Ads 468x60px

Tuesday, December 13, 2011

Dakwah......


Assalamu'alaikum warahmatullah...

Sekadar renungan bersama...

Dalam kita sedar ataupun tidak, tanggungjawab sebagai pemimpin tergalas pada setiap diri kita. Memimpin keluarga, sahabat-handai, ummah dan menyebar-luaskan Islam pada yang belum menjadi kaum muslimin dan yang penting sekali menjadi pemimpin untuk diri kita sendiri.

Ya Allah...
Diri ini terasa belum layak untuk menjadi pemimpin...






Read More »

Semoga Kami istiqamah di JalanMu...


Assalamu'alaikum warahmatullah...

Semakin kita melangkah naik ke atas,
semakin banyak ujian, dugaan dan cabaran menanti.

Semakin kita melangkah maju ke depan,
semakin banyak onak duri dan liku-liku yang harus ditempuhi.



Hati ini telah bersatu,
Berkumpul di perut bumiMu,
Hati ini telah berpadu,
Bersatu memikul beban dakwahMu,
Hati ini telah mengikat setia 
Untuk mendaulat 
untuk mendukung
SyariatMu di alam maya.

Maka Ya Allah eratkanlah
Ikatan yang ada.
Maka Ya Allah kuatkanlah
Ikatan yang ada

Kekalkan kemesraan yang ada,
Tunjukkan jalan yang benar,
Tunjukkanlah dengan cahayaMu,
Tiada malap terangi alamMu.

Hidup suburkanlah dengan ma'rifatMu,
Tapi jika ingin mematikannya,
Matikanlah sebagai syuhada',
Dalam perjuangan menegakkan
Agama yang mulia,
Dalam perjuangan menegakkan
Agama yang mulia...

Amin. Amin. Amin...




Read More »

Saturday, December 10, 2011

Menghadapi Badai Ujian [Part 1]

Kisah perbualan antara dua orang akhawat...

Ukhti A: "Anti okey ke ni?" 

Ukhti B: Hanya mengangguk-anggukkan kepala. Satu senyuman cuba untuk diukir buat ukhti A.

Dengan lembut ukhti A cuba untuk menebak masalah yang mungkin sedang dihadapi B. Tapi semua tebakannya dibalas dengan gelengan.


Ukhti A: Takpelah. Ana tak paksa ukhti untuk bercerita. Tapi ana ingin untuk berkongsi satu visual dengan anti.

-->Bayangkan tengah duduk betul-betul di tepi pantai. Berseorangan tanpa teman. Duduk tanpa melakukan apa-apa. Masa terus berlalu. Semakin lama air semakin naik ke darat. Anti kena lakukan sesuatu. Kalau tak, anti akan tenggelam dalam air.

Alternatif yang ada?

1) Kita kena berusaha untuk tinggikan tempat yang sedia ada. 
2) Cari sampan dan pendayung untuk membantu kita meneruskan perjalanan.
3) Untuk mencari matlamat hala tuju yang akan kita tuju. Kalau tak, kita akan terus berada di tengah-tengah lautan. Tak sampai-sampai ke tepian.


Seperti itu jugaklah kehidupan kita di dunia ni. 

Kena ingat apa tujuan utama hidup di dunia yang fana ni? Apa yang kita nak capai dalam hidup? Apa usaha kita untuk sampai mendapat apa yang kita inginkan tu? Fikirlah dan teruslah berusaha untuk terus melangkah maju ke hadapan dan melangkah naik ke peringkat yang lebih tinggi. Taat kepada Allah dan sentiasa mohon pertolongan padaNya. Insya Allah, kita merancang, Allah pun turut merancang. Andai kita tak dapat seperti yang kita rancang&inginkan, tetaplah terus melangkah. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.  


Ukhti A: La tahzan... =)
Ukhti A menepuk bahu kanan ukhti B cuba untuk menyalurkan kekuatan.
=============

Read More »

Friday, November 11, 2011

Interesting Fact about Left-Handed Person

Assalamu'alaikum warahmatullah...

Today, I would like to share this interesting fact. I got this from a Malay magazine last two weeks.

            " Based on one research, a left-handed guy is having an average of 15% income higher than a right-handed person. This income will increase up to 26% if that guy is educated more higher..."

Another fact is (I got it from someone's blog), within world population the percentage of left-handed is just 7%!

That means left-handed person is special!.....Isn't this interesting to know? For me, yes it is. I will use this research fact as one of my source if I am on my way to motivate this type of person. Insya Allah...

Thanks for reading...Will post again next time. Insya Allah...Ilal Liqa~

Wassalam...


Read More »

Monday, November 7, 2011

Jalan berliku di hadapan


 

Assalamu'alaikum warahmatullah...

Hari berganti hari,
Minggu berganti minggu,
Bulan berganti bulan,
Sedar ataupun tidak, tahun 2011 sudah hampir sampai ke penghujungnya...

Subhanallah walhamdulillah...Kuatkan diri kami ya Allah untuk tetap meneruskan hidup di dunia ini di jalan yang lurus. 

Jalan yang dilalui semakin berliku dihadapan. Andai tersalah langkah, kita mungkin akan jatuh. Ujian yang perlu dilalui di depan juga semakin mencabar. Subhanallah....Allahu Akbar...

Ya Allah...
Andai kami tersalah langkah,
Sedarkanlah kami Ya Robbana...
Semoga kami tetap berjalan di jalan yang lurus...
Menuju JannahMu Ya Robb...

Read More »

Sunday, October 16, 2011

Peranan Belia Islam




Assalamu'alaikum warahmatullah...

To tell the truth, I keep on thinking and thinking wat's the best thing to insert in my first post here. So...here's the first post...=D

Allow me to write in Malay language...

Ana begitu terkesan dengan titah KDYMM Baginda Sultan sewaktu bertitah di 'Majlis Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara kali ke 5' lebih kurang 2 minggu lepas. Ada beberapa isu yang baginda bangkitkan khususnya tentang belia.

1) "..... Belia Islam ASEAN wajar berperanan untuk memberikan gambaran yang betul tentang Islam, kerana terdapat sebahagian dari masyarakat dunia yang memandang serong terhadap Islam itu."

 2) "... ugama Islam adalah cahaya, yang dengan jasanya jua, dunia jadi bersinar dan terkeluar daripada kegelapan jahiliah".

3) " .....
golongan belia turut memegang peranan penting untuk merealisasikan kewajipan-kewajipan besar mengangkat nama baik Islam serta melindunginya daripada diusik oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab.

4) "...
dianjurkan kepada belia supaya sentiasa berdampingan dengan Al-Qur'an, bacalah ia selalu-selalu untuk mengambil berkat dan pahala yang dijanjikan.
"Jangan pisahkan diri daripada Al-Qur'an, bawalah ia walau ke mana, seperti ketika bermusafir, untuk jadi teman di masa sunyi dan bersendirian,"
Baginda menambah titah, sesungguhnya orang yang membaca Al-Qur'an itu, adalah seperti saja dia sedang berkata-kata dengan Allah, kerana bukankah Al-Qur'an itu Kalamullah?"

Alhamdulillah alhamdulillah thumma alhamdulillah, ana rasa bersyukur pada Allah kerana dilahirkan sebagai penduduk Brunei. Semoga hasrat KDYMM untuk menjadikan Brunei Darussalam sebagai 'baldatun toyyibatun wa rabbun ghofur' dipermudahkan. Amien Ya Robb...



Refferences:
http://www.pelitabrunei.gov.bn/news/pelita/07okt11/butama.htm
http://www.pelitabrunei.gov.bn/news/pelita/07okt11/berita24.htm
Read More »

Saturday, October 1, 2011

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates