dan jual. Makcik tak perlu risau. Pembeli kita sasarkan orang yang datang berkunjung di rumah kebajikan ni. Selain tu, saya, Mila dan Farah in syaa Allah akan jadi agen” Zara meyakinkan.

“ Dah ada balasan Mila dan Farah. Betul cakap saya. Diorang pun suka…Biar ya ambil yang ada ni makcik. Kita tetapkan harga sama-sama. Buat masa sekarang saya upah dua puluh ringgit seorang….Nanti saya bagi yang selebihnya”

“ Nampak gayanya kena buka akaun diorang lah lepas ni” seloroh makcik Lydia.

“ Hehe macamtu lah nampaknya…” mereka melangkah ke tingkat atas bertemu Azra dan yang lain.

Setelah hari hampir senja, Zara meminta diri pulang.   
~~BERSAMBUNG~~
 p/s: Kalau ada yang nak tahu macamana bentuk crochet, ni dhia sertakan gambarnya...Cantik tak? =)


Sila tinggalkan komen dan rating ya. Terima kasih~ (^_^)
Read More »

Kau Warnai Hidupku [ Bab 1 ]

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


“ Lewat bangun hari ni... Biasa dialah orang yang pertama turun dapur…” teguran Mila hanya dibiarkan sepi oleh Zara.

“ Kau bancuh air apa?” soal Zara mendatar saat duduk di sisi Mila. Masih mengantuk.

“ Teh perisa peach….makanlah sekali. Ni aku goreng chips dan fillet” pelawa Mila sambil menyuakan pinggan pada Zara.

“ Terima kasih…Sayang kau” Zara senyum senang hati.

“ Kenapa mata tu Zara?” tegur seorang lagi teman serumah mereka Farah.

“ Aku cuma tidur satu jam saja tadi…Hehe cuba teka apa yang aku buat semalam?” sengaja Zara menyuruh rakannya meneka.

“ Berangan macam biasa”

“ Salah….Aku tengok gambar di instagram. Gambar Irma Hasmie-Syah Redza, Diana Amir-Habib, Farah Lee-Ally Iskandar. Ya Allah….Sweet!” teruja Zara bercerita.

“ Lebih baik kau kawin cepat Zara. Sejak kebelakangan ni kau macam dah jatuh kes wajib kawin….” Saran Farah diiakan Mila.

“ Kalau boleh memang aku nak kahwin cepat. Esok pun boleh haha. Tapi itulah belum ada jodoh. Mak pun belum nak lepas aku. Kita muda lagi kot sekolah pun tak habis lagi….Tapi tak apa. Insyaa Allah aku rancang lagi tiga tahun aku nak kahwin. Sekarang kena fokus belajar dan persiapkan diri…”

“ Kenapa korang senyum?” tegur Zara bila melihat kedua rakannya itu senyum sebaik dia berkongsi perancangan hidup.

“ Bunyinya macam serius je. Jarang kau macam ni…” beritahu Mila.

“ Alah. Korang ni sebagai kawan kenalah sokong aku bukan gelak macam ni…” ucap Zara bila Mila dan Farah masih senyum.

“ Hari tu aku ada dengar Dari Prof Dr Muhaya cakap: ada yang berfikir lepas kawin baru akan bahagia. Sebenarnya kita kena bahagia dulu baru kahwin. Bila aku fikirkan, betul jugak cakap Prof tu. Lepas kahwin ujian baru bermula. Hidup baru dengan pasangan, ada mertua, adik-beradik suami, keluarga kita macam-macam. Kalau diri sendiri kita belum berjaya bimbing dan urus, memang susahlah”

Mila dan Farah meneruskan suapan. Nampak tidak berminat mengulas lanjut.

“ Minta maaf lah ye Cik Zara. Hari ni saya ada full class pagi ke petang. Jadi sekarang saya nak rehatkan minda. Awal pagi lagi kau ajak kitorang pemikiran kritis terima kasih je lah” luah Farah.

“ Tak apalah. Just forget about it. Lupakan sajalah…” putus Zara akhirnya tidak lagi bercakap. Dia diam meneruskan suapan.
 *~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
 
Empat tahun kemudian….

“ Zara. Bila kau nak berkeluarga sendiri? Nak kata tak ada yang minat, itu memang tak boleh diterima sebab ada je lelaki yang berminat nak kenal dengan kau. Dari zaman kita belajar, kenalan mak ayah kau, dari kabel kawan abang kau lah bagai….” tegur Sarah.

Sarah, Mila dan Zara meluangkan masa makan tengahari bersama tanpa kehadiran suami dan anak.

“ Belum jodoh kot. Aku rasa tak serasi, tak terbuka hati bila ada yang datang tu. Biarlah…. Lagipun sekarang aku tengah sibuk. Makin banyak customer yang berminat agensi pengiklanan tempat aku kerja tu. Letih perah otak nak jadi kreatif dan versatile….idea fresh dan design bervariasi” Luah Zara.

“ Dulu kau yang selalu sebut bab kahwin, kaulah paling teruja di antara kita bertiga. Bila kita dah masuk alam kerja ni, tak sangka pulak kau jadi workaholic  macam ni….” Komen Mila.

“ Ke kau takut komitmen?” tebak Sarah.

“ Tak adalah. Macam aku cakap tadi….Tak terbuka hati. Bila tengok lelaki tu, aku rasa biasa je. Tak ada rasa teruja ke, sibuk nak ambil tahu info pasal lelaki tu ke, tak ada…”

“ Lepasni kalau ada calon yang sesuai, keluarga kau suka, terima ajelah….Usaha!” tekan Mila.

“ Tengoklah macamana….Ni aku nak pesan lagi. Korang nak pesan apa-apa?” Tanya Zara setelah menghabiskan suapan terakhir aiskrimnya.

No thank you…Nanti alamat bertambah lagi berat badan aku…” tolak Mila.
  *~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
 

“ Zara….” Panggilan ayah membuatkan Zara berhenti melangkah.

“ Kenapa ayah?”

“ Duduk kejap….”

“ Kamu ingat ustaz yang ajar kamu mengaji di surau masa kamu kecil dulu?” ayah memulakan cerita.

“ Mengaji? Hmmm…Ustaz Ridhwan ke yah?” soal Zara cuba mengingati.

“ Memang dia lah…Dia dah tinggal menetap di sini belum sampai setahun. Kontrak kerja di Madinah dah habis katanya….”

“ Lama juga ustaz tinggal di Madinah tu kan yah. Belasan tahun…” komen Zara. Seingatnya dia berhenti mengaji dengan  ustaz Ridhwan sebab ustaz itu berangkat ke Madinah.

“ Masa kita buat kenduri tahlil bulan lepas dia ada datang. Kelmarin, dia ada datang….Merisik kamu” cerita ayah.

“ Merisik? Untuk siapa? ”

“ Anak saudara dia katanya….Fikirkanlah dulu…” usul ayah.

“ Terima saja Zara….. Kalau jiran-tetangga, saudara atau kenalan biasa, ibu ayah boleh terima kalau kamu tolak. Yang ni, anak saudara Ustaz Ridhwan. Bakal suami kamu ni cucu arwah tok imam masjid kampung kita dulu… Bukan calang-calang yang datang kali ni. Macam bulan jatuh ke riba. Peluang yang jarang datang” saran ibu yang baru keluar dari dapur.

“ Siapa namanya?”

“ Ustaz Ridhwan panggil dia Syakir….”

“ Syakir?  Zara macam tak kenal….” Zara cuba mengingat nama kanak-kanak seusianya dulu.

“ Syakir tua tiga tahun dari kamu Zara. Seingat ibu, pendiam budaknya masa kecil dulu. Elok je duduk diam-diam.. Abang Qawi kamu pun tak berapa rapat dengan Syakir….” beritahu ibu.

“ Masa kecil dulu memang selalu bersama atuk dia Tok Imam tu di masjid. Budak Syakir tu memang membesar di sini dijaga Tok Imam dan ustaz Ridhwan. Bila ustaz berangkat ke Madinah barulah dia tinggal dengan mak ayah dia di luar Negara”

“ Macamana?…Kamu bukannya makin muda….Kami ni pun bila-bila masa boleh pergi”

“ Ibu ni cakap macam tu pula. Kalau dah ajal, Zara pun boleh pergi juga ibu…Lebih awal dari ibu ayah” balas Zara. Tidak suka mendengar kata-kata ibunya.

“ Biarlah dulu..Nanti Zara buat keputusan…”

“ Tapi macamana dia tau pasal Zara? Ni mesti ibu atau ayah yang promosi..” tebak Zara.

“ Ustaz sendiri yang sebut. Dia ingat kamu adik-beradik pernah mengaji dengan dia masa kanak-kanak dulu” ayah cuba meyakinkan.

“ Ibu belum jumpa lagi isteri ustaz. Dah lama tak jumpa” jawap ibu pula.

“ Biasalah….Orang alim, baik-baik ni selalu memang ingatan dia kuat…” komen ayah.

“ Fikir cepat….Buat keputusan. Tak elok biarkan orang ternanti-nanti…” tegur ayah.  

Zara bangkit masuk ke bilik. Lagi lama dia di situ, pasti ibu ayah akan menyambung kata memujuk agar terus setuju.
~~BERSAMBUNG~~

Sila tinggalkan komen dan rating ya. Terima kasih~ (^_^)
Read More »

Thursday, May 22, 2014

Cerpen: Ketika Cahaya Mula Bersinar


Ketika Cahaya Mula Bersinar



“ Semuanya $21 kak…” beritahu Mawar setelah memasukkan barangan yang dibeli pelanggan di kaunter.

“ Terima kasih…” duit bertukar tangan.

Sebaik kedai runcit kembali sepi, Mawar senyum riang. Seperti biasa, waktu lapang diisi dengan membaca novel dan cerpen di internet. Laman penulisan2u.my dibuka.

“ Mak aih…Baru tiga hati tak jenguk, banyak karya baru yang tersiar…” Mawar bercakap seorang diri.

“ Nasi kicap telur goreng, nasi lemak kari ayam….Kreatif jugak. Terliur den nak makan…”

“ Nak ke kak? Kalau nak jomlah saya belanja…” pelawa satu suara. Selamba saja lelaki yang memakai t-shirt itu berdiri di depannya.Wardah memang pantang kalau dipanggil kakak. Muda lagi kot!

“ Marah ke? Dah memang hakikat aku lebih muda seminggu dari kau. Kak Mawar….” Kali ini tersengih pula.Sengaja.

 “ Aku kenal kau ke?” bidas Mawar. Wajah lelaki itu langsung tidak dikenali.

“ Ni aku lah….Munzir” Munzir memperkenalkan diri.

“ Lah…Kau rupanya…” tangan Mawar sibuk memasukkan barangan yang dibeli Munzir ke dalam plastik. Otaknya mengira jumlah harga.

“ Kan aku dah selalu cakap jangan panggil kakak…Kau ni memanglah…” marah Mawar.

“ Memang apa? Hensem? Haha aku tau” Munzir gelak besar.

“ Jomlah kita minum. Berbual panjang…” ajak Munzir.

“ Terima kasih sajalah. Aku tengah kerja. Tak ada orang jaga kedai…” tolak Mawar. Tidak lama selepas Munzir berlalu, dia kembali menemui Mawar.

“ Kebetulan aku singgah restoran seberang jalan tu beli kuih. Ni aku belikan kau nasi lemak ikan bilis. Ada tambahan sepotong ayam kari dalam plastik” Munzir meletakkan bungkusan di atas kaunter sebelum berlalu.

“ Dan terima kasih tolak ajakan aku pergi bersama tadi. Ajak buat dosa dengan jalan berdua huhu” ucap Munzir diiringi istighfar berkali-kali. Kepalanya digeleng-gelengkan. Kemudian dia berlalu tanpa kata.  

Mawar tidak bergerak. Statik duduk di kerusi. Tergamam. Macam babak dalam drama pula rasanya.
“ Munzir…” biarpun Mawar hanya memanggil dengan suara biasa tak kuat namun masih dapat didengari Munzir yang sudah di luar kedai runcit itu.. Dia berpaling. 

“ Terima kasih…” laung Mawar. Diangkat plastik berisi makanan yang diberi Munzir.

Munzir hanya membalas dengan lambaian tangan sebelum kembali meneruskan langkah ke kereta.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Seminggu kemudian, Munzir kembali bertemu Mawar di sebuah restoran.

“ Alhamdulillah... Puas aku cari kau merata tempat. Tauke kedai runcit tu kata kau dah berhenti. Rumah kau aku tak tau alamat….” tegur Munzir.

 “ Memangpun…Ni nak makan apa? Aku kerja kat sini sekarang..” Mawar bersedia mengambil pesanan.

“ Aku ada hal nak cakap ni. Lagipun kan tak ada pelanggan ni…Bolehkan?” pinta Munzir saat Mawar melintasi mejanya setelah menghantar menu pesanan ke dapur.

“ Kau kenapa? Muka kau tu nampak kusut semacam…” komen Mawar. Dia duduk berhadapan dengan Munzir setelah menghantar pesanan ke dapur.

“ Sebelum tu aku nak tanya. Kenapa berhenti dari kedai runcit tu?” soal Munzir.

“ Tauke tu berat sebelah. Yelah aku kerja sebagai cashier je tapi dia suruh angkat barang periksa stok baranglah apa. Pembantu kedai ada, suruhlah dia. Ini tak. Mentang-mentanglah itu kekasih gelap dia. Hish….Sudahlah. Tak payah cakap pasal tu…” Mawar masih sakit hati mengenangkan apa yang berlaku.

“ Itu yang kau kerja kat sini?” soal Munzir.

“ Ni restoran abang aku Widad. Dia tengah tak ada pekerja. Pelayan dia balik kampung ada kecemasan. Sementara aku tak ada kerja, aku tolonglah kat sini…” beritahu Mawar.

“ Sekarang ni abang kau tu ada kat restoran ni?”

“ Tu ha….Panjang umur…” Mawar merujuk pada lelaki yang baru memasuki pintu depan restoran.

Mawar bangkit untuk mengambil  Kolomee Ayam dan Lemon Ais yang sudah siap pesanan Munzir tadi. Munzir pulak bangun menghampiri  Widad. Mawar merasa pelik tapi tidak sempat untuk bertanya bila ada pelanggan lain yang baru memasuki restoran. Dia berlalu setelah meletakkan pesanan Munzir.

Berkali-kali Mawar melirik pada abangnya dan Munzir. Ingin tahu apa yang mereka bualkan. Kehadiran pelanggan yang mula memenuhi meja membantutkan niat Mawar untuk ke meja Munzir. Waktu makan tengahari sudah tiba.

“ Tak payah bayar Munzir. Memandangkan kamu kawan rapat Mawar dan ini kali pertama kamu ke sini…” tegur Widad bila Munzir menghampiri kaunter. Mawar yang duduk di kaunter hanya memerhati.

“ Terima kasih bang…In syaa Allah lusa saya datang lagi ke sini…” mereka bersalaman. Setelah itu Munzir terus melangkah keluar tanpa menemui Mawar.
  ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

“ Tak nak!!!” bantah Mawar sebaik mendengar Widad memaklumkan harapan Munzir pada sebelah malamnya di rumah.

“ Mawar tak kesian ke pada Munzir tu? Dia tengah tersepit antara ummi dan janji dengan syarikat yang dah taja pengajian dia. Takkan nak mungkir janji?” pujuk Widad.

Wina, isteri Widad mengisyaratkan pada suaminya untuk diam. Giliran dia pula untuk memujuk.

“ Sebelum ni ummi dia memang restu Munzir ikat kontrak dengan syarikat tu Mawar. Tapi taulah hati seorang ibu, orang tua. Tak sanggup nak berpisah dengan anak tunggal dia. Lagipun dulu walid Munzir masih ada. Tapi sekarang, kalau Munzir kerja, keseoranganlah Ummi dia tu…”

“ Munzir bawa ummi dia sama. Kan senang…” usul Mawar.

“ Masalahnya, Munzir kena kerja offshore 6 bulan di laut, 6 bulan di darat…” balas Widad.

Mawar terdiam. Terbit rasa kasihan pada situasi yang sedang dihadapi Munzir.

“ Lagipun dik…Dia minta tolong Mawar tinggal dengan ummi dia. Di samping itu Munzir nak taja pengajian Mawar di mana-mana Universiti berdekatan. Win-win solution. Bermanfaat untuk kedua pihak” pujuk Widad.

Sebolehnya Widad dan isteri tidak mahu mengungkit kisah lama. Dulu arwah ayah yang menghalang Mawar meneruskan pendidikan ke menara gading sebaik tamat tingkatan lima. Baginya orang perempuan tidak perlu belajar tinggi kerana akhirnya akan ke ceruk dapur. Sekarang kedua orang tua mereka sudah tiada.

“ Mawar tak minat belajar…” mendatar suara Mawar.

“ Nanti, kalau Mawar tinggal dengan ummi Munzir tu, boleh anggap dia macam ibu sendiri. Mawar bebas buat apa sahaja aktiviti dengan ummi. Seronok apa macam tu..” pujuk Widad.

“ Lepastu, bila dah habis belajar, kahwin dengan Munzir…” sambung Wina. Santai saja dia bercakap macam betul.

“ Apa pulak…” Mawar melempar kusyen kepada Wina dan Widad. Tak puas hati.

“ Cuba aje…Abang yakin mesti ada sesuatu yang akan Mawar dapat. Yang membuka minda dan melihat apa yang jadi ni dari sudut hikmah dan positif” usul Widad.

“ Hmmm…tengoklah…” lemah suara Mawar. Sudah kehabisan kata untuk berdebat.

“ Kita tengok dulu. Esok kita pergi ke rumah Munzir. Sarapan dengan ummi. Terus berkenalan. Kalau Mawar rasa serasi, teruskan. Kalau tak ngam, tolak…” usul Wina.
 ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Keesokan harinya, Mawar pergi ke rumah Munzir dengan ditemani Widad dan Wina.

Selepas sarapan, Widad meminta diri untuk menguruskan restoran. Rancak ummi berbual dengan Wina dan Mawar. Sesekali Munzir menyampuk perbualan.

Keramahan ummi  membuatkan Mawar rasa selesa. Walaupun baru beberapa jam meluangkan masa bersama, hati Mawar sudah terpaut sayang. Pada sebelah malam, barulah dia menyatakan persetujuan untuk tinggal bersama ummi.

Sehari selepas Mawar memberitahu persetujuannya pada Munzir. Munzir terus pergi melapor diri untuk bekerja. Itupun setelah jenuh dia memujuk ummi. Dengan kehadiran Mawar, tidaklah ummi tinggal sendiri. Ada teman berbual.

“ Yang kamu angkut beg besar ni kenapa? Kan baru nak melapor diri?” tegur ummi.

“ Ni untuk simpanan Ummi…Dengarnya pekerja baru terus dikerah bekerja sebaik melapor diri….” Beritahu Munzir berdasarkan cerita senior dan rakan-rakannya.

Mawar…Aku pergi dulu. Nanti kalau nak guna kereta berjalan-jalan, guna sajalah. Aku izinkan. Lebih baik kau sesekali guna kereta tu daripada lama tersadai dalam garaj…” usul Munzir. Dia pergi diambil rakannya.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Selepas 7 tahun....

Mawar mengimbau kenangan lalu sementara menanti pesawat yang mereka naiki sampai ke destinasi.
3 tahun tinggal bersama ummi memang banyak mengubah cara hidup Mawar ke arah yang lebih baik.
Ummi lah yang membimbingnya cara menutup aurat yang betul…

Ummilah yang mengajarkannya ilmu memasak dan ilmu rumahtangga yang lain. Ummi juga yang tidak bosan membantunya saat kesabarannya teruji dengan pengajian yang sedang diikuti dulu.

Sungguh Mawar merasakan hidupnya sebelum bertemu ummi berlalu dengan sia-sia. Syukurlah ummi masih sudi mengajar dirinya sebaik menyedari banyak perilaku negatifnya. Alhamdulillah Ya Allah…

Kadang benda yang kita nampak biasa tapi sebenarnya kurang elok. Tambahan bila tiada orang yang menegur. Begitulah yang Mawar rasakan.

Selama 3 tahun itu bila Munzir bercuti, Mawar akan pulang ke rumah Widad. Widad, Wina dan ummi banyak memberi sokongan kala Mawar merasa hilang semangat meneruskan pengajiannya. Dia memilih Diploma Kesetiausaahaan. Munzir memberikan kebebasan pada Mawar untuk memilih bidang yang ingin dia ceburi sendiri.

Ditakdirkan jiran sebelah rumah Munzir turut mengambil jurusan yang sama dengan Mawar. Wardah namanya. Mereka berdua rapat dan berkawan baik. Lagipula mereka sekelas. Mawar meminta Wardah untuk tidak memanggilnya kakak.

Sebaik tamat Diploma, mereka berdua sama-sama menyambung pengajian di Scotland. Kini mereka sedang menanti konvokesyen peringkat Sarjana.

“ Mawar…Dah sampai…” penumpang pesawat sudah mula keluar saat Wardah menegur Mawar. Menyedarkan dari lamunan panjang.

Mawar dan Wardah berdiri merenggangkan otot setelah lama duduk.

“ Selamat kembali ke tanah air Wardah…” ucap Mawar ceria.

“ Selamat pulang Cik Mawar…” balas Wardah.

Mereka beriringan keluar turun pesawat. Lega bila urusan di lapangan terbang berjalan lancar. Mawar akan singgah ke rumah Munzir menjenguk ummi yang kurang sihat. Petang nanti Widad yang akan menjemputnya di rumah ummi.

“ Itupun abang Munzir…” Wardah menunjuk ke satu arah.

Setelah berbual seketika, mereka mengikut Munzir. Memang begitu rancangan yang telah mereka rancangkan. Wardah ingin memberi kejutan pada keluarganya yang berada di rumah. Dia sudah berkomplot dengan adiknya agar semua ahli keluarga tetap di rumah saat kepulangannya sebentar lagi.

“ Maaflah…Aku tak dapat teman di rumah. Lepas hantar kamu ke rumah, aku kena masuk kerja…” beritahu Munzir.

“ Jadi aku wakilkan Dina isteri tersayang teman…”

“ Takpe…Aku nak jenguk ummi je. Nanti Abang Widad ambil dari rumah kau…” balas Mawar.
Sebaik sampai, Mawar terus mencari ummi di dalam biliknya. Wardah pulang ke rumahnya bersebelahan rumah Munzir.

“ Assalamu’alaikum ummi…” sapa Mawar perlahan. Disalam dan dipeluk ummi.

“ Ummi apa khabar?”

“ Alhamdulillah…Cuma lelah lepas balik umrah dengan Munzir dan Dina minggu lepas…” beritahu Ummi.

“ Ummi dah makan?”

“ Tak ada selera…” Ummi bersandar lemah di kepala katil.

“ Jom kita keluar ke ruang tamu…” Mawar memapah Ummi melangkah. Dipaut pinggang Ummi supaya tidak jatuh.

  Makan Ummi….” Dina membawa dulang berisi bubur nasi di dalam dulang.

“ Jom...Biar Mawar yang suap Ummi eh…” Mawar mengambil mangkuk dari dulang.

Setelah setengah mangkuk berjaua dimakan Ummi, dia menolak. Tidak mampu untuk menerima lagi.

“ Minum Ummi…” giliran Dina menyuakan gelas berisi setengah penuh dengan jus oren. Disuap ubat diiringi segelas air putih.

“ Alhamdulillah…” Mawar mencium kedua pipi Ummi sebagai penghargaan makan tadi. Selama 3 tahun Mawar tinggal dengan Ummi membuatkan Mawar menganggap Ummi seperti ibu sendiri. Ibu kandung Mawar sudah meninggal dunia sejak dia dan Widad masih kecil di bangku sekolah. Ayah yang membesarkan mereka berdua sendirian.

Mawar membawa Ummi kembali masuk ke dalam bilik. Tidak lama setelah mereka berbual seketika, Ummi terlena. Barulah Mawar keluar menemui Dina.

“ Selamat ya atas perkahwinan dengan Munzir…” ucap Mawar. Dia beridiri sekejao menarik bagasi 
yang lebih kecil dari yang lain.

“ Ni hadiah untuk awak dan Munzir…” Mawar menghulur hadiah yang dimaksudkan.

“ Terima kasih…” Dina menyambut dua hadiah yang dihulur.

“ Yang ni, untuk Ummi…Lupa nak bagi tadi…” hadiah untuk Ummi diletak diatas meja.

“ Ummi selalu sebut nama awak….Mungkin dia rindu…” beritahu Dina. Mawar senyum.

“ Saya terhutang budi pada Ummi, pada Munzir…Sebab diorang berdua lah yang memberi sokongan kuat pada saya kembali sambung belajar…” cerita Mawar.

“ Minta maaf sebab tak dapat hadir waktu majlis kamu…” ucap Mawar.

 “ Tak apa…Kami maklum Mawar sedang exam waktu tu…” Munzir dan Dina baru bersatu sebagai suami isteri sebulan lepas.

“ Apa perancangan sementara tunggu konvo ni?” tanya Dina.

“ In syaa Allah buat masa sekarang nak luangkan masa dengan keluarga, dengan Ummi. Tentang kerja, tengoklah kalau ada, adalah. Kalau tak, mungkin terbang England sambung belajar….”

“ Dah hadapkan permohonan?”

“ Dah…Cuma tunggu jawapan biasiswa…” jawap Mawar.

“ Munzir tengah tunggu Mawar. Cadang nak buat PhD sama…” beritahu Dina.

“ Biar betul? Dulu memang dia ada cakap. Tapi ingatkan dia main-main…” terkejut Mawar mendengar berita itu. Memang sewaktu pertama kali berangkat menyambung ijazah, Munzir ada mengucapkan kata-kata itu. Hanya sekali. Ingat sekadar motivasi.

“ Sementara cuti ni, buat majlis kahwin pun sempat… “ usul Dina membuat Mawar ketawa kecil.

“ Tak ada calon lagi…” jawap Mawar. Perbualan mereka terhenti bila Wardah mengetuk pintu mengucap salam.

“ Maaf ganggu…Aku cuma nak tanya. Kau single lagi kan? Belum berpunya?” soal Wardah sebaik tergesa-gesa duduk di sebelah Mawar.

“ Kenapa?” soalan Wardah dibalas dengan soalan. Soalan yang pelik untuk ditanya mengejut macam tu.

“ Jawap ajelah…” desak Wardah.

“ Iye…Kenapa?”

“ Minta alamat rumah kau boleh?” pinta Wardah. Soalan Mawar dibiarkan sepi.

“ Untuk apa? Kau kan memang dah pernah datang rumah aku…”

“ Bagi dulu…Lepas kau bagi nanti aku bagitau…” serius muka Wardah.

Thanks..” setelah dapat apa yang dipinta, barulah muka Wardah ceria. Teruja.

“ Kenapa? Kau nak buat apa?” tanya Mawar. Lengan kiri Wardah dipegang agar tidak terus berlalu pergi. Wardah memang seperti angin cepat muncul cepat pergi.

Wardah senyum. Dia diam sebentar memandang Mawar dan Dina.

“ Sebelum ni kau ada cerita kat aku, ummi dan Abang Munzir membawa kau ke jalan yang ada cahaya. Membuatkan hidup kau bertambah warna, tidak lagi suram dan kelam…”

“ Jadi….?” Soal Mawar. Masih belum dapat menangkap maksud sebenar Wardah.

“ Jadi aku nak kau masuk dalam keluarga kami. Warnai hidup abang diktator aku tu. Please….” Beria-ia Wardah meminta. Mawar bingung. Wardah yang dikenali bukan orang yang puitis.

“ Tadi waktu kita pulang, kebetulan abang aku tengah di halaman rumah. Tadi dia cakap kat mak untuk pinang kau untuk dia! Punyalah selamba dia minta macam tu depan semua keluarga aku…” emosi Wardah bercerita pada Mawar dan Dina.

“ Hah??” berita yang dibawa Wardah memang merepek. Sukar untuk dipercaya dan diterima Mawar.

“ Betul…Aku tak tipu…”

“ Dia cuma main-main aje tu kot….” Mawar memilih mengambil ringan. Bukan satu isu.
Keluarga Wardah muncul di muka pintu. Dina dan Mawar berdiri menyambut kedatangan mereka di muka pintu. Bertalu-talu Mawar dipeluk dan dicium pipinya oleh golongan wanita.

“ Saya setuju…Nenek setuju…” banyak suara yang menyatakan persetujuan. Mawar terdiam. Tiba-tiba menjadi perhatian membuatkan fikirannya kosong. Tercengang dan bingung.

“ Marilah masuk dulu…” Dina sebagai tuan rumah mempelawa keluarga Wardah masuk. Ajakannya diterima dengan senang hati.

Hj Shamsul selaku ketua keluarga papa kepada Wardah memperkenalkan diri pada Mawar. Memang sudah kenal sebenarnya memandangkan Mawar dan Wardah bersahabat baik. Tapi untuk menceriakan suasana dia berbuat begitu memperkenalkan diri dan ahli keluarga yang lain. Mesti Mawar terkejut bila terus diserbu seperti tadi.

Pelbagai soalan ditanya papa, mama dan nenda Wardah. Tentang keluarga dan diri Mawar. Dina sedari tadi ke dapur menyediakan minuman. Air yang dibancuh untuk Mawar tadi memang tidak mencukupi untuk menjamu mereka semua.

Bunyi hon kereta menghentikan perbualan mereka. Widad sudah sampai untuk menjemput Mawar pulang. Dia keluar kereta dan mengangkat tangan.Senyum.

“ Saya minta diri dulu makcik…nenek…Abang saya dah sampai” Mawar bersalaman dengan keluarga Wardah sebelum keluar. Mereka mengiringi dirinya keluar.

“ Wafi….” Laung nenda. Memanggil si cucu sulung di rumah sebelah. Wardah dan adiknya Jannah sudah berlari ke sebelah. Menarik si abang keluar. Papa berbisik pada si sulung yang bermuka serius.
Widad dan Wina sibuk memasukkan bagasi dan kotak-kotak yang dibawa pulang Mawar ke tanah air. 

Memang sengaja diletak barang-barang itu diluar rumah tanpa dibawa masuk ke dalam rumah lepas sampai tadi memandangkan hanya sekejap saja Mawar singgah di situ. Untuk berjumpa ummi.  

Nenda masih membawa Mawar berbual. Tangan Mawar dipegangnya. Dipesan berkali-kali untuk singgah ke rumah mereka nanti.

“ Assalamu’alaikum…Saya Wafi. Jiran Munzir…” Wafi memperkenalkan diri bersalaman dengan Widad yang sudah siap memasukkan barang Mawar.

“ Macam ni, saya berkenan dengan adik tu. Boleh saya masuk meminang? Soal Wafi yakin dan santai. Biarpun mukanya terasa kebas menghadapi situasi itu tapi dia tetap mahu nampak tenang.
Widad senyum Dia menghulur kad namanya pada Wafi.

“ Saya hargai keberanian awak. Telefonlah nanti. Nanti kita bincang in syaa Allah…” pesan Widad. Lelaki di hadapannya nampak sebaya umurnya tapi untuk selamat Widad menggunakan saya-awak.

 Bye kakak ipar…” ucap Wardah dan adiknya ceria sebaik Mawar sudah masuk ke dalam kereta.

“ Tak lama lagi sibuklah kita uruskan majlis kahwin…” ucap Widad di dalam kereta. Mereka dalam perjalanan pulang. Matanya melirik memandang si adik di belakang.

“ Hehe…Tak payah risau Mawar. Akak banyak contact  untuk persiapan perkahwinan…Pakej pelamin, baju pengantin, goodies memang lengkaplah. Tak payah risau…”ucap Wina meyakinkan adik iparnya.

“ Akak dengan abang cakap ni macamlah orang dah merancang nak kahwin…Orang tak nak kahwin lagi lah…” balas Mawar.

“ Kalau jodoh dah sampai, tolak macamana pun, akan jadi jugak…” balas Widad.

“ Kalau dah jodoh, tak kemana…Adinda…pujaan kanda…Haha” Widad menyanyikan rangkap lagu yang selalu dinyanyikan Ustaz Kazim Alias saat berceramah dalam program Kalau dah Jodoh.

Perancangan Allah tiada siapa yang tahu. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

‘…….boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi kamu
menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui’ (Surah Al-Baqarah : Ayat 216)

‘ Ni tergolong kategori yang disukai ke yang tidak disukai eh?’  monolog hati Mawar.Sudahnya dia memejamkan mata tidak mahu memikirkan tentang itu. 

Yang dia tahu, memang mulanya dirinya tidak berminat dan tidak suka untuk kembali belajar menyambung pengajian tapi jalan untuknya kembali belajar dipermudahkan Allah terbuka luas terutama sekali saat kehadiran tawaran diberi Munzir.

Kerana itu dia kenal dengan ummi dan Wardah di samping berjaya dalam pelajaran. Mungkinkah ia juga jalan yang menemukan jodoh dirinya dengan seorang Adam yang telah ditakdirkan Allah sebagai pendamping hidup? Wallahu’alam. Kepada Allah dia berserah segala urusan. Allah lebih mengetahui rahsia masa depan dan apa yang terbaik bagi hambaNya…. 

~*~*~*~*~*~*~*~TAMAT~*~*~*~*~*~*~*~
Read More »

Thursday, May 15, 2014

Cerpen: Sekelip Mata

Bismillahirrahman nirraheem

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarkatuh.

Selamat petang. Moga anda semua dalam keadaan sihat wal afiat hendaknya dalam lindungan Allah. =)

Manusia hanya merancang tapi Allah yang mengatur ketentuan. Tak semua yang kita rancang akan berjalan seperti dirancang sesuai keinginan kita. Dhia ada hantar dua cerpen ke laman p2u tapi memandangkan sudah hampir dua bulan tapi belum disiarkan  jadi Dhia ambil keputusan untuk siarkan cerpen tu di dalam blog ni. Selamat membaca. Enjoy your reading. Sebarang komen dan maklumbalas adalah sangat dialu-alukan.


“ Banyak lagi ke yang belum siap ni?” Haziqah mula tidak senang duduk. Jam tangan ditenung untuk kesekian kalinya. Gelisah. Sudah pukul sebelas malam.

“ Rilekslah Iqa…Belum siap lagi ni…” Nadirah selamba menjawab.

“ Hah…Itulah…Dari tadi aku suruh mula awal tapi korang nak juga tengok movie dulu…” Iqa mula membebel meluahkan tidak puas hati.

Sedari tadi, handphone nya berdering mendendangkan lagu. Habis! Mak tak henti-henti telefon. Akhirnya terpaksa dijawab.

“ Helo….Ha iya Mak…Belum siap lagi ni…Betul…” Sesekali Iqa bersuara. Maknya membebel seperti biasa dengan suara nyaring. Dijauhkan handphone dari telinga.

“ Yelah…Iqa balik la ni…” ucap Haziqah sebelum menamatkan perbualan telefon.

 “ Sudahlah…Aku balik dulu…Chow!” laju tangannya memasukkan barang ke dalam beg sandang.

“ Weh…Belum habis lagi ni…” Marwan, sepupu merangkap kawan satu kelas Iqa bersuara membuatkan langkah Iqa terhenti.

“ Ah..Lantak korang lah nak susun dan design…Aku dah buat bahagian isi…Takpe esok aku take over explain banyak-banyak…” pantas saja dia keluar.

Keesokan harinya pembentangan berjalan dengan lancar. Pensyarah mereka berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Iqa pada soalan yang dia ajukan di sesi soal-jawab.

“ Yeeha…Ya beda-bedu!!! Kelas dah habis!!!” laung Marwan. Kelas riuh.

Hari ini hari terakhir kelas mereka yang memang sengaja diberi masa untuk membentang selepas menduduki peperiksaan akhir. Sekarang mereka hanya tinggal menunggu keputusan akhir sahaja lagi.

“ K geng…Selamat bercuti…Adios!”
************

“ Tak boleh!”

“ Mak…Bolehlah…Kan elok Iqa kerja dari duduk kat rumah je…” pujuk Iqa.

“ Memanglah aku suka niat murni kamu nak kerja…Tapi aku tak izinkan kerja tukang hantar bunga tu…Lagipun kedai itu kan jauh dari sini….”

“ Bapak…Tolonglah Iqa…Tolong pujuk Mak…” pandangan Iqa beralih pula pada bapak yang duduk di sisi emak.

“ Ni kan kerja halal Mak…” Iqa buat muka simpati. Kepalanya diletak pada lutut emak yang duduk di sofa. Iqa pula duduk di lantai.

“ Tak boleh….lagi satu sebab mak tak izinkan kamu tinggal dengan kawan-kawan kau tu…” terang Emak masih tidak makan pujukan si anak tunggal.

“ Diorang kan perempuan…”

“ Tu bukan perempuan tapi betina…Tergesel-gesel kat lelaki. Kalau kau duduk dengan diorang, lama-lama kau boleh terpesong macam tu. Na’uzubillah min zalik. Tak ada….Mak tak izinkan!” putus emak sebelum berlalu.

“ Kalau Iqa kerja tukang hantar bunga tu, kenalah tinggal dengan Dira mak…Senang. Hampir dengan kedai…”

“ Kalau tinggal kat sini, jauh nak pergi…” sambung Iqa menerangkan pilihan yang ada.

“ Lagipun tak lama Pak…Tiga hari je..Sebab gaji dia lumayan! Lepas tiga hari, Iqa janji akan berhenti sebab kerja itupun untuk sementara je…”

“ Janji tiga hari?”
“ Janji Bapakku sayang…” Tangan kanan di angkat. Badannya turut ditegakkan. Ikrar terpateri.
**********

“ Wan….Bolehlah…. Cuma tiga hari je…” desak Iqa. Setelah berbincang dengan Mak Bapak tadi Iqa terus mengisi beg pakaian dan menemui Marwan.

“ Tak boleh…Kau dah gila ke nak tinggal rumah jantan ni??” Marwan menjengilkan mata bercekak pinggang.

Baru sekejap tadi sepupunya itu menelefon menyuruh dia turun ke bawah flat yang disewanya. Tup-tup sebaik tiba dibawah, Iqa datang dengan satu beg pakaian.

“ Ala…Kau kan sepupu aku…Dah macam adik-beradik dah…”

“ Macam je…Tapi masih boleh kena cekup tau. Lagipun aku kan tinggal dengan Abang….” Abang merujuk pada seorang teman serumahnya yang berumur lebih tua sedikit dan sudah bekerja.

“ Kalau kena cekup nanti macamana?” gertak Marwan.

“ Huish mulut…. Kau janganlah celupar. Cuma 3 hari je…Kau kenalkan lah kat dia aku ni lelaki..Haziq….Bukan Haziqah” Iqa menarik cap yang dipakai di kepala. Konon control macho.

“ Piiirah…” Marwan menolak ke bawah cap Iqa.

“ Hei….Kau nak pergi mana tu????” teriak Marwan. Panik sebaik melihat Iqa sudah mula mengatur langkah naik tangga.

“ Masuk biliklah…Biar aku perkenalkan diri aku sendiri kat Abang tu…” laung Iqa.

Marwan panik. Langkah terus diatur berlari mengejar Iqa. ‘Memang sepupunya ini dah tak betul!’

“ Hoi….Mana abang tu? Tak ada pun…”soal Iqa sambil melabuhkan punggung di sofa rumah sewa Marwan. 

“ Kau bernasib baik…Malam ni dia tak balik….Dia balik rumah keluarga dia….” Jawab Marwan. Nafasnya masih semput dek berkejaran naik dengan Iqa.

“ Jadi 3 hari ni dia tak ada lah???” soal Iqa girang.

“ Dia bagitau esok dia balik…”

“ Alhamdulillah…Selamat aku hari ni…” tangannya diraup ke muka tanda mensyukuri.

“ Hah….Mana satu bilik aku?” soal Iqa mula berdiri.

“ Kat hujung belah kanan….”

“ Eh…Bersih ke bekas bilik Rizal tu?” teragak-agak Iqa bertanya.

“ Boleh tahan…Lebih bersih dari bilik kau… usik Marwan membuatkan Iqa mencebik. Tidak suka.

Asalnya Marwan menyewa bersama 2 lelaki. Rizal, teman sekolah mereka tapi berlainan jurusan dan yang seorang lagi Iqa cuma tau Marwan memanggilnya Abang. Sebab lelaki tu dah bekerja dan paling lama tinggal di flat sewaan mereka itu.

Sebaik tamat menduduki kertas akhir, Rizal terus balik ke rumah keluarganya. Marwan pernah memaklumkan hal itu kepada Iqa.

‘ Dah Mak tak benarkan tinggal dengan Dira…Ni Marwan ni kan keluarga sendiri…’ detik hati Iqa untuk menyedapkan hati sendiri.
 ************

“ Hish…” marah Iqa sewaktu terasa ada yang menarik lengan bajunya. Marah diganggu sedang tidur.

“ Hei bangunlah…” kali ini lengannya digoncang. Iqa menukar posisi dari baring jadi duduk bersandar. Perlahan dia membuka mata yang masih mengantuk. Mamai.

Iqa senyum. Makin kejap dia memeluk patungnya. Patung bear yang selalu menemani tidurnya di rumah. Rumah?!’

“ Hoi!” sergahan itu berjaya menghilangkan kantuk Iqa.

“ Kau siapa hah?” menyinga lelaki di hadapannya.

Iqa panik. Ditebarkan mata ke sofa. Alamak! Cap aku kat dalam bilik. Penyamarannya sebagai lelaki gagal! Rambutnya jelas panjang. Sudah kantoi di malam kedua dia bermalam di situ.

“ Macamana kau boleh masuk?”

Iqa gagap. Otaknya tidak berfungsi. Yelah baru bangun tidur kot….Agak-agaklah…

Bunyi ketukan di pintu masuk utama yang terbuka luas menarik pandangan mereka memandang.

“ Mak! Bapak!” Iqa pucat. Mampus!
*******

Dengan sekali lafaz, mereka selamat dinikahkan tiga hari kemudian. Malam itu jugak Mak Bapak Iqa menarik Iqa dan lelaki itu ke rumah keluarga lelaki.

“ Dah angau teruk nampaknya anak kita ni…Jadi, rasanya lebih baik dipercepatkan majlis…” usul Bapak sebaik bersalaman dengan orang tua lelaki. Isu dia memeriksa di rumah sewa diceritakan.

“ Kalau macam tu, pihak kami bersetuju…” balas tuan rumah.

“ Tapi Abah…” lelaki itu cuba untuk membentak.

“ Najib!” terus dipintas oleh abahnya membuatkan dia terdiam. Pasrah bila abah membuat keputusan untuknya menggunakan kuasa veto sebagai ayah.

“ Anggap ini pengajaran untuk kamu berdua supaya tidak memandang remeh hal-hal macam ni. Walaupun kamu tidak berniat untuk melakukan lebih jauh tapi tetap….Hanya berduaan di dalam rumah tu  salah” beralas abah Najib menegur sewaktu mereka bertemu untuk urusan perancangan majlis sebelum nikah.

Khairul Najib. Itulah nama lelaki yang kini sah menjadi suami Iqa. Majlis pernikahan diadakan di rumah keluarga perempuan.   

“ Patutlah Najib mula beli persiapan barang hantaran…Rupanya memang dah ada calon…” Ummi bersuara membuka cerita.

“ Betul lah…Bila akak Anim tanya dah ada calon, beria-ia Najib nafikan…” tambah Kak Hanim. Kakak kepada Najib.

Mata memandang pada Najib dan Iqa. Ingin melihat reaksi keduanya. Telinga Najib sudah merah. Mungkin malu. Iqa pula hanya diam. Sesekali dia senyum bila keluarga mereka ketawa.

“ Bagus jugak tu….Persiapan awal..Macam sekarang ni. Dapat terus langsungkan majlis je. Nasib baik tok kadi masih lapang waktu malam…” tokok Bapak.

Memandangkan jadual tok kadi kawasan kami penuh pada sebelah siang hingga tiga bulan ke depan, jadi majlis ini dilangsungkan pada sebelah malam selepas Isya’.

“ Dah merah telinga budak ni…” Abah menepuk paha Najib yang duduk disebelahnya.

“ Bukan budak abah…Tapi bakal ayah budak!” usik abang Radhi. Suami kepada Kak Hanim.

“ Jomlah kita balik…Dah lewat malam ni…” Abah mengundur diri.

“ Iqa…Pergi bawa suami kamu masuk bilik..” perintah emak sebelum berlalu membawa bekas gelas hidangan ke dapur.

“ Er…Bapak…Mak…Saya rasa malam ni biar saya ikut balik rumah keluarga saya dulu…Nanti lepas majlis kenduri baru saya tinggal sini….In syaa Allah” Usul Najib baru menukar fikiran. Tadi dia hanya menurut bila keluarganya yang merancangkan bagi dirinya. Pakaian memang sudah ada dibawa sedikit untuk kegunaan bermalam di rumah mertuanya.

Cepat-cepat Najib masuk ke dapur untuk bersalam dengan Mak sebelum berlari keluar. Cuba mengejar abang iparnya yang masih memanaskan kereta.

“ Iqa…Pergi hantar suami kamu ke pintu..” usul emak dari dapur. Dengan berat hari Iqa menurut.

“ Najib marah ke dengan apa yang dah jadi ni?” kedengaran suara Bapak bertanya sewaktu Iqa sampai di muka pintu. Kak Hanim dan Abang Radhi sudah berada di dalam kereta.

“ Tak adalah Bapak… Cuma… perlu masa sikit untuk biasakan diri dengan keadaan…” perlahan saja suaranya menjawab. Tenang.

Setelah itu barulah Iqa melangkah keluar. Memang dia masih belum banyak berbual dengan Najib. Mereka hanya bersuara bila disoal. Keluarga yang menjadi orang tengah dalam perbincangan.
 *******

“ Aku tak kira…Aku gunakan kuasa veto aku sebagai suami untuk memerintah kau tidur satu katil dengan aku. Perintah berkuat-kuasa mulai hari ini…” tegas Najib membuat keputusan.

Setelah dipujuk dengan mengemukakan pelbagai alasan akhirnya Iqa berjaya memujuk keluarga untuk memanggil kerabat terdekat sahaja bagi majlis kenduri kahwin mereka. Najib tak kisah dan memang dia nak buat majlis resepsi tapi bukan dalam masa yang terdekat sebab dia nak rancang betul-betul agar lebih tersusun.

“Shush…Cakap tu jangan kuat sangat…Nanti mak dan bapak dengar…” tegur Iqa dengan jari telunjuk kanan di bibir.

Siang tadi selesai majlis resepsi kecil-kecilan perkahwinan mereka dengan lancar. Hanya kerabat terdekat sahaja yang dijemput datang.

Najib duduk berhadapan dengan Iqa. Nafas ditarik perlahan.

“ Hmm…Maafkan aku sebab cakap kasar. Harap kau tak kecil hati. Will try to reduce it…” tutur Najib. Mengakui kesalahan diri.

“ Aku bukan apa..Walaupun perkahwinan ni bukan rancangan kita, tapi memandangkan sekarang kita dah jadi suami isteri, kita cubalah untuk pertahankan ikatan ni…” suara Najib sudah kendur. Tidak mahu bertengkar.

“ Yeap….Kita memang belum mengenali satu sama lain tapi jom kita cuba untuk rapatkan diri…Memang dah ditakdirkan kita berjodoh jadi suami-isteri. Jadi sekarang cuba untuk dekatkan jurang yang ada….Please….open up your heart for me…” nada suara Najib seolah merayu dalam memujuk. 

“ Iqa….Najib….Mari keluar kejap…Ada tetamu baru sampai ni…” beritahu emak dari sebalik pintu bilik yang tertutup.

Iqa dan Najib berpandangan. Menanti satu sama lain bersuara memaklumkan gerangan tetamu yang baru sampai. Sebelum mereka masuk ke dalam bilik tadi tadi, semua tetamu sudah pulang. Hanya keluarga yang memang merancang bermalam di rumah ini sahaja yang tinggal.

“ Kau sedang tunggu kawan datang ke? Tanya Najib dengan kening bertaut.

“ Eh mana ada…Aku langsung tak panggil sorang pun kawan aku…Mungkin kawan awak…” tebak Iqa.

“ Aku pun tak panggil kawan pun selain Azhar dengan Hamdi…”

“ Tak apalah…Jom siap cepat…Kita turun je tengok…” usul Najib.

“ Siapa Mak?” tanya Iqa sewaktu berpapasan dengan emak di tangga.

“ Kamu tengok ajelah…”

“ Assalamu’alaikum pengantin baru….Tahniah..” tegur Marwan sebaik melihat pasangan itu beriringan turun tangga.

“ Kau!!!” Pantas Iqa ingin menghampiri Marwan namun dihalang Najib bila lengannya ditarik.

 Rilekslah..Kau jangan nak marah aku…Mak aku tak bagitau ke? Aku dah sms kat korang berdua yang aku minta maaf tak dapat datang waktu majlis nikah dan majlis resepsi tadi. Bukan aku sengaja…Hari bersejarah dua orang yang aku rapat tu….Rugi….” sms yang baru dihantar sebelum dia datang ke sini. Saja bagi cover line.

“ Aku dapat kerja yang aku berharap sangat dapat tu…Diorang suruh aku melapor diri dalam masa 72 jam a.k.a 3 hari selepas diorang telefon”

“ Kelam-kabutlah aku nak menguruskan macam-macam. Baru melapor terus kerja bertimbun. Dahlah tu, langsung tak boleh cuti..Ni lepas dari ofis terus aku datang sini…” berhati-hati Marwan menjelaskan.

 “ Tahniah bro…” Najib dipeluk Marwan.

“ Sibuk kerja ke…Nak larikan diri…Eee kau ni kan…” bahu Marwan menjadi sasaran tumbukan Iqa.

“ Lagipun…aku tak ada salah langsung kat kau..Hehe Cuma kat Abang je aku buat salah..Ampun bang…Budak ni yang degil nak tidur sana…” sepuluh jarinya disusun rapat mohon kemaafan dari Najib.

“ Sudahlah…Benda dah jadi…Kau pergilah makan dulu… tenang Najib menyuruh. Jelas kematangan di situ. Tidak ingin mengulas lanjut kisah yang terjadi.

“ Sebelum tu, saya ada 2 hadiah untuk korang. Satu Syahirah dah simpan ke tempat susunan hadiah. 
Dan satu lagi….Special…Tunggu kejap”

“ Nah…” kotak kecil yang diambil dari sofa beralih ke tangan Najib.

“ Bukalah…Benda tu sebenarnya Iqa pernah tertinggal. Saya rasa macam ada kaitan dengan abang…Ni saya bagi balik kat korang…Okey…” cepat-cepat Marwan menghilangkan diri memasuki ruang makan.

Iqa menggigit bibir. Terasa sudah dapat diagak benda yang dimaksudkan. Sesuatu yang sudah hilang 
dan disangkanya tidak akan dijumpai lagi.

Iqa merasakan Najib sedang mengeluarkan isi kotak dalam gerakan perlahan. Ditelan liurnya. Bersedia dengan pelbagai kemungkinan.

Sah! Sapu tangan hitam. Di setiap penjuru ada dua garisan lurus berwarna biru dan merah.

“ Ni macam sapu tangan aku…” Najib menggumam.  Diteliti sapu tangan itu. Satu penjuru ada jahitan huruf K dan N tanda initial namanya Khairul Najib. Sah! Kini pandangannya beralih pada Iqa di sisi.

“ Jadi…Iqa lah yang abang tolong di tepi jalan tu?” soal Najib berbalas anggukan Iqa. Tiba-tiba bahasa panggilan terus berubah tanpa Najib sedari.

Iqa sendiri tak perasan. Bila Najib menyoal ini barulah dia perasan mereka pernah bertemu lebih awal.

Dagu Iqa didongakkan Najib agar memandangnya. Takut-takut Iqa membalas pandangan Najib. Satu senyuman diukir suami buatnya.

“ Kenapa senyum? “ soal Iqa. Suaranya cuba untuk dikasarkan. Padahal di dalam hati terasa seperti tertusuk sebaik memandang senyuman yang khas untuk tatapannya. Hati siapa yang tak cair...

“ Tak ada apa…Saja…Jom makan. Iqa sendukkan…” usul Najib. Lengan Iqa ditarik menuju ke dapur. Sapu tangan tadi di masukkan kembali ke dalam kotak. Disimpan dalam kocek baju melayu yang dipakainya. Lembut saja ucapannya.

“ Iqa memang selalu bawa sapu tangan tu ke Wan?” tanya Najib cuba mencungkil rahsia. Dia mengambil tempat di sebelah Marwan yang gelak mendengar soalannya.

“ Boleh dikatakan selalu jugak bang… Selalu saya tengok dia renung sapu tangan tu waktu tengah duduk sorang-sorang” rancak Marwan membuka rahsia.

“ Eh mana ada!! Kebetulan hari tu sapu tangan tu dalam jaket lah…” Iqa cuba menafikan. Tangannya sibuk menyenduk nasi dan lauk-pauk.

“ Kadang dia cium…” tokok Marwan disusuli tawa besar.

“ Eh…..Mana ada! Sesuka hati je kau tambah cerita eh…” Iqa bercekak pinggang. Dijengilkan matanya memandang Marwan. Geram dan terasa panas membahang. Pinggan sudah dihulur pada Najib.

“ Yelah yelah….Dia tak cium tapi bab dia selalu bawa tu memang betul bang…” akhirnya Marwan memperbetulkan.

Makin bertambah senyum Najib. Dengan senang hati dia mula makan yang disendukkan Iqa ke dalam pinggannya.

“ Sebenarnya mak dan bapak memang dah tau  sejak hari pertama kamu bermalam di rumah sewa tu…” abah membuka cerita.

“ Memandangkan dah lewat malam jadi kami biarkan je. Keesokan harinya, mak dan bapak terus jumpa dengan keluarga Najib. Nak siasat peribadi dia. Tak susah mana sebab memang bapak kenal dengan abah Najib tu. Kawan rapat masa sama-sama jadi cikgu….”

“ Jadi bapak dan mak memang sengaja datang malam tu?” merujuk pada malam kedua Iqa bermalam di flat sewa Marwan dan Najib. Saat Najib baru  pulang.

“ Yelah…Takkan nak biarkan kamu berdua bermalam bersama di sana….”

“ Dalam hal ni Najib tak salah. Pintu pun dia biarkan terbuka. Mengikut cerita keluarga kamu Najib, kamu memang tak pernah bawa mana-mana perempuan datang bertemu dengan keluarga kamu. Nampak kamu memang belum ada calon pilihan….”

“ Jadi setelah berbincang, kami sepakat untuk cuba menyatukan kamu….Untuk saling melengkapi dan sama-sama membantu menjadi insan yang lebih baik”  

“ Sengaja kami minta Najib tunjuk jalan ke rumah orang tua kamu. Yelah… Kamu kan belum tau kami kenal…” bapak hanya diam dan senyum memandang Najib. Memberi peluang abah terus bercakap.

 “ Dan kamu Iqa….Jangan bertindak sesuka hati. Selepas ni kalau ke mana-mana, minta izin dan maklumkan suami kamu dulu… Kurangkan melawan cakap dia….Kena ingat, syurga kamu bukan lagi pada Mak tapi pada tapak kami suami kamu….” pesan bapak.

“ Jadi Marwan yang bagitau kat mak dan bapak?” soal Iqa memastikan telahannya selama ini.

“ Yang tu, no comment…” balas Marwan. Dia buat muka serius menikmati makanan. Cuba menutup cerita.
 *********

‘ Aku mesti boleh!’ Iqa memotivasikan dirinya. Ayat tersebut diulang-ulang sebut dalam hati.

Hujung bulan ini Iqa, Marwan, Dira dan rakan yang lain merancang untuk mengikuti acara amal berbasikal sambil mengutip derma untuk diberi pada saudara islam di Palestin.

Oleh sebab tidak mahu mengaku tidak pandai berbasikal, Iqa mengambil keputusan untuk berlatih sendiri.

Dibelek basikal berwarna hijau yang disewa .
 
“ Harap-harap sempatlah berlatih…Amin….” tangan diraup ke muka.

Sewaktu menghampiri simpang jalan, Iqa panik bila melihat kereta dari arah yang berlawanan meluncur laju  bertalu-talu. Di saat yang sama, ada seorang lelaki sedang berjogging. Stereng basikal mula hilang arah.

“ Aduh…” Iqa kesakitan. Basikalnya terbabas saat dia cuba mengalih hala tuju basikal ke tepi. Dia jatuh tergolek ke rumput. Nasib baik bukan jalan bersimen.

“ Lengan kau berdarah…” lelaki yang berjogging tadi duduk mencangkung disisi Iqa. Walaupun serius percakapannya tapi rasa nilai perikemanusiaan tetap ada dalam dirinya.

“ Nah…Untuk sapu pasir…” sehelai sapu tangan dihulur.

“ Pakai ajelah…Bersih ni dari poket seluar. Aku guna tuala ni…” tuala yang disangkut di leher ditarik.

“ Guna ajelah…Tengok..Mata kau pun mungkin dah masuk pasir…” pujuk Najib. Akhirnya sapu tangan itu diambil Iqa. Disapu muka dan lengannya. Perlahan dia berdiri. Anggota badannya terasa sengal-sengal.

Najib membantu membangunkan basikal yang tadinya terdampar di tepi jalan setelah jatuh.

“ Nah…Telefonlah sesiapa untuk ambil kat sini…Kau tak boleh jalan ni…”

Iqa menelefon bapak untuk diambil memandangkan berhampiran rumah. Memang tadinya dia mula mengayuh berbasikal dari rumah. Elok saja tadi tapi disebabkan panik melalui di jalan yang sibuk membuatkan dia hilang kawalan stereng basikal.

“ Terima kasih…” Iqa mengembalikan handphone.

“ Sama-sama…Pergi dulu…Maaflah tak temankan. Aku kena cepat ada urusan. Lagipun nanti dikata menggatal pula…” ayat terakhir diucap perlahan tapi masih jelas dapat didengari Iqa.

“ Sapu tangan tu ambil ajelah…Assalamu’alaikum” Najib mengangkat tangan tanda perpisahan.

“ Berangankan abang ke?” teguran Najib membawa Iqa kembali ke alam nyata. Dicuit pipi kiri Iqa yang merenung ke laman rumah dari tingkap.

“ Tak adalah…” Iqa menghembus nafas lega dalam diam. Nasib baik dia tidak memegang sapu tangan Najib sewaktu berangan tadi. Terkenang memori 4 bulan sebelum mereka kahwin.

“ Iqa nak turun ke dapur dululah…Nanti apa pula kata Mak…” Iqa berhasrat untuk berlalu tapi lengannya dipegang. Memang dia membahasakan diri  begitu dengan keluarga jadi mudah saja dia melakukannya depan Najib.

“ Biarlah apa orang nak kata…Diorang mesti faham punya…Yalah kan semalam malam pertama kita…” Najib tersengih sengaja mengusik.

Iqa mengalah bila Najib tegas menyuruh mereka tidur di katil bersama semalam. Tidak mahu bertekak dengan mata yang mengantuk dan badan yang letih seharian melayan tetamu.

“ Kejaplah…” pinta Najib sewaktu Iqa cuba untuk meleraikan pautan pada lengannya.

“ Sini…Kedua tangan Iqa berada ditangan Najib supaya menghampiri.  Dagu Iqa didongakkan supaya menatapnya. Senyum diukir buat isteri.

“ Iqa tau tak…Sejak dengar rahsia Marwan bagitau pasal sapu tangan tu semalam, hati abang terus terbuka tau…Untuk Iqa…Terasa kembang, dalam hati ada taman. Haha…” tuturnya romantis tapi di akhir ucapan dia tidak dapat menahan diri dari ketawa. Tak biasa untuk bermanis madah. Iqa tunduk tak tentu rasa.

“ Abang harap Iqa pun buka hati Iqa untuk abang…” dikucup dahi Iqa.

“ Alamak..Keluarga abang dah sampai. Awalnya diorang sampai….Jom turun..Nanti kalau Kak Hanim dan Abang Radhi nampak, lagi teruk kita kena usik nanti…” pantas Najib menarik tangan kanan Iqa yang masih dalam genggamannya. Mula mengatur langkah keluar bilik.

Memang emak dan bapak menjemput keluarga Najib bersarapan bersama pagi ni jam sembilan tapi sekarang baru jam tujuh! Kereta Avanza Abang Radhi sudah mula masuk ke halaman rumah.
*************

“ Iqa minum coffee caramel abang?”

“ Yup…Sorry lah tak sedar teguk sampai habis pulak Iqa minum tadi…” jawab Iqa sambil mengeringkan rambut.

“ Ala…Kan awak juga tadi yang cakap tak sedap…” selamba Iqa menambah. Dia masih belum bersedia memanggil Najib sebagai abang. Rasa terbelit lidah.

“ Abang tak marah Iqa habiskan. Tapi kan tadi waktu tengok wayang Iqa dah habiskan satu cawan Pepsi. Lepastu coffee cappuchino Iqa pun tadi dah habis minum. Abang cuma risau kesihatan Iqa. Bahaya tau tak..” Najib bersandar di muka pintu bilik. Tangannya disilangkan ke dada.

Selepas majlis kenduri, mereka kembali tinggal di flat untuk memudahkan Najib berulang-alik ke tempat kerja. Lebih hampir dari rumah keluarga mereka. Lagipula Marwan pun sudah tinggal bersama keluarga.

“ Ala…..Sesekali je…”

“ Nanti jangan merungut kalau tak dapat lelap…” ucap Najib sebelum berlalu ke ruang tamu.

Najib hanya diam sewaktu Iqa duduk disisinya menonton televisyen. Iqa bangun sebelum duduk lebih hampir. Najib membiarkan. Masih mogok diam.

“ Iqa demam ke?” soal Najib sewaktu tangan Iqa tidak henti bergerak. Ada sahaja telatahnya bagai ingin meraih perhatian si suami di sisi.

“ Tak panas pun…” ucap Najib setelah tangannya merasa suhu dahi Iqa yang merebahkan kepala ke bahu Najib. 

Perhatian Najib tidak lagi tertumpu pada televisyen di depan tapi pada isteri di sisi. Dilayan bagai melayan anak kecil dan puteri dengan penuh kasih.
*********

“ Alhamdulillah…Yeay!” Iqa bergembira berpelukan dengan Nadirah.

Ruangan foyer kolej riuh dengan pelajar yang berpusu-pusu melihat keputusan masing-masing.

“ Iqa…Kau buat apa selama cuti ni? Makin tembam badan kau…” tegur Nadirah. Memang sedari mereka bertemu tadi dia ingin menegur. Perasan dengan perubahan Iqa.

“ Jangan-jangan kau mengandung tak?” tebak Marwan sedikit perlahan di telinga Iqa.

Terjengil mata Iqa dengan tebakan Marwan. Seperti biasa ditampar kuat bahu Marwan.

“ Biasalah..Tengah cuti bina badanlah Ira….Nanti bila dah kerja nanti mesti makan tak tentu waktu…” balas Iqa diiringi ketawa kecil.

Hanya Marwan sahaja temannya yang tahu status dirinya kini.  Nadirah pun belum dikhabarkan. Tunggulah sewaktu jemputan majlis resepsi mereka untuk menjemput rakan-rakan sudah siap dicetak barulah dimaklumkan.

“ Okeylah…aku tak boleh lama-lama sebab dah ditunggu…” Iqa meminta diri. Teringat Najib yang sedang menunggu di dalam kereta.

“ Ala…Rilekslah Iqa… Kau dah tak nak lepak dengan kitorang ke?” soal Dira tidak puas hati. Iqa tidak seperti biasanya. Selalu dia yang paling aktif berjalan.

“ Bukan macam tu..Nantilah…Sekarang ni tak boleh…”

“ Maklumlah… Orang dah ada cinta hati…” ucap Marwan. Folder nipis di tangan Iqa hempas ke lengan Marwan. Menghalang rahsianya dibongkar kali ini.

“ Wah…Dalam diam eh..Tak sangka! Kenalkanlah kat aku Iqa…” rengek Dira semangat bertambah teruja.

“ Ala…Nanti-nantilah ye…Ni dia kena masuk kerja semula..” ucap Iqa beralasan.

“ Okey..Aku pergi dulu…” Cepat-cepat Iqa memeluk Dira sebelum berlalu.
************

Najib gelak. Sejak mereka pulang ke rumah tadi dia asyik tersenyum dan ketawa. Sampai naik sengal pipinya.

“ Ni awak punya pasal…” bentak Iqa. Mukanya di tutup dengan kusyen. Sebelah tangannya melempar kusyen di sisi pada Najib tapi tidak kena.

Selepas dari kolej tadi, Najib terus membawanya ke klinik untuk pemeriksaan. Memang Najib selalu mengatakan seperti yang dikata Marwan tadi.

“ Eh apa pula…Iqa yang goda abang tau….” Najib membela diri.

“ Stop smiling…” Iqa membetulkan duduk. Kusyen tadi dipeluk pula.

“ Sudahlah…Redha ajelah…Dah rezeki Allah nak bagi kita…” pujuk Najib. Dia melangkah duduk di sisi Iqa. Cuba untuk meredakan emosi isterinya.

Sewaktu di klinik tadi Doktor sudah mengesahkan Iqa hamil 5 minggu.

“ Patutlah Iqa kuat makan sekarang ni. Kan betul tekaan abang…Makin sensitif, cepat merajuk….” Tawa Najib kembali meletus bila Iqa menumbuk manja lengannya.

“ Iqa nak tau tak semalam abang mimpi apa?” soal Najib menarik perhatian isterinya.

“ Abang mimpi, Kita pegang anak kembar…” beritahu Najib.

Tawanya makin galak bila kini dadanya pula ditumbuk bertalu-talu.

“ Iqa….Boleh jadi hari Iqa konvokesyen nanti waktu Iqa tengah sarat…” Najib meluahkan kemungkinan itu.

Iqa diam. Riak mukanya seperti akan menumpahkan air mata bila-bila masa. Perangai keanak-anakan masih ada.

“ Tak apa…Manalah tau majlis tu di lambatkan…” pujuk Najib. Kepala Iqa disandarkan pada dadanya.

“ Esok kita makan malam dengan keluarga kita eh. Sekaligus terus umumkan baby ni…” usul Najib.

“ Majlis resepsi kena awalkan ni sayang…”

“ Sudahlah…Jom abang hantar Iqa masuk bilik…Sayang kena rehat cukup-cukup tau…” pujuk Najib bagai memujuk anak kecil.

“ Abang tak tidur lagi ke?” soal Iqa.

“ Abang ada kerja kena siapkan….” Beritahu Najib. Dipeluk Iqa. Dahinya dicium seperti selalu sebelum tidur.

I love you sayang…” bisik Najib.

Setelah Iqa terlena, barulah Najib keluar menuju ke bilik kerja.
*************

“ Tak sangka ya…Cepat rezeki kita nak jadi atuk dan nenek…” ucap ummi, emak Najib.

Setentunya kedua belah keluarga menyambut gembira dengan kedatangan bakal ahli baru dalam keluarga.

Dalam keluarga Najib ini merupakan cucu ketiga setelah dua anak Kak Hanim dan Abang Radhi. Untuk emak dan bapak setentunya cucu sulung memandangkan Iqa anak tunggal.

“ Tahniah Jib…Dua-dua baby boy…” beritahu Kak Hanim sebaik keluar dari bilik bersalin.

“ Dua??? Maksudnya kembar Anim?” soal abah memastikan tidak tersalah dengar. Sebelum ini Najib dan Iqa selalu memaklumkan baby besar sebab tu perut nampak besar.

“ Iya abah…Diorang saja tak nak bagitau…Nak bagi kejutan..” ucap Kak Hanim merangkap Doktor yang merawat Iqa sejak mengandung hingga melahirkan.

“ Jib bertuah tau…Iqa beria-ia nak bersalin normal. Kalau ikutkan rekod kesihatan mesti dibedah. Jadi, pendek sikitlah tempoh Jib kena puasa….” seloroh Kak Hanim.

“ Alhamdulillah…Boleh Jib masuk sekarang Dr Hanim?” tanya Najib ingin menemui isteri tercinta. Saja bergurau dengan menyebut doktor di pangkal nama kakaknya.

“ Masuklah…Nurse  tengah bersihkan baby…Kejap lagi baru pindah masuk wad…” umum Kak Hanim sebelum berlalu. Sempat ditepuk lengan Najib.

“ Terima kasih sayang sebab sudi bertarung nyawa lahirkan anak-anak kita…” ucap Najib syahdu. Diberi ciuman pada dahi Iqa yang masih lemah.

“ Macamana reaksi diorang waktu tahu kembar?” tanya Iqa perlahan. Keadannya masih lemah.

“ Mestilah terkejut sayang…Tapi mesti tak menghairankan. Yelah Abang kan memang ada kembar. Cuma kembar abang meninggal sewaktu 3 bulan dalam perut ummi…” beritahu Najib. Kesekian kalinya dia mengulang cerita itu.

“ Bila dah jadi mama ni sayang makin cantiklah….” seloroh Najib setelah lama merenung wajah isterinya. Tangan kanan Iqa yang terbaring digenggam erat tanpa menghiraukan kehadiran nurse yang bertugas.

“ Eh sakit-sakit pun sempat cubit abang eh…Sudahlah sayang rehatlah dulu…”
******

“Iqa! Hero pujaan kau datang…” umum Dira seraya berlalu memberi ruang sebaik melihat kelibat Najib melangkah menghampiri mereka.

“ For you sayang…. “  sejambak bunga dihulur. Malu-malu Iqa menerima. Tak selesa di tempat umum romantik.

Congratulations….” ucap Najib diiringi ciuman di kedua pipi Iqa. Selesai sudah majlis konvokesyen Iqa.

“ Aaa…Abang ni…Malulah…Kan ramai orang ni….” Tegur Iqa.

Nasib menyebelahi Iqa bila majlis ini ditangguhkan hingga selepas hari raya haji. Lebih kurang 3 bulan dari kebiasaan kerana menghormati bulan ramadhan dan juga ramai graduan yang tidak dapat menghadirkan diri dengan pelbagai urusan. Maka pihak universiti memutuskan begitu.

“ Biarlah orang nampak…Kita kan pasangan halal….” Balas Najib.

“ Jom….Diorang tengah tunggu Iqa untuk bergambar….”Najib membawa Iqa menuju kea rah orang tua mereka berdiri.

“ Iqa!” sapa Seri salah seorang rakan sekelas Iqa.

“ Untungnya kau Iqa…Baru tamat belajar terus kahwin. Sekarang ni dah ada anak lagi…” ucap Seri selepas mereka berpelukan.

“ Alhamdulillah…” tersenyum Iqa mendengarnya.

Macam-macam aksi mereka bergambar. Bersama emak, bapak, ummi, abah dan adik-beradik Najib yang lain. Marwan turut diajak bersama.

“ Lepas ni di rumah keluarga saya pula ya…” pesan Najib pada jurugambar professional yang diupahnya. Memang rancangan mereka begitu. Tempah untuk dua lokasi.

Memang sengaja dia mengupah sendiri sebuah studio untuk mengabadikan kenangan di majlis bersejarah isterinya ini. Tidak mahu bersesak menunggu giliran bergambar pada jurukamera yang telah diupah pihak kolej.

Lagipula, di rumah nanti mereka akan bergambar dengan kedua hero kembar mereka yang sudah berusia 4 bulan: Muhammad Mu’az dan Muhammad Mus’ab.

Love you abang…” bisik Iqa saat photoshoot hanya gandingan mereka berdua.

Love you too sayang…” mereka bertatapan mata dan berpelukan. Jurukamera mengabadikan gambar mereka itu.

*TAMAT*

Begitulah hidup. Bila Allah kata jadi, maka jadilah biarpun kita tidak merancang ke arah itu dan kalau ditolak jauh sekalipun andai Allah dah takdirkan bersama atau sesuatu berlaku maka jadi juga dengan izinNya. Mungkin ada ibubapa yang berharap anaknya menjadi seorang jurutera tapi Allah takdirkan dia menjadi seorang doktor.Bila singgah ke kedai kita cadang nak beli aiskrim vanilla tapi tak ada jual pula waktu tu. Kita rancang nak berkawan dengan Senah tapi persahabatan kita lancar dan mudah terjalin dengan Tipah. Lumrah kehidupan.

Seperti bait lagu yang ada dalam iklan suatu ketika dulu: Ikan di laut, asam di darat dalam periuk bersama jua. (^_^)

‘ Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadaNya, “Jadilah!” Maka jadilah sesuatu ’ (Surah Yaasin: 82)



Alhamdulillah selesai cerpen ni.  Sebarang komen, kritikan dan maklumbalas adalah sangat dialu-alukan bagi memperbaiki lagi mutu penulisan saya di masa akan datang. Terima kasih.
 



Read More »

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates