Assalamu'alaikum. Mulakan hari dengan senyuman. =)
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad (11x) Pahala free dengan mudah (^_^)
[5]
Kampung Kelapa Sawit….
Safiyyah membuang pandang pada sawah hijau yang indah. Di
sinilah dulu dia meluangkan masa petang-petang bersama abangnya Naufal Suffian.
Tanpa sedar air matanya mengalir deras di wajah. Rasa pilu mengenang kisah
hidupnya.
Asalnya, abah menyara hidup dengan menjadi nelayan. Hidup
mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tak setiap hari hasil tangkapan ikan banyak.
Pernah mereka makan 5 beradik satu pinggan nasi bersama. Tidur dalam keadaan
perut lapar adalah perkara biasa bagi mereka.
Kehidupan mereka mula berubah bilamana Wak Rahmat, tauke
gerai makan di kampung itu menawarkan pada abah mengambil-alih gerainya. Dia
hendak pulang ke kampung halaman di Indonesia. Kerana Wak Rahmat dan abah sudah
saling lama mengenali jadi dia beri kelonggaran pembayaran dibuat
beransur-ansur bila sudah ada keuntungan.
Bila sudah ada gerai, mak dan abah mula bercucuk-tanam
sayur-sayuran dan buah-buahan bagi mengurangkan kos membeli dari pembekal.
Selain memasak untuk jualan di gerai, mak berjualan kuih karipap dan kuih tradisi melayu yang lain. Safiyyah dan
Naufal turut menemani mak berjalan kaki keliling kampung bagi menjual kuih
mereka.
Rezeki Allah. Gerai itu lokasinya strategik kawasan laluan
jalan warga kampung jadi ramai yang berkunjung singgah makan. Setelah itu hidup
mereka mula stabil. Syukur Alhamdulillah.
“ Kakak menangis?” tegur Raihan. Dia dan Zahrah baru
melangkah ke pondok setelah berkejaran di bendang.
“ Tak adalah…Mungkin pasir masuk mata akak…” cepat-cepat
Safiyyah mengelap sisa air mata di pipi sebelum kembali berpaling menghadap
adik-adiknya.
“ Jom kita makan…” ajak Safiyyah. Dia membuka kontena bekalan
mereka. Ringkas sahaja. Nasi dan telur goreng. Satu botol kecil kicap turut
dibawa bersama. Hanya dua pinggan Safiyyah berkongsi dengan Zahrah. Si bongsu
dibiarkan makan seorang.
“ Raihan baca doa…” pinta Safiyyah setelah mereka bertiga
membasuh tangan dari sebotol air paip yang dibawa bersama.
“ Alhamdulillah…” ucap Safiyyah saat memandang juadah mereka
sedang nikmati.
“ Dalam Al-Quran kan dik, Allah ada pesan dalam surah Ibrahim
ayat 7: "Sesungguhnya jika kamu
bersyukur, niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu…Jadi
kita kena selalu bersyukur….” Pesan
Safiyyah membuatkan Raihan dan Zahrah turut melafazkan alhamdulillah.
“ Makan tak ajak abang ya….” Naufal muncul melangkah masuk ke
pondok mereka sedang berteduh.
“ Mak yang bagitau kamu bertiga ke sini…Raihan kongsi dengan
abang ya…” pinta Naufal sambil mencuci tangan. Raihan mengangguk.
“ Tambah lagi…Memang saja bawa banyak….” Safiyyah menghulur
bekas nasi tambah pada abangnya. Zahrah pula meletak dua lagi telur goreng di
pinggan Raihan dan Naufal.
Sebolehnya Safiyyah menahan diri agar tidak mengalirkan mata.
Menu itu bila dimakan di kampung halaman, mudah saja air matanya tumpah. Naufal
kerap melirik Safiyyah. Tahu adiknya itu selalu menggosok mata atau wajah bila
mereka makan begitu.
Puncanya juga Naufal tahu. Pasti kenangan lama uang
terkenang di ingatan. Saat mereka hidup susah, itulah menu paling sedap dan
kategori mewah bagi mereka.
“ Abang bawa ikan goreng…” beritahu Naufal sambil membuka
penutup kontena yang dibawanya dari gerai.
“ Tak perasan pun abang ada bawa tadi…” ucap Safiyyah
terkejut.
“ Kamu tu memang…Bila makan nasi kicap telur goreng macam ni,
terus tak sedar sekeliling… saja Naufal mengusik memeriahkan suasana.
“ Kakak…Nak tambah…” pinta Zahrah. Penuh berselera Zahrah dan
Raihan makan.
“ Hantar gambar ni kat Tasneem. Biar dia jealous…” ucap Naufal setelah mengambil gambar mereka makan
bersama. Tasneem adalah adik selepas Safiyya. Dia masih belajar di matrikulasi
tinggal di asrama.
“ Raihan…Tinggalkan abang lauk tu…” pinta Naufal sambil tangan
kirinya menekan telefon pintar. Menghantar gambar pada Tasneem.
“ Esok jam berapa kamu nak ke stesen bas Safiyyah?” soal mak
sewaktu anak keduanya itu membantu mengemas dapur setelah mereka selesai makan malam.
“ Kali ni Safiyyah cuti lama sikit mak…Lagi empat hari. Hari
Rabu depan balik…Fatin bagi cuti lama sebab hujung bulan ni Safiyyah tak dapat
balik. Ada projek dari pakcik Fatin…” beritahu Safiyyah. Sudah terbiasa Mak dan abah memanggil Safiyyah nama penuh sejak kecil jadi
rakan-rakannya juga memanggil begitu. Tangannya ligat
mencuci pinggan. Zahrah disuruh rehat saja.
Selalunya Safiyyah pulang selang dua minggu. Kalau hari ni
datang, esok petangnya sudah berangkat pulang. Menghabiskan cuti hujung minggu.
“ Mak dah tengok hadiah kami kasi tadi?”
“ Sudah… Banyak sangat kamu kasi. Sudahlah untuk mak dua
pasang kain, lengkap tudung lagi…”
“ Tak apa mak... Bukan selalu. Tak payah mak nak cari tudung
untuk disuai-padan…Tu hadiah dari kami adik-beradik. Tak seberapa kalau nak
dibandingkan dengan pengorbanan dan kasih sayang mak dan abah dalam membesarkan
kami adik-beradik” ucap Safiyyah.
Siang tadi mereka meraikan ulangtahun perkahwinan mak dan
abah yang ke 27 tahun. Sayangnya Tasneem tidak dapat pulang. Jadi tadi hanya
kek dan makanan ringkas. Esok malam mereka akan makan bersama diluar selepas
Tasneem pulang ke rumah.
“ Abah kamu pun kata banyak sangat…” beritahu mak.
Untuk abah, mereka menghadiahkan dua pasang kain baju melayu
dan sampin.
“ Abang Naufal kau pun bagi hadiah…” cerita mak. Dia yakin
anak-anaknya tidak mengetahui.
“ Eh? Dia tak ada pula bagitau…” balas Safiyyah pelik. Hadiah
permberiannya adalah mewakili mereka 5 beradik.
“ Dia nak besarkan lagi rumah ni…Mudah nak buat majlis
katanya…” cerita mak membuatkan Safiyyah senyum.
“ Dia nak bagi mak menantu kot…”
“ Memang pun…Pagi tadi sebelum kamu datang dia ada cakap
dengan mak abah macamtu. Besarkan rumah, bila dah siap dia nak kami meminang
anak dara orang. Orang kampung ni juga…”
“ Siapa mak?” Safiyyah tak sabar ingin tahu perempuan pilihan
hati abangnya. Sekaligus bakal kakak ipar mereka. Peluang mendapat maklumat
dari mak tidak disiakan.
“ Tanyalah Naufal…” ucap mak sebelum berdiri mengambil air
peti sejuk.
“ Adalah…Tak nak bagitau kat adik!” Naufal muncul ke dapur
hendak minum. Hubungannya dengan Safiyyah agak rapat kerana jarak umur mereka
hanya dua tahun.
“ Alah…Bagitau lah bang…” pujuk Safiyyah.
“ Sampai masanya nanti, adik tahulah…”
“ Umur baya Fiya?” Safiyyah cuba cara lain.
“ Tunggu dan lihat…” Naufal senyum-senyum. Masih dengan
pendiriannya.
“ Anak pada Ratu Kebaya kampung?” tebak Safiyyah. Ramai yang
tahu perempuan yang dimaksudkan menyimpan rasa pada Naufal. Malah dia sendiri
pernah meluahkan rasa sukanya pada Naufal di depan Safiyyah suatu ketika dulu.
“ Bukanlah…” Naufal duduk di meja makan. Mak sudah berlalu
masuk sejak tadi.
“ Rasyidah anak Pakcik Sulaiman?”
Walaupun Naufal Suffiyan berkulit hitam manis tapi ramai anak
gadis kampung yang meminatinya sejak zaman remaja hingga kini. Peribadinya
memang menawan hati. Tambahan sekarang abangnya itu sudah menjadi usahawan.
Berternak ayam, kambing dan lembu.
“ Naurah Safiyyah…Sudah-sudah sebut nama anak orang…Abang tak
akan bagitau sekarang. Lagipun abang minta mak abah pinang lepas rumah kita
siap diubahsuai. Lambat lagi….”
“ Lama lagi tu…Tak takut si dia dikebas orang?” duga
Safiyyah.
“ Kalau dah jodoh tak ke mana. Kalau dia dah diambil orang,
ambil bunga lain. Kan banyak bunga lain…” balas Naufal.
“ Orang cakap, tak mudah nak belajar mencintai orang…” duga
Safiyyah.
“ Bagi abang boleh je. Kalau dah selalu bersama, hati akan
mudah terpikat terpaut apa lagi cinta. Asal kita buka hati”
“ Alamak…Abang janganlah sebut falsafah atau sastera bagai.
Susah orang nak faham…” pinta Safiyyah. Abangnya itu memang selalu mengeluarkan
kata-kata yang mempunyai maksud mendalam. Selalu dia tak dapat menangkap maksud
tersirat.
“ You should learn…Tambah
kalau berurusan dengan pelanggan. Kenalah kuasai cara bahasa tubuh, gaya
bahasa, bahasa tangan dan macam-macam. Kalau tak, senang diorang pergunakan
kelemahan kita untuk kepentingan peribadi nanti…” nasihat Naufal membuatkan
Safiyyah termangu.
~*~*~*~*~*~*~*~BERSAMBUNG*~*~*~*~*~*~*~
Your like and comment is my motivation....
0 comments:
Post a Comment