Selepas solat Subuh di
rumah, Sameer gerak memulakan misi run
away project nya. Misi yang sudah
lama dirancang untuk dilakukan sebaik habis peperiksaan. Kini masanya untuk
direalisasikan. Tiket bas dipilih secara rawak main sebut saja tadi sewaktu
membeli di kaunter. Dua hari lepas baru selesai kertas terakhirnya.
Sejuk dan nyaman cuaca
awal pagi. Masih tidak ramai orang yang ada di stesen bas awl-awal pagi begini.
Sameer menarik nafas menikmati pemandangan pagi. Nyaman. Kalau waktu-waktu
biasa memang jarang dia hendak keluar rumah seawal ini.
“ Assalamu’alaikum…Awak
Sameer kan?” Sameer menoleh ke sisi bila ada gadis yang menegurnya. Nyata Syamimi
berdiri beberapa meter darinya. Rakan
sekelasnya. Syamimi tinggal dengan ayah saudaranya di sini.
“ Wa’alaikumussalam
warahmatullah…Ya saya”
“ Boleh saya duduk
sini? Saya takut tadi sejak keluar dari kereta saya rasa macam ada yang
memerhatikan….” Pinta Syamimi wajahnya takut-takut. Matanya melirik-lirik ke
belakang tanpa berpaling badan.
“ Duduklah….” Sebaik
diizinkan Syamimi terus duduk dengan ada jarak dengan Sameer. Di tengah antara
mereka Syamimi meletakkan beg pakaian yang dibimbitnya.
“ Berani juga awak
datang sini sorang-sorang…” tegur Sameer sambil menelek jam di tangan. Pagi-pagi begini sangat bahaya untuk gadis muda seperti Syamimi berseorangan dan berjalan jauh. Masih
ada 15 minit lagi sebelum waktu boleh masuk ke dalam bas.
“ Dah tak ada teman.
Kalau nak tunggu Pak Long sekeluarga yang hantar memang lama lagi. Kena tunggu
hujung minggu….”
“ Balik kampung lah
ni?” soalan Sameer dibalas anggukan Syamimi. Mengiakan tanpa suara.
Mereka berbual lagi dan
kebetulan bas yang akan mereka naiki sama. Sameer senyum tanpa memandang ke
sebelah. Ada idea di fikiran.
“ Kalau saya ikut ke
kampung awak boleh? Saya saja nak bercuti mana-mana. Nak rasai pengalaman dan
suasana di desa…” beritahu Sameer menjelaskan.
“ Tak payah nak
kenalkan saya kawan sekolah awak. Bila kat kampung nanti saya terus lanjutkan
macam rancangan asal saya. Tinggal di surau atau masjid. Berkenalan sendiri
dengan warga kampung, pandailah saya bawa diri nanti insyaAllah…” tambah
Sameer. Tahu pasti Syamimi teragak-agak. Bila anak gadis membawa pulang kawan lelaki, pasti orang akan berfikir membawa pulang kekasih hati atau bakal pasangan hidup.
“ Kalau macam tu boleh
je…”
Bila di dalam bas,
Syamimi duduk di kerusi depan Sameer. Masing-masing di kerusi kembar. Tak ramai
penumpang lain. Masih banyak kerusi kosong. Baru ada dua penumpang lain yang
masuk ke dalam perut bas bersama mereka. Sengaja Sameer memilih tempat di belakang Syamim agar dia dapat menjaga keselamatan rakannya itu.
Sementara menanti bas
bergerak, Sameer mengeluarkan buku cerita dari beg galasnya. Headset dipasang ke telinga. Untuk
menambah mood cuti, Sameer memasang lagu Bawa aku pergi nyanyian Kaka bersama
Zizan.
Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari
realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
Sameer
hanya membawa beg pakaian sederhana besar yang berisi kamera jenama Canon, beberapa
pasang pakaian dan stok makanan. Telefon bimbit pun sengaja ditinggalkan di
rumah. Nanti di Felda dia akan menghubungi ibu menggunakan telefon awam. Dia
betul-betul nak merasai dan menikmati suasana desa yang tidak pernah dirasai
seumur hidup.
‘Felda
Seri Kembangan, here I come!!!’ jerit hati Sameer. Sangat-sangat teruja.
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Mereka sampai ke Felda
Seri Kembangan saat azan zuhur dikumandangkan. Syamim dan Sameer berpisah
langkah setelah Syamim menunjukkan jalan menuju ke surau pada Sameer.
Mudah saja Sameer
menemui surau. Sebaik meletak beg di satu sudut, dia terus berdiri untuk
mengambil wudhuk. Iqamat sudah berkumandang dan jemaah sudah berdiri meluruskan
barisan.
Usai solat, Sameer
bersalaman dengan jemaah yang duduk di kiri dan kanannya. Senyum dilemparkan.
Boleh tahan ramai juga jemaah ada tiga baris dari kalangan warga tua dan
pemuda. Setelah bersalaman kebanyakannya melangkah keluar surau menyambung
urusan masing-masing.
“ Singgah dari mana?”
soal salah seorang yang sedang bersalaman dengan Sameer. Muda juga mungkin
sebaya.
“ Nama saya Sameer.
Saya baru sampai ke kampung ni. Saja nak bercuti merasa tinggal di desa. Main
hentam je datang sini…” beritahu Sameer sambil memandang dua pemuda yang
berdiri bersamanya. Senyum dilemparkan.
“ Saya Awsam…Ni Awwab
adik saya….” Awsam memperkenalkan dirinya dan adiknya di sebelah.
“ Saya cadang nak
tinggal di surau ni…Ni nak jumpa tuan imam” Sameer menjelaskan niatnya. Matanya
melirik pada imam solat tadi masih berbual bersama jemaah lain.
“ Marilah. Itu abah
kami….” Keduanya membawanya menghampiri imam yang memakai jubah putih. Masih
nampak cergas dan wajahnya menenangkan.
Sameer kekok saat
melihat Awsam dan Awwab bergantian bersalam tangan dan memeluk abah mereka
berlaga pipi. Bila sampai giliran Sameer, dirinya juga diperlakukan sebegitu.
“ Ni Sameer. Dia datang
saja-saja bercuti ke sini…” beritahu Awwab pada abahnya.
“ Pakcik Hambali…” tok
imam mengenalkan diri sambil mengukir senyum memandang wajah Sameer.
Mereka duduk bersama di
situ. Berbicara lebih lanjut. Sameer menjelaskan niatnya lebih lanjut. Tinggal di surau sambil-sambil itu kalau ada
peluang kerja di warung ke atau kedai di sini. Untuk jaminan bukan niat jahat,
Sameer menghulur kad pengenalan dirinya untuk disimpan Pakcik Hambali sebagai
jaminan.
“ Boleh boleh…Pakcik
selaku wakil ahli kampung ni mengalu-alukan kedatangan kamu. Tapi sebelum tu
pakcik nak tau apa niat kamu datang ke sini?”
“ Er….Saja pakcik…Untuk
cari pengalaman dan mengisi masa sementara saya baru habis periksa ni. Masih
cuti panjang sebelum keluar keputusan…”
“ Periksa apa?”
“ SPM pakcik…” Pakcik
Hambali mengangguk-anggukkan kepala.
“ Samalah macam
kami…Kami pun baru habis SPM….Kalau macam tu kita sebayalah…” ulas Awsam senyum
lebar. Boleh jadi geng! Di matanya Sameer nampak orang baik-baik. Moga saja
pandangannya tidak salah detik hatinya.
Setelah itu, Sameer
dibawa ke warung Pakcik Rahim. Pakcik Hambali yang belanja. Sekaligus boleh
tanya kalau Pakcik Rahim memerlukan pekerja sementara usul Pakcik Hambali.
Dalam kereta, Sameer
berbual berkenalan dengan keluarga itu. Awsam Awwab kembar tahun. Awsam lahir
bulan Januari dan Awwab pula hujung tahun bulan Disember. Selepas mereka berdua
ada lagi adik kembar lelaki dua orang.
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Tiga hari pertama
berada di Felda itu semua berjalan lancar. Sameer dapat bergaul baik dengan
warga Felda. Sudah beberapa orang yang dia selalu bertemu saat di surau atau
saat berpapasan di jalan. Ada kalangan warga tua dan muda-muda lelaki. Selama
tiga hari itu jugalah Sameer bermalam di surau bersama Awsam dan Awwab.
Awwab dan Awsam mengisi
waktu cuti mereka dengan bekerja sementara di sekolah rendah. Ada juga keduanya
mengajak Sameer tapi Sameer merasakan lebih selesa bekerja di warung Pakcik
Rahim membantu melayan pelanggan dan di dapur.
Pakcik Rahim selalu
mengajak Sameer melangkah ke surau berjalan kaki waktu Zuhur dan Asar bila
mereka di warung. Warung akan ditutup sekejap. Isterinya yang turut sama
mengurus restoran juga selalu pulang awal bersiap sebelum ke surau juga waktu
Zuhur. Warungnya hanya buka hingga jam enam petang. Sebuah warung di sebelahnya
masih buka pada waktu malam.
Seronok menikmati
suasana desa. Berjalan kaki saja ke mana-mana. Surau dan warung pun tidak jauh
mana.
“ Baguslah tinggal di
sini….Berjalan kaki ni kira senaman juga. Patutlah kamu berdua ni kurus. Nampak
fit je…” seloroh Sameer saat dia
berjalan-jalan bersama Awsam dan Awwab menuju ke tasik selepas dari solat Asar
di surau.
“ Nanti marilah kita
main bola kat padang….” Ajak Awwab. Dia kurang bercakap berbanding Awsam.
“ In syaa Allah kalau korang ada main waktu aku masih ada di
sini…” ucap Sameer.
“ Eh baju kau masih kat
surau ke?”soal Awsam. Sameer memandang Awwab supaya menjawap bagi pihaknya.
Kerana mereka umur sebaya jadi mereka sepakat ber aku-kau sahaja sesama mereka.
“ Kami dah masukkan
sekali dengan beg pakaian kita dalam kereta abah tadi waktu kau masuk
tandas…Sebelum Asar.” cerita Awwab. Selama tiga hari mereka bermalam di surau,
beg pakaian diletak dalam satu bilik berkunci dalam surau.
Malam ini Sameer akan
bermalam di rumah keluarga Pakcik Hambali. Awsam, Awwab dan Pakcik Hambali
sendiri turut mengajaknya ikut sama.
Esok semua anak-anak
Pakcik Hambali akan pulang ke rumah. Jadi mereka mengajak makan bersama.
Lagipun Sameer berniat untuk meminjam mesin basuh mencuci pakaian kotornya.
Sudah beberapa kali Sameer datang berkunjung ke rumah mereka diajak Awsam dan
Awwab.
“ Betul ke tak apa aku
tidur di rumah korang?” soal Sameer.
Mahu memastikan. Ini kali pertama dia bermalam di rumah Pakcik Hambali.
“ Tak apa…Esok pun kau
tinggal dengan kami. Lagi meriah…” balas Awwab.
“ Kalau kau nak tau
kami ada tujuh beradik. Semua lelaki. Aku anak keempat, Awwab kelima. Yang
bongsu si kembar Hassan Hussin tu...” Awsam membuka cerita.
“ Oh…Jadi yang balik
nanti tiga abang-abang korang lah…”
ucapan Sameer diiakan keduanya.
“ Apa pendapat kau Meer
pasal Hassan Hussin tu?” tanya Awwab ingin tahu merujuk pada kedua adik
kembarnya yang berusia empat tahun.
“ Macam kanak-kanak
biasa…Tapi nampak lainlah. Muka dan perangai lain-lain. Macam kamu berdua ni
pula lebih padan jadi kembar. Muka sama cuma Awwab pakai kacamata” ulas Sameer
berdasarkan pemerhatiannya.
Hassan nampak tegas,
aktif dan menonjol. Hussin pula lembut dan ringan tulang membantu macam kalau
di surau selalu dia membetulkan sejadah kalau ada yang sedikit terlipat.
“ Memang…Orang selalu
fikir macamtu walaupun tinggi diorang sama je. Ada juga yang panggil diorang
Upin Ipin tapi Hassan Hussin tak suka. Hassan apa lagi memang dia selalu
bersuara minta dipanggil nama betul. Siap bagitau nama mereka tu nama cucu-cucu
kesayangan rasulullah…” ulas Awwab.
“ Ummi aku pernah
cakap, kalau lain uri masa dalam perut dulu, memang selalu macam tu. Berbeza
muka dan perwatakan. Diorang memang berbeza perwatakan, suka kartun lain-lain,
nasib baik tak gaduh teruk…” sambung Awsam pula.
“ Hassan Hussin suka kartun apa?”
“ Hassan dibo, Hussin
conan…” jawap Awwab.
“ Kamu berdua ni pula
macamana?” soal Sameer mengalih topik. Memang dari awal dia mengenali mereka,
dia ingin tahu. Dipandang kedua-duanya. Wajah seiras macam kembar. Cuma Awwab
berbadan kurus dan Awsam sedikit berisi.
“ Aik? Kan kita dah
kongsi makan dan tidur bersama. Takkan masih tak dapat tengok dan kenal?” duga
Awsam sambil menaikkan kening.
“ Komenlah dari yang
kau tengok…” pinta Awwab. Mereka baru sampai ke tasik. Masing-masing membuka selipar
di kaki sebelum melangkah ke batu-batu besar. Tidak ada orang di situ selain
mereka bertiga.
“ Kalau aku komen, korang berdua pun mesti komen pasal
aku….” Sameer diplomasi. Konsep beri dan terima.
“ Awwab…Jangan masuk
kat air…Kita tak bawa baju ganti” peringat Awsam bila Awwab duduk di satu batu
dan sudah memasukkan kaki ke dalam air. Perilakunya mengundang senyum di bibir
Sameer. Awwab membuat isyarat tangan ‘ok’.
“ Sweet nya abang Awsam kita ni…”
usik Sameer sengih-sengih. Awsam lebih keabangan dan bersifat melindungi pada
Awwab. Awwab pula banyak memerhati dalam diam dan jenis tertutup. Awsam lebih
banyak cakap.
“ Tak apalah tak jadi.
Nanti kau banyak puji-puji aku lupa diri pula” putus Awsam. Dia dan Sameer
masih berdiri melihat ke arah pancuran air tasik. Mereka melangkah menghampiri
Awwab.
“ Menung jauh nampak.
Dah berangan sampai ke bulan ke” usik Sameer. Mereka turut melunjurkan kaki ke
dalam air.
“ Haha baru sampai
Jepun…” balas Awwab dalam tawa.
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Isu air terhad kerana
kurangnya hujan. Oleh itu para warga Felda selalu diingatkan untuk berjimat
cermat menggunakan air. Moga ujian yang ada mendekatkan diri kita pada Allah, semakin
bertambah iman. Kata-kata itu tersemat di minda Sameer.
Musim panas dijangka
berterusan dari awal februari hingga
pertengahan bulan tiga nanti. Suhu 36 ke 38 darjah celcius. Panas kering walaupun
ada hujan tapi dalam kuantiti yang sedikit. Surau mengadakan solat sunat
istisqa iaitu solat sunat minta hujan seperti yang dianjurkan Rasulullah SAW di
tanah lapang. Beberapa ekor kambing dan kerbau turut ditambat di kawasan
berhampiran.
Susulan setelah
melakukan di tanah lapang, jawatankuasa surau giat meneruskan melakukan solat
qiyammullail dan solat sunat istisqa. Mula-mula hanya untuk tiga hari sahaja tapi
oleh kerana sambutan menggalakkan dari orang kampung warga tua dan muda jadi
dilanjutkan. Selain Sameer, Awwab dan Awsam yang bermalam di surau. Ada rakan yg
lain jua ikut terutama remaja yang sebaya umur dengan mereka yang juga sedang
menanti keputusan keluar.
Bila ramai yang
mengikuti aktiviti mereka memeriahkan surau, banyak pujian dilemparkan buat
tiga pemuda ini.
‘ Allah yang gerakkan
hati setiap kami...Aku baru nak usaha perbaiki diri sendiri ’ detik hati
Sameer. Tanpa disedari dia mengukir senyum.
“ Kau fikir apa?” tegur
Awwab. Perasan Sameer tiba-tiba senyum sambil memandang ke sawah menghijau.
Angin yang bertiup sepoi-sepoi menambah ketenangan.
“ Tak ada apa…Aku
tengah menikmati keindahan alam…” ringkas saja jawapan Sameer sambil berdiri mengambil
gambar dengan kamera Canonnya yang disangkut di leher. Hanya itu gadget yang di
bawanya dalam kembaranya ke sini. Tiada telefon pintar atau gadget lain.
“ Bila dikenang masa yang dah berlalu, aku
kesal sebab banyak buang masa. Rugi sangat..” keluh Sameer sambil duduk
kembali di sebelah Awwab. Kamera
dilepaskan dari leher sebelum di letak ke tanah kering di depannya.
“ Sudahlah…Yang lalu
biarkan berlalu. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadi sempadan. Kita
fokus waktu sekarang dan masa depan. Moga hari demi hari kita akan semakin
dekat dengan Allah dan moga hari demi hari lebih baik dari semalam” pujuk Awwab
memberi kata perangsang.
“ Dah terubat hati?” usik
Awwab. Pernah sekali Sameer mengatakan dia ke sini untuk mengubat hati yang
kecewa dan luka.
“ Alhamdulillah rasa
lebih baik walaupun tak sepenuhnya pulih” jawap Sameer. Terpancar raut
ketenangan dari senyuman yang diukir.
“ Seronok. Mancing, kutip
buah di dusun, tebang daun pisang, macam-macam pengalaman baru aku dapat di
sini….selama ni tak pernah aku pegang cangkul, parang, segala tukul tu” Sameer
ketawa dengan bicara sendiri. Terlalu banyak pengalaman berharga yang dikutip
di sini.
Awsam mencapai kamera
sebelum menggambar diri sendiri pelbagai gaya.Selfie. Kejap pakai spect
hitam, kejap berdiri kejap duduk.
“ Ya Allah….Makin
banyak gambar dia….Penuh memori kamera nanti…” komen Awwab.
“ Biarlah…Untuk
pengubat rindu Sameer nanti. Haha” Awsam gelak dengan bicaranya sendiri.
“ Abang!” laung Hassan
ceria dari kejauhan. Berlari dia dan Hussin ke arah mereka.
“ Abang Yunus belanja
aiskrim…” beritahu Hassan setelah dia mendekat. Tercungap-cungap setelah
berlari. Hussin meletak plastik berisi aiskrim ke tanah selepas mengambil
aiskrim untuk dirinya.
“
Alhamdulillah…Rezeki…” mereka menyambung menikmati pemandangan sambil berbual
menikmati aiskrim.
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Setelah balik dari
sawah, mereka terus ke rumah untuk mandi sebelum ke surau untuk solat Maghrib.
Selepas menunaikan solat isya mereka pulang ke rumah bersama Pakcik Hambali dan
ketiga-tiga abang Awsam dan Awwab. Hassan dan Hussin turut serta.
Abang Ismail, Ayyub dan
Yusuf. Seindah nama mereka mudah mesra sebaik berkenalan dengan Sameer. Riuh
dan ada-ada saja gurauan di antara mereka Pastinya si kembar Hassan dan Hussin yang selalu diusik.
“ Tak malu lah Hassan
Hussin ni…Dah besar masih nak didukung…” perli Awsam. Saja bergurau.
“ Alah biarlah. Kita
nak bersayang-sayang dengan abang sendiri. Abang Ayyub,Abang Ismail dan Abang
Yusuf baik bukan macam abang Awsam” balas Hassan sambil menjulurkan lidah pada
Awsam. Tangannya membelit leher Abang
Ayyub yang mendukungnya. Hussin pula dalam dukungan Yusuf.
Ismail berjalan di
depan dengan Pakcik Hambali berbual-bual. Mereka sedikit tinggal di belakang.
“ Abang Awwab?” soal
Awwab.
“ Abang erm…Bolehlah
juga separuh baik. Kadang abang Awwab satu geng
dengan abang Awsam!” balas Hussin. Polos.
Perjalanan ke rumah
memang tidak sunyi ada-ada saja yang mencuit hati bagi Sameer bila bersama 7
beradik itu. Seronok ada keluarga macam ni detik hatinya. Dia lebih banyak diam
dan senyum.
Sewaktu makan dan
selepas itu juga macam-macam topik yang menjadi bahan bualan di antara mereka.
Pak Hambali seperti kawan dengan anak-anaknya. Sedar-sedar jam sudah menginjak
ke pukul sebelas. Asyik berbual antara Sameer, Awsam, Awwab dan ketiga-tiga
abang mereka.
Perbincangan mereka
bersama abang-abang itu membuatkan Sameer bertambah jelas matlamat hidup dan
hala tuju seterusnya. Memikirkan kursus apa yang akan diambil selepas ini, cara
kembangkan soft skills, kepimpinan dan sebaginya. Memang sangat membuka mata.
Surau tu banyak dana
kerana banyak belia-belia dari Felda itu yang berhijrah bekerja di luar kampung
menghulur sumbangan. Tempat jatuh lagi dikenang apa lagi tempat bermain dan
membesar. Ayyub yang mengusulkan membuat sesuatu aktiviti sementara Awsam dan
Awwab cuti. Belajar pegang tanggungjawap buat uruskan majlis.
Abang Ismail
mencadangkan untuk menghidupkan bacaan al-quran setiap hari sebelum masuk waktu
subuh. Dengarkan bacaan ayat suci itu dengan menggunakan pembesar suara. Kata
Pakcik Hambali, dia akan maklumkan cadangan itu pada tok ketua Felda dan ahli
jawatankuasa masjid. Jika mereka menyokong, baru akan dibawa sewaktu mesyuarat
perhimpunan ahli Felda nanti.
Sebelum tidur, mereka
bertiga menyambung cerita. Bertambah-tambah rasa segan Sameer bila mengetahui
abang sulung mereka Abang Ismail itu hafiz 30 juzuk, bekas mahasiswa lepasan
Universiti Kaherah. Kedua Abang Ayyub lepasan Universiti Turki. Abang Yusuf
pula seorang doktor. Awsam hendak menyambung pengajian bidang kejuruteraan di
Korea. Awwab pula berminat bidang mu’amalah, Kewangan Islam.
Sameer meluahkan
berbakul-bakul pujian dari hati. Seronok dan bertuah mereka mempunyai keluarga
itu. Rapat satu sama lain, abah yang penyayang, memang keluarga harmoni.
Hassan Hussin melangkah
masuk ke bilik mahu tidur bersama mereka malam. Awsam giat menggeletek badan
keduanya. Riuh suasana bilik dengan ketawa Hassan dan Hussin. Bila Awwab bersuara
menegur baru berhenti sesi geletek dari Awsam.
Sudah tengah malam ni. Esok
subuh tak terbangun nanti. Esok kita solat subuh jemaah di rumah dengan
abang-abang dan kakak-kakak. Satu nilai tambah, isteri abang Ismail dan abang
Ayyub selalu masak sedap! Siapa lambat bangun biar tak merasa!” gurau Awwab.
“ Selamat
malam…Assalamu’alaikum…” ucap Awsam sambil menarik selimut menutupi tubuh.
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Keesokan harinya kecoh
bila tabung masjid kana curi. Kunci bilik-bilik khas dikopak. Ada yang
berprasangka hendak menuduh Sameer tapi dia ada alibi kuat keberadaannya
semalam di rumah Pakcik Hambali,
Terang-terang dirinya tidur bersama Awsam, Awwab, Hassan dan Hussin.
Kalaupun Sameer keluar bilik pasti Awsam atau Awwab akan sedar kerana pintu
bilik tidur menghasilkan bunyi berkeriut bila dibuka. Polis tiba di tempat
kejadian. Pakcik Rahim pemilik warung
juga tampil membela Sameer berdasarkan prestasinya bekerja di warung. Syukur
Alhamdulillah. Lepas daripada fitnah dan tuduhan.
“ Rileks lah jangan marah.
Daripada membazir hilang pahala lebih baik kita fikir rancangan untuk hari jadi
ummi lagi dua hari” usul Awwab bila Awsam tidak henti-henti meluahkan rasa
tidak puas hati. Marah.
“ Hadiah dah ada…”
beritahu Awwab.
Sameer mencadangkan
untuk membuat kek. Selalu juga Sameer menemani adiknya Syahirah membuat kek. Tiba-tiba
terliur nak makan hasil buatan tangan sendiri. Awsam dan Awwab setuju saja
biarpun pada mulanya kurang bersetuju bila Sameer tidak mahu mereka
mengeluarkan belanja untuk membeli bahan. Gajinya bekerja di warung memang
belum terusik.
“ Kalau macam tu, kita
buat majlis doa selamatlah…Aku tetap nak guna duit gaji aku” usul Awwab.
“ Aku pun nak keluarkan
bajet juga. Iyalah ini gaji pertama aku kerja sendiri….” Ucap Awsam.
Awsam dan Awwab
menguruskan menempak khemah, menjemput jiran-jiran dan makanan lain sebaik
rancangan mereka diizinkan Pakcik Hambali. Abang Ismail, Ayyub dan Yusuf juga
dimaklumkan. Sayang sekali abang Ismail sekeluarga tidak dapat pulang kerana
dia sedang berkursus di luar Negara. Ayyub dan Yusuf juga akan pulang.
Sengaja Sameer memilih
membuat kek Tiramisu kopi. Satu bentuk bulat khas buat ummi, selain itu dibuat
lebih diberi pada keluarga Syamim, Pakcik Rahim dan jiran-jiran rumah Pakcik
Hambali. Duit gajinya tidak banyak terusik memandangkan makan hariannya di
warung sewaktu bekerja. Sebelah malam, bersama keluarga Pakcik Hambali. Itu
belum lagi undangan menghadiri jemputan ahli Felda yang mengadakan majlis. Memang
Sameer segan bila dijemput tapi ikut bila tuan rumah yang sendiri menjemput bersuara
depan-depan kepadanya barulah dia ikut serta.
Selalu jua ayah Syamim yang tahu dia kawan sekolah anaknya mengajak
singgah ke rumah mereka tapi Sameer
menolak dek kerana segan.
Ramai yang memuji kek
buatannya. Selain itu juga Sameer kuat hati untuk bersedekah sempena kesyukuran
dia habis berguru dengan Awwab dan Awsam tasmi’
hafalan juzuk ke 30. Kuih-kuih sampingan juga dia beli untuk majlis doa selamat
hari jadi ummi.
Lewat malamnya, Awsam
menerima sms dari ibu Sameer suruh
telefon. Pasti ibu menyimpan nombor Awsam setelah Sameer pernah menggunakannya
menghantar sms. Sameer menelefon menggunakan telefon awam biarpun Awsam
mengizinkan menggunakan telefonnya. Ibu meminta Sameer untuk balik sebab
adiknya Syahirah demam.
Memang biasa bila
satu-satunya adik dia ada itu demam Sameer yang menyediakan makanannya. Pujukan
Sameer mudah diikuti berbanding pujukan ibu. Bila Syahirah demam, masakan
Sameer yang dihias sedikit beserta pujuk-memujuk lebih effektif.
“ Balik je…Nanti-nanti
boleh datang lagi sini…Adik kau lebih perlukan kau…Kawan boleh di cari, tapi
hilang ahli keluarga tiada ganti”
“ Sahabat pun tiada
ganti.Walaupun ada kawan baru, tak akan sama dengan sahabat yang dah sekepala
sehati sejiwa” bidas Sameer.
“ Okeylah sahabat pun
tiada ganti. Cuma itulah maksud aku, sekarang ni adik kau lebih penting….”
Saran Awsam bernada memujuk.
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Pulang….
“ Terima kasih
pakcik…Rasa tenang berada di kampung ni... Banyak perkara yang saya belajar di sini. Warga kampung yang baik
hati dan peramah, macam-macam….Kalau nak sebut satu persatu memang sampai esok pagi
pun tak habis” seloroh Sameer membuatkan Pakcik Hambali senyum. Begitu juga
mereka yang ada di situ.
“ Kalau ada masa
lapang, datanglah lagi sini. Rumah kami bila-bila masa terbuka untuk kamu
Sameer ” ujar Pakcik Hambali saat berpelukan dengan Sameer.
Paling mengharukan tok
ketua Felda Seri Kembangan pun turun mengiringi pemergian Sameer yang sudah
rasmu menjadi anak angkat Pakcik Hambali tok imam surau. Awwab dan Awsam yang
membuka mulut mengesyorkan pada abahnya Pakcik Hambali semalam sewaktu mereka
berehat di ruang tamu.
“ Hadiah tanda kenangan
daripada kami…” Awsam menghulur satu beg kitar semula bewarna ungu.
Tok ketua Felda juga
memberinya satu beg hasil produk kampung untuk dibawa pulang.
Pakcik Rahim pemilik
warung tempat Sameer bekerja juga datang memberi nasi dalam plastik kecil
berlaukkan sambal ikan bilis dan bergedil daging. Alas perut dalam perjalanan.
Memang dalam diam Sameer suka makan bergedil itu sewaktu bekerja. Tidak sangka
mereka perasan tentang hal itu. Ummi iaitu isteri Pakcik Hambali membekalkan
roti sandwich sebagai alas perut sepanjang perjalanan pulang.
“ Susah-susah je….Ummi
pun bagi bekal pun untuk saya…..” ucap Sameer. Tak sangka Pakcik Rahim akan
datang ke situ. Sanggup meninggalkan isterinya seorang di warung. Sungguh
Sameer merasa terharu. Kehadirannya di Felda itu dihargai dan disambut baik
padahal bukannya lama cuma sekadar enam minggu. Kepulangan dipercepatkan kerana
panggilan ibu.
“ Tak apa…Rezeki
kamu….Hati-hati dalam perjalanan nanti. Jangan lalai dengan beg….Taulah
sekarang ni peragut banyak…” Pesan pakcik Rahim.
“ Jangan lupa hubungi
kami bila sampai….” Pesan Awwab.
Sameer melambai tangan
sebelum memboloskan badannya masuk ke dalam bas memilih tempat duduk. Kali in
juga tidak ramai penumpang.Masih banyak kerusi yang kosong.
Berakhirlah siri
penggembaraannya. Kini dia kembali ke kehidupan biasa. Menyambung cuti di rumah
keluarga kandung.
~~~TAMAT~~~
Sudi-sudikanlah tinggalkan komen dan kritikan... Kritikan anda sangat membantu untuk saya memperbaiki penulisan dalam karya seterusnya.
0 comments:
Post a Comment