Ads 468x60px

Featured Posts

Saturday, May 20, 2017

Lit Up Your Life (Ep. 2)


Have a Support Community/Team

Selalu luangkan masa dengan orang yang peduli dan prihatin akan kau. Yang kau bebas nak kongsi cerita dari family dan kawan2 yang dipercaya.



Supplement:
-> Jangan skip makan (walau tak lapar, cuba bawa makan sarapan dan sekurang2nya makan nasi atau mee ke sekali sehari)
 -> Practice a healthy meal dan cuba minum kuantiti air putih yang mencukupi. (elakkan mee segera, junk food. Kalau fast food tu ok lagi sebab alternatif beli makanan tak masak sendiri. Dan cuba minum air putih yang mencukupi)
-> Cuba luangkan masa outdoor dan bersukan (pergi pantai ke, taman, dll)


Beberapa hari kepas, ada tengok kat tv kebetulan tengok kejap. Pasal kemurungan. Dalam bahasa inggerisnya depression la tu kan. Jadi yang saya dapat simpulkan ringkasan dari perkongsian mereka2 yang telah melalui situasi tu,..Diorang hadapi dengan...dekat dengan Allah, dan keluar rumah @ sibukkan diri. wallahu'alam bissawab. 

(up to here...I'm not sure if there's gonna be upcoming post of this theme. Kalau ada, adalah ye. fi amanillah. May Allah ease our matters allahumma amin amiin. )

wassalam...
Read More »
Blogger Tricks

Friday, May 19, 2017

Lit Up Your Life (Ep. 1)

Bismillahirrahman nirraheem...

Assalamu'alaikum wmt.

Moga kali ni istiqomah menulis entri...Ok target readers kali ni untuk 1) mereka yang sedang mengalami depresi dan down mode. 2) Untuk yang nak adjust life reset button gitu.

Objektif? Setentunya a better life and way of thinking and inner peace. Mohon maaf ayat mix up yang penting moga bermanfaat dan saya akan usahakan cuba minimumkan penggunaan bahasa campur inggeris dan melayu, insyaAllah.

So...direct tak payah nak intro panjang sangat.

Kunci utama dan langkah pertama, 'Jaga hubungan dengan Allah' 

Kita tak kata hubungan baik dengan manusia tu tak penting. It's not that way. One step at a time, langkah demi langkah. Macam ada hadith tu 'ihfazillah, yahfazka' lebih kurang maksudnya bila kita jaga hubungan dengan Allah insyaAllah hal2 urusan kita akan dipermudahkan. Tak semestinya smooth setiap masa tapi walau ada rintangan ke apa, hati kita lapang dan tenang insyaAllah.

How...?

1) Dengan jaga solat
Cuba usahakan untuk lakukan tunai on time tak qadha dan awal waktu. Sebagai umat Islam kita tau solat tu tiang agama, solat tu wajib dan perkara pertama dihisab di akhirat nanti tapi...secara praktikal...So mungkin inilah hikmahnya Allah uji awak dengan depresi atau down tu sebab kalau life smooth lancar, naik dan terus naik tu, kalau Allah bagi awak macamtu awak akan makin lupa diri dan jauh, lalai dari Allah.

2) Zikir dan Al-Quran
Usahakan, biasakan baca Quran sebaik-baiknya awal pagi dan waktu malam beberapa muka surat atau even satu atau dua muka surat. Kalau sibuk sangat sekali sehari pun okey. Quran kan surat cintaNya dan cahaya di dunia, kubur dan akhirat (boleh baca doa khatam Al-Quran yang indah baitnya pasal penerang dan cahaya ni...)

Zikir tu apa2 je. Istighfar dan selawat pun dah okey. Sebolehnya kita ingatkan diri activate dari masa ke semasa, hati dan minda kita tak sunyi dari zikir. Macam connection signal internet kita suka bila tinggi kan. Ha...macamtu kita cuba hubungan dengan Allah. Lagi2 iman ni yazid wa yanqus- menaik dan berkurang, turun naik, dan syaitan akan selalu berusaha menyucuk kita dengan bisikan2 dan hasutan. 'Auzubillahi minnas-syaitonirrajeem. Moga Allah ArRahman lindungi dan kuatkan diri kita.

Oh lagi baik kalau kita tambah vitamin zikir ni dengan amalkan doa ma'surat (himpunan doa Rasulullah pagi dan petang) sekurang-kurangnya sekali sehari, baca selawat syifa, bismillah lima, selawat tafrijiyyah dan sebagainya. The closer we are to Allah, the benefits returns to each of us ourselves.

Supplement lain untuk episod kali ni,
->berharum-haruman (@pakai perfume tapi jangan berlebihan). Bagus untuk minda kita.
->Kemas rumah dan memasak (kemas tu kemas meja, bilik, mana2 ruang dalam rumah atau meja kerja kat ofis ke...dll)
->Kurangkan scroll media sosial. (takkan hampir siang malam asyik dengan fon kat tangan. spend time with something else)

InsyaAllah jumpa lagi episod2 akan datang. Fi amanillah...
Read More »

Sunday, April 9, 2017

Cornflake Lembab. Apa cer?

Assalamu'alaikum wmt.

Moga2 ni dikira ilmu walaupun sebenarnya lebih kepada coretan and note to myself.

Practise makes better. So keep doing...consistent~

Back to topic. Al-kisah...

The last time (end of Jan or early feb) I make honey cornflakes, its lembab sebab terlalu banyak butter. So...kali ni lesson learn la kononnya. But thennnnn end up...terlalu sedikit butter dia. Cornflake I jadi hitam huhu. Tutup api dan mula dari awal, masukkan mentega.

Pengajaran kak dhia hari ni. Kalau satu kotak biasa tu, mungkin..setengah buku butter atau kurang dari tu dah ok. Tadi...adjustment lari sikit. Asik tambah...terlebih sudah~ -.-

So? cornflake lembab tu (dek terlebih butter, jadi basah. rangup macam kebiasaan fresh out from box still tetap ada tapi...yelah..result macamtu membuatkan kurang daya tarikan.
so.. hakak dhia try a) oven b)tapis guna penapis

dua2 inisiatif di atas cubaan hakak kurang efektif. daripada membazir, silalah letak usaha promo bagi kat orang yang nak. untuk lebih senang, letak dalam cup. Jadi, senang ngap je per cup.

Apapun alhamdulillah 'ala kulli hal wa astaghfirullah min kulli zanbin.
Read More »

Sunday, October 2, 2016

1 Muharam 1438H

Bismillah...Assalamu'alaikum warahmatullah wbt.

MasyaAllah how time flies so soon...Salam Ma'al Hijrah to all Muslims and Muslimat. May this year onwards our performance are better and more productive, allahumma amiiin.

Just a short coretan...


Usai solat maghrib dan doa, setiap saf terisi dengan jemaah meski tidak sepenuh tadi kerana sudah ada yang pulang memenuhi keperluan masing-masing. Pemandangan yang indah dan menenangkan.

Halwa pendengaran pula lantunan suara bacaan surat cintaNya dari jemaah. Menyambung bacaan al-Quran atau membaca surah Yasin barangkali. Selain itu ada juga yang duduk berzikir selain berkelompok bersama. Semua yang ada di situ punya tujuan yang sama. Trying to please Allah meraih redhaNya dan mengisi masa sambil menanti solat Isya'. Mengisi kedatangan tahun baru dengan berada di rumah Pemilik Bumi dan Alam Semesta. 
Read More »

Tuesday, August 9, 2016

Life Advice for bouncing back from difficult situations?

Posting this up here to share with other people and so that I can track and read back anytime. Taken from this link (here). The contents was shared by Dr. Jana Heilmaier. There are six very important points:

1/ Think Different
Don’t be afraid to think differently, make a difference. Invent a new solution for the puzzles that you are given.
2/ Embrace Mistakes
No target can be achieved without making mistakes. How can we improve without asking, making mistakes and trying?
3/ Act Quickly
To be quick in our decisions and actions is a matter of training. This can be achieved only when we are focused and target oriented in what we do.
4/ Have Fun
Whatever choices we make we must be aware and enjoy them. When we enjoy we give more than 100% consciously or subconsciously. If we are not sure we must recreate the situation.
5/ Be Passionate
This is a driving force that helps people to realise their targets, to be awake and to feel energised. People with passion have this sparkle in their eyes and search for new opportunities, are open to new situations and challenges.
6/ Don’t Give Up!!!
Always work with self-discipline to become the best version of yourself.
Read More »

Thursday, June 30, 2016

Ramadhan Yang Di Nanti (Bab 10)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamu'alaikum warahmatullah wbt. Sebenarnya ni cerita eNovel ramadhan tahun lepas yang lama dah tak gerak. Takpa kita slow2...Hakak akui cerita ni agak lambat flow nya. Positif aja lambat-laun nanti akan habis menuju ending, insyaAllah (harap2). 9 bab awal boleh godek kat blog nih. Tak jauh sangat pun uolls nak scroll. Selamat membaca~
  
Mungkinkah diorang ni sebenarnya ditakdirkan bersama untuk satu sama lain? Entah le...Korang jangka macamana jalan cerita lepasni? Cer kongsi pendapat korang kat ruang komen... ^_^




Ziyad terjaga dari lena apabila terasa lengannya digoyang mama beserta panggilan. Mata yang seakan digam cuba dibuka perlahan. Tekak terasa kering. Badan membahang dek rasa panas.

"Kenapa?" serak suara Ziyad bertanya dalam posisi baring. Badannya rasa tidak larat untuk duduk. Kedua tangannya menggosok mata dan wajah.

"Siapa Emma?" soalan mama membuatkan Ziyad menoleh. Baru perasan mama duduk di hujung katilnya. Selepas sahur dan subuh tadi memang Ziyad menyambung lena di bilik tidur.

"Jiran rumah sewa tu. Kenapa ma?" meski matanya kabur berbalam dek demam dan pening, namun Ziyad berusaha mencelikkan mata.

"Keluarga dia telefon henfon kamu kejap tadi. Minta kamu datang rumah diorang. Ziyad ada apa-apa nak bagitau mama?" jelas tersirat curiga dalam nada suara mama.

Ah sudah. Kepalanya terasa semakin berpusing dan pening. Tidak dapat mengagak sebarang kemungkinan.

"Ziyad cuma tau dia tinggal situ dengan kakak dan abang ipar dia. Nak kata kami kawan, bukannya kami selalu bercakap bersama, contact telefon pun tak, ma."

"Mama percayakan anak mama. Pergilah bersiap. Abang Farid dan Dina akan teman kamu pergi jumpa Emma" ucap mama sebelum bangkit melangkah keluar bilik.

Ziyad memicit-micit kening sebelum mengurut dahi sendiri. 'Nak keluar dengan tak sihat dan puasa macamni?Aduhai...'

Silap- silap dia boleh pengsan keluar meredah cuaca panas begitu. Langsung tidak tahu hujung pangkal isu Emma yang dibangkitkan.

Perlahan Ziyad bangkit berdiri. Dengan rasa mamai dan pening lalat. Cuba mencari telefon pintarnya untuk menghubungi kembali nombor yang mama maksudkan.

*******

Kedatangan Ziyad disambut ayah Emma yang duduk di beranda rumah dengan buku di tangan. 

"Masuklah...Emma tu dah dua hari tak lalu makan...Mungkin kamu boleh jadi ubat dia..." ucap Haji Munif setelah Ziyad menghulur salam dan bersalam tangan dengannya, Berseloroh. 


"Erk...Sebenarnya saya dan dia bukan kenal sangat,pakcik..." terkial-kial Ziyad hendak menyusun ayat. Kekok dan minda belum dapat mencerna dia perlu melalui momen sebegini. 

"Takpa...Biasalah orang muda..." balas Haji Munif sambil menepuk bahu kanan Ziyad. Senyuman dan raut wajahnya nampak bersahaja.

"Emma kat dalam bilik tu...Masuklah" beritahu kakak kepada Emma sambil menunjuk ke satu pintu bilik.

"Panggil Emma keluar je lah kak...Tak elok saya masuk bilik dia..." Ziyad memakukan langkah. Kakak tadi sudah melangkah ke depan membuka pintu bilik yang ditunjuk tadi. Dari suara, itulah wanita yang bercakap dengannya melalui tadi, Kak Mun.

Kata-kata Kak Mun seakan angin lalu. Langsung tiada balasan dari Emma yang berselubung dengan selimut di atas katil. Dina yang mengekori Ziyad sejak tadi mengambil inisiatif sendiri sebaik melihat anggukan abangnya Ziyad.

Dina melangkah masuk dan berdiri di sebelah katil Emma. Menghulur lafaz salam dan mengenalkan diri sebagai adik Ziyad.

"Ni ada kurma dari abang...Kak Emma makanlah sikit..." pujuk Dina lembut. Seakan memujuk ahli keluarga sendiri.

"Takpe terima kasih...Akak tengah puasa..." ucap Emma. Barulah dia menyerlahkan wajah menghadap Dina. Emma bangkit duduk bersandar di kepala katil. Jaket hoodie merah jambu menutupi kepala dan badan.

"Dah tiga hari dia tak banyak makan. Cuma ambil kurma dan air. Risau kitorang dibuatnya..." beritahu Kak Mun.

"Makanlah nasi atau mee ke...Badan tu perlu tenaga." pujuk Ziyad yang berdiri berpeluk tubuh di muka pintu tanpa memandang ke dalam bilik.

"Saya tunggu kat luar ni kalau awak nak jumpa. Kalau awak tak keluar sepuluh minit, kitorang balik..." putus Ziyad.

Atas pujukan Kak Mun, Emma mengalah. Lagi-lagi memandangkan Ziyad bersusah-payah datang ke situ sebaik dihubungi. Jauh kot. Ziyad orang Utara dan dia di Selatan.

"Terima kasih sebab datang...Maaf sebab saya tak expect Kak Mun akan telefon awak...Maaf menyusahkan...Ia sesuatu yang diluar kawalan saya,huhu"

"Tak apa...Ni awak nak makan apa-apa tak?" Ziyad sekadar berbahasa. Dalam diam dia sebenarnya rasa badannya berbahang panas. Dikawal untuk tetap nampak tenang.

"Maaf kak Emma...Boleh kuatkan air-con tu? Abang ni pun sebenarnya tengah demam. Dan dari bahasa badan dia sekarang ni, Dina dapat agak suhu badan dia naik panas berbahang..." Dina si adik yang prihatin memaklumkan. Faham bahasa badan si abang.

Emma terus berdiri mencapai remote control melakukan seperti saranan Dina.

"Lah Ziyad pun demam ke? Kalau macam tu, duduk dulu di sini, berbuka kat sini je hari ni..." mak Emma muncul menyarankan.

"Terima kasih makcik...Kami kena balik petang ni jugak. Dah janji dengan mak..." Memang begitu perancangan mereka tadi. Ziyad dan Dina akan terbang kembali ke Utara dengan pesawat. Sementara abang Farid pula hendak melawat site di kawasan berhampiran.

"Kami balik dulu...Isi perut dengan nasi atau mee waktu berbuka dan sahur nanti...Jaga diri..." sempat Ziyad berpesan sebelum pulang.

"Awak jugak. Terima kasih datang..." Emma menemani hingga ke muka pintu.

Kepulangan Ziyad, Dina dan Farid dengan buah tangan rojak dan cendol dari keluarga Emma.


*******

~Bersambung~
Read More »

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates