Bismillahirrahman nirraheem
Assalamu'alaikum warahmatullah wabarkatuh.
Selamat petang. Moga anda semua dalam keadaan sihat wal afiat hendaknya dalam lindungan Allah. =)
Manusia hanya merancang tapi Allah yang mengatur ketentuan. Tak semua yang kita rancang akan berjalan seperti dirancang sesuai keinginan kita. Dhia ada hantar dua cerpen ke laman p2u tapi memandangkan sudah hampir dua bulan tapi belum disiarkan jadi Dhia ambil keputusan untuk siarkan cerpen tu di dalam blog ni. Selamat membaca.
Enjoy your reading. Sebarang komen dan maklumbalas adalah sangat dialu-alukan.
“ Banyak lagi ke yang belum siap
ni?” Haziqah mula tidak senang duduk. Jam tangan ditenung untuk kesekian
kalinya. Gelisah. Sudah pukul sebelas malam.
“ Rilekslah Iqa…Belum siap lagi
ni…” Nadirah selamba menjawab.
“ Hah…Itulah…Dari tadi aku suruh
mula awal tapi korang nak juga tengok movie
dulu…” Iqa mula membebel meluahkan tidak puas hati.
Sedari tadi, handphone nya berdering mendendangkan lagu. Habis! Mak tak
henti-henti telefon. Akhirnya terpaksa dijawab.
“ Helo….Ha iya Mak…Belum siap
lagi ni…Betul…” Sesekali Iqa bersuara. Maknya membebel seperti biasa dengan
suara nyaring. Dijauhkan handphone
dari telinga.
“ Yelah…Iqa balik la ni…” ucap
Haziqah sebelum menamatkan perbualan telefon.
“ Sudahlah…Aku balik dulu…Chow!” laju
tangannya memasukkan barang ke dalam beg sandang.
“ Weh…Belum habis lagi ni…”
Marwan, sepupu merangkap kawan satu kelas Iqa bersuara membuatkan langkah Iqa
terhenti.
“ Ah..Lantak korang lah nak susun
dan design…Aku dah buat bahagian
isi…Takpe esok aku take over explain
banyak-banyak…” pantas saja dia keluar.
Keesokan harinya pembentangan
berjalan dengan lancar. Pensyarah mereka berpuas hati dengan jawapan yang
diberikan Iqa pada soalan yang dia ajukan di sesi soal-jawab.
“ Yeeha…Ya beda-bedu!!! Kelas dah
habis!!!” laung Marwan. Kelas riuh.
Hari ini hari terakhir kelas
mereka yang memang sengaja diberi masa untuk membentang selepas menduduki
peperiksaan akhir. Sekarang mereka hanya tinggal menunggu keputusan akhir
sahaja lagi.
“ K geng…Selamat bercuti…Adios!”
************
“ Tak boleh!”
“ Mak…Bolehlah…Kan elok Iqa kerja
dari duduk kat rumah je…” pujuk Iqa.
“ Memanglah aku suka niat murni
kamu nak kerja…Tapi aku tak izinkan kerja tukang hantar bunga tu…Lagipun kedai
itu kan jauh dari sini….”
“ Bapak…Tolonglah Iqa…Tolong
pujuk Mak…” pandangan Iqa beralih pula pada bapak yang duduk di sisi emak.
“ Ni kan kerja halal Mak…” Iqa
buat muka simpati. Kepalanya diletak pada lutut emak yang duduk di sofa. Iqa
pula duduk di lantai.
“ Tak boleh….lagi satu sebab mak
tak izinkan kamu tinggal dengan kawan-kawan kau tu…” terang Emak masih tidak
makan pujukan si anak tunggal.
“ Diorang kan perempuan…”
“ Tu bukan perempuan tapi
betina…Tergesel-gesel kat lelaki. Kalau kau duduk dengan diorang, lama-lama kau
boleh terpesong macam tu. Na’uzubillah min zalik. Tak ada….Mak tak izinkan!”
putus emak sebelum berlalu.
“ Kalau Iqa kerja tukang hantar
bunga tu, kenalah tinggal dengan Dira mak…Senang. Hampir dengan kedai…”
“ Kalau tinggal kat sini, jauh
nak pergi…” sambung Iqa menerangkan pilihan yang ada.
“ Lagipun tak lama Pak…Tiga hari
je..Sebab gaji dia lumayan! Lepas tiga hari, Iqa janji akan berhenti sebab
kerja itupun untuk sementara je…”
“ Janji tiga hari?”
“ Janji Bapakku sayang…” Tangan
kanan di angkat. Badannya turut ditegakkan. Ikrar terpateri.
**********
“ Wan….Bolehlah…. Cuma tiga hari
je…” desak Iqa. Setelah berbincang dengan Mak Bapak tadi Iqa terus mengisi beg pakaian dan menemui Marwan.
“ Tak boleh…Kau dah gila ke nak
tinggal rumah jantan ni??” Marwan menjengilkan mata bercekak pinggang.
Baru sekejap tadi sepupunya itu
menelefon menyuruh dia turun ke bawah flat yang disewanya. Tup-tup sebaik tiba
dibawah, Iqa datang dengan satu beg pakaian.
“ Ala…Kau kan sepupu aku…Dah
macam adik-beradik dah…”
“ Macam je…Tapi masih boleh kena
cekup tau. Lagipun aku kan tinggal dengan Abang….” Abang merujuk pada seorang
teman serumahnya yang berumur lebih tua sedikit dan sudah bekerja.
“ Kalau kena cekup nanti
macamana?” gertak Marwan.
“ Huish mulut…. Kau janganlah
celupar. Cuma 3 hari je…Kau kenalkan lah kat dia aku ni lelaki..Haziq….Bukan Haziqah” Iqa
menarik cap yang dipakai di kepala.
Konon control macho.
“ Piiirah…” Marwan menolak ke
bawah cap Iqa.
“ Hei….Kau nak pergi mana tu????”
teriak Marwan. Panik sebaik melihat Iqa sudah mula mengatur langkah naik tangga.
“ Masuk biliklah…Biar aku
perkenalkan diri aku sendiri kat Abang tu…” laung Iqa.
Marwan panik. Langkah terus
diatur berlari mengejar Iqa. ‘Memang sepupunya ini dah tak betul!’
“ Hoi….Mana abang tu? Tak ada
pun…”soal Iqa sambil melabuhkan punggung di sofa rumah sewa Marwan.
“ Kau bernasib baik…Malam ni dia
tak balik….Dia balik rumah keluarga dia….” Jawab Marwan. Nafasnya masih semput
dek berkejaran naik dengan Iqa.
“ Jadi 3 hari ni dia tak ada
lah???” soal Iqa girang.
“ Dia bagitau esok dia balik…”
“ Alhamdulillah…Selamat aku hari
ni…” tangannya diraup ke muka tanda mensyukuri.
“ Hah….Mana satu bilik aku?” soal
Iqa mula berdiri.
“ Kat hujung belah kanan….”
“ Eh…Bersih ke bekas bilik Rizal
tu?” teragak-agak Iqa bertanya.
“ Boleh tahan…Lebih bersih dari
bilik kau… usik Marwan membuatkan Iqa mencebik. Tidak suka.
Asalnya Marwan menyewa bersama 2
lelaki. Rizal, teman sekolah mereka tapi berlainan jurusan dan yang seorang
lagi Iqa cuma tau Marwan memanggilnya Abang. Sebab lelaki tu dah bekerja dan
paling lama tinggal di flat sewaan mereka itu.
Sebaik tamat menduduki kertas
akhir, Rizal terus balik ke rumah keluarganya. Marwan pernah memaklumkan hal
itu kepada Iqa.
‘ Dah Mak tak benarkan tinggal
dengan Dira…Ni Marwan ni kan keluarga sendiri…’ detik hati Iqa untuk menyedapkan hati sendiri.
************
“ Hish…” marah Iqa sewaktu terasa
ada yang menarik lengan bajunya. Marah diganggu sedang tidur.
“ Hei bangunlah…” kali ini
lengannya digoncang. Iqa menukar posisi dari baring jadi duduk bersandar.
Perlahan dia membuka mata yang masih mengantuk. Mamai.
Iqa senyum. Makin kejap dia
memeluk patungnya. Patung bear yang selalu menemani tidurnya di rumah. Rumah?!’
“ Hoi!” sergahan itu berjaya
menghilangkan kantuk Iqa.
“ Kau siapa hah?” menyinga lelaki
di hadapannya.
Iqa panik. Ditebarkan mata ke
sofa. Alamak! Cap aku kat dalam bilik. Penyamarannya sebagai lelaki gagal!
Rambutnya jelas panjang. Sudah kantoi di malam kedua dia bermalam di situ.
“ Macamana kau boleh masuk?”
Iqa gagap. Otaknya tidak
berfungsi. Yelah baru bangun tidur kot….Agak-agaklah…
Bunyi ketukan di pintu masuk
utama yang terbuka luas menarik pandangan mereka memandang.
“ Mak! Bapak!” Iqa pucat. Mampus!
*******
Dengan sekali lafaz, mereka
selamat dinikahkan tiga hari kemudian. Malam itu jugak Mak Bapak Iqa menarik Iqa
dan lelaki itu ke rumah keluarga lelaki.
“ Dah angau teruk nampaknya anak
kita ni…Jadi, rasanya lebih baik dipercepatkan majlis…” usul Bapak sebaik
bersalaman dengan orang tua lelaki. Isu dia memeriksa di rumah sewa
diceritakan.
“ Kalau macam tu, pihak kami
bersetuju…” balas tuan rumah.
“ Tapi Abah…” lelaki itu cuba
untuk membentak.
“ Najib!” terus dipintas oleh
abahnya membuatkan dia terdiam. Pasrah bila abah membuat keputusan untuknya menggunakan kuasa veto sebagai ayah.
“ Anggap ini pengajaran untuk
kamu berdua supaya tidak memandang remeh hal-hal macam ni. Walaupun kamu tidak
berniat untuk melakukan lebih jauh tapi tetap….Hanya berduaan di dalam rumah
tu salah” beralas abah Najib menegur
sewaktu mereka bertemu untuk urusan perancangan majlis sebelum nikah.
Khairul Najib. Itulah nama lelaki
yang kini sah menjadi suami Iqa. Majlis pernikahan diadakan di rumah keluarga
perempuan.
“ Patutlah Najib mula beli
persiapan barang hantaran…Rupanya memang dah ada calon…” Ummi bersuara membuka cerita.
“ Betul lah…Bila akak Anim tanya
dah ada calon, beria-ia Najib nafikan…” tambah Kak Hanim. Kakak kepada Najib.
Mata memandang pada Najib dan
Iqa. Ingin melihat reaksi keduanya. Telinga Najib sudah merah. Mungkin malu.
Iqa pula hanya diam. Sesekali dia senyum bila keluarga mereka ketawa.
“ Bagus jugak tu….Persiapan
awal..Macam sekarang ni. Dapat terus langsungkan majlis je. Nasib baik tok kadi
masih lapang waktu malam…” tokok Bapak.
Memandangkan jadual tok kadi
kawasan kami penuh pada sebelah siang hingga tiga bulan ke depan, jadi majlis ini dilangsungkan pada
sebelah malam selepas Isya’.
“ Dah merah telinga budak ni…”
Abah menepuk paha Najib yang duduk disebelahnya.
“ Bukan budak abah…Tapi bakal
ayah budak!” usik abang Radhi. Suami kepada Kak Hanim.
“ Jomlah kita balik…Dah lewat
malam ni…” Abah mengundur diri.
“ Iqa…Pergi bawa suami kamu masuk
bilik..” perintah emak sebelum berlalu membawa bekas gelas hidangan ke dapur.
“ Er…Bapak…Mak…Saya rasa malam ni
biar saya ikut balik rumah keluarga saya dulu…Nanti lepas majlis kenduri baru
saya tinggal sini….In syaa Allah” Usul Najib baru menukar fikiran. Tadi
dia hanya menurut bila keluarganya yang merancangkan bagi dirinya. Pakaian memang sudah ada dibawa sedikit
untuk kegunaan bermalam di rumah mertuanya.
Cepat-cepat Najib masuk ke dapur
untuk bersalam dengan Mak sebelum berlari keluar. Cuba mengejar abang iparnya
yang masih memanaskan kereta.
“ Iqa…Pergi hantar suami kamu ke
pintu..” usul emak dari dapur. Dengan berat hari Iqa menurut.
“ Najib marah ke dengan apa yang
dah jadi ni?” kedengaran suara Bapak bertanya sewaktu Iqa sampai di muka pintu.
Kak Hanim dan Abang Radhi sudah berada di dalam kereta.
“ Tak adalah Bapak… Cuma… perlu
masa sikit untuk biasakan diri dengan keadaan…” perlahan saja suaranya
menjawab. Tenang.
Setelah itu barulah Iqa melangkah
keluar. Memang dia masih belum banyak berbual dengan Najib. Mereka hanya
bersuara bila disoal. Keluarga yang menjadi orang tengah dalam perbincangan.
*******
“ Aku tak kira…Aku gunakan kuasa
veto aku sebagai suami untuk memerintah kau tidur satu katil dengan aku.
Perintah berkuat-kuasa mulai hari ini…” tegas Najib membuat keputusan.
Setelah dipujuk dengan
mengemukakan pelbagai alasan akhirnya Iqa berjaya memujuk keluarga untuk
memanggil kerabat terdekat sahaja bagi majlis kenduri kahwin mereka. Najib tak
kisah dan memang dia nak buat majlis resepsi tapi bukan dalam masa yang
terdekat sebab dia nak rancang betul-betul agar lebih tersusun.
“Shush…Cakap tu jangan kuat sangat…Nanti
mak dan bapak dengar…” tegur Iqa dengan jari telunjuk kanan di bibir.
Siang tadi selesai majlis resepsi
kecil-kecilan perkahwinan mereka dengan lancar. Hanya kerabat terdekat sahaja
yang dijemput datang.
Najib duduk berhadapan dengan
Iqa. Nafas ditarik perlahan.
“ Hmm…Maafkan aku sebab cakap kasar. Harap kau tak kecil hati. Will try to reduce it…” tutur Najib. Mengakui
kesalahan diri.
“ Aku bukan apa..Walaupun
perkahwinan ni bukan rancangan kita, tapi memandangkan sekarang kita dah jadi
suami isteri, kita cubalah untuk pertahankan ikatan ni…” suara Najib sudah
kendur. Tidak mahu bertengkar.
“ Yeap….Kita memang belum
mengenali satu sama lain tapi jom kita cuba untuk rapatkan diri…Memang dah
ditakdirkan kita berjodoh jadi suami-isteri. Jadi sekarang cuba untuk dekatkan
jurang yang ada….Please….open up your
heart for me…” nada suara Najib seolah merayu dalam memujuk.
“ Iqa….Najib….Mari keluar
kejap…Ada tetamu baru sampai ni…” beritahu emak dari sebalik pintu bilik yang
tertutup.
Iqa dan Najib berpandangan.
Menanti satu sama lain bersuara memaklumkan gerangan tetamu yang baru sampai.
Sebelum mereka masuk ke dalam bilik tadi tadi, semua tetamu sudah pulang. Hanya
keluarga yang memang merancang bermalam di rumah ini sahaja yang tinggal.
“ Kau sedang tunggu kawan datang
ke? Tanya Najib dengan kening bertaut.
“ Eh mana ada…Aku langsung tak
panggil sorang pun kawan aku…Mungkin kawan awak…” tebak Iqa.
“ Aku pun tak panggil kawan pun
selain Azhar dengan Hamdi…”
“ Tak apalah…Jom siap cepat…Kita
turun je tengok…” usul Najib.
“ Siapa Mak?” tanya Iqa sewaktu
berpapasan dengan emak di tangga.
“ Kamu tengok ajelah…”
“ Assalamu’alaikum pengantin
baru….Tahniah..” tegur Marwan sebaik melihat pasangan itu beriringan turun
tangga.
“ Kau!!!” Pantas Iqa ingin
menghampiri Marwan namun dihalang Najib bila lengannya ditarik.
Rilekslah..Kau jangan nak marah aku…Mak aku
tak bagitau ke? Aku dah sms kat korang berdua yang aku minta maaf tak dapat
datang waktu majlis nikah dan majlis resepsi tadi. Bukan aku sengaja…Hari
bersejarah dua orang yang aku rapat tu….Rugi….” sms yang baru dihantar sebelum dia datang ke sini. Saja bagi cover line.
“ Aku dapat kerja yang aku
berharap sangat dapat tu…Diorang suruh aku melapor diri dalam masa 72 jam a.k.a
3 hari selepas diorang telefon”
“ Kelam-kabutlah aku nak
menguruskan macam-macam. Baru melapor terus kerja bertimbun. Dahlah tu,
langsung tak boleh cuti..Ni lepas dari ofis terus aku datang sini…”
berhati-hati Marwan menjelaskan.
“ Tahniah bro…” Najib dipeluk Marwan.
“ Sibuk kerja ke…Nak larikan
diri…Eee kau ni kan…” bahu Marwan menjadi sasaran tumbukan Iqa.
“ Lagipun…aku tak ada salah
langsung kat kau..Hehe Cuma kat Abang je aku buat salah..Ampun bang…Budak ni
yang degil nak tidur sana…” sepuluh jarinya disusun rapat mohon kemaafan dari
Najib.
“ Sudahlah…Benda dah jadi…Kau
pergilah makan dulu… tenang Najib menyuruh. Jelas kematangan di situ. Tidak
ingin mengulas lanjut kisah yang terjadi.
“ Sebelum tu, saya ada 2 hadiah
untuk korang. Satu Syahirah dah simpan ke tempat susunan hadiah.
Dan satu
lagi….Special…Tunggu kejap”
“ Nah…” kotak kecil yang diambil
dari sofa beralih ke tangan Najib.
“ Bukalah…Benda tu sebenarnya Iqa
pernah tertinggal. Saya rasa macam ada kaitan dengan abang…Ni saya bagi balik
kat korang…Okey…” cepat-cepat Marwan menghilangkan diri memasuki ruang makan.
Iqa menggigit bibir. Terasa sudah
dapat diagak benda yang dimaksudkan. Sesuatu yang sudah hilang
dan disangkanya
tidak akan dijumpai lagi.
Iqa merasakan Najib sedang
mengeluarkan isi kotak dalam gerakan perlahan. Ditelan liurnya. Bersedia dengan
pelbagai kemungkinan.
Sah! Sapu tangan hitam. Di setiap
penjuru ada dua garisan lurus berwarna biru dan merah.
“ Ni macam sapu tangan aku…”
Najib menggumam. Diteliti sapu tangan
itu. Satu penjuru ada jahitan huruf K dan N tanda initial namanya Khairul Najib. Sah! Kini pandangannya beralih
pada Iqa di sisi.
“ Jadi…Iqa lah yang abang tolong
di tepi jalan tu?” soal Najib berbalas anggukan Iqa. Tiba-tiba bahasa panggilan
terus berubah tanpa Najib sedari.
Iqa sendiri tak perasan. Bila
Najib menyoal ini barulah dia perasan mereka pernah bertemu lebih awal.
Dagu Iqa didongakkan Najib agar
memandangnya. Takut-takut Iqa membalas pandangan Najib. Satu senyuman diukir
suami buatnya.
“ Kenapa senyum? “ soal Iqa.
Suaranya cuba untuk dikasarkan. Padahal di dalam hati terasa seperti tertusuk
sebaik memandang senyuman yang khas untuk tatapannya. Hati siapa yang tak cair...
“ Tak ada apa…Saja…Jom makan. Iqa
sendukkan…” usul Najib. Lengan Iqa ditarik menuju ke dapur. Sapu tangan tadi di
masukkan kembali ke dalam kotak. Disimpan dalam kocek baju melayu yang
dipakainya. Lembut saja ucapannya.
“ Iqa memang selalu bawa sapu
tangan tu ke Wan?” tanya Najib cuba mencungkil rahsia. Dia mengambil tempat di
sebelah Marwan yang gelak mendengar soalannya.
“ Boleh dikatakan selalu jugak
bang… Selalu saya tengok dia renung sapu tangan tu waktu tengah duduk
sorang-sorang” rancak Marwan membuka rahsia.
“ Eh mana ada!! Kebetulan hari tu
sapu tangan tu dalam jaket lah…” Iqa cuba menafikan. Tangannya sibuk menyenduk
nasi dan lauk-pauk.
“ Kadang dia cium…” tokok Marwan
disusuli tawa besar.
“ Eh…..Mana ada! Sesuka hati je kau
tambah cerita eh…” Iqa bercekak pinggang. Dijengilkan matanya memandang Marwan.
Geram dan terasa panas membahang. Pinggan sudah dihulur pada Najib.
“ Yelah yelah….Dia tak cium tapi
bab dia selalu bawa tu memang betul bang…” akhirnya Marwan memperbetulkan.
Makin bertambah senyum Najib.
Dengan senang hati dia mula makan yang disendukkan Iqa ke dalam pinggannya.
“ Sebenarnya mak dan bapak memang
dah tau sejak hari pertama kamu bermalam di rumah sewa tu…” abah membuka cerita.
“ Memandangkan dah lewat malam
jadi kami biarkan je. Keesokan harinya, mak dan bapak terus jumpa dengan
keluarga Najib. Nak siasat peribadi dia. Tak susah mana sebab memang bapak
kenal dengan abah Najib tu. Kawan rapat masa sama-sama jadi cikgu….”
“ Jadi bapak dan mak memang
sengaja datang malam tu?” merujuk pada malam kedua Iqa bermalam di flat sewa
Marwan dan Najib. Saat Najib baru
pulang.
“ Yelah…Takkan nak biarkan kamu
berdua bermalam bersama di sana….”
“ Dalam hal ni Najib tak salah.
Pintu pun dia biarkan terbuka. Mengikut cerita keluarga kamu Najib, kamu memang
tak pernah bawa mana-mana perempuan datang bertemu dengan keluarga kamu. Nampak
kamu memang belum ada calon pilihan….”
“ Jadi setelah berbincang, kami
sepakat untuk cuba menyatukan kamu….Untuk saling melengkapi dan sama-sama
membantu menjadi insan yang lebih baik”
“ Sengaja kami minta Najib tunjuk
jalan ke rumah orang tua kamu. Yelah… Kamu kan belum tau kami kenal…” bapak
hanya diam dan senyum memandang Najib. Memberi peluang abah terus bercakap.
“ Dan kamu Iqa….Jangan bertindak sesuka hati.
Selepas ni kalau ke mana-mana, minta izin dan maklumkan suami kamu dulu…
Kurangkan melawan cakap dia….Kena ingat, syurga kamu bukan lagi pada Mak tapi
pada tapak kami suami kamu….” pesan bapak.
“ Jadi Marwan yang bagitau kat
mak dan bapak?” soal Iqa memastikan telahannya selama ini.
“ Yang tu, no comment…” balas Marwan. Dia buat muka serius menikmati makanan.
Cuba menutup cerita.
*********
‘ Aku mesti boleh!’ Iqa
memotivasikan dirinya. Ayat tersebut diulang-ulang sebut dalam hati.
Hujung bulan ini Iqa, Marwan,
Dira dan rakan yang lain merancang untuk mengikuti acara amal berbasikal sambil
mengutip derma untuk diberi pada saudara islam di Palestin.
Oleh sebab tidak mahu mengaku
tidak pandai berbasikal, Iqa mengambil keputusan untuk berlatih sendiri.
Dibelek basikal berwarna hijau yang disewa .
“ Harap-harap sempatlah berlatih…Amin….” tangan diraup ke
muka.
Sewaktu menghampiri simpang jalan, Iqa panik bila melihat
kereta dari arah yang berlawanan meluncur laju
bertalu-talu. Di saat yang sama, ada seorang lelaki sedang berjogging.
Stereng basikal mula hilang arah.
“ Aduh…” Iqa kesakitan. Basikalnya terbabas saat dia cuba mengalih hala tuju basikal ke tepi. Dia jatuh
tergolek ke rumput. Nasib baik bukan jalan bersimen.
“ Lengan kau berdarah…” lelaki yang berjogging tadi duduk
mencangkung disisi Iqa. Walaupun serius percakapannya tapi rasa nilai
perikemanusiaan tetap ada dalam dirinya.
“ Nah…Untuk sapu pasir…” sehelai sapu tangan dihulur.
“ Pakai ajelah…Bersih ni dari poket seluar. Aku guna tuala
ni…” tuala yang disangkut di leher ditarik.
“ Guna ajelah…Tengok..Mata kau pun mungkin dah masuk pasir…”
pujuk Najib. Akhirnya sapu tangan itu diambil Iqa. Disapu muka dan lengannya.
Perlahan dia berdiri. Anggota badannya terasa sengal-sengal.
Najib membantu membangunkan basikal yang tadinya terdampar
di tepi jalan setelah jatuh.
“ Nah…Telefonlah sesiapa untuk ambil kat sini…Kau tak boleh
jalan ni…”
Iqa menelefon bapak untuk diambil memandangkan berhampiran
rumah. Memang tadinya dia mula mengayuh berbasikal dari rumah. Elok saja tadi
tapi disebabkan panik melalui di jalan yang sibuk membuatkan dia hilang kawalan
stereng basikal.
“ Terima kasih…” Iqa mengembalikan handphone.
“ Sama-sama…Pergi dulu…Maaflah tak temankan. Aku kena cepat
ada urusan. Lagipun nanti dikata menggatal pula…” ayat terakhir diucap perlahan
tapi masih jelas dapat didengari Iqa.
“ Sapu tangan tu ambil ajelah…Assalamu’alaikum” Najib
mengangkat tangan tanda perpisahan.
“ Berangankan abang ke?” teguran Najib membawa Iqa kembali ke alam nyata. Dicuit pipi kiri Iqa
yang merenung ke laman rumah dari tingkap.
“ Tak adalah…” Iqa menghembus nafas lega dalam diam. Nasib
baik dia tidak memegang sapu tangan Najib sewaktu berangan tadi. Terkenang
memori 4 bulan sebelum mereka kahwin.
“ Iqa nak turun ke dapur dululah…Nanti apa pula kata Mak…”
Iqa berhasrat untuk berlalu tapi lengannya dipegang. Memang dia membahasakan
diri begitu dengan keluarga jadi mudah
saja dia melakukannya depan Najib.
“ Biarlah apa orang nak kata…Diorang mesti faham punya…Yalah
kan semalam malam pertama kita…” Najib tersengih sengaja mengusik.
Iqa mengalah bila Najib tegas menyuruh mereka tidur di katil
bersama semalam. Tidak mahu bertekak dengan mata yang mengantuk dan badan yang letih seharian
melayan tetamu.
“ Kejaplah…” pinta Najib sewaktu Iqa cuba untuk meleraikan
pautan pada lengannya.
“ Sini…Kedua tangan Iqa berada ditangan Najib supaya
menghampiri. Dagu Iqa didongakkan supaya
menatapnya. Senyum diukir buat isteri.
“ Iqa tau tak…Sejak dengar rahsia Marwan bagitau pasal sapu
tangan tu semalam, hati abang terus terbuka tau…Untuk Iqa…Terasa kembang, dalam
hati ada taman. Haha…” tuturnya romantis tapi di akhir ucapan dia tidak dapat menahan
diri dari ketawa. Tak biasa untuk bermanis madah. Iqa tunduk tak tentu rasa.
“ Abang harap Iqa pun buka hati Iqa untuk abang…” dikucup
dahi Iqa.
“ Alamak..Keluarga abang dah sampai. Awalnya diorang
sampai….Jom turun..Nanti kalau Kak Hanim dan Abang Radhi nampak, lagi teruk
kita kena usik nanti…” pantas Najib menarik tangan kanan Iqa yang masih dalam
genggamannya. Mula mengatur langkah keluar bilik.
Memang emak dan bapak menjemput keluarga Najib bersarapan
bersama pagi ni jam sembilan tapi sekarang baru jam tujuh! Kereta Avanza Abang
Radhi sudah mula masuk ke halaman rumah.
*************
“ Iqa minum coffee
caramel abang?”
“ Yup…Sorry lah
tak sedar teguk sampai habis pulak Iqa minum tadi…” jawab Iqa sambil
mengeringkan rambut.
“ Ala…Kan awak juga tadi yang cakap tak sedap…” selamba Iqa
menambah. Dia masih belum bersedia memanggil Najib sebagai abang. Rasa terbelit
lidah.
“ Abang tak marah Iqa habiskan. Tapi kan tadi waktu tengok
wayang Iqa dah habiskan satu cawan Pepsi. Lepastu coffee cappuchino Iqa pun tadi dah habis minum. Abang cuma risau
kesihatan Iqa. Bahaya tau tak..” Najib bersandar di muka pintu bilik. Tangannya
disilangkan ke dada.
Selepas majlis kenduri, mereka kembali tinggal di flat untuk
memudahkan Najib berulang-alik ke tempat kerja. Lebih hampir dari rumah
keluarga mereka. Lagipula Marwan pun sudah tinggal bersama keluarga.
“ Ala…..Sesekali je…”
“ Nanti jangan merungut kalau tak dapat lelap…” ucap Najib
sebelum berlalu ke ruang tamu.
Najib hanya diam sewaktu Iqa duduk disisinya menonton
televisyen. Iqa bangun sebelum duduk lebih hampir. Najib membiarkan. Masih
mogok diam.
“ Iqa demam ke?” soal Najib sewaktu tangan Iqa tidak henti
bergerak. Ada sahaja telatahnya bagai ingin meraih perhatian si suami di sisi.
“ Tak panas pun…” ucap Najib setelah tangannya merasa suhu
dahi Iqa yang merebahkan kepala ke bahu Najib.
Perhatian Najib tidak lagi tertumpu pada televisyen di depan tapi pada isteri di sisi. Dilayan bagai melayan anak kecil dan puteri dengan penuh kasih.
*********
“ Alhamdulillah…Yeay!” Iqa bergembira berpelukan dengan
Nadirah.
Ruangan foyer
kolej riuh dengan pelajar yang berpusu-pusu melihat keputusan masing-masing.
“ Iqa…Kau buat apa selama cuti ni? Makin tembam badan kau…”
tegur Nadirah. Memang sedari mereka bertemu tadi dia ingin menegur. Perasan
dengan perubahan Iqa.
“ Jangan-jangan kau mengandung tak?” tebak Marwan sedikit
perlahan di telinga Iqa.
Terjengil mata Iqa dengan tebakan Marwan. Seperti biasa
ditampar kuat bahu Marwan.
“ Biasalah..Tengah cuti bina badanlah Ira….Nanti bila dah
kerja nanti mesti makan tak tentu waktu…” balas Iqa diiringi ketawa kecil.
Hanya Marwan sahaja temannya yang tahu status dirinya kini. Nadirah pun belum dikhabarkan. Tunggulah
sewaktu jemputan majlis resepsi mereka untuk menjemput rakan-rakan sudah siap
dicetak barulah dimaklumkan.
“ Okeylah…aku tak boleh lama-lama sebab dah ditunggu…” Iqa
meminta diri. Teringat Najib yang sedang menunggu di dalam kereta.
“ Ala…Rilekslah Iqa… Kau dah tak nak lepak dengan kitorang
ke?” soal Dira tidak puas hati. Iqa tidak seperti biasanya. Selalu dia yang paling
aktif berjalan.
“ Bukan macam tu..Nantilah…Sekarang ni tak boleh…”
“ Maklumlah… Orang dah ada cinta hati…” ucap Marwan. Folder
nipis di tangan Iqa hempas ke lengan Marwan. Menghalang rahsianya dibongkar
kali ini.
“ Wah…Dalam diam eh..Tak sangka! Kenalkanlah kat aku Iqa…”
rengek Dira semangat bertambah teruja.
“ Ala…Nanti-nantilah ye…Ni dia kena masuk kerja semula..”
ucap Iqa beralasan.
“ Okey..Aku pergi dulu…” Cepat-cepat Iqa memeluk Dira
sebelum berlalu.
************
Najib gelak. Sejak mereka pulang ke rumah tadi dia asyik
tersenyum dan ketawa. Sampai naik sengal pipinya.
“ Ni awak punya pasal…” bentak Iqa. Mukanya di tutup dengan
kusyen. Sebelah tangannya melempar kusyen di sisi pada Najib tapi tidak kena.
Selepas dari kolej tadi, Najib terus membawanya ke klinik
untuk pemeriksaan. Memang Najib selalu mengatakan seperti yang dikata Marwan
tadi.
“ Eh apa pula…Iqa yang goda abang tau….” Najib membela diri.
“ Stop smiling…” Iqa membetulkan duduk. Kusyen tadi dipeluk
pula.
“ Sudahlah…Redha ajelah…Dah rezeki Allah nak bagi kita…”
pujuk Najib. Dia melangkah duduk di sisi Iqa. Cuba untuk meredakan emosi
isterinya.
Sewaktu di klinik tadi Doktor sudah mengesahkan Iqa hamil 5
minggu.
“ Patutlah Iqa kuat makan sekarang ni. Kan betul tekaan
abang…Makin sensitif, cepat merajuk….” Tawa Najib kembali meletus bila Iqa
menumbuk manja lengannya.
“ Iqa nak tau tak semalam abang mimpi apa?” soal Najib
menarik perhatian isterinya.
“ Abang mimpi, Kita pegang anak kembar…” beritahu Najib.
Tawanya makin galak bila kini dadanya pula ditumbuk
bertalu-talu.
“ Iqa….Boleh jadi hari Iqa konvokesyen nanti waktu Iqa
tengah sarat…” Najib meluahkan kemungkinan itu.
Iqa diam. Riak mukanya seperti akan menumpahkan air mata
bila-bila masa. Perangai keanak-anakan masih ada.
“ Tak apa…Manalah tau majlis tu di lambatkan…” pujuk Najib.
Kepala Iqa disandarkan pada dadanya.
“ Esok kita makan malam dengan keluarga kita eh. Sekaligus
terus umumkan baby ni…” usul Najib.
“ Majlis resepsi kena awalkan ni sayang…”
“ Sudahlah…Jom abang hantar Iqa masuk bilik…Sayang kena
rehat cukup-cukup tau…” pujuk Najib bagai memujuk anak kecil.
“ Abang tak tidur lagi ke?” soal Iqa.
“ Abang ada kerja kena siapkan….” Beritahu Najib. Dipeluk
Iqa. Dahinya dicium seperti selalu sebelum tidur.
“ I love you sayang…”
bisik Najib.
Setelah Iqa terlena, barulah Najib keluar menuju ke bilik
kerja.
*************
“ Tak sangka ya…Cepat rezeki kita nak jadi atuk dan nenek…”
ucap ummi, emak Najib.
Setentunya kedua belah keluarga menyambut gembira dengan
kedatangan bakal ahli baru dalam keluarga.
Dalam keluarga Najib ini merupakan cucu ketiga setelah dua
anak Kak Hanim dan Abang Radhi. Untuk emak dan bapak setentunya cucu sulung
memandangkan Iqa anak tunggal.
“ Tahniah Jib…Dua-dua baby
boy…” beritahu Kak Hanim sebaik keluar dari bilik bersalin.
“ Dua??? Maksudnya kembar Anim?” soal abah memastikan tidak
tersalah dengar. Sebelum ini Najib dan Iqa selalu memaklumkan baby besar sebab
tu perut nampak besar.
“ Iya abah…Diorang saja tak nak bagitau…Nak bagi kejutan..”
ucap Kak Hanim merangkap Doktor yang merawat Iqa sejak mengandung hingga
melahirkan.
“ Jib bertuah tau…Iqa beria-ia nak bersalin normal. Kalau
ikutkan rekod kesihatan mesti dibedah. Jadi, pendek sikitlah tempoh Jib kena
puasa….” seloroh Kak Hanim.
“ Alhamdulillah…Boleh Jib masuk sekarang Dr Hanim?” tanya
Najib ingin menemui isteri tercinta. Saja bergurau dengan menyebut doktor di
pangkal nama kakaknya.
“ Masuklah…Nurse tengah bersihkan baby…Kejap lagi baru pindah masuk wad…” umum Kak Hanim sebelum
berlalu. Sempat ditepuk lengan Najib.
“ Terima kasih sayang sebab sudi bertarung nyawa lahirkan
anak-anak kita…” ucap Najib syahdu. Diberi ciuman pada dahi Iqa yang masih
lemah.
“ Macamana reaksi diorang waktu tahu kembar?” tanya Iqa
perlahan. Keadannya masih lemah.
“ Mestilah terkejut sayang…Tapi mesti tak menghairankan.
Yelah Abang kan memang ada kembar. Cuma kembar abang meninggal sewaktu 3 bulan
dalam perut ummi…” beritahu Najib. Kesekian kalinya dia mengulang cerita itu.
“ Bila dah jadi mama ni sayang makin cantiklah….” seloroh
Najib setelah lama merenung wajah isterinya. Tangan kanan Iqa yang terbaring
digenggam erat tanpa menghiraukan kehadiran nurse
yang bertugas.
“ Eh sakit-sakit pun sempat cubit abang eh…Sudahlah sayang
rehatlah dulu…”
******
“Iqa! Hero pujaan kau datang…” umum Dira seraya berlalu
memberi ruang sebaik melihat kelibat Najib melangkah menghampiri mereka.
“ For you sayang….
“ sejambak
bunga dihulur. Malu-malu Iqa menerima. Tak selesa di tempat umum romantik.
“ Congratulations….”
ucap Najib diiringi ciuman di kedua pipi Iqa. Selesai sudah majlis konvokesyen
Iqa.
“ Aaa…Abang ni…Malulah…Kan ramai orang ni….” Tegur Iqa.
Nasib menyebelahi Iqa bila majlis ini ditangguhkan hingga
selepas hari raya haji. Lebih kurang 3 bulan dari kebiasaan kerana menghormati
bulan ramadhan dan juga ramai graduan yang tidak dapat menghadirkan diri dengan
pelbagai urusan. Maka pihak universiti memutuskan begitu.
“ Biarlah orang nampak…Kita kan pasangan halal….” Balas
Najib.
“ Jom….Diorang tengah tunggu Iqa untuk bergambar….”Najib
membawa Iqa menuju kea rah orang tua mereka berdiri.
“ Iqa!” sapa Seri salah seorang rakan sekelas Iqa.
“ Untungnya kau
Iqa…Baru tamat belajar terus kahwin. Sekarang ni dah ada anak lagi…” ucap Seri
selepas mereka berpelukan.
“ Alhamdulillah…” tersenyum Iqa mendengarnya.
Macam-macam aksi mereka bergambar. Bersama emak, bapak,
ummi, abah dan adik-beradik Najib yang lain. Marwan turut diajak bersama.
“ Lepas ni di rumah keluarga saya pula ya…” pesan Najib pada
jurugambar professional yang diupahnya. Memang rancangan mereka begitu. Tempah
untuk dua lokasi.
Memang sengaja dia mengupah sendiri sebuah studio untuk
mengabadikan kenangan di majlis bersejarah isterinya ini. Tidak mahu bersesak
menunggu giliran bergambar pada jurukamera yang telah diupah pihak kolej.
Lagipula, di rumah nanti mereka akan bergambar dengan kedua
hero kembar mereka yang sudah berusia 4 bulan: Muhammad Mu’az dan Muhammad
Mus’ab.
“ Love you abang…”
bisik Iqa saat photoshoot hanya
gandingan mereka berdua.
“ Love you too sayang…” mereka bertatapan mata dan berpelukan.
Jurukamera mengabadikan gambar mereka itu.
*TAMAT*
Begitulah hidup. Bila Allah kata
jadi, maka jadilah biarpun kita tidak merancang ke arah itu dan kalau ditolak
jauh sekalipun andai Allah dah takdirkan bersama atau sesuatu berlaku maka jadi
juga dengan izinNya. Mungkin ada ibubapa yang berharap anaknya menjadi seorang
jurutera tapi Allah takdirkan dia menjadi seorang doktor.Bila singgah ke kedai
kita cadang nak beli aiskrim vanilla tapi tak ada jual pula waktu tu. Kita
rancang nak berkawan dengan Senah tapi persahabatan kita lancar dan mudah
terjalin dengan Tipah. Lumrah kehidupan.
Seperti bait lagu yang ada dalam
iklan suatu ketika dulu: Ikan di laut, asam di darat dalam periuk bersama jua.
(^_^)
‘ Sesungguhnya
urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadaNya,
“Jadilah!” Maka jadilah sesuatu ’ (Surah Yaasin: 82)
Alhamdulillah selesai cerpen ni. Sebarang komen, kritikan dan maklumbalas
adalah sangat dialu-alukan bagi memperbaiki lagi mutu penulisan saya di masa
akan datang. Terima kasih.
3 comments:
Sweet love story!!
macam ada yang tak logik sikit lah time dia disahkan mengandung tu. perbetulkan plot pnceritaan yer dik. sbb akak tngok mcm ada yg melompat-lompat cerita ni.
Best cerpen ni dik. Teruskan usaha. Kalaupun rezeki cerpen adik tidak disiarkan p2u tp sekarang terbukti cerpen adik dh disiarkan kat sini. Akak tunggu cerpen baru dari adik. Don't give up dalam berkarya.
Post a Comment