Ads 468x60px

Thursday, May 15, 2014

Cerpen: Sekelip Mata

Bismillahirrahman nirraheem

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarkatuh.

Selamat petang. Moga anda semua dalam keadaan sihat wal afiat hendaknya dalam lindungan Allah. =)

Manusia hanya merancang tapi Allah yang mengatur ketentuan. Tak semua yang kita rancang akan berjalan seperti dirancang sesuai keinginan kita. Dhia ada hantar dua cerpen ke laman p2u tapi memandangkan sudah hampir dua bulan tapi belum disiarkan  jadi Dhia ambil keputusan untuk siarkan cerpen tu di dalam blog ni. Selamat membaca. Enjoy your reading. Sebarang komen dan maklumbalas adalah sangat dialu-alukan.


“ Banyak lagi ke yang belum siap ni?” Haziqah mula tidak senang duduk. Jam tangan ditenung untuk kesekian kalinya. Gelisah. Sudah pukul sebelas malam.

“ Rilekslah Iqa…Belum siap lagi ni…” Nadirah selamba menjawab.

“ Hah…Itulah…Dari tadi aku suruh mula awal tapi korang nak juga tengok movie dulu…” Iqa mula membebel meluahkan tidak puas hati.

Sedari tadi, handphone nya berdering mendendangkan lagu. Habis! Mak tak henti-henti telefon. Akhirnya terpaksa dijawab.

“ Helo….Ha iya Mak…Belum siap lagi ni…Betul…” Sesekali Iqa bersuara. Maknya membebel seperti biasa dengan suara nyaring. Dijauhkan handphone dari telinga.

“ Yelah…Iqa balik la ni…” ucap Haziqah sebelum menamatkan perbualan telefon.

 “ Sudahlah…Aku balik dulu…Chow!” laju tangannya memasukkan barang ke dalam beg sandang.

“ Weh…Belum habis lagi ni…” Marwan, sepupu merangkap kawan satu kelas Iqa bersuara membuatkan langkah Iqa terhenti.

“ Ah..Lantak korang lah nak susun dan design…Aku dah buat bahagian isi…Takpe esok aku take over explain banyak-banyak…” pantas saja dia keluar.

Keesokan harinya pembentangan berjalan dengan lancar. Pensyarah mereka berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Iqa pada soalan yang dia ajukan di sesi soal-jawab.

“ Yeeha…Ya beda-bedu!!! Kelas dah habis!!!” laung Marwan. Kelas riuh.

Hari ini hari terakhir kelas mereka yang memang sengaja diberi masa untuk membentang selepas menduduki peperiksaan akhir. Sekarang mereka hanya tinggal menunggu keputusan akhir sahaja lagi.

“ K geng…Selamat bercuti…Adios!”
************

“ Tak boleh!”

“ Mak…Bolehlah…Kan elok Iqa kerja dari duduk kat rumah je…” pujuk Iqa.

“ Memanglah aku suka niat murni kamu nak kerja…Tapi aku tak izinkan kerja tukang hantar bunga tu…Lagipun kedai itu kan jauh dari sini….”

“ Bapak…Tolonglah Iqa…Tolong pujuk Mak…” pandangan Iqa beralih pula pada bapak yang duduk di sisi emak.

“ Ni kan kerja halal Mak…” Iqa buat muka simpati. Kepalanya diletak pada lutut emak yang duduk di sofa. Iqa pula duduk di lantai.

“ Tak boleh….lagi satu sebab mak tak izinkan kamu tinggal dengan kawan-kawan kau tu…” terang Emak masih tidak makan pujukan si anak tunggal.

“ Diorang kan perempuan…”

“ Tu bukan perempuan tapi betina…Tergesel-gesel kat lelaki. Kalau kau duduk dengan diorang, lama-lama kau boleh terpesong macam tu. Na’uzubillah min zalik. Tak ada….Mak tak izinkan!” putus emak sebelum berlalu.

“ Kalau Iqa kerja tukang hantar bunga tu, kenalah tinggal dengan Dira mak…Senang. Hampir dengan kedai…”

“ Kalau tinggal kat sini, jauh nak pergi…” sambung Iqa menerangkan pilihan yang ada.

“ Lagipun tak lama Pak…Tiga hari je..Sebab gaji dia lumayan! Lepas tiga hari, Iqa janji akan berhenti sebab kerja itupun untuk sementara je…”

“ Janji tiga hari?”
“ Janji Bapakku sayang…” Tangan kanan di angkat. Badannya turut ditegakkan. Ikrar terpateri.
**********

“ Wan….Bolehlah…. Cuma tiga hari je…” desak Iqa. Setelah berbincang dengan Mak Bapak tadi Iqa terus mengisi beg pakaian dan menemui Marwan.

“ Tak boleh…Kau dah gila ke nak tinggal rumah jantan ni??” Marwan menjengilkan mata bercekak pinggang.

Baru sekejap tadi sepupunya itu menelefon menyuruh dia turun ke bawah flat yang disewanya. Tup-tup sebaik tiba dibawah, Iqa datang dengan satu beg pakaian.

“ Ala…Kau kan sepupu aku…Dah macam adik-beradik dah…”

“ Macam je…Tapi masih boleh kena cekup tau. Lagipun aku kan tinggal dengan Abang….” Abang merujuk pada seorang teman serumahnya yang berumur lebih tua sedikit dan sudah bekerja.

“ Kalau kena cekup nanti macamana?” gertak Marwan.

“ Huish mulut…. Kau janganlah celupar. Cuma 3 hari je…Kau kenalkan lah kat dia aku ni lelaki..Haziq….Bukan Haziqah” Iqa menarik cap yang dipakai di kepala. Konon control macho.

“ Piiirah…” Marwan menolak ke bawah cap Iqa.

“ Hei….Kau nak pergi mana tu????” teriak Marwan. Panik sebaik melihat Iqa sudah mula mengatur langkah naik tangga.

“ Masuk biliklah…Biar aku perkenalkan diri aku sendiri kat Abang tu…” laung Iqa.

Marwan panik. Langkah terus diatur berlari mengejar Iqa. ‘Memang sepupunya ini dah tak betul!’

“ Hoi….Mana abang tu? Tak ada pun…”soal Iqa sambil melabuhkan punggung di sofa rumah sewa Marwan. 

“ Kau bernasib baik…Malam ni dia tak balik….Dia balik rumah keluarga dia….” Jawab Marwan. Nafasnya masih semput dek berkejaran naik dengan Iqa.

“ Jadi 3 hari ni dia tak ada lah???” soal Iqa girang.

“ Dia bagitau esok dia balik…”

“ Alhamdulillah…Selamat aku hari ni…” tangannya diraup ke muka tanda mensyukuri.

“ Hah….Mana satu bilik aku?” soal Iqa mula berdiri.

“ Kat hujung belah kanan….”

“ Eh…Bersih ke bekas bilik Rizal tu?” teragak-agak Iqa bertanya.

“ Boleh tahan…Lebih bersih dari bilik kau… usik Marwan membuatkan Iqa mencebik. Tidak suka.

Asalnya Marwan menyewa bersama 2 lelaki. Rizal, teman sekolah mereka tapi berlainan jurusan dan yang seorang lagi Iqa cuma tau Marwan memanggilnya Abang. Sebab lelaki tu dah bekerja dan paling lama tinggal di flat sewaan mereka itu.

Sebaik tamat menduduki kertas akhir, Rizal terus balik ke rumah keluarganya. Marwan pernah memaklumkan hal itu kepada Iqa.

‘ Dah Mak tak benarkan tinggal dengan Dira…Ni Marwan ni kan keluarga sendiri…’ detik hati Iqa untuk menyedapkan hati sendiri.
 ************

“ Hish…” marah Iqa sewaktu terasa ada yang menarik lengan bajunya. Marah diganggu sedang tidur.

“ Hei bangunlah…” kali ini lengannya digoncang. Iqa menukar posisi dari baring jadi duduk bersandar. Perlahan dia membuka mata yang masih mengantuk. Mamai.

Iqa senyum. Makin kejap dia memeluk patungnya. Patung bear yang selalu menemani tidurnya di rumah. Rumah?!’

“ Hoi!” sergahan itu berjaya menghilangkan kantuk Iqa.

“ Kau siapa hah?” menyinga lelaki di hadapannya.

Iqa panik. Ditebarkan mata ke sofa. Alamak! Cap aku kat dalam bilik. Penyamarannya sebagai lelaki gagal! Rambutnya jelas panjang. Sudah kantoi di malam kedua dia bermalam di situ.

“ Macamana kau boleh masuk?”

Iqa gagap. Otaknya tidak berfungsi. Yelah baru bangun tidur kot….Agak-agaklah…

Bunyi ketukan di pintu masuk utama yang terbuka luas menarik pandangan mereka memandang.

“ Mak! Bapak!” Iqa pucat. Mampus!
*******

Dengan sekali lafaz, mereka selamat dinikahkan tiga hari kemudian. Malam itu jugak Mak Bapak Iqa menarik Iqa dan lelaki itu ke rumah keluarga lelaki.

“ Dah angau teruk nampaknya anak kita ni…Jadi, rasanya lebih baik dipercepatkan majlis…” usul Bapak sebaik bersalaman dengan orang tua lelaki. Isu dia memeriksa di rumah sewa diceritakan.

“ Kalau macam tu, pihak kami bersetuju…” balas tuan rumah.

“ Tapi Abah…” lelaki itu cuba untuk membentak.

“ Najib!” terus dipintas oleh abahnya membuatkan dia terdiam. Pasrah bila abah membuat keputusan untuknya menggunakan kuasa veto sebagai ayah.

“ Anggap ini pengajaran untuk kamu berdua supaya tidak memandang remeh hal-hal macam ni. Walaupun kamu tidak berniat untuk melakukan lebih jauh tapi tetap….Hanya berduaan di dalam rumah tu  salah” beralas abah Najib menegur sewaktu mereka bertemu untuk urusan perancangan majlis sebelum nikah.

Khairul Najib. Itulah nama lelaki yang kini sah menjadi suami Iqa. Majlis pernikahan diadakan di rumah keluarga perempuan.   

“ Patutlah Najib mula beli persiapan barang hantaran…Rupanya memang dah ada calon…” Ummi bersuara membuka cerita.

“ Betul lah…Bila akak Anim tanya dah ada calon, beria-ia Najib nafikan…” tambah Kak Hanim. Kakak kepada Najib.

Mata memandang pada Najib dan Iqa. Ingin melihat reaksi keduanya. Telinga Najib sudah merah. Mungkin malu. Iqa pula hanya diam. Sesekali dia senyum bila keluarga mereka ketawa.

“ Bagus jugak tu….Persiapan awal..Macam sekarang ni. Dapat terus langsungkan majlis je. Nasib baik tok kadi masih lapang waktu malam…” tokok Bapak.

Memandangkan jadual tok kadi kawasan kami penuh pada sebelah siang hingga tiga bulan ke depan, jadi majlis ini dilangsungkan pada sebelah malam selepas Isya’.

“ Dah merah telinga budak ni…” Abah menepuk paha Najib yang duduk disebelahnya.

“ Bukan budak abah…Tapi bakal ayah budak!” usik abang Radhi. Suami kepada Kak Hanim.

“ Jomlah kita balik…Dah lewat malam ni…” Abah mengundur diri.

“ Iqa…Pergi bawa suami kamu masuk bilik..” perintah emak sebelum berlalu membawa bekas gelas hidangan ke dapur.

“ Er…Bapak…Mak…Saya rasa malam ni biar saya ikut balik rumah keluarga saya dulu…Nanti lepas majlis kenduri baru saya tinggal sini….In syaa Allah” Usul Najib baru menukar fikiran. Tadi dia hanya menurut bila keluarganya yang merancangkan bagi dirinya. Pakaian memang sudah ada dibawa sedikit untuk kegunaan bermalam di rumah mertuanya.

Cepat-cepat Najib masuk ke dapur untuk bersalam dengan Mak sebelum berlari keluar. Cuba mengejar abang iparnya yang masih memanaskan kereta.

“ Iqa…Pergi hantar suami kamu ke pintu..” usul emak dari dapur. Dengan berat hari Iqa menurut.

“ Najib marah ke dengan apa yang dah jadi ni?” kedengaran suara Bapak bertanya sewaktu Iqa sampai di muka pintu. Kak Hanim dan Abang Radhi sudah berada di dalam kereta.

“ Tak adalah Bapak… Cuma… perlu masa sikit untuk biasakan diri dengan keadaan…” perlahan saja suaranya menjawab. Tenang.

Setelah itu barulah Iqa melangkah keluar. Memang dia masih belum banyak berbual dengan Najib. Mereka hanya bersuara bila disoal. Keluarga yang menjadi orang tengah dalam perbincangan.
 *******

“ Aku tak kira…Aku gunakan kuasa veto aku sebagai suami untuk memerintah kau tidur satu katil dengan aku. Perintah berkuat-kuasa mulai hari ini…” tegas Najib membuat keputusan.

Setelah dipujuk dengan mengemukakan pelbagai alasan akhirnya Iqa berjaya memujuk keluarga untuk memanggil kerabat terdekat sahaja bagi majlis kenduri kahwin mereka. Najib tak kisah dan memang dia nak buat majlis resepsi tapi bukan dalam masa yang terdekat sebab dia nak rancang betul-betul agar lebih tersusun.

“Shush…Cakap tu jangan kuat sangat…Nanti mak dan bapak dengar…” tegur Iqa dengan jari telunjuk kanan di bibir.

Siang tadi selesai majlis resepsi kecil-kecilan perkahwinan mereka dengan lancar. Hanya kerabat terdekat sahaja yang dijemput datang.

Najib duduk berhadapan dengan Iqa. Nafas ditarik perlahan.

“ Hmm…Maafkan aku sebab cakap kasar. Harap kau tak kecil hati. Will try to reduce it…” tutur Najib. Mengakui kesalahan diri.

“ Aku bukan apa..Walaupun perkahwinan ni bukan rancangan kita, tapi memandangkan sekarang kita dah jadi suami isteri, kita cubalah untuk pertahankan ikatan ni…” suara Najib sudah kendur. Tidak mahu bertengkar.

“ Yeap….Kita memang belum mengenali satu sama lain tapi jom kita cuba untuk rapatkan diri…Memang dah ditakdirkan kita berjodoh jadi suami-isteri. Jadi sekarang cuba untuk dekatkan jurang yang ada….Please….open up your heart for me…” nada suara Najib seolah merayu dalam memujuk. 

“ Iqa….Najib….Mari keluar kejap…Ada tetamu baru sampai ni…” beritahu emak dari sebalik pintu bilik yang tertutup.

Iqa dan Najib berpandangan. Menanti satu sama lain bersuara memaklumkan gerangan tetamu yang baru sampai. Sebelum mereka masuk ke dalam bilik tadi tadi, semua tetamu sudah pulang. Hanya keluarga yang memang merancang bermalam di rumah ini sahaja yang tinggal.

“ Kau sedang tunggu kawan datang ke? Tanya Najib dengan kening bertaut.

“ Eh mana ada…Aku langsung tak panggil sorang pun kawan aku…Mungkin kawan awak…” tebak Iqa.

“ Aku pun tak panggil kawan pun selain Azhar dengan Hamdi…”

“ Tak apalah…Jom siap cepat…Kita turun je tengok…” usul Najib.

“ Siapa Mak?” tanya Iqa sewaktu berpapasan dengan emak di tangga.

“ Kamu tengok ajelah…”

“ Assalamu’alaikum pengantin baru….Tahniah..” tegur Marwan sebaik melihat pasangan itu beriringan turun tangga.

“ Kau!!!” Pantas Iqa ingin menghampiri Marwan namun dihalang Najib bila lengannya ditarik.

 Rilekslah..Kau jangan nak marah aku…Mak aku tak bagitau ke? Aku dah sms kat korang berdua yang aku minta maaf tak dapat datang waktu majlis nikah dan majlis resepsi tadi. Bukan aku sengaja…Hari bersejarah dua orang yang aku rapat tu….Rugi….” sms yang baru dihantar sebelum dia datang ke sini. Saja bagi cover line.

“ Aku dapat kerja yang aku berharap sangat dapat tu…Diorang suruh aku melapor diri dalam masa 72 jam a.k.a 3 hari selepas diorang telefon”

“ Kelam-kabutlah aku nak menguruskan macam-macam. Baru melapor terus kerja bertimbun. Dahlah tu, langsung tak boleh cuti..Ni lepas dari ofis terus aku datang sini…” berhati-hati Marwan menjelaskan.

 “ Tahniah bro…” Najib dipeluk Marwan.

“ Sibuk kerja ke…Nak larikan diri…Eee kau ni kan…” bahu Marwan menjadi sasaran tumbukan Iqa.

“ Lagipun…aku tak ada salah langsung kat kau..Hehe Cuma kat Abang je aku buat salah..Ampun bang…Budak ni yang degil nak tidur sana…” sepuluh jarinya disusun rapat mohon kemaafan dari Najib.

“ Sudahlah…Benda dah jadi…Kau pergilah makan dulu… tenang Najib menyuruh. Jelas kematangan di situ. Tidak ingin mengulas lanjut kisah yang terjadi.

“ Sebelum tu, saya ada 2 hadiah untuk korang. Satu Syahirah dah simpan ke tempat susunan hadiah. 
Dan satu lagi….Special…Tunggu kejap”

“ Nah…” kotak kecil yang diambil dari sofa beralih ke tangan Najib.

“ Bukalah…Benda tu sebenarnya Iqa pernah tertinggal. Saya rasa macam ada kaitan dengan abang…Ni saya bagi balik kat korang…Okey…” cepat-cepat Marwan menghilangkan diri memasuki ruang makan.

Iqa menggigit bibir. Terasa sudah dapat diagak benda yang dimaksudkan. Sesuatu yang sudah hilang 
dan disangkanya tidak akan dijumpai lagi.

Iqa merasakan Najib sedang mengeluarkan isi kotak dalam gerakan perlahan. Ditelan liurnya. Bersedia dengan pelbagai kemungkinan.

Sah! Sapu tangan hitam. Di setiap penjuru ada dua garisan lurus berwarna biru dan merah.

“ Ni macam sapu tangan aku…” Najib menggumam.  Diteliti sapu tangan itu. Satu penjuru ada jahitan huruf K dan N tanda initial namanya Khairul Najib. Sah! Kini pandangannya beralih pada Iqa di sisi.

“ Jadi…Iqa lah yang abang tolong di tepi jalan tu?” soal Najib berbalas anggukan Iqa. Tiba-tiba bahasa panggilan terus berubah tanpa Najib sedari.

Iqa sendiri tak perasan. Bila Najib menyoal ini barulah dia perasan mereka pernah bertemu lebih awal.

Dagu Iqa didongakkan Najib agar memandangnya. Takut-takut Iqa membalas pandangan Najib. Satu senyuman diukir suami buatnya.

“ Kenapa senyum? “ soal Iqa. Suaranya cuba untuk dikasarkan. Padahal di dalam hati terasa seperti tertusuk sebaik memandang senyuman yang khas untuk tatapannya. Hati siapa yang tak cair...

“ Tak ada apa…Saja…Jom makan. Iqa sendukkan…” usul Najib. Lengan Iqa ditarik menuju ke dapur. Sapu tangan tadi di masukkan kembali ke dalam kotak. Disimpan dalam kocek baju melayu yang dipakainya. Lembut saja ucapannya.

“ Iqa memang selalu bawa sapu tangan tu ke Wan?” tanya Najib cuba mencungkil rahsia. Dia mengambil tempat di sebelah Marwan yang gelak mendengar soalannya.

“ Boleh dikatakan selalu jugak bang… Selalu saya tengok dia renung sapu tangan tu waktu tengah duduk sorang-sorang” rancak Marwan membuka rahsia.

“ Eh mana ada!! Kebetulan hari tu sapu tangan tu dalam jaket lah…” Iqa cuba menafikan. Tangannya sibuk menyenduk nasi dan lauk-pauk.

“ Kadang dia cium…” tokok Marwan disusuli tawa besar.

“ Eh…..Mana ada! Sesuka hati je kau tambah cerita eh…” Iqa bercekak pinggang. Dijengilkan matanya memandang Marwan. Geram dan terasa panas membahang. Pinggan sudah dihulur pada Najib.

“ Yelah yelah….Dia tak cium tapi bab dia selalu bawa tu memang betul bang…” akhirnya Marwan memperbetulkan.

Makin bertambah senyum Najib. Dengan senang hati dia mula makan yang disendukkan Iqa ke dalam pinggannya.

“ Sebenarnya mak dan bapak memang dah tau  sejak hari pertama kamu bermalam di rumah sewa tu…” abah membuka cerita.

“ Memandangkan dah lewat malam jadi kami biarkan je. Keesokan harinya, mak dan bapak terus jumpa dengan keluarga Najib. Nak siasat peribadi dia. Tak susah mana sebab memang bapak kenal dengan abah Najib tu. Kawan rapat masa sama-sama jadi cikgu….”

“ Jadi bapak dan mak memang sengaja datang malam tu?” merujuk pada malam kedua Iqa bermalam di flat sewa Marwan dan Najib. Saat Najib baru  pulang.

“ Yelah…Takkan nak biarkan kamu berdua bermalam bersama di sana….”

“ Dalam hal ni Najib tak salah. Pintu pun dia biarkan terbuka. Mengikut cerita keluarga kamu Najib, kamu memang tak pernah bawa mana-mana perempuan datang bertemu dengan keluarga kamu. Nampak kamu memang belum ada calon pilihan….”

“ Jadi setelah berbincang, kami sepakat untuk cuba menyatukan kamu….Untuk saling melengkapi dan sama-sama membantu menjadi insan yang lebih baik”  

“ Sengaja kami minta Najib tunjuk jalan ke rumah orang tua kamu. Yelah… Kamu kan belum tau kami kenal…” bapak hanya diam dan senyum memandang Najib. Memberi peluang abah terus bercakap.

 “ Dan kamu Iqa….Jangan bertindak sesuka hati. Selepas ni kalau ke mana-mana, minta izin dan maklumkan suami kamu dulu… Kurangkan melawan cakap dia….Kena ingat, syurga kamu bukan lagi pada Mak tapi pada tapak kami suami kamu….” pesan bapak.

“ Jadi Marwan yang bagitau kat mak dan bapak?” soal Iqa memastikan telahannya selama ini.

“ Yang tu, no comment…” balas Marwan. Dia buat muka serius menikmati makanan. Cuba menutup cerita.
 *********

‘ Aku mesti boleh!’ Iqa memotivasikan dirinya. Ayat tersebut diulang-ulang sebut dalam hati.

Hujung bulan ini Iqa, Marwan, Dira dan rakan yang lain merancang untuk mengikuti acara amal berbasikal sambil mengutip derma untuk diberi pada saudara islam di Palestin.

Oleh sebab tidak mahu mengaku tidak pandai berbasikal, Iqa mengambil keputusan untuk berlatih sendiri.

Dibelek basikal berwarna hijau yang disewa .
 
“ Harap-harap sempatlah berlatih…Amin….” tangan diraup ke muka.

Sewaktu menghampiri simpang jalan, Iqa panik bila melihat kereta dari arah yang berlawanan meluncur laju  bertalu-talu. Di saat yang sama, ada seorang lelaki sedang berjogging. Stereng basikal mula hilang arah.

“ Aduh…” Iqa kesakitan. Basikalnya terbabas saat dia cuba mengalih hala tuju basikal ke tepi. Dia jatuh tergolek ke rumput. Nasib baik bukan jalan bersimen.

“ Lengan kau berdarah…” lelaki yang berjogging tadi duduk mencangkung disisi Iqa. Walaupun serius percakapannya tapi rasa nilai perikemanusiaan tetap ada dalam dirinya.

“ Nah…Untuk sapu pasir…” sehelai sapu tangan dihulur.

“ Pakai ajelah…Bersih ni dari poket seluar. Aku guna tuala ni…” tuala yang disangkut di leher ditarik.

“ Guna ajelah…Tengok..Mata kau pun mungkin dah masuk pasir…” pujuk Najib. Akhirnya sapu tangan itu diambil Iqa. Disapu muka dan lengannya. Perlahan dia berdiri. Anggota badannya terasa sengal-sengal.

Najib membantu membangunkan basikal yang tadinya terdampar di tepi jalan setelah jatuh.

“ Nah…Telefonlah sesiapa untuk ambil kat sini…Kau tak boleh jalan ni…”

Iqa menelefon bapak untuk diambil memandangkan berhampiran rumah. Memang tadinya dia mula mengayuh berbasikal dari rumah. Elok saja tadi tapi disebabkan panik melalui di jalan yang sibuk membuatkan dia hilang kawalan stereng basikal.

“ Terima kasih…” Iqa mengembalikan handphone.

“ Sama-sama…Pergi dulu…Maaflah tak temankan. Aku kena cepat ada urusan. Lagipun nanti dikata menggatal pula…” ayat terakhir diucap perlahan tapi masih jelas dapat didengari Iqa.

“ Sapu tangan tu ambil ajelah…Assalamu’alaikum” Najib mengangkat tangan tanda perpisahan.

“ Berangankan abang ke?” teguran Najib membawa Iqa kembali ke alam nyata. Dicuit pipi kiri Iqa yang merenung ke laman rumah dari tingkap.

“ Tak adalah…” Iqa menghembus nafas lega dalam diam. Nasib baik dia tidak memegang sapu tangan Najib sewaktu berangan tadi. Terkenang memori 4 bulan sebelum mereka kahwin.

“ Iqa nak turun ke dapur dululah…Nanti apa pula kata Mak…” Iqa berhasrat untuk berlalu tapi lengannya dipegang. Memang dia membahasakan diri  begitu dengan keluarga jadi mudah saja dia melakukannya depan Najib.

“ Biarlah apa orang nak kata…Diorang mesti faham punya…Yalah kan semalam malam pertama kita…” Najib tersengih sengaja mengusik.

Iqa mengalah bila Najib tegas menyuruh mereka tidur di katil bersama semalam. Tidak mahu bertekak dengan mata yang mengantuk dan badan yang letih seharian melayan tetamu.

“ Kejaplah…” pinta Najib sewaktu Iqa cuba untuk meleraikan pautan pada lengannya.

“ Sini…Kedua tangan Iqa berada ditangan Najib supaya menghampiri.  Dagu Iqa didongakkan supaya menatapnya. Senyum diukir buat isteri.

“ Iqa tau tak…Sejak dengar rahsia Marwan bagitau pasal sapu tangan tu semalam, hati abang terus terbuka tau…Untuk Iqa…Terasa kembang, dalam hati ada taman. Haha…” tuturnya romantis tapi di akhir ucapan dia tidak dapat menahan diri dari ketawa. Tak biasa untuk bermanis madah. Iqa tunduk tak tentu rasa.

“ Abang harap Iqa pun buka hati Iqa untuk abang…” dikucup dahi Iqa.

“ Alamak..Keluarga abang dah sampai. Awalnya diorang sampai….Jom turun..Nanti kalau Kak Hanim dan Abang Radhi nampak, lagi teruk kita kena usik nanti…” pantas Najib menarik tangan kanan Iqa yang masih dalam genggamannya. Mula mengatur langkah keluar bilik.

Memang emak dan bapak menjemput keluarga Najib bersarapan bersama pagi ni jam sembilan tapi sekarang baru jam tujuh! Kereta Avanza Abang Radhi sudah mula masuk ke halaman rumah.
*************

“ Iqa minum coffee caramel abang?”

“ Yup…Sorry lah tak sedar teguk sampai habis pulak Iqa minum tadi…” jawab Iqa sambil mengeringkan rambut.

“ Ala…Kan awak juga tadi yang cakap tak sedap…” selamba Iqa menambah. Dia masih belum bersedia memanggil Najib sebagai abang. Rasa terbelit lidah.

“ Abang tak marah Iqa habiskan. Tapi kan tadi waktu tengok wayang Iqa dah habiskan satu cawan Pepsi. Lepastu coffee cappuchino Iqa pun tadi dah habis minum. Abang cuma risau kesihatan Iqa. Bahaya tau tak..” Najib bersandar di muka pintu bilik. Tangannya disilangkan ke dada.

Selepas majlis kenduri, mereka kembali tinggal di flat untuk memudahkan Najib berulang-alik ke tempat kerja. Lebih hampir dari rumah keluarga mereka. Lagipula Marwan pun sudah tinggal bersama keluarga.

“ Ala…..Sesekali je…”

“ Nanti jangan merungut kalau tak dapat lelap…” ucap Najib sebelum berlalu ke ruang tamu.

Najib hanya diam sewaktu Iqa duduk disisinya menonton televisyen. Iqa bangun sebelum duduk lebih hampir. Najib membiarkan. Masih mogok diam.

“ Iqa demam ke?” soal Najib sewaktu tangan Iqa tidak henti bergerak. Ada sahaja telatahnya bagai ingin meraih perhatian si suami di sisi.

“ Tak panas pun…” ucap Najib setelah tangannya merasa suhu dahi Iqa yang merebahkan kepala ke bahu Najib. 

Perhatian Najib tidak lagi tertumpu pada televisyen di depan tapi pada isteri di sisi. Dilayan bagai melayan anak kecil dan puteri dengan penuh kasih.
*********

“ Alhamdulillah…Yeay!” Iqa bergembira berpelukan dengan Nadirah.

Ruangan foyer kolej riuh dengan pelajar yang berpusu-pusu melihat keputusan masing-masing.

“ Iqa…Kau buat apa selama cuti ni? Makin tembam badan kau…” tegur Nadirah. Memang sedari mereka bertemu tadi dia ingin menegur. Perasan dengan perubahan Iqa.

“ Jangan-jangan kau mengandung tak?” tebak Marwan sedikit perlahan di telinga Iqa.

Terjengil mata Iqa dengan tebakan Marwan. Seperti biasa ditampar kuat bahu Marwan.

“ Biasalah..Tengah cuti bina badanlah Ira….Nanti bila dah kerja nanti mesti makan tak tentu waktu…” balas Iqa diiringi ketawa kecil.

Hanya Marwan sahaja temannya yang tahu status dirinya kini.  Nadirah pun belum dikhabarkan. Tunggulah sewaktu jemputan majlis resepsi mereka untuk menjemput rakan-rakan sudah siap dicetak barulah dimaklumkan.

“ Okeylah…aku tak boleh lama-lama sebab dah ditunggu…” Iqa meminta diri. Teringat Najib yang sedang menunggu di dalam kereta.

“ Ala…Rilekslah Iqa… Kau dah tak nak lepak dengan kitorang ke?” soal Dira tidak puas hati. Iqa tidak seperti biasanya. Selalu dia yang paling aktif berjalan.

“ Bukan macam tu..Nantilah…Sekarang ni tak boleh…”

“ Maklumlah… Orang dah ada cinta hati…” ucap Marwan. Folder nipis di tangan Iqa hempas ke lengan Marwan. Menghalang rahsianya dibongkar kali ini.

“ Wah…Dalam diam eh..Tak sangka! Kenalkanlah kat aku Iqa…” rengek Dira semangat bertambah teruja.

“ Ala…Nanti-nantilah ye…Ni dia kena masuk kerja semula..” ucap Iqa beralasan.

“ Okey..Aku pergi dulu…” Cepat-cepat Iqa memeluk Dira sebelum berlalu.
************

Najib gelak. Sejak mereka pulang ke rumah tadi dia asyik tersenyum dan ketawa. Sampai naik sengal pipinya.

“ Ni awak punya pasal…” bentak Iqa. Mukanya di tutup dengan kusyen. Sebelah tangannya melempar kusyen di sisi pada Najib tapi tidak kena.

Selepas dari kolej tadi, Najib terus membawanya ke klinik untuk pemeriksaan. Memang Najib selalu mengatakan seperti yang dikata Marwan tadi.

“ Eh apa pula…Iqa yang goda abang tau….” Najib membela diri.

“ Stop smiling…” Iqa membetulkan duduk. Kusyen tadi dipeluk pula.

“ Sudahlah…Redha ajelah…Dah rezeki Allah nak bagi kita…” pujuk Najib. Dia melangkah duduk di sisi Iqa. Cuba untuk meredakan emosi isterinya.

Sewaktu di klinik tadi Doktor sudah mengesahkan Iqa hamil 5 minggu.

“ Patutlah Iqa kuat makan sekarang ni. Kan betul tekaan abang…Makin sensitif, cepat merajuk….” Tawa Najib kembali meletus bila Iqa menumbuk manja lengannya.

“ Iqa nak tau tak semalam abang mimpi apa?” soal Najib menarik perhatian isterinya.

“ Abang mimpi, Kita pegang anak kembar…” beritahu Najib.

Tawanya makin galak bila kini dadanya pula ditumbuk bertalu-talu.

“ Iqa….Boleh jadi hari Iqa konvokesyen nanti waktu Iqa tengah sarat…” Najib meluahkan kemungkinan itu.

Iqa diam. Riak mukanya seperti akan menumpahkan air mata bila-bila masa. Perangai keanak-anakan masih ada.

“ Tak apa…Manalah tau majlis tu di lambatkan…” pujuk Najib. Kepala Iqa disandarkan pada dadanya.

“ Esok kita makan malam dengan keluarga kita eh. Sekaligus terus umumkan baby ni…” usul Najib.

“ Majlis resepsi kena awalkan ni sayang…”

“ Sudahlah…Jom abang hantar Iqa masuk bilik…Sayang kena rehat cukup-cukup tau…” pujuk Najib bagai memujuk anak kecil.

“ Abang tak tidur lagi ke?” soal Iqa.

“ Abang ada kerja kena siapkan….” Beritahu Najib. Dipeluk Iqa. Dahinya dicium seperti selalu sebelum tidur.

I love you sayang…” bisik Najib.

Setelah Iqa terlena, barulah Najib keluar menuju ke bilik kerja.
*************

“ Tak sangka ya…Cepat rezeki kita nak jadi atuk dan nenek…” ucap ummi, emak Najib.

Setentunya kedua belah keluarga menyambut gembira dengan kedatangan bakal ahli baru dalam keluarga.

Dalam keluarga Najib ini merupakan cucu ketiga setelah dua anak Kak Hanim dan Abang Radhi. Untuk emak dan bapak setentunya cucu sulung memandangkan Iqa anak tunggal.

“ Tahniah Jib…Dua-dua baby boy…” beritahu Kak Hanim sebaik keluar dari bilik bersalin.

“ Dua??? Maksudnya kembar Anim?” soal abah memastikan tidak tersalah dengar. Sebelum ini Najib dan Iqa selalu memaklumkan baby besar sebab tu perut nampak besar.

“ Iya abah…Diorang saja tak nak bagitau…Nak bagi kejutan..” ucap Kak Hanim merangkap Doktor yang merawat Iqa sejak mengandung hingga melahirkan.

“ Jib bertuah tau…Iqa beria-ia nak bersalin normal. Kalau ikutkan rekod kesihatan mesti dibedah. Jadi, pendek sikitlah tempoh Jib kena puasa….” seloroh Kak Hanim.

“ Alhamdulillah…Boleh Jib masuk sekarang Dr Hanim?” tanya Najib ingin menemui isteri tercinta. Saja bergurau dengan menyebut doktor di pangkal nama kakaknya.

“ Masuklah…Nurse  tengah bersihkan baby…Kejap lagi baru pindah masuk wad…” umum Kak Hanim sebelum berlalu. Sempat ditepuk lengan Najib.

“ Terima kasih sayang sebab sudi bertarung nyawa lahirkan anak-anak kita…” ucap Najib syahdu. Diberi ciuman pada dahi Iqa yang masih lemah.

“ Macamana reaksi diorang waktu tahu kembar?” tanya Iqa perlahan. Keadannya masih lemah.

“ Mestilah terkejut sayang…Tapi mesti tak menghairankan. Yelah Abang kan memang ada kembar. Cuma kembar abang meninggal sewaktu 3 bulan dalam perut ummi…” beritahu Najib. Kesekian kalinya dia mengulang cerita itu.

“ Bila dah jadi mama ni sayang makin cantiklah….” seloroh Najib setelah lama merenung wajah isterinya. Tangan kanan Iqa yang terbaring digenggam erat tanpa menghiraukan kehadiran nurse yang bertugas.

“ Eh sakit-sakit pun sempat cubit abang eh…Sudahlah sayang rehatlah dulu…”
******

“Iqa! Hero pujaan kau datang…” umum Dira seraya berlalu memberi ruang sebaik melihat kelibat Najib melangkah menghampiri mereka.

“ For you sayang…. “  sejambak bunga dihulur. Malu-malu Iqa menerima. Tak selesa di tempat umum romantik.

Congratulations….” ucap Najib diiringi ciuman di kedua pipi Iqa. Selesai sudah majlis konvokesyen Iqa.

“ Aaa…Abang ni…Malulah…Kan ramai orang ni….” Tegur Iqa.

Nasib menyebelahi Iqa bila majlis ini ditangguhkan hingga selepas hari raya haji. Lebih kurang 3 bulan dari kebiasaan kerana menghormati bulan ramadhan dan juga ramai graduan yang tidak dapat menghadirkan diri dengan pelbagai urusan. Maka pihak universiti memutuskan begitu.

“ Biarlah orang nampak…Kita kan pasangan halal….” Balas Najib.

“ Jom….Diorang tengah tunggu Iqa untuk bergambar….”Najib membawa Iqa menuju kea rah orang tua mereka berdiri.

“ Iqa!” sapa Seri salah seorang rakan sekelas Iqa.

“ Untungnya kau Iqa…Baru tamat belajar terus kahwin. Sekarang ni dah ada anak lagi…” ucap Seri selepas mereka berpelukan.

“ Alhamdulillah…” tersenyum Iqa mendengarnya.

Macam-macam aksi mereka bergambar. Bersama emak, bapak, ummi, abah dan adik-beradik Najib yang lain. Marwan turut diajak bersama.

“ Lepas ni di rumah keluarga saya pula ya…” pesan Najib pada jurugambar professional yang diupahnya. Memang rancangan mereka begitu. Tempah untuk dua lokasi.

Memang sengaja dia mengupah sendiri sebuah studio untuk mengabadikan kenangan di majlis bersejarah isterinya ini. Tidak mahu bersesak menunggu giliran bergambar pada jurukamera yang telah diupah pihak kolej.

Lagipula, di rumah nanti mereka akan bergambar dengan kedua hero kembar mereka yang sudah berusia 4 bulan: Muhammad Mu’az dan Muhammad Mus’ab.

Love you abang…” bisik Iqa saat photoshoot hanya gandingan mereka berdua.

Love you too sayang…” mereka bertatapan mata dan berpelukan. Jurukamera mengabadikan gambar mereka itu.

*TAMAT*

Begitulah hidup. Bila Allah kata jadi, maka jadilah biarpun kita tidak merancang ke arah itu dan kalau ditolak jauh sekalipun andai Allah dah takdirkan bersama atau sesuatu berlaku maka jadi juga dengan izinNya. Mungkin ada ibubapa yang berharap anaknya menjadi seorang jurutera tapi Allah takdirkan dia menjadi seorang doktor.Bila singgah ke kedai kita cadang nak beli aiskrim vanilla tapi tak ada jual pula waktu tu. Kita rancang nak berkawan dengan Senah tapi persahabatan kita lancar dan mudah terjalin dengan Tipah. Lumrah kehidupan.

Seperti bait lagu yang ada dalam iklan suatu ketika dulu: Ikan di laut, asam di darat dalam periuk bersama jua. (^_^)

‘ Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadaNya, “Jadilah!” Maka jadilah sesuatu ’ (Surah Yaasin: 82)



Alhamdulillah selesai cerpen ni.  Sebarang komen, kritikan dan maklumbalas adalah sangat dialu-alukan bagi memperbaiki lagi mutu penulisan saya di masa akan datang. Terima kasih.
 



3 comments:

Unknown said...

Sweet love story!!

Anonymous said...

macam ada yang tak logik sikit lah time dia disahkan mengandung tu. perbetulkan plot pnceritaan yer dik. sbb akak tngok mcm ada yg melompat-lompat cerita ni.

Unknown said...

Best cerpen ni dik. Teruskan usaha. Kalaupun rezeki cerpen adik tidak disiarkan p2u tp sekarang terbukti cerpen adik dh disiarkan kat sini. Akak tunggu cerpen baru dari adik. Don't give up dalam berkarya.

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates