Ads 468x60px

Friday, January 2, 2015

Hijrah (Bab 1)

Bismillahirrahman nirraheem...Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala aali Sayyidina Muhammad (11x)

Alhamdulillah cerpen baru di sini... Kali ini cover cuma sederhana je seadanya. Mulakan membaca dengan bismillah ye. =)

Hijrah

Ulya membelek-belek barisan tudung dengan berbagai warna. Lama dia berdiri di situ. Susah untuk membuat pilihan kerana semua tudung-tudung itu cantik-cantik belaka. Rambang mata dibuatnya.

“ Adik pilihlah tiga helai. Rezeki adik dapat percuma hari ni sebab ada orang dah bayarkan kejap tadi...” seorang kakak pekerja butik itu menghampiri Ulya memberitahu.

“ Eh?” bertaut kening Ulya ingin memastikan dia tidak salah dengar. Kakak itu mengangguk dan mengulang kembali apa yang diucapkannya tadi.

“ Ambil je dik...Kakak percaya dia orang baik. InsyaAllah dia takkan nak minta bayar balik atau nak balasan.  Lelaki tu pelanggan tetap butik ni jugak. Memang selalu dia datang sini teman mak dan adik perempuan dia” Beria-ia kakak itu cuba meyakinkan bila jelas riak ragu di wajah Ulya.

Akhirnya dia terima juga dan buat tiga pilihan shawl rona hitam,  pink dan biru laut menjadi pilihan.

‘Alhamdulillah, langkah kanan’ detik hati kecil Ulya saat melangkah keluar dari butik itu dengan satu beg kertas di tangan.
*******
Ulya membaca post-it yang diterimanya sewaktu di kaunter butik siang tadi. Insan yang sudah baik hati memberinya shawl percuma itu ada meninggalkan post-it itu untuknya sebelum berlalu.

Wanita itu indah sebab itu dipanggil perhiasan dunia.
Secantik hiasan adalah wanita solehah.
Perempuan lebih cantik kalau bertudung. Allah pun suka.

Sebenarnya Ulya tidak berhasrat untuk membeli di butik siang tadi. Koleksi baju kurungnya masih banyak kerana jarang dipakai selain pada hari raya dan pergi kenduri kahwin. Tudung pula rasanya kali terakhir dia selalu pakai sewaktu zaman sekolah menengah dulu. Pejabat tempatnya bekerja memberi kebebasan kepada para pekerja apapun gaya berpakaian asalkan bersesuaian.

Ulya bangkit dari duduk di katil. Dia berdiri mencapai shawl hitam dan cuba menggayakannya di depan cermin. Janggal memandang wajah sendiri di cermin tapi di saat yang sama Ulya rasa lebih terjaga dan selamat. Terus dia mengorak langkah untuk menggosok baju yang akan dipakai esok hari.
*******

Keesokan harinya Ulya melangkah masuk ke pejabat dengan hati yang terasa lebih lapang. Mungkin sebab tudung yang menutupi kepala dan rambut. Ataupun boleh jadi juga sebab dah seronok cuti dua hari sebelum baru masuk kerja kembali. Ulya menghadiahkan senyuman bila bertatapan mata dengan orang yang sedang memandangnya.

“ Ya Allah subhanallah walhamdulillah...Aku ingatkan bidadari mana lah yang singgah ni. Rupanya kau Ulya. MasyaAllah...Bila kau macamni, bertambah berganda-ganda cantik!” komen Rose teruja.

Ulya hanya senyum sahaja saat Rose memeluknya. Erat. Tak sangka sampai begini sekali penerimaan rakannya ini. Semakin menambah keyakinan dirinya untuk terus berhijab secara konsisten. Sebak dan terharu Ulya dibuatnya.

“ Ni aku datang jumpa kau ni sebab nak bagi kau mee goreng seafood. Aku masak pagi tadi...” Ulya meghulur satu plastik berisi satu bungkusan yang telah dipeknya sebelum keluar dari rumah tadi. Memang itu tujuannya bertemu Rose. Mereka bekerja di syarikat yang sama tetapi tingkat yang berlainan. Rose di tingkat tiga, Ulya pula di tingkat lima.

“ Tengahari nanti aku belanja kau makan tengahari k, insyaAllah. Kau pilih je tempat kita nak makan” usul Rose.

“ Alhamdulillah rezeki datang bergolek lagi.Alhamdulillah...” Ulya melangkah pergi setelah meminta diri dan mereka mencapai kata sepakat. Sejak kisah dia dapat tudung ‘free’ masih belum dikongsi bersama Rose. Ulya bercadang untuk memberitahunya tengahari nanti.
*******

“ Ulya!!!”
Tanpa mengucap salam, Rose terus menerjah memanggil namanya. Ulya menjauhkan telefon pintarnya dari melekap di telinga. Suara Rose di talian terlalu kuat dan nyaring. Suara macam sedang cemas.

“ Kau dah kenapa ni Rose? Cemas semacam...” tegur Ulya. Dilirik jam di dinding. Baru jam lapan pagi.

“ Mee goreng yang kau bagi aku semalam, kau ada letak apa-apa yang berasaskan kacang tak?” diterpa dengan soalan itu spontan membuatkan kedua kening Ulya bertaut. Cuba untuk mengingati menu sarapan yang dimasaknya semalam.

“Ada...Kat topping dia aku letak kacang yang dikisar halus, hirisan telur goreng dan daun sup. Kenapa?”

“ Ya Allah!!! Ulya!!!” Rose kembali bersuara tinggi semakin cemas.

“ Pagi semalam, bos aku Encik Shah Jihan tu tengah lapar waktu masuk ofis. Bila dia minta tolong aku buat pesanan delivery order, aku bagi dia mee goreng kau tu. Dia makan je. Sejak malam tadi dia sakit perut sampai sekarang. Dia alergik dengan bahan kacang. Habislah habislah...” Rose terus-terusan bercakap meluahkan kebimbangannya. Dengan Ulya sekali terjangkit risau dibuatnya.

“ Itulah kau. Pandai-pandai bagi kat dia padahal dah tau dia tak boleh makan kacang...” marah Ulya. Tak pasal-pasal jadi hal sekarang.

“ Manalah aku tau. Aku tak tengok dulu sebelum bagi dia tu. Niat aku murni tau nak bagi kongsi rezeki yang ada. Huhu. Kau tolonglah aku Ulya...Bos aku tu. Kesian dia” pinta Rose cuba untuk meraih simpati atas kesalahan yang dibuatnya.

“ Dah tu kau nak aku buat apa? Bukannya aku boleh buat apapun...Ini kan waktu office hour, kerja mesti tetap jalan. Kalau dia tengah rehat kat rumah, kau tengoklah dia. Atau kalau dia masih belum kahwin, dan masih belum pergi klinik lagi, kau teman dia pergi sebelum dehydrate teruk nanti” usul Ulya memberikan cadangan bernas. Hanya dua pilihan itu yang ada di fikirannya.   

Ulya masih melekapkan gagang telefon pejabat di telinga. Sambil berbual dengan Rose, tangan dan fikirannya turut sama bergerak meneruskan kerja. Banyak kertas yang perlu dia teliti hari ini.

“ Aku tak tau Encik Shah Jihan tu dah pergi klinik atau belum. Dia cuma hantar whatsapp aje tadi bagitau dia tak masuk ofis hari ni dan dia tanya mee semalam tu ada kacang atau tak.”

“ Rose... Aku kena tutup telefon  ni. Bos aku panggil aku. Dia dah buat isyarat panggil aku masuk bilik dia...Kalau ada apa-apa, kau update kat aku eh. Assalamu’alaikum” gagang diletak kembali ke tempatnya.

Ulya mengemaskan ala kadar meja yang sedang berselerak sebelum berdiri dan membawa dokumen yang perlu menuju ke bilik bosnya.
*******

Oleh kerana rasa bersalah menghantui diri, petang itu selepas habis waktu bekerja, Ulya memberanikan diri melawat ke rumah Encik Shah Jihan merangkap bos pada Rose.

Pada mulanya Rose akan turun pergi berkunjung bersama. Tapi dia membatalkan di saat akhir kerana ibunya memintanya untuk pulang awal sebaik habis kerja. Jadi untuk mengurangkan rasa bersalah, Ulya memberanikan diri meneruskan niat berkunjung ke rumah keluarga Encik Shah Jihan.

Ulya sempat menelek penampilannya sebelum keluar daripada kereta Myvi biru gelap metaliknya. Penampilannya ala-ala perempuan melayu terakhir dengan baju kurung dan tudung. Ulya melangkah dengan keyakinan menuju ke pintu masuk rumah.

“ Ini Ulya kawan Rose tu ya?” seorang wanita sebaya mummy yang menyambut di muka pintu sebaik Ulya menekan loceng rumah.

“ Ya makcik” Ulya bersalaman dengan makcik yang memperkenalkan diri sebagai Bonda kepada Shah Jihan. Memang Rose ada menghubungi ibu kepada Shah Jihan itu akan kedatangan mereka. Rose memang sudah pernah bertandang di  situ dan kerap berhubung dalam telefon bersama ibu kepada Shah Jihan.

Setidaknya Ulya rasa lega kerana kedatangannya sudah diketahui Bonda pada Encik Bos si Rose ni. Kalau tidak, jenuh juga hendak menerangkan siapa dirinya kepada Encik Bos dan kenapa dia datang. Bonda Shah Jihan meminta Ulya untuk memanggilnya bonda sepertimana anak-anaknya, kawan anak-anaknya dan Rose sendiri turut memanggilnya begitu.

Ulya berkali-kali meminta maaf pada Bonda. Shah Jihan sakit perut gara-gara Rose memberikan mee goreng yang dimasaknya pada Shah Jihan. Bonda tidak menyalahkannya.

“Bukan salah Ulya. Biasanya Shah sarapan di rumah tapi semalam dia moody. Adik lelaki dia buat bising pasang lagu kuat-kuat waktu Shah tengah tidur malam. Jadi pagi semalam dengan tak cukup tidur ditambah adik  bongsu buat drama swasta pakai baju opah siap berkain batik bagai waktu sarapan. Shah minum sikit je sebelum keluar pergi kerja. Itu yang dia lapar dan cuai tu...” panjang lebar Bonda bercerita. Memang itu yang terjadi.

“Shah sejak pagi tadi dalam bilik berbungkus dalam selimut tak nak keluar. Keluar cuma pergi tandas, solat dan minum air. Dia tak nak makan langsung. Dia cuma sapu perut dengan minyak panas dan tunggu baik sendiri” Bonda menyambung cerita. Bonda masih kelihatan anggun biarpun sudah bergelar nenek. Sempat Ulya menelek  gambar yang ada di sangkut di dinding. Ada beberapa orang kanak-kanak dalam foto keluarga itu yang Ulya agak tentu cucu kepada Bonda.

Ulya menggaru kepala yang tidak gatal sambil senyum mendengar ibu Shah Jihan bercerita. Dia terkial-kial samaada hendak menjenguk Shah Jihan atau tak. Tak manis rasanya orang perempuan masuk ke bilik anak teruna orang. Lagi-lagi waktu si teruna tu dalam keadaan tidak sihat macam ni.

“Dia pandai makan salmon dan asparagus tak Bonda?” tanya Ulya setelah terfikirkan sesuatu.

“Waktu biasa memang dia akan makan...Tapi kalau dia kata tak, memang tak makan lah jawapnya Ulya. Dia tu keras sikit...” komen Bonda mengenai karenah anak bujangnya itu.

“Rasanya tak elok saya jenguk dia kat bilik. Jadi saya ingat, kalau Bonda setuju, saya nak masakkan dia bubur nasi dan salmon asparagus. Kebetulan saya singgah beli bahan-bahan waktu beli epal ni tadi...” cerita Ulya sekaligus meluahkan hasratnya. Dia memilih epal merah sebagai buah tangan berkunjung.

Setelah meyakinkan Bonda yang itu tidak menyusahkan dirinya, barulah Bonda mengizinkan dan membawa Ulya ke ruang dapur.

Tidak sampai setengah jam, hidangan bubur dan salmon asparagusnya siap. Dan tanpa disangka, Shah Jihan turun sewaktu Ulya sedang menyiapkan hidangan ke dalam mangkuk.

‘Nasib baik dia turun waktu aku dah habis masak. Kalau belum siap tadi, mesti aku jadi terkial-kial nak memasak’ detik hati kecil Ulya sambil meyiapkan hidangan. Pembantu rumah Bonda menemaninya di dapur jadi mudah kerjanya. Cuma perlu cakap apa yang dia perlukan tanpa perlu mencari bekas pinggan mangkuk bagai. Setelah itu Ulya berkira-kira menyusun kata untuk meluahkan permintaan maafnya.

Shah Jihan turun dengan baju tanpa lengan berhoodie. Rambut yang tidak bersisir langsung tidak menjejaskan penampilannya.  Dia masih nampak macam model iklan lelaki melayu.
*******

Kalau hendak diikutkan hati, memang Shah Jihan tak nak turun bila Bonda memaklumkan kedatangan kawan kepada Rose, pembantu peribadinya. Dia bukannya kenal sangat dengan Ulya yang bekerja di bahagian dan tingkat bangunan yang berbeza. Hanya sesekali dia terserempak bila Ulya berjalan bersama dengan Rose.

“Turunlah kejap Shah...Untuk menghargai usaha Ulya tu. Ulya yang bersungguh nak masak, Bonda tak minta pun. Dan dia tak minta Shah turun pun sebenarnya. Cuma iyalah. Kita orang melayu ni kaya dengan budi bahasa. Orang berbudi, kita hargai...” tegur Bonda memujuk sambil duduk di katil anak bujangnya itu. 

Bila Bonda memujuk dan bagitau budak Ulya tu sedang memasak untuknya dibawah, Shah Jihan turutkan juga permintaan Bonda. Apa yang dikatakan Bonda memang ada betulnya dan dirinya tidak menganggap Ulya bersalah. Sebaliknya Shah Jihan menganggap sakit perut in ini adalah sebagai kaffarah, penghapus dosa.  

Ulya hanya bertemu dengan Shah Jihan sekejap meminta maaf sebelum meminta diri untuk pulang.

Shah Jihan memerhati dua hidangan yang disediakan Ulya. Satu bubur nasi yang dihiasi di atasnya dengan hirisan daun sup, lobak merah dan telur goreng. Satu pinggan lagi adalah salmon dan asparagus yang dimasak dengan sosnya. Sejujurnya, dari segi luaran memang hidangan itu berjaya membuka seleranya. Sangatlah menggoda untuk cepat-cepat ambil sudu dan merasa. Tekak yang rasa kesat dan pahit ditolak tepi terus.  

Sedang Shah Jihan menggelamun memerhati masakan Ulya, Yasmeen si puteri bongsu duduk di sebelahnya.

“ Apa ni dik?”  marah Shah Jihan bila si adik tiba-tiba muncul menangkap gambar masakan Ulya.

“ Nampak macam best je. Pandai buah hati abang masak” komen Yasmeen tanpa memandang abangnya, Shah Jihan. Jari-jemari ligat menaip di atas skrin telefon pintarnya.
Syah Jihan mula makan bubur suapan pertama tanpa membalas. Tangan kirinya lurus menegak umpama benteng. Dia tahu apa yang akan jadi seterusnya bila si adik duduk di sebelah saat dia makan.

“Abang...” rengek Yasmeen dengan suara beralun-alun.

“Nak sikit...”

“No...Kau tu perempuan. Masak sendiri” sedas Shah Jihan memerli si adik sambil meneruskan suapan. Memang sedap bubur dan ikan salmon asparagus buatan Ulya.

Bila lengannya menjadi sasaran pautan Yasmeen, barulah Shah Jihan mengizinkan si adik merasa. Itupun hanya satu suapan. Selebihnya dia makan sendiri. Rungutan si adik langsung tidak dipedulikan.
*******

Rose memandang sahabat yang duduk di sisinya. Dia dan Ulya mula berkenalan sejka mereka hadir untuk sesi temuduga di syarikat tempat mereka bekerja sekarang.

“Alhamdulillah bila bertudung ni kau nampak makin cantik dan ayu Ulya...” Puji Rose secara ikhlas.

“Kau ni tak sudah-sudah nak puji aku...” Ulya senyum sambil beristighfar di dalam hati. Menjauhkan rasa bangga dan menunjuk-nunjuk singgah di dalam hati.

Ulya menunduk memandang jari-jemarinya. Sengaja dia mengajak Rose keluar selepas habis waktu kerja. Secara tidak langsung ingin membina semangat dan kekuatan untuk berdepan dengan mummynya yang akan pulang ke tanah air esok.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdo’a dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan ma’afkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. (Surah Al-Baqarah: 286)

Rose membacakan tafsiran itu. Usai membaca, dia mendepangkan tangan kanannya memeluk Ulya di sisi menyalur semangat. Sebentar tadi Ulya ada menceritakan padanya kerisauan hati akan penerimaan mummnynya bila dia mula bertudung di kepala ini.

Allah give trials and obstacles as what HIS servant ability. Allah tu Al-‘Aleem, Maha Mengetahui, DIA tahu apa yang terbaik bagi hambaNya. Ada hikmah di setiap yang terjadi. Mungkin Allah nak ajarkan sesuatu. Doa banyak-banyak. Mungkin Ulya yang banyak fikir, itu yang risau. Mungkin saja dengan izin Allah, mummy suka bila Ulya dah berhijab macamni. Anak solehah penyejuk mata mummy daddy, insyaAllah.” Rose menabur kata semangat dan motivasi.

Ulya hanya mendengar tidak bersuara. Mencerna kata-kata Rose. Tanpa sedar dia menarik nafas dalam-dalam.

“Jom aku belanja aiskrim Baskin Robbin” ajak Rose yang tiba-tiba berdiri memaut lengan kiri Ulya agar turut berdiri.

“Moga lepas makan aiskrim nanti, hati kau pun sejuk dan lebih tenang dengan izin Allah...” ucapan berbentuk doa itu Rose ungkapkan sambil menatap ke anak mata Ulya.  

~~Bersambung~~

p/s: Macamana? Saja tak bagitau dari awal cerpen bersambung. Kalau ada permintaan insyaAllah akan disambung secepatnya...Do drop a comment ye. Terima kasih~

2 comments:

Unknown said...

best menarik, sambung lg.

Dhia Faaezah said...

Alhamdulillah. Terima kasih Miza Lan sudi singgah membaca karya saya dan komen. Stay tune~ teruskan mengikuti bab2 seterusnya ya. (^_^)

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates