Ads 468x60px

Friday, January 31, 2014

Pandang ke Bawah Usah Selalu Pandang Ke Atas [Versi 4]

Tajuk Asal: Kisah Sedih Pak Cik Tak de Duit Lain
Sekadar kongsi cerita.Sebak membaca kisah ni.. Mohon semua anak-anak mengambil iktibar dari kisah ni.. Pagi tadi:
Pergi ke bank, bayar hutang kat cash deposit atm. Di belakang, ada seorg pakcik berdiri.

Nak, boleh tolong saya?
Ya, boleh pakcik.
Tolong saya masukkan duit sbb selalunya ada pegawai yg tolong.
Hari ini cuti public cik..

Duit utk anak pakcik ya?
Ya.dia belajar di selangor - uia.

Duit dmasukkan utk anak pertama.
Berjaya.
Jumlah yg sama tapi kali ini ada rm10 5keping, rm50, rm100. Semua duit masuk dlm mesin tapi yg rm100 keluar semula. 2kali.

Pakcik ada duit lain?

Tak ada nak.

Sempat mata ini menjeling ke dlm porch pakcik itu(maafkan saya). Tinggal rm7 sahaja.

Hati mula tersentuh.

Cuba lagi masukkan.
Moga dpermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega tlihat di riak wajahnya.

Berlalu tapi perlahan..

Ingin kutahu dia naik apa..

Motor.
Dlm hujan renyai.
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu dberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh2 wahai anak2 kpd pakcik itu.

RM400 utk 2org anak.
Sikit utk dirinya memadai..

Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yg baik utk ABAH yg selalu saya sanjungi..

Kepada semua pelajar:
Belajarlah sungguh-sungguh utk membalas jasa ibubapa kita.. 
Read More »

Pandang ke Bawah Usah Selalu Pandang Ke Atas [Versi 3]

Adik ni baru mula bersekolah awal tahun ni 2014....


Pagi – pagi saya terima whatsapp gambar ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur.
Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut. Guru – guru ‘ topup’ untuk pelajar tersebut. Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi.

Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.

Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka.
Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.

Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini.

Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak. Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar.

Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka.

Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan meminta – minta untuk menagih simpati ramai.

Malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya. Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.

Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya. Saya juga ditunjukkan gambar anak – anak ini. Comel – comel dan gembira sahaja rupanya.
Seronok hendak ke sekolah seperti orang lain juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan lusuh, mungkin juga pemberian orang lain.

Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan – rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi.

Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah.

Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak orang lain.

Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak – anak, mana tahu ada rakan – rakan yang tidak bernasib baik.

Pasti hati kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka tidak semewah anak-anak lain. Tiada ipad, tiada tv mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah.

Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014. Alhamdulillah, masih ada yang berhati mulia untuk membantu.

Butiran secara ringkas.
Nama Sek: Sek Agama Integrasi Ar-Rahmaniah, Taman Dagang, Ampang
Nama Cikgu: Ustazah Khadijah Bt. Alang Abu Shuker
Nama Pelajar:  Nurkhatijah bt. Abdullah
Terima kasih kerana prihatin.
Read More »

Pandang ke Bawah Usah Selalu Pandang Ke Atas [Versi 2]

 Perkongsian dari Fb page Oh! Media
 

Demi anak pakcik ni sanggup menghantar anaknya. mereka tinggal di gombak dan hantar anaknya di IPG melaka.

Nak di jadikan cerita pakcik ni tersalah jalan masuk seremban dari gombak dan terus ikut bukit putus melalui kuala pilah untuk ke melaka melalui tampin. katanya lagi,mereka berdua beranak bertolak dari gombak pukul 3 pagi dan bersolat subuh di nilai kemudian meneruskan perjalananan dan sarapan di kuala pilah.

Mendengar cerita pakcik ni, dlm hati aku berkata, "balik dari melaka ni aku akan ikut jalan blk ke seremban ikut jalan yg pacik ni lalui td" ... bila sudah abis selesai di IPG (instutut perguruan), blk ja terus ikut jln tersebut iaitu dr melaka ke seremban melalui tampin dan kuala pilah. Boleh tahan juga jalan tersebut dgn selekohnya yg tajam dan lory lagi......

Cuba kita bayangkan pakcik ni dgn anaknya melalui jalan ni dgn beg dan bekalan mereka....sebak hati bila mendengar cerita pakcik ni... di kesempatan ini aku sendiri mempelawa pakcik ni pada ari jumaat ini "pakcik tak perlu la amik anak pakcik, nti saya akan hantarkan anak pakcik sekali ke gombak"....

Sayu hati lihat wajah seorg ayah yg sanggup bersusah payah utk anaknya agar anaknya sentiasa berjaya depan matanya sendiri... semoga Allah memberi rezki yg melimpah ruah pada keluarga pakcik ni....









Pada semua,hargai la ayah, bapa, walid, dady, papa, baba kita selagi mereka masih hidup... kasih mereka tidak pernah luntur utk kita yg bernama anak.

- Kisah dari, Kee Perantau Simpang Tiga.

Jangan ingat kita lah orang yang paling hidup susah, ramai lagi yang lagi hidup susah berbanding kita. Ingat juga, jangan kita sombong, kedekut ketika kita senang, kita belum tahu bagaimana kita di hari kita susah nanti. renung-renungkan dan selamat beramal!.



Nota dari owner blog: Wahai diri, usah memandang rumput di halaman orang lain. Sibukkan diri audit diri kita. T_T
Read More »

Pandang ke Bawah Usah Selalu Pandang Ke Atas [Versi 1]

Perkongsian dari Fb. Page 'Cinta Selepas Nikah'

menitis air mata membaca pengorbanan seorang ayah pada anaknya..
Sahabat-sahabatku..mari kita semua hargai jasa dan pengorbanan ibu dan ayah kita yg telah bersusah payah menjaga kita sejak kita masih kecil lagi
[Kisah Benar]

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti
pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku
mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin Ya Rabb....

- Izzuddin Fauzi
Read More »

Wednesday, January 29, 2014

Random (8)


Diri ini adalah hamba Allah...
Diri ini dijadikan khalifah Allah sama seperti manusia lain
Diri ini dipertanggungjawapkan setiap apa yang dilakukan di bumi ini. Semua akan dihisab di akhirat kelak.Allahu Allah...

Adakala diri ini lemah untuk terus melangkah
Lelah menepis dugaan, cubaan yang datang
Allahu Allah...Sungguh kemampuan kita terbatas.
Hanya kepada Allah tempat kita bergantung harap, merintih, mohon pertolongan.

Allah~~~~Allah....
Izinkan ku menangis....Sukarnya....
Diri ini hampir jatuh....
Pahit....I know, langkah harus diteruskan....
T_T ='(

Mohon doanya sahabat-sahabat...Moga Allah beri kita kekuatan iman dan hati untuk tsabat dan istiqomah di jalan kebenaran...Moga Allah kuatkan semangat kita untuk terus berlari di jalan menuju jannah ini.... =')

Read More »

Tuesday, January 28, 2014

Analogi 4 Bagaimana Jalan Kita Lalui Berbeza?

Bismillah...

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarkatuh

Hari ni kita akan memperkatakan tentang Jalan. Bagaimana Jalan Kita Lalui Berbeza?

Bergantung pada pemilihan kita. Setiap hari adalah perjuangan dan jalan yang kita pilih? Kanan, depan, kiri.

Kita perlu memilih kanan selalu. Kanan umpana kebenaran, jalan menuju Jannah. Kiri pula jalan kurang baik, sesat. Tak semestinya begitu. Ni analogi sahaja.

Depan selalu dikaitkan dengan maju atau bertahan.

Kiri, mengikut nafsu, hiburan dan dunia.

Jadi dalam setiap hari, pilihan kita.

Kanan: berjuang sepenuh hati dan semampunya
Depan: Bertahan.
Kiri: mengikut nafsu, duniawi dan hiburan.

Bila kita selalu memilih kiri, akan susah untuk patah balik dan cari jalan right track. Bila kita selalu ambil keputusan bertahan, tak boleh lama-lama di satu tempat sebab umpama di pesisir pantai. Lama-lama daratan itu akan terhakis. Kita akan tenggelam atau jatuh ke jurang.

Sebaiknya, kita berjuang semampunya dan istiqomah. Boleh ambil jalan bertahan tapi tak boleh selalu. Kena teruskan melangkah juga.

Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang di depan mata para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Nafsu dan godaan syaitan akan berusaha menyesatkan kita dan lalai dengan dunia. Setiap hari adalah perjuangan.

Seperti kata Imam Maliki, kita akan dapat berehat bila sudah meninggalkan dunia ni.

Alam barzakh kita rehat atau diseksa hingga datangnya hari perhitungan (hisab). Lepas amalan kita dipersoalkan, berada di alam akhirat keputusan ada dua. Syurga atau neraka. There's no turning back bila kita dah meninggal dunia. Allah ada sebut tentang ada manusia yang minta dihidupkan kembali di dunia sebab takut diseksa. INGAT!!!!
  
Nota untuk diri sendiri sebenarnya...
Read More »

Sunday, January 26, 2014

Random (7) If I let You Go

Bismillah...

Assalamu'alaikum warahmatullah....

But if I let you go I will never know
What my life would be, holding you close to me
Will I ever see you smiling back at me?
How will I know
if I let you go
But if I let you go I will never know
oh baby
Will I ever see you smiling back at me?
oh yeah
How will I know
if I let you go ?
- Westlife, If I let you go


Suatu ketika dulu, itulah lagu yang selalu kita kumandangkan...Kenangan indah memori saat kita membesar bersama.

Sahabat,
Jujur....Diri ini pernah rasa takut.
Terfikir kemungkinan.
Seiring waktu berjalan,
kita semakin menjauh.
Masing-masing sibuk dengan kesibukan.
Jalan yang kita lalui sudah berbeza.
Mungkinkah persahabatan kita akan makin menjauh? T_T
Tapi diri ini still remain you close to my heart.

Alhamdulillah, alhamdulillah thumma alhamdulillah...Syukran sahabat. Jazakunnallah khair wa ahsanal jaza. Memang tak dapat nak pastikan setiap hubungan tu tapi alhamdulillah syukur masih ada seorang dua. =)

Sekarang ni, walau kita jarang meluangkan masa bersama dalam dunia realiti, sesekali berhubung guna kemudahan internet, dalam doa kita bertemu ya sahabat-sahabat. Memang sakit bila rindu mula hadir dalam diri. Hanya doa dipanjatkan kepada Allah Sang Pemilik hati makhluk yang hamba sayangi tu. =')

Jauh di mata
Tapi dekat di hati....
Read More »

Random (6)

Bismillah

Assalamu'alaikum warahmatullah...

Perkongsian santai dan ringan. Untuk hari ni lirik lagu.

1) Tetap jalani hidup ini,
hidup adalah anugerah.
- Indonesian song


2) Aku tak ingin,
kau menangis bersedih
Sudahi air mata
Darimu.....
 - Indonesian song


3) Walau jauh
Akan ku gegas berlari
Walau tinggi bisa ku terbang di langit
Walau sedalam mana akan ku selami
Kerna cinta sedalam itu mekar bila ku dekat padaMu
 [Kali ni, kita kaitkan dengan cinta pada Allah ye]
-Yusry, Dekat Padamu

Kita kata kita mengharapkan Allah. Cukuplah Allah sebagai pelindung. Its time to apply that in life.Semangat!!!! Teruskan optimis dan melangkah di jalan kebenaran....Allah ma'ana(bersama kita).


Read More »

Saturday, January 25, 2014

Analogi 3 [Muhasabah]

Bismillah...

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarkatuh

Hari ni dah berapa hari bulan? Dalam satu tahun ada 365 hari. Jadi tolak hari-hari yang sudah berlalu tahun 2014 ni.

Bayangkan kita ada 365 halaman kertas buku. Itulah peluang untuk kita isi. Just keep doing and writing. Masa terus berlalu tanpa menunggu kita.

1)
Kena selalu audit diri. Cari jalan to solve bukan cari alasan. 24 jam sehari tu kena audit. Manalah tau kita terlebih invest dalam hiburan.Kena review semula performance diri kita. Mana yang baik, teruskan. Yang kurang baik tu, kurangkan dan buang =.=


2)
Mungkin saja, kita rasa prestasi performance kita di tahun baru ni dah okey. Tapi bila dilihat, rupanya kita semakin jauh dari Allah. Hubungan dengan Allah terabai. Na'uzubillah min zalik ya Allah....Jauhkan kami dari itu....Itu namanya istidraj.

3)
Aktifkan benteng diri kita setiap masa. Kita ni mudah goyah. Tetaplah istiqomah dan aktifkan pagar diri dari serangan musuh yang nyata mahupun yang tersembunyi. Amalkan bacaan quran dan zikir agar terus dalam lindungan Allah dari bencana, merbahaya dan serangan yang cuba untuk mencelakakan diri kita.

4) Ibarat pie chart. Dalam 24 jam yang kita ada tu, kita kena isi. Terpulang apa yang kita mahu.

-> Theory/plan, action/apply, review previous performance dan sebagainya. Kita cuba untuk
pastikan ada performance. Bukan constant 0. Tapi lumrah ada menaik, menurun. Selagi kita hidup, memang nadi kita ada macam dalam gambar ni kan?




Nota: Tak semua kita dapat analisis. -.-

Please do remain me in ur du'a ya sahabat-sahabat sekalian.....

Read More »

Friday, January 24, 2014

Analogi 2 [Persahabatan]

Bismillah..

Assalamu'alaikum warahmatullah...

Dalam persahabatan umpama kita menanam sebiji benih. Proses setiap biji tu tak sama dengan yang lain. Begitu juga waktu berbuah dan waktu buah itu masak. Umpama setandan pisang, tak sama masak. Tambahan, rambut sama hitam, hati lain-lain. Pattern diri kita ditentukan bergantung pada cara hidup keluarga, persekitaran, bidang dan sebagainya.

Teringat phrase melayu. 'Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak'

Its ok to do that. Tapi bila terlalu banyak nak monitor,  akan ambil masa yang lama untuk kita petik hasilnya. Sangat berbeza tumpukan perhatian pada 3 daripada beri perhatian siram 15. Mungkin saja bila banyak tu, akan ada yang lupa atau tak sempat diberi perhatian.

Terkait dengan analogi botol yang ana pernah kongsi di post lalu. Bila terlalu banyak perlu diperhatikan, kita akan rasa tertekan.

Selain tu juga, qualiti pun terjejas bila quantiti terlalu banyak.

Rezeki Allah itu luas dan universal. Ada orang yang murah rezeki ada keluarga bahagia rapat satu sama lain, ada yang kaya harta, ada yang sederhana tapi Allah kurniakan akal yang bagus dan selalu berjaya dalam ujian Allah nak dia lalui dan sebagainya. 

Moralnya: Terkadang kita kena lepaskan sesuatu pergi dan berlalu. 'Tak semua kita suka itu baik untuk kita dan boleh jadi apa kita benci itu baik sebenarnya untuk diri kita.(Baqarah 216.Sila rujuk ye untuk lebih jelas dan betul)
Read More »

Thursday, January 23, 2014

Analogi 1 [Memancing]

Bismillah...

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh.

Alhamdulillah hari ni diilhamkan Allah tentang sesuatu. Mengenali orang dari caranya saat memancing. Sepertimana kita boleh kenal watak seseorang dengan musafir bersamanya, kali ini ana terfikir dengan memancing.

Random sebenarnya pilihan nama langsung tidak ada kaitan dengan orang tertentu.

Situasi: Mereka baru pertama kali turun memancing.

1) Nurina: Cepat belajar dan adopt dengan environment dan orang yang ada teman memancing bersama. Boleh pilih tempat port dia nak. Dia dapat adjust diri ikut keadaan. Umpama biar dimanapun dia, dia akan mampu survive dengan izin Allah. Mampu bina pulau dan mentadbir. Lebih kurang macam tu lah. Teringat phrase melayu dengan maksud macam tu lebih kurang maksudnya sebiji benih dicampak ke lautan akan menjadi pulau.

2) Mawar: Tak pernah memancing tapi ada pengalaman menangkap udang. (contoh sahaja). Pengetahuan boleh dimanfaatkan untuk dakwah.

3) Islah: Dapat go with the flow. Dia adjust  agar masuk dengan keadaan tu. Lepastu trial-error alternatif yang ada untuk diadaptasi ikut cara dia.

4) Qowi: Perlu bimbingan dan perhatian. Lebih kepada spoon feed. Semangat dan kemahuan tu ada. Mungkin saja dia ambil masa yang lama untuk adjust diri dia dengan keadaan dan suasana yang baru.


 Jangan bimbang jangan tertekan. Setiap insan ada kelebihan dan kekuatan dan kelemahan. Each person have unique colour. Kadang cara solution mungkin sama dengan insan X contohnya. Di samping ada insan R ambil resepi/formula insan T lepastu dia ubahsuai ikut cara dia(selagi tak bertentangan dengan syarak). That colouring the life lebih berwarna-warni.





Read More »

Wednesday, January 22, 2014

Masa Suntuk

Dalam sehari, kita ada 24 jam. Satu minggu ada 7 hari. Satu tahun ada 365 hari. Tanggungjawap dan kesibukan harian banyak dan kita merasa masa yang ada terhad. Kena pandai bahagi masa. =.=

Dilema 1: Nak banyak menulis dalam blog ni dan menulis cerpen pendek.

Dilema 2: Tanggungjawap harian sebagai Hamba Allah, anak, adik-beradik, pelajar, disiplin diri, kebersihan, ibadah harian.

Dilema 3: Istiqomah dan mujahadah dengan azam yang cuba dicapai. Setentunya akhlak mahmudah(baik) dan cuba megikis akhlak mazmumah (kurang elok) dalam diri.

Sungguh kemampuan kita terbatas. Sekali lagi, kembali pada ayat 216 surah Baqarah. Belum tentu apa yang kita nak itu baik dan boleh jadi apa yang kita kurang berkenan itu baik untuk diri kita.

Ada sesetengah benda kita kena lepaskan sebab ada yang lebih penting untuk diberi perhatian dan lakukan. Bersabarlah dan terimalah dengan hati yang terbuka.  Setiap seorang diri kita berbeza ujian dan coraknya. Setiap diri kita umpama sehelai kain putih  sepertimana hadith:

hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewamakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi ... (riwayat Bukhari dan Muslim)

 Macamana kalau pendidikan yang diberi ibu bapa kurang? Jangan salahkan mereka tapi cuba untuk baiki keadaan. Allah kurniakan kita manusia ini akal dan sebaik baligh kita dipertanggungjawapkan setiap kata dan perbuatan yang kita lakukan. Jadi cuba untuk memperbaiki diri. Secara ringkasnya, acuan didikan dan cara hidup ibu bapa dan persekitaran mencorakkan diri kita.

Selain daripada itu, kemampuan setiap diri kita berbeza. Ada yang petah berbicara dan pandai berbual dengan orang, ada yang lebih suka diam tapi luas ilmunya sebaik melafazkan kata-kata, ada yang handal menggunakan gadget terkini dan sebagainya. Jangan kecewa dengan dirimu. Kita perlu optimise kemampuan diri kita. Terus menggali cuba mengenal kemampuan dan kelebihan yang ada pada diri kita. Ada yang merasa maths itu mudah, ada yang lebih merasakan subjek lain lebih 
mudah. 

Preferable minat kita tidak semua sama. Ada yang mudah untuk bangun tahajud, ada yang mudah pandai mengajak orang lain ke majlis ilmu dan masjid, ada yang mudah banyak bersedekah dan infaqkan harta, berpuasa dan sebagainya. Cheer up. Memang lumrah ada perbezaan. Yang penting cari persamaan atau 'chemistry'.Contohnya kita umat islam sama saja walau berbeza bangsa dan bahasa tapi kita sama-sama menyembah Allah, solat 5 waktu. Fikrah mungkin berbeza contohnya mungkin saja kawan kita mengikuti jemaah tabligh dan sebagainya. Raikan kebersamaan dan manfaatkan untuk keperluan ummah dan dakwah in syaa Allah. Moga kita terus diberi petunjuk Allah dalam kebenaran di jalan menuju syurga.


Read More »

5 Pengajaran

Bismillah...

Assalamu'alaikum warahmatullah...

Ana nak cabar diri senaraikan 5 ibrah yang dapat diambil:

1) Air pantai pun boleh berubah arah apatah lagi hati manusia yang berbolak-balik.
"Jangan terlalu membenci seseorang.. Mungkin suatu hari nanti, orang yang kamu benci itulah yang akan menolong kamu di waktu susah.. Boleh jadi juga, orang yang kamu banci itulah yang bakal jadi suami / isterimu.."

2) Kuasa Allah nak bagi hidayah pada hambanya, tak kira siapapun hamba itu. Allah Maha Menerima taubat hambanya....

Jangan kita kritik orang sebagai jahat atau cop mereka sebagai ahli neraka. Boleh jadi mereka lebih baik dari kita, mungkin ada amalan yang disukai Allah yang insan itu lakukan dalam diam kita tak tahu. Contoh mudah: Dia meluangkan masa setiap malam bermunajat pada Allah. Masya Allah....


3) Bila-bila Allah boleh ambil balik nikmat. Orang kita sayang meninggal ke sisi Allah, benda kita suka hilang atau dicuri, diberhenti kontrak/kerja dan sebagainya.
Daripada Allah kita datang, dan kepadaNya jualah tempat kita kembali.

4) Komen yang disampaikan salah seorang juri jemputan dalam program Pencetus Ummah di siaran Astro Oasis lebih kurang berbunyi begini:
'Kamu pencetus ummah bukan penghibur ummah. Joke dalam penyampaian boleh, tapi kalau banyak sangat akan jadi darah tinggi'

5)  Apa yang kita tanam dan usahakan, itulah yang kita tuai.Contoh: Kalau nak gred A, usaha pun kena usaha tahap gred A jugak.


Read More »

Saturday, January 18, 2014

Random (5)

Bismillah....

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh....

Hari ini in syaa Allah perkongisian santapan ringan. =)

Bila mengingatkan lagu hari raya, lagu apa yang ada dalam fikiran korang? Kalau ana....

1)
Masih ada yang sayang padamu....
Masih ada yang rindu padamu....
Usah dikesalkan dirimu...
Senyum-senyum selalu....

Cheer Up! Lumrah bila semakin dewasa, masa terhad. Kita beruntung sebenarnya. Setiap orang Allah tetapkan rezekinya. Cuba fikir-fikirkan. Nikmat yang Allah beri kita.

Nikmat Kesihatan,  sempurna anggota dan pancaindera, ada rezeki makan dan minum dan macam-macam lagi. Pandanglah ke bawah selalu usah setiap masa setiap detik memandang ke atas. Masih ramai yang menderita dan kurang beruntung.


2)
Yang jauh, kita dekat-dekatkan,
yang dekat, kita erat-eratkan.


Pelik? Biasalah. Setiap orang tak sama. Ibarat kita memandang keluar dari tingkap yang sama. Seorang mungkin memandang pokok-pokok, seorang memandang kereta, seorang menikmati angin atau pemandangan. 

Senyum.  Tetaplah ceria dan optimis~ Setiap hari adalah peluang untuk kita. Seperti kata-kata Hassan al-Basri:

O Son of Adam, you are only a number of days. Whenever a day passes, a part of you passes away.


In syaa Allah semoga kita bertemu kembali dengan bulan Ramadhan dan Aidilfitri. Bulan yang selalu keluarga berkumpul dan banyak meluangkan masa bersama berbanding bulan-bulan lain. Semangat~!



Read More »

Friday, January 17, 2014

Motivasi 6



  


 

Satu tahun : 365 hari. Sekarang dah 17 Januari. Jadi 365-17= 348 hari. Masih ada masa dan peluang....

Mari kita berhijrah ke arah yang lebih baik. Remind me because I am not always right. I may be in a wrong position or having incorrect opinion. Lets reminding each other....In syaa allah...

p/s: Please remember me in your du'a....
Read More »

Wednesday, January 15, 2014

Random (4)

Bismillah...

Assalamu'alaikum warahmatullah wabaratuh...

Hmm...Hari ni ana ada satu analogi. Satu hari ibarat minum air satu botol penuh. Setiap hari kita kena minum habiskan satu botol tu. Kalau tak, akan banyak botol yang berkumpul sebab tak habis lagi. Bila lama-lama macam tu, kita akan tertekan dan stress. Sebab kita rasa terbeban.

Perkara Pertama:
Sebab tu, kita kena tahu kemampuan kita. We need to know our limits. If its beyond our limit, step back. Ibarat bila langkah kita menghampiri pagar, takkan kita nak terus maju sedangkan ada batas pagar. (Ana sedang membincangkan bab know our limits bukan tetap bertahan dalam zon selesa. Tak payah buka bab itu nanti complicated pulak. )

Contohnya: Kita nak capai target 5 pusingan berlari dalam trek. Untuk tahap fit kita tetapkan untuk diri sendiri.

Step 1: Kena biasakan diri dulu bersenam.
Step 2: Cuba berlari semampunya. Mungkin saja dalam satu larian tu cuma mampu 3 pusingan.

Step 3: Bila kurang sihat atau banyak benda nak dibuat yang perlu perhatian (kerja, urusan di rumah, kerja sekolah, dan sebagainya) mungkin kita hanya mampu buat satu pusingan je satu sesi. Kalau hujan, mesti tak dapat lari di trek kan. Mungkin saja inisiatif lain meluangkan masa di gimnasium atau senaman dalam rumah.

Step 4: Bila waktu cuti, baru dapat lakukan 5 pusingan larian dan lebih banyak dari waktu kebiasaan.

# Yang penting istiqomah@ berterusan.Setiap hari kita kena minum air putih kan dalam quantiti yang disarankan oleh doktor. Kalau kurang setiap hari atau tak minum air putih langsung, kita akan dehydrated yang mengundang penyakit hinggap pada kita.  


Perkara Kedua:
Q- Tak boleh ke kita sambung esok harinya? Kalau bab kerja, boleh aje kan macam tu? Kerja di pejabat sebaiknya tinggalkan di pejabat supaya masa dengan keluarga lebih berkualiti.

Jawapan: Ya boleh je kalau macam tu. Bergantung pada kemahuan kita. Kalau kita lebih suka cara macam tu, kalau tak siap hari ini sambung esok hari. Cuma itulah. Tiap hari akan ada lagi kerja baru, sesuatu yang nak diselesaikan . Bila banyak, kita akan tertekan. Sebab itu, sebaiknya kerja hari ini diselesaikan hari ini.

Know your limits. Lepastu tetapkan saranan. Kalau ada satu kerja, pecahkan jadi tasks kecil ikut kemampuan kita nak diselesaikan.


Perkara Ketiga:
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." 
(Surah al-Baqarah: 216)

Lumrah . Kita ada banyak idea, macam-macam nak dibuat. Tapi kita ada masa yang terbatas jadi ada sesetengah perkara kita kena lepaskan. 

Ya kita mampu untuk melakukan tapi kemampuan dan masa kita terbatas. Kena pastikan prioriti kepentingan. Mana yang WAJIB kita lakukan, VERY IMPORTANT, IMPORTANT, penting tahap sederhana, penting tahap rendah.


Sekian, terima kasih. Kalau kurang jelas apa yang ana nak sampaikan, tak apalah. Tak penting pun... Sekadar perkongsian.....=)
Read More »

Tuesday, January 14, 2014

Jawapan Uji Minda (Keluaran 2)



1) Di dalam islam, ada empat bulan haram. Apakah nama bulan-bulan haram itu.
- Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.


2) Nama manusia pertama di cipta. 
- Nabi Adam 'Alaihissalam.

3) Nama ibu kepada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
- Aminah binti Wahab

4) Nama ayahanda Rasulullah.
- Abdullah bin Abdul Mutallib.

5) Nama tukang sikat kepada anak Firaun yang menyembah Allah. Dia disiksa atas keimanannya. 
- Masitah.

6) Ayat-ayat al-quran tidak diturunkan oleh Allah sekaligus tapi berperingkat-peringkat mengikut keperluan umat islam. Berapa tahun tempoh ayat al-quran diturunkan.
- 23 tahun. 13 tahun di Mekkah(Makiyyah), 10 tahun di Madinah(Madaniyyah).

 7) Nama khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah pemimpin mulia dan agung. 
- Abu Bakar As-Siddiq.

8) Sultan islam yang berjaya menakluk Constantinople. Rasulullah sebutkan ciri-cirinya: 

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera…(Hadis riwayat Imam Ahmad)


- Sultan Muhammad al-Fateh.


9)  Umur Rasulullah saat menerima wahyu pertama.
- 40 tahun.

10) Rasulullah berkahwin saat berusia 25 tahun dengan isterinya yang ketika itu berusia 40 tahun. Siapakah ummul mukminin itu?
- Siti Khadijah.
Read More »

Monday, January 13, 2014

Uji Minda (Keluaran 2)



Assalamu'alaikum warahmatullah...

Alhamdulillah bertemu lagi dalam sesi uji minda keluaran kedua. Jom semak dan cuba jawap! All the best sahabat sekalian. 

1) Di dalam islam, ada empat bulan haram. Apakah nama bulan-bulan haram itu.

2) Nama manusia pertama di cipta. 

3) Nama ibu kepada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

4) Nama ayahanda Rasulullah.

5) Nama tukang sikat kepada anak Firaun yang menyembah Allah. Dia disiksa atas keimanannya. 

6) Ayat-ayat al-quran tidak diturunkan oleh Allah sekaligus tapi berperingkat-peringkat mengikut keperluan umat islam. Berapa tahun tempoh ayat al-quran diturunkan.

 7) Nama khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah pemimpin mulia dan agung. 

8) Sultan islam yang berjaya menakluk Constantinople. Rasulullah sebutkan ciri-cirinya: 

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera…(Hadis riwayat Imam Ahmad)


9)  Umur Rasulullah saat menerima wahyu pertama.

10) Rasulullah berkahwin saat berusia 25 tahun dengan isterinya yang ketika itu berusia 40 tahun. Siapakah ummul mukminin itu?


Tunggu esok ye untuk jawapan in syaa Allah. Stay tune~~
Read More »

Sunday, January 12, 2014

Random (3)

Bismillah...

Assalamu'alaikum warahmatullah....


Sekeping hati dibawa berlari...
Jauh melalui jalanan sepi...
Jalan kebenaran indah terbentang..
Di depan mata para pejuang...

Tapi...
Jalan kebenaran...
Tak akan selamanya sunyi..
Ada ujian yang datang melanda..
Ada perangkap menunggu mangsa....

Begitulah bait-bait lirik lagu kumpulan Saujana bertajuk Suci Sekeping Hati.

Setiap hari perlukan perjuangan. Melawan hawa nafsu dan godaan syaitan yang sentiasa cuba untuk menyesatkan kita umat manusia dari kebenaran. Pelbagai dugaan kita kena lalui untuk tetap berdisiplin, untuk istiqomah mencapai azam yang telah dibuat dan sebagainya.

Lumrah. Dalam kita melangkah ke depan, akan ada onak duri dan konflik yang kita kena tempuhi. Walau apapun ia, ana doakan, moga Allah bantu kalian dan permudahkan urusan yang sedang kalian hadapi. Ihfazillah, yahfazka- Jagalah Allah, Allah menjagamu. Fa iza 'azamta fatawakkal 'alallah- Setelah kamu berazam, maka bertawakkal lah, berserah pada Allah.

' Kalau bukan sebab dosa-dosa kita disembunyikan Allah, entah-entah tiada siapa pun yang mampu puji-memuji antara satu sama lain'-quoted


Read More »

Friday, January 10, 2014

Random (2)

Bismillah...

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh.

Kali ni ana nak sentuh bab umum. 

Yang pertama, ilmu dan amal saling berkait. Ilmu seperti yang kita tahu ia adalah pengetahuan. Apa yang kita baca, dengar, lihat dan sebagainya. Lebih kepada theori input yang kita dapat.

Amal pula ialah applying & practising the knowledge that we get and know. Secara ringkasnya, kenapa ilmu dan amal berkait rapat ialah umpama besi, asalnya besi ni secara raw nya mahal kan dan dapat dimanfaatkan untuk pelbagai. Buat tools ke, kereta dan sebagainya. Tapi besi tu kita kena olahkan. Perlu diolahkan in action untuk dibentuk untuk menghasilkan sesuatu yang bermanfaat. Jika dibiarkan besi tu terbiar lama, besi itu akan berkarat.Begitu jugalah ilmu. Ilmu yang kita simpan dalam minda dan diri tu kalau tak diamalkan dan dikongsi, lambat-laun ia akan hilang begitu saja. Rugi kan? Sedangkan di akhirat nanti kita akan disoal 5 perkara sepertimana hadith yang diriwayatkan:

Sabda Rasulullah SAW bermaksud ; (Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat di hadapan ALLAH sehingga disoal tentang lima perkara; tentang umurnya, waktu mudanya,dan hartanya daripada mana ia dapat dan bagaimana membelanjakannya, dan apa yang dia amalkan daripada ilmunya).( Riwayat  Ibnu Hibban & Tarmizi )


Syair Imam Syafie yang ana ketahui dari Allayarham Ahmad Ammar.
Merantaulah…
Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang


Merantaulah…
Kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan
Berlelah-lelahlah,
manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang

Aku melihat air menjadi rusak karena diam tertahan
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang


Singa jika tak tinggalkan sarang, tak akan dapat mangsa
Anak panah jika tak tinggalkan busur, tak akan kena sasaran

Jika matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang

Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang

Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan

Tentang Allayarham Ahmad Ammar, pemergiannya dari muka bumi ini menghidupkan hati ramai manusia yang leka dan lalai. Kalau ada yang masih belum tau kisah tentangnya, boleh rujuk internet sebab banyak yang maklumat yang ada. In syaa Allah tak rugi kita mengenali tentang beliau. Mari kita sama-sama sedekahkan al-fatihah untuknya. Al-Fatihah....

Akhirnya, marilah wahai sahabat-sahabat, selagi kita masih berpeluang hidup di muka bumi ini untuk bangkit dan optimise kelebihan yang Allah bagi buat diri kita. Setiap kita ada kelebihan yang Allah bagi dan pelbagai nikmat, jadi marilah manfaatkan nikmat yang Allah beri tu sebelum ditarik kembali oleh Allah....

# Peingatan untuk diri ini dan sahabat-sahabat yang membaca. Kenang diri ini dalam doa kalian. Moga Allah bantu kita tsabat di jalan kebenaran.
Read More »

Thursday, January 9, 2014

Random (1)

Bismillah....

Assalamu'alaikum warahmatullah....

Alhamdulillah masih diberi kesempatan Allah untuk menulis. Mungkin lepas ni ana akan menulis banyak random post. In syaa Allah. Rancangan diri...

Hari ni ana nak sentuh bab syukur. Sepertimana ayat dalam al-quran surah Ibrahim ayat 7:


Lain syakartum laazidannakum walain kafartum inna adzaabi lasyadid
Ertinya: “......Barangiapa mensyukuri nikmat-Ku, maka akan Ku tambahkan nikmat baginya. Dan barangsiapa kufur terhadap nikmatKu, sesungguhnya adzab-Ku amat pedih.” (Q.S. Ibrahim : 7)

Jelas dalam ayat ini Allah bagitau yang kalau kita bersyukur, Allah akan tambah nikmat yang Dia berikan untuk kita. 
Contohnya: Setiap hari kita dapat makan nasi, satu jenis sayur, ada lauk ikan/sotong/udang/ayam/daging ke, alhamdulillah....Beruntungnya diri kita sebab masih ada saudara kita di luar sana yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada yang dapat makan nasi satu kali je. Apatah lagi saudara-saudara islam kita di Palestin, Syria dan pelbagai tempat yang lain yang sedang menderita ju'uk (kelaparan, kebuluran) subhanallah....Kita di sini sedang elok bersantai, ada rumah, baring di tilam yang empuk. Allahu robbi....Macamana nanti kita di akhirat saat ditanya dipersoalkan bantuan yang kita hulur buat mereka? 

Allah...Allah....Allah...Ampuni diri kami Ya Allah...Atas kelemahan diri kami....

Kami tak kerja lagi la kak tak boleh nak kirim bentuk kewangan....Kalau nak hulur tenaga, keluarga tak kasi datang ke Palestin, Syria semua tu....

Senyum. Wahai adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, pakcik-pakcik, makcik-makcik....Kita kan ada Allah? Doa tu senjata orang mukmin. Boleh je kita kirimkan doa buat saudara-saudara kita yang sedang berjuang di manapun mereka berada. 

Cari jalan, bukan cari alasan. =)

Akhir kalam, yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri kita sendiri. Ana menulis bukan lebih untuk mengingatkan diri ini dan berkongsi ilmu dan idea. Moga Allah bantu kita kuatkan iman dan hati kita untuk tsabat di jalan kebenaran, dan terus berlari menuju syurgaNya. Amin amin amin....



Read More »

Wednesday, January 8, 2014

Muhasabah 1 (Random Topic)

Bismillah....

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Muhasabah peringatan untuk diri ini.....

1) Tak semua kita inginkan, kita akan dapat. Ada masanya kita kena lepaskan pergi. Tak semua benda kita rancang, akan berjalan lancar. Perlu ada alternatif plan B, C.Kalau konflik R muncul macamana, expect any possibilities. Usah menyerah sebelum berjuang.

2) Dalam hidup, kita perlu banyak menanam tapi tak semua biji itu akan tumbuh dan berbuah. Begitu juga dalam persahabatan. Kita sayang, tapi mungkin saja orang kita anggap dan harap jadi sahabat kita tu tidak ada menyimpan harapan yang sama untuk rapat dengan kita. Allah knew well whats the best for each of us.

3) Berhenti berharap pada makhluk sebab tidak setiap masa mereka ada untuk kita. Mereka mungkin sibuk dengan tanggungjawap dan amanah yang harus dipikul. Please the one and only, ALLAH. Kita tak akan kecewa berharap pada ALLAH. HE knew whats the best for us.

4) Mudah untuk meraih pahala. Mudah juga untuk hilang dan bertambah dosa. Iman yazid wa yanqus. Iman itu bertambah dan berkurang. Riak dan bangga pun buat pahala amalan kita hangus sekelip mata. Beware wahai diri~

5) Manusia suka tergesa-gesa semua benda harap terus dapat. Kita kena berusaha untuk mencapai agar kita lebih menghargai. Sifat tergesa-gesa tu daripada syaitan. Kadang kita lupa... Moga ALLAH bantu kita jadi orang yang sabar.

6) Ya ALLAH, jadikanlah dunia di tangan, akhirat dalam hati dan matlamat utama kami. Jangan biarkan kami lalai dengan nikmat dan hiburan dunia ya Robb... =/

7) Setiap apa yang kita miliki milik ALLAH. Bila-bila masa ALLAH boleh ambil. Orang kita kasihi, benda yang kita suka dan sayang dan sebagainya.

8) Hidup kita di dunia ni hanya sementara bila-bila masa akan diambil pulang oleh ALLAH. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Daripada Allah kita datang, dan kepada Allah jualah tempat kita kembali.

9) Setiap hari adalah perjuangan. Melawan nafsu, istiqomah disiplin, melawan godaan syaitan dan iblis yang sentiasa berusaha menyesatkan umat manusia agar masuk ke neraka. nauzubillah..

10) Bayangkan, kita mempunyai 2 orang sahabat.

Kawan A- Selalu ceria, semangat, optimis dalam hidup. Bila bercakap dengan kita dia begitu fokus dan menghargai setiap detik yang diluangkan dengan kita. Bukan sekadar meluangkan masa bersama, acuh-tak-acuh.

Kawan B- Acuh-tak-acuh. Kurang menghayati masa yang diluangkan masa dengan kita.

Setentunya kita akan lebih menyayangi kawan A kan? Kita akan rasa lebih dihargai dan suka meluangkan masa bersama kawan A?

Cuba kita muhasabah hubungan kita dengan ALLAH. Adakah kita menghargai dan qualiti masa yang kita luangkan bagaimana? Saat solat,baca quran, berzikir dan sebagainya. Adakah tergesa-gesa sekadar buat atau macamana. Tak perlu jawap cukup tanya diri.

Tepuk dada, tanya iman.
Read More »

Tuesday, January 7, 2014

Jawapan Uji Minda (Keluaran 1)



Bismillah....

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

Tanpa membuang masa, jom semak jawapan

1) Berapa surah yang ada dalam al-quran?
- 114 surah

2) Surah apakah yang digelar sebagai Ummul Kitab?
- Surah al-fatihah. Surah yang pertama dalam susunan.

3) Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam adalah rasul utusan Allah yang terakhir pada umat manusia. Bilakah tarikh kelahiran baginda? 
- 12 Rabiulawal tahun gajah bersamaan hari Isnin 20 April 571M. (maklumat tambahan taqwim tahun hijrah dimulakan di zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab)

4) Malaikat Jibril telah ditugaskan Allah penghantar wahyu pada Rasulullah. Apakah ayat dan surah yang pertama diturunkan oleh Allah pada Rasulullah? 
-Surah al-alaq ayat 1-5.  tempat diturunkan: gua hira.

5) Apakah peristiwa Rasulullah naik ke langit. 
- Peristiwa Isra dan Mikraj. Berlaku pada 27 Rejab.  Kisah perjalanan rasulullah dari masjidil haram ke baitul maqdis dalam masa satu malam dengan kuasa Allah.

6) Apa nama solat sunat yang kita lakukan di siang hari selepas waktu Syuruk dan habis sebelum masuk waktu Zuhur? Hint: sinonim dikenali untuk mohon rezeki dari Allah.
- Solat sunat Dhuha.

7) Siapa nama malaikat yang ditugaskan mencabut nyawa?
- Malaikat Izrail.

8) Apa bulan selepas bulan Ramadhan? Bulan apakah ia? Sila jelaskan secara ringkas.
- Bulan Syawal. Bulan kemenangan bagi umat islam setelah berpuasa selama satu bulan di bulan Ramadhan.

9) Siapa rasul Allah yang lahir tanpa bapa atas izin Allah lahir ke dunia dengan sempurna. Dikenali sebagai ruhillah.
- Nabi Isa. Ibunya bernama Maryam.

10) Sila sebut waktu solat yang 5.
- Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, Isya.

Macamana? Betul semua? Mabrouk.....Syukran kerana sudi menjawap. Sila mengikuti keluaran yang akan datang in syaa Allah.....


Read More »

Monday, January 6, 2014

Soal-Jawap Uji Minda (Keluaran 1)




Bismillah....

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

Tanpa membuang masa, jom kita cuba jawap. Uji minda kita.

1) Berapa surah yang ada dalam al-quran?
2) Surah apakah yang digelar sebagai Ummul Kitab?
3) Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam adalah rasul utusan Allah yang terakhir pada umat manusia. Bilakah tarikh kelahiran baginda? 
4) Malaikat Jibril telah ditugaskan Allah penghantar wahyu pada Rasulullah. Apakah ayat dan surah yang pertama diturunkan oleh Allah pada Rasulullah? 
5) Apakah peristiwa Rasulullah naik ke langit. 

Rehat sebentar. Tarik nafas, rileks. Mari sambung.

6) Apa nama solat sunat yang kita lakukan di siang hari selepas waktu Syuruk dan habis sebelum masuk waktu Zuhur? Hint: sinonim dikenali untuk mohon rezeki dari Allah.

7) Siapa nama malaikat yang ditugaskan mencabut nyawa?

8) Apa bulan selepas bulan Ramadhan? Bulan apakah ia? Sila jelaskan secara ringkas.

9) Siapa rasul Allah yang lahir tanpa bapa atas izin Allah lahir ke dunia dengan sempurna. Dikenali sebagai ruhillah.

10) Sila sebut waktu solat yang 5.

Dah habis jawap? Tahniah!!!! In syaa Allah jawapan akan di keluarkan esok. =)
Read More »

Sunday, January 5, 2014

Zikir Amalan



Bismillah. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari ni sudah 2 Rabiulawal 1435H bersamaan dengan 3 Januari 2014M. Cepatnya masa berlalu! Allahu Allah...Jom manfaatkan masa yang tersisa. 

Hari ni ana nak share ayat al-quran dan zikir yang kita boleh amalkan dalam kehidupan seharian.

1) 3 qul (surah ikhlas, falaq dan an-nas) sebagai kita mohon pada Allah minta perlindungan agar terhindar dari segala bencana dan merbahaya.

2) Surah Fatihah atau dipanggil Ummul Kitab. Bila rindu seseorang sahabat, terkenang tapi jauh di mata atau faktor kesuntukan masa untuk meluangkan masa bersama, kirimlah doa pada Allah pemilik diri itu. Boleh juga untuk ibu bapa kita walau masih hidup. Tanda cinta dan kasih kita di samping doa.

3) Ayat kursi (surah baqarah ayat 255). Walaupun satu ayat je tapi fadhilatnya subhanallah hebat. Juga boleh dijadikan pelindung diri dari kejahatan yang ingin ditujukan kepada kita dan dari serangan makhluk yang lain samada yang nampak dengan mata atau tidak. Kelebihan orang yang mengamalkan ini juga turut ada tempias untuk ahli keluarga penghuni rumah dan jiran-jiran. How awesome is that?? Allahu akhbar. Kuasa Allah...

4) Amalkan baca ma'surat-himpunan zikir-zikir himpunan Hassan al-Banna. Ia adalah zikir yang diamalkan oleh Rasulullah sebagai zikir harian. In syaa Allah kita akan rasa tenang selepas membacanya. Banyak kelebihan membacanya juga.

5) Surah Al-waqiah untuk murah rezeki. Elok diamalkan membacanya setiap malam sekurang-kurangnya satu kali. Kalau nak baca banyak kali pun boleh je.

6) Surah al-Kahfi. Surah ke 18 dalam susunan al-quran. Bagus diamalkan setiap hari Jumaat.
“Barangsiapa yang membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR An Nasa’i dan Baihaqi)


Macamana kalau sewaktu perempuan haid? Ana tidak berani sentuh bab hukum boleh atau tak membaca quran. Memang ada ulama yang kata boleh jika ayat al-quran tu sudah kita biasa amalkan dalam harian dan boleh kalau orang tu seorang hafizah penghafal quran. Memandangkan seorang ustaz yang diri ana kagumi, percaya dan hormati mengambil pendapat tidak boleh jadi ana mengikut pendapat itu. Ana cuba elak untuk membaca surah dari al-quran. Untuk safe mode lebih baik kita amalkan zikir je.

Antara zikir yang dapat kita amalkan banyak sebenarnya. Antaranya: 

 









Zikir Fatimah ni amalkan saat sebelum tidur dan waktu lepas solat fardhu. Boleh kaji di internet atau sumber lain kelebihannya. 

"...Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram.." (surah Ar-Ra'd ayat 28)

Tiada alasan sebenarnya untuk kita tidak menjaga hubungan dengan Allah. Diri kita yang selalu menjauhkan diri dari Allah. Tak boleh solat dan membaca quran(boleh je belek tadabbur isi terjemahannya) bukan bermaksud hubungan kita dengan Allah-Pencipta setiap apa yang ada di langit dan bumi  renggang. # Muhasabah untuk kita bersama ana dan anda. 

Sekian, perkongsian untuk hari ini. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari diri. Mohon maaf hanya cebisan sedikit perkongsian ilmu. Masa terlalu terhad. 


Read More »

Saturday, January 4, 2014

Masa Terus Berlalu...Mari Melangkah dan Manfaatkan




Bismillah....

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Mari dengan semangat azam baru ni kita suntik semangat positif dalam diri kita. Selain perbaharui refresh azam yang pernah kita tetapkan untuk dicapai, jom amalkan:

1) Banyakkan istighfar pada Allah. Astaghfirullahal 'adzhim. 
2) Memperbanyakkan selawat buat junjungan besar utusan Allah pada kita iaitu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Tambah lagi sekarang ni bulan Rabiulawal bulan kelahiran baginda. Baginda berdakwah bersungguh-sungguh menyebarkan dakwah islam. Dengan islam, kita akan selamat dunia dan akhirat dengan mengamalkannya bukan sekadar nama seperti dalam IC. 

Kita kata kita sayang baginda Rasulullah. Tapi macamana kita dengan islam? Alhamdulillah kalau kita berusaha mengamalkan dalam kehidupan seharian. Islam is a way of life dan mari kita berusaha untuk mengambil islam secara keseluruhan. Bukan saja islam saat solat, saat doa selamat, saat kenduri dan mengendalikan jenazah tapi dalam kehidupan harian kita. 

Contoh: Waktu azan berkumandang, kita bersegera sebagai hamba menjawap seruan itu untuk mendirikan solat.

-> Saat sebelum melakukan sebarang pekerjaan, mulakan dengan doa dan bismillah. Agar diberkati dan perbetulkan niat. Makan, tidur, kerja dan belajar boleh jadi satu ibadah dan kita boleh gain tambah pahala sebenarnya. Kebergantungan diri kita pada Allah dalam setiap apapun yang kita lakukan. 

Mari jadi optimis dan bersemangat wahai sahabat-sahabat sekalian. Ya berkata-kata lebih mudah dari mengamalkan apply&practising. Allah pandang usaha kita bukan keputusan yang kita akan dapat. Ana menulis lebih untuk mengingatkan diri sendiri dan berkongsi ilmu. Tegurlah dan bantulah diri ini wahai sahabat andai silap dan jatuh. Diri ini baru mula melangkah dan tidak sempurna dari terus melakukan kesilapan. 

Sampaikanlah walau satu ayat. Moga bermanfaat. Kenang diri ini dalam doa kalian. Moga kita diberi kekuatan iman dan hati untuk istiqomah dan tsabat di jalan kebenaran dan bersungguh-sungguh berlari menuju syurgaNya in-syaa Allah....

" Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir" (hadith riwayat Muslim)

Ana tutup dengan kisah Imam Hanbal dengan anaknya. 



Suatu hari, anak Imam Ahmad bin Hanbal iaitu Abdullah bin Ahmad bertanya kepada bapanya akan satu soalan:

“Wahai bapaku, bilakah masanya kita betul-betul boleh berehat?”

Sambil memandang lembut ke dalam mata anaknya, Imam Ahmad bin Hanbal dengan penuh hikmah dan tenang lalu menjawab soalan anaknya itu:

“Kita hanya betul-betul boleh berehat apabila kaki kita sudah melangkah masuk ke dalam Syurga.”
ALLAHU AKBAR!

Sekian, wassalam.
Read More »

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates