Ads 468x60px

Thursday, April 3, 2014

NKTG [ Bab 3 ]



Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad



[3]


Keesokan harinya Fatin mengotakan kata-katanya semalam. Boleh tahan banyak juga kuih-muih majlis semalam yang dibawanya.


“ Kuih-muih tu orang kasi…Kami cuma beli dua jenis…” cerita Fatin.


“ Tak apa…Kali ni biar aku hantar sendiri kat kedai sebelah. Lagi satu tu untuk makcik pembersih. Kalau-kalau dia dah ada nanti korang tologn bagi eh…” pesan Fatin sebelum keluar butik untuk ke sebelah.


“ Kalau nak makan, makanlah…Tak payah tunggu aku…Aku dah makan kat rumah tadi…” sempat Fatin berpesan sebelum melangkah keluar pintu.


Beberapa hari kemudian, Kak Wardah dan Farhanah muncul di butik. Mengajak makan bersama. Fatin sudah memaklumkan pada Safiyyah dan Syumaila tentang itu sejak awal pagi. Bagitau awal-awal supaya mereka tidak ada rancangan lain untuk tengahari itu.


“ Selama enam bulan butik ni buka, baru sekarang orang tu datang sini…” peril Fatin. Kak Wardah senyum lebar. Sedar kesalahan diri.


“ Alah..Aku minta maaf. Sebelum ni sibuk memanjang. Asyik terperuk dalam ofis tu…Lepas ni in syaa Allah aku cuba selalu datang…” pujuk Kak Wardah. 


“ Hari ni tak sibuk pula?” soal Fatin. Sepupunya itu masih bersama mereka setelah mereka masuk semula ke dalam butik setelah keluar makan. Tiada tanda-tanda nak pulang.


“ Petang ni tak ada kerja sangat…Itu yang aku melepak di sini…” balas Kak Wardah.


“ Syumaila….Ada air tak? Rasa haus pula tekak ni….” Pinta Kak Wardah.


“ Akak nak air atau jus mangga?” soal Syumaila.


“ Jus mangga lah…Gelas besar eh…Nak minum banyak…Terima kasih…” jawap Kak Wardah.


“ Amboi…Macam buat pesanan di restoran…” tegur Fatin. Kurang berkenan. Biarpun Syumaila itu pekerjanya tapi dia menganggapnya sebagai sahabat.


“ Sorry Syumaila…Susahkan kamu…Lepasni kita pergi kedai buku sebelah. Akak belanja kamu beli buku….” Usul Kak Wardah bila Syumaila muncul semula dari mini pantri dengan satu mug.


“ Eh tak apa kak….Bukan susah pun…Cuma ambil dari peti sejuk je…” tolak Syumaila.


“ Tak apa…Kejap lagi kita pergi…Akak nak belanja Safiyyah sekali…” Kak Wardah tetap dengan pendiriannya.


“ Kirim salam pada auntie… Aku ada nak minta belikan barang waktu dia ke Itali tu…Nanti aku hubungi dia lagi…Ingatkan aku lagi sebelum auntie pergi…” ucap Fatin pada Kak Wardah.


“ Waktu aku bagitau nak datang sini tadi, mama ada cakap nak singgah lepas makan dengan kawan dia. Nanti kau bagitau dia terus. Senang….” Usul Kak Wardah.


Farhanah sudah pergi dijemput kawannya selepas mereka makan tadi. Dia ada kelas petang itu. Syumaila dan Safiyyah sedang mengemas baju yang dicuba pelanggan sebelum mereka keluar tadi.


“ Macam ada nama auntie kena sebut…“ suara auntie Julia kedengaran sambil berdehem. Pasti dia sedang bercakap dengan Syumaila atau Safiyyah.


“ Fatin rindu kat auntie. Itu yang sebut tu…” ucap Fatin saat bercium pipi dan bersalam dengan mak saudaranya itu.


“ Patutlah Wardah beli kek Secret Recipe...Auntie nak datang sini rupanya…” memang sebelum mereka pulang tadi Kak Wardah mahu mereka singgah ke kedai itu. Membeli beberapa potong kek pelbagai jenis.


“ Ada Wardah beli karipap?” tanya auntie Julia.


“ Ada…Kejap lagi Wardah beli minuman di kedai sebelah dengan diorang….” Beritahu Kak Wardah.


“ Eh tak payah…Mama dah beli tadi…Ada dalam kereta. Lupa nak bawa masuk. Kamu ambil je dalam kereta. Hari ni mama drive sendiri…” cerita auntie Julia. Kunci kereta diletak atas meja.


~*~*~*~*~*~*~*~BERSAMBUNG*~*~*~*~*~*~*~


 p/s: Apa komen anda semua dengan font tulisan? Saya copy paste dari Ms. Word itu yang formatnya lain tu....Jarak paragraph sedikit jauh... Rasanya acceptable @ boleh diterima tak? tak ganggu pembacaan?  

Your like and comment is my motivation....

0 comments:

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates