Ads 468x60px

Thursday, February 12, 2015

Hijrah (Bab 3)

Bismillahirrahman nirraheem....Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aali Sayyidina Muhammad. 

Sedutan bab sebelumnya...Pertemuan Ulya dan Shah Jihan di pantai...



"Kalau saya nak minta teman makan kejap kat restoran tu boleh tak? Makanan di sana sedap-sedap. Sambil makan boleh tengok pemandangan. Anggap je saya nak balas budi sebab awak dah masakkan saya hari tu." lancar saja ayat itu meluncur laju keluar dari bibirnya. Spontan. 


"Tunggu kejap ya...Saya nak bagi roti ni kat orang tu..." Shah Jihan berlalu dengan membawa kontena roti dari Ulya tadi ke pondok selang sebuah dari mereka. 

*******


Jeng jeng jeng~ Rasanya Ulya akan terima ke tak ajakan makan bersama Encik Bos pada Rose tu? Lets check-it out~~



Sewaktu Shah Jihan melangkah ke pondok berdekatan itu, Ulya mengambil keputusan hendak pulang. Baru semalam dia membaca artikel mengenai larangan berjalan berduaan dengan lelaki bukan mahram tanpa keperluan penting. Pagi ini dia diuji terus bab itu. 

"Ulya! Awak nak pergi mana?" teguran Shah Jihan menghentikan langkah kaki Ulya. Ulya berpaling ke belakang. 

"Maaf...Saya tak dapat nak temankan Encik makan. Tak elok Encik dan saya berdua macam ni.  Saya balik dulu, assalamu'alaikum...." ucap  Ulya sebelum berpaling ke hadapan kembali meneruskan langkah menuju ke kereta. 'Ya Allah...Jangan dia cuba halang aku pergi. Sungguh aku tak kuat nak bertegas menolak' doa Ulya dalam hati.  

"Tak apalah kalau macam tu. Biar saya temankan awak pergi kereta. Kali ini tolong jangan tolak. Demi untuk keselamatan sebab macam saya cakap tadi, bahaya perempuan muda macam awak berjalan sendirian ke tempat macamni..." usul Shah Jihan sambil mengikuti langkah  Ulya. Sengaja dia berjalan perlahan ketinggalan beberapa langkah di belakang Ulya. Tidak melangkah seiringan bersama. 

"Ulya..."

Ulya menoleh bila ada yang memanggil namanya di sebelah depan kiri. Ternyata Bonda kepada Shah Jihan yang memanggil namanya tadi. Turut berada di sisinya ialah seorang lelaki separuh umur dan seorang gadis muda. Nak tak nak, Ulya melangkah menghampiri bila Bonda melangkah ke arahnya. Dia menyalami tangan Bonda dan gadis muda itu. Keduanya mencium pipi Ulya saat bersalaman dengannya. Ulya dapat merasakan kemesraan mereka. 

"Apa khabar Bonda?" Ulya berbahasa.

"Baik alhamdulillah...Ulya datang dengan Shah ke?" Bonda menjeling anak bujangnya. Berkomunikasi dengan mata. Shah Jihan pura-pura tidak perasan.

"Eh tak-tak...Saya datang sendiri. Kebetulan je terjumpa dengan anak Bonda ni..." cepat Ulya menafikan. Jawapannya membuatkan Bonda senyum.

"Ni suami Bonda dan ini Yasmeen adik Shah. Dah alang-alang jumpa Ulya ni, marilah kita makan bersama kat restoran menghadap pantai tu. Dah lama Bonda tak jumpa dengan Ulya..." ajak Bonda mesra. Keramahan Bonda membuatkan Ulya serba-salah nak menolak.

"Minta maaf Bonda. Saya ada hal nak diuruskan..." jelas teragak-agak sebenarnya nada suara Ulya. Dia cuma berdalih. Bukan hal penting sangat pun sebenarnya. Hanya sekadar nak basuh baju dan kemas rumah. 

"Marilah kak...Jom..." kali ini Yasmeen pula bersuara sambil memaut lengan kanan Ulya.

"Marilah...sementara masih tak ramai orang kat situ. Kalau nak dekat tengahari nanti mesti ramai orang pergi situ..." ayah kepada Shah Jihan pula bersuara mengajak.

"Okeylah kalau macamtu..." 

Akhirnya Ulya kehabisan kata untuk menolak. Dia mengikut langkah mereka menuju ke restoran yang dimaksudkan tanpa menoleh memandang Shah Jihan. 

Shah Jihan hanya diam melangkah. Tertangkap berjalan berdua dengan Ulya tadi pasti akan dipersoalkan Bonda dan Ayah. Dia yakin pasti dia akan diterjah dengan soalan bila pulang nanti. Semalam tak ada pula mereka bertiga bersuara merancang pergi ke pantai yang cuma jarak lima belas minit perjalanan dari rumah mereka ini. 

*******
Usai pulang ke rumah, Shah Jihan disuruh duduk di sofa ruang tamu. Bonda dan Ayah duduk di kerusi bertentangan dengannya. Mereka memandang tanpa bersuara membuatkan Shah Jihan gelisah.

"Kenapa Bonda dan Ayah? Ada sesuatu nak dibincangkan ke?" soal Shah Jihan cuba untuk berlagak tenang.




Riak risau Shah Jihan dalam hati. Luaran je dia tetap berlagak tenang duduk depan Bonda. =P

"Shah ada sesuatu nak bagitau Bonda dengan Ayah ke?" soalannya berbalas dengan soalan oleh Bonda yang bersandar elok di sofa dengan kedua tangan bersilang di dada. Ayah pula senyum dengan raut wajah lebih rileks. Bertaut kening Shah Jihan sebaik mendengar soalan Bondanya. Pelik.

Raut wajah Bonda. Garang tak? ;)


raut wajah si Ayah. Chill rileks je
"Bagitau apa Bonda? Rasanya tak ada..." balas Shah Jihan. Tak terfikir tentang hal apa yang perlu dia bagitau pada keduanya. Mata Bonda tetap terarah memandangnya. 

"Tentang Shah dengan Ulya mungkin..." Bonda mengecilkan skop perbualan mereka. Soalan yang diutarakan membuatkan Shah Jihan menelan liur seketika. Baru teringat pasal hal di pantai tadi. Perut yang kenyang membuatkan dia terlupa tentang hal itu. Shah Jihan gugup hendak menyusun ayat. 

"Em...Kami kebetulan terjumpa je kat pantai tu Bonda, Ayah...Shah datang situ cuma sebab nak guna kamera Shah. Dah lama tak pakai..."

"Err...err..." Shah Jihan kehilangan kata bila tanpa bersuara Bonda menyuakan telefon pintarnya. Tertera gambarnya berdua dengan Ulya di pondok. Boleh pulak dia sendiri tengah senyum memandang Ulya. Grrr! Shah Jihan mengukir senyum tawar memandang kedua orang tuanya. Sumbang. Sebelah tangan mengurut sebelah dahi sendiri. Jelas dia dah buat salah dan tertangkap terus.  

"Kalau Shah berkenan, mulakan langkah. Kalau line clear, apa lagi, bagitau Ayah dengan Bonda. Biar kami pergi pinang. Ikat dia dengan ikatan halal baru bercinta. Itu baru gentleman macam ayah dan Bonda dulu..." usul Ayah yang baru bersuara. Sejak tadi dia hanya jadi pemerhati perbualan si ibu dan anak bujang.


Shah Jihan mengalihkan duduk sekejap mencari keselesaan. Dia berdehem beberapa kali. Mungkin sudah tiba masanya dia membuka cerita.

"Sebenarnya Bonda, Ayah...Waktu zaman universiti dulu, Shah ada berkenan calon nak dijadikan isteri. Dia junior satu tahun kat sekolah menengah dulu. Shah dah jumpa ayah dia dan luahkan. Memandangkan waktu tu dia baru masuk universiti dan Shah baru tahun dua di universiti, jadi dia nak habiskan pengajian dulu. Shah pun nak kukuhkan kehidupan dan habiskan belajar dulu"

"Sekejap je dia satu universiti dengan Shah, cuma lima bulan... Lepastu dia dapat tawaran sambung belajar di universiti di UK. Dia tak nak berhubung dengan Shah, jadi Shah cuma terus berhubung dengan ayah dan mak dia sampai sekarang. Waktu beraya rumah diorang syawal lepas, Shah ada tanya dan usulkan nak ikat hubungan kami. Dia pun dah nak habis belajar. Lepas diorang berbincang, perempuan tu belum bersedia nak kahwin sekarang. Dia nak habiskan tempoh master satu tahun setengah yang akan habis awal tahun depan." cerita Shah Jihan. Inilah kali pertama dia membuka kisah cinta dan perempuan pada Bonda dan Ayah. Bukan malu yang Shah Jihan sedang rasakan saat ini tapi dia gugup.

"Dari cerita Shah ni, perempuan tu macam tak bersungguh. Perempuan ni, kalau dia betul-betul suka, dia akan memilih setuju untuk kahwin tak menangguh lama sangat macam ni. Kalau tak setahun dua lepas Shah luahkan tu, paling lama pun sampai habis belajar degree. Ini tak..." Bonda meluahkan pendapatnya berdasarkan pemerhatiannya. Dari nada suaranya tenang saja Bonda memberi komen. Tidak mencemuh atau prejudis.

"Bonda naik dulu..." Bonda bangun dari duduknya dan melangkah naik ke tangga untuk masuk ke bilik tidur. Seakan sengaja memberi peluang si Ayah berbicara dengan si anak bujang mereka. Man-to-man talk. Ayah beralih duduk ke sebelah Shah Jihan.

"Elok Shah buat solat istikharah dan cuba seriuskan hubungan. Kalau pihak sana masih tak nak, nasihat Ayah sebagai Ayah dan lelaki pada lelaki, carilah bunga lain Shah..." ucap Ayah yang bangkit dari duduknya. Dia menepuk bahunya. 


Shah Jihan tunduk memandang lantai dengan kedua belah jari-jemari bertaut. Dia berfikir dalam-dalam. Apa yang diucapkan Ayah dan Bonda tadi ada kebenarannya. 

'Hm...'

*******
~~Bersambung~~

Hehe macamana? Apa komen korang untuk bab kali ini? Tak sangka Bonda, ayah dan Yasmeen akan datang sama? Acaner ni dilema seorang lelaki bernama Shah Jihan bila isu kahwin dibangkitkan. Apakah yang akan berlaku selanjutnya pada kisah perjalanan cinta hatinya yang sudah bertahun-tahun tanpa ikatan serius @ bercinta pun tidak? Stay tuned...

Harap maaf tentang komen Bonda bab perempuan secara general tu, jangan jadikan fakta ya. Sekadar pendapat Puan Bonda. 

Ikuti episod selanjutnya insyaAllah...Harap maaf ye tiada tarikh rasmi bila rasanya sambungan bab seterusnya akan saya upload (^_^)

Your comment will motivates me to continue writing ...




1 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum. Nice story, cant wait what happen next and whats their ending. I hope it'll be soonest. ^_^

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates