Ads 468x60px

Friday, August 29, 2014

Erti Nama-Nama Islam (2)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa ala aali Sayyidina Muhammad (jom baca selawat ni 11x atau lebih)

Sebelum tidur ni boleh pula otak bergerak fikir vocabulary bahasa arab tahap sekolah menengah ni. Saja nak share sekaligus nota ringkas untuk perkongsian. Ni mungkin sebab akan ertambah anak sedara, itu yang boleh terfikir macam-macam nama pangkal huruf K & S ni. (P/s: kalau nak baca entri nama islam versi pertama, boleh klik link sini)

(Gambar hiasan)

 

Nama Lelaki:

Ahmad/Muhammad Saiful Harith 

Ahmad/Muhammad tu ertinya yang terpuji kalau tak silap. Kita nak letak nak contohi nama Nabi Muhammad, Rasulullah tercinta. Moga anak itu akan mencontohi, mengikuti akhlak dan peribadi Baginda Nabi insyaAllah.

Saif- pedang
Harith(dihujungnya huruf tsa bukan sin)- Penjaga
Saiful Harith-Pedang yang menjaga- (Bila ada alif lam tu ertinya nama khas)

 Saiful Muslim- Pedang Orang Islam (macam nama Ahmad Faris Islam pulak (^_^)

Faiz-  orang yang berjaya 
Syakir- tahu bersyukur, orang yang bersyukur, pengenang budi
Furqan- Pembeda antara kebenaran & batil.
Al-Fateh- Nama khalifah zaman Uthmaniyyah yang membuka kota Konstantinopel@Turki di umur 21 atau 23. Ringkasnya Sultan Muhammad al-Fateh memang pemimpin yang hebat.

Khairul Munzir- Pemberi peringatan yang baik
Khairul Fahmi- Kefahaman yang baik
Khairul Anuar- Cahaya yang baik

Rizqy- anugerahku, rezekiku
Syamil- sempurna, lengkap

Nama perempuan:

Khairun Najihah- Orang yang berjaya yang baik
Nur Khaireena Najihah- Cahaya kebaikan kami orang yang berjaya
Nur Khaireena Solehah-   Cahaya kebaikan kami orang yang solehah
Haziqah/ Najibah/ Nabilah- Pintar

Nusaibah- Nama sahabat perempuan zaman Rasulullah. Beliau syahidah di perang uhud kalau tak silap. Asalnya beliau paramedik mengubati orang yang tercedera saat perang berlangsung. Bila tengok tentera islam hampir kalah, kerana cinta pada Rasulullah utusan Allah, Nusaibah ni bangkit dan segera mara melindungi Rasulullah yang teruk diserang oleh orang Quraisy waktu perang tengah berlangsung itu. (SILA RUJUK SUMBER LAIN)

Syifa- Penyembuh
Faseehah- fasih (kalau nak anak jadi lawyer mungkin nama ini sesuai) 
Fatihah/Fateehah- pembuka

Wallahu 'alam bissawab. Moga bermanfaat. Untuk yang sedang menanti kelahiran, semoga diopermudahkan baby dan ibunya selamat amin amin amin insyaAllah. 
Read More »

Thursday, August 28, 2014

Beriman Sejenak (Petikan Surah Al-Hujurat)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Surah ke49, Surah Al-Hujurat

 11) "Wahai orang2 yg beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang memperolok-olok), dan jangan pula perempuan (mengolok-olokkan) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olok). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang2 yang zalim. "

13) "Wahai manusia! Sungguh, Kami telah mnciptakan kamu dari seorg laki2 dan seorg perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti. "

Wallahu 'alam bissawab. Moga bermanfaat.

Read More »

Perkongsian dari Ustaz Dr Zahazan Mohamed (Motivasi)

Read More »

Wednesday, August 27, 2014

Beriman Sejenak (Perkongsian Surah Al-Hadiid)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Kau ni Dhia Faaezah tak konsisten langsung. Ni blog apa nih? Kejap2 post cerpen, kejap2 post islamik. =) Saya suka menulis, memang salah satu impian saya nak ada karya yang versi ada cetakan, saya nak berkongsi ilmu dengan orang yang sudi jadi kawan saya dan berkongsi dengan insan-insan yang sudi luangkan masa singgah di blog ni. Saya nak ajak sama-sama melangkah sama di jalan menuju syurga. Memang itu tujuan utama kita hidup di dunia kan? Siapkan diri, kita hamba pada Allah, entah esok atau minggu depan, tahun depan kita dah dipanggil pulang bertemu Allah, beralih alam dari dunia ke alam barzakh, ke alam kubur. Menanti hari kiamat tiba dan seterusnya kita akan dikumpulkan di padang mahsyar untuk dihisab amalan.

Allahu ngeri. Amalan macam belum cukup lagi. Saya berkongsi, cakap macam ni bukanlah bermakna saya dah baik. Tidak. Bahkan saya juga manusia biasa yang masih ada kekurangan di sana-sini. Hanya kerana rahmat Allah yang tutup aib saya dari pandangan orang. Allahu T_T.

Untuk kali ni saya nak kongsi beberapa ayat dari Surah Al-Hadiid. Macam dua sesi yang sebelum ni. Ni juga perkongsian di whatsApp yang saya nak masukkan dalam blog ni agar lebih ramai yang beroleh manfaat insyaAllah.





Lirik lagu Rapuh (Opick)
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang 
suka dan duka 
tangis dan tawa 
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati 
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata 
ku persembahkan kepadaMu 
yang terindah dalam hidupku
 
meski ku rapuh dalam langkah 
kadang tak setia kepadaMu 
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
 
maafkanlah bila hati 
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya 
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu 
semua berakhir padaMu
Moga bermanfaat. Dan moga hari demi hari, kita semakin dengan Allah, makin bertambah iman dan amalan. amin amin amin. 



Read More »

Beriman Sejenak 2 (Petikan Surah Al-Baqarah)

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Perkongsian Surah Al-Baqarah. Recharge  iman & hati insyaAllah. Surah Al-Baqarah adalah surah yang paling panjang daripada keseluruhan 114 surah yang terkandung di dalam kitab al-Quran.

45 " Dan mhonlah prtolongan (kpd Allah) dgn sbr dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kcuali bagi org2 yg khusyuk."

46 " (yaitu) mrka yg ykin, bhwa mrka akn mnemui Tuhannya, dan bhwa mrka akn kmbali kpdNya"

112 "Tidak! Brgsiapa myerahkn diri spenuhnya kpd Allah, dan dia brbuat baik,dia mndpt phla di sisi Tuhannya dan tidak ada rsa tkut pd mrka dan mrka tdk brsedih hati"

148 "... Maka brlomba-lombalah kmu dlm kbaikan. Di mana sja kmu berada, pasti Allah akn mngumpulkan kmu smuanya. Sungguh, Allah Maha Kuasa ats sgala ssuatu."

152 " Maka ingtlah kpdKu, Aku pun akn ingt kpdmu. Bersyukurlah kpdKu,dan jgnlah kmu ingkar kpdKu."

153 " Wahai org2 yg beriman! Mohonlah prtolongan (kpd Allah) dgn sbr dan solat. Sungguh, Allah bserta org2 yg sabar."
Moga bermanfaat,insyaAllah💕

Read More »

Monday, August 25, 2014

Beriman Sejenak 1 (Petikan Surah AsSajdah)



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Sudah lama saya tidak membuat perkongsian ingat-mengingati sesama kita manusia dalam blog ni seperti dalam surah Al-Asr (boleh tengok gambar bawah ni kalau nak baca terjemahan ayat dalam surah al-asr)  InsyaAllah kali ini saya akan berkongsi Surah As-Sajadah ayat 15-16. Pendek je. =)









Perkongsian ini asalnya saya kongsikan di applikasi WhatsApp. Sebab itu banyak short form. Kalau ada dari anda yang keliru dengan short form tu, boleh komen kat bawah. =) Sama-sama kita ingat-mengingati, usaha mendekatkan diri pada Allah.
Read More »

Saturday, August 9, 2014

Mari Belajar Tatabahasa BM

Bismillahirrahman nirraheem...

Assalamu'alaikum. Saja nak kongsi kat sini sekaligus nota buat diri sendiri. Kisahnya saya confuse dalam dialog bila dihujungnya tanda koma dan bila tutup dengan titik noktah. Terima kasih buat cikgu rujukan saya (you know who  you are..)

Penggunaan koma...contoh:
"Siti,jom kita pergi library," AJAK Lia. AJAK tu kan kata suruh,kata kerja,sejenis perbuatan.jadi kena koma..

kalo bkn perbuatan kena titik terus. 
Contoh: "Siti,jom kita pergi library." SUARA comel Lia menyapa Siti yg sedang termenung.
Read More »

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates