Ads 468x60px

Saturday, July 26, 2014

Cerpen: Kau Tak Sendiri (Full)


Kau Tak Sendiri 

" Kenapa ni? " tegur Aisya bila Nurina diam. Seakan termenung jauh.

Nurina menoleh memandang Aisya yang menegurnya di sisi. Tanpa sedar dia mengeluh. Kedamaian dan ketenangan duduk di tepi pantai tidak dirasai kali ini.

" Kan kita tengah kat tepi pantai ni. Kau yang beria-ia nak datang..." tegur Aisya lagi. Memang sejak minggu lepas sahabatnya itu yang merancang untuk pergi bersama.

" Entahlah...Semalam aku tak dapat tidur lena..." luah Nurina.

" Sebab?" soal Aisya. 

" Erm..." Nurina cuba untuk mengatur ayat. Aisya menanti Nurina menyambung cerita.

" Semalam, aku tengok kat tv, artis feveret aku mengaku tengah bercinta dengan heroin lakonan bersama dia" tutur Nurina membuka cerita.

" Jadi? " Aisya  mahu Nurina menyambung cerita. Dia belum dapat menangkap apa yang ada di fikiran sahabatnya. Jarang dia macam ni buka topik pasal artis.

" Aku frust..." adu Nurina tanpa memandang Aisya. Sebaliknya dia tunduk memandang pasir.

" Ala...Sejak bila pula kau macam ni? Selalu kau tak suka mana-mana artis..." komen Aisya. Musykil.

" Sejak...Sekarang? Hati kita kan berbolak-balik. Semalam tak suka hari ini boleh jadi suka..." Nurina buat muka bosan. Terserlah kekusutan yang membelenggu di wajahnya.

" Artis mana? Melayu? Korea? Mandarin? "

" Adalah...Siapa dia tak penting. Aku nak minta tolong kau ubati hati aku je..."

" Kau cakaplah...Aku dengar..." pinta Aisya tenang. 

" Betullah...Aku betul-betul maksudkan apa yang aku cakap...I lend you my shoulder and time now for you..." Aisya mengulang kata-katanya dalam bentuk lain cuba meyakinkan bila Nurina memandangnya tanpa kata dengan wajah seakan ragu.

" Cakaplah...Tentang aktiviti kau semalam ke..." usul Aisya bila Nurina masih berdiam diri. 

" Hmmm...Semalam sebelum zuhur aku ada tengok program bual bicara Dr. Fadzilah Khamsah"

" Berdasarkan kajian yang dia buat, antara faktor penceraian berlaku disebabkan perkahwinan tanpa restu orang tua, suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak menjaga solat, " Nurina berhenti bicara bilamana Aisya menaikkan tangan isyarat mahu mengatakan sesuatu.

" Chup...chup..."

" Berbalik pada artis feveret kau tu...Dia islam tak? "

" Em...Entah...Mungkin iya mungkin tidak..."

" Kalau dia islam, faktor kedua yang kau sebut tadi tu boleh jadi dia kategori tu. Aku bukan nak racist atau pandang serong pada orang yang jadi artis ni semua negatif. Tak...Bukan macam tu. Aku cakap secara umum termasuk orang yang bukan artis macam kita ni. Kadang terbabas solat juga dan lalai dari mengamalkan syari'at islam" Aisya bermuhasabah. Memang itu hakikatnya.

" Lagi...Apa lagi yang kau buat semalam? soal Aisya secara tidak langsung meminta Nurina menyambung cerita.

" Aku tengok perkembangan isteri artis. Artis tu dah meninggal tahun lepas " 

" Waktu aku tengok tv, aku terfikir dan dapat rasakan. Kalau dulu ada tempat bergantung dan teman bergurau tapi sekarang dialah ibu, dialah ayah. Tanggungjawap menjaga anak-anak yang mula meningkat remaja tergalas di bahunya seorang..." Nurina memandang jauh  ke arah hamparan pantai di depan mereka duduk.

" Nampak sangat wajah sugul dia waktu ditemu-bual tu. Sedih, sayu. Dulu dia ceria. Orang yang memandang kemesraan pasangan itu pun boleh merasa tempias kebahagiaan mereka" komen Nurina berdasarkan pemerhatian matanya

" Biasalah...Kita semua ini kan makhluk Allah. Cepat atau lambat, setiap dari kita akan kembali dengan izinNya..." perlahan saja suara Aisya menyambung.

" Allah lebih menyayangi. Itu yang dia pergi dulu. Mungkin untuk sedarkan hambaNya untuk kembali bergantung hanya pada Dia Yang Menciptakan kita. Kecintaan pada dunia atau makhluk secara sedar atau tidak telah melekakan kita dari menjadi hamba dan khalifah Allah. Itu cuma pendapat aku. Peringatan untuk diri ini dan untuk kau juga Nurina..." Aisya melemparkan senyum pada sahabat di sebelah. Mereka sedang duduk di atas satu bongkah batang pokok berlantaikan pepasir halus di tepian pantai. Angin beralun lembut menghadirkan ketenangan buat hati yang menikmati keindahan alam.

" Orang yang kau maksudkan ni Almarhum Ustaz Uje ke?" tebak Aisya memecah kesunyian antara mereka.

" Yup"

" Aku pun tengok petang semalam. Jom sedekahkan fatihah" mereka berdua menadah tangan dan membaca fatihah tanpa suara. 

Ustaz Uje atau nama sebenarnya Ustaz Jefri Al-Buchori merupakan pendakwah di Indonesia. Ramai kalangan anak mudah di sana yang merasa kehilangan setelah pemergian permata itu.

" Alhamdulillah syukur Allah bagi kita peluang untuk mengenalinya walau setelah pemergian almarhum..." ucap Nurina.

Memang pemergian ustaz itu mendapat liputan meluas media di Indonesia. Melalui televisyen, Nurina dan Aisya mula mencari rakaman ceramah beliau di internet. Memang  menarik dan cara penyampaiannya juga mudah untuk di terima. Semoga Allah merahmatinya dan menempatkannya di kalangan orang beriman. Amin.

" Lagi? Cerita lain?" soal Aisya.

" Itu ajelah kot...Aku rasa sayu..." Nurina masih muram.

" Itu cuma perasaan. Selagi kita hidup, kena teruskan perjuangan. Semakin kita menginjak dewasa, tanggungjawap akan semakin bertambah. Dengan pelajaran, tugasan, amanah dan macam-macam..." Aisya cuba untuk menaikkan motivasi sahabatnya.

" Cuba tengok kat sebelah kiri tu..." gesa Aisya. Nurina memandang sekilas sebelum menunduk memandang pasir semula.

" Aik? Kau kan suka kat abang tentera..." giat Aisya dengan suara meleret. Mengusik. Cuba untuk menceriakan Nurina kembali.

" Itu dulu...Lagipun kita kena jaga pandangan cik kak Aisya. Sila rujuk surah AnNur ayat 31..." gurau Nurina. Kali ini baru dia senyum.

" Cakap pasal tentera, you reminds me to one of Rasulullah's sahabah. Zubair ibnu al-Awwam..Aww..Masya Allah" barulah nampak keceriaan di wajah Nurina. Teruja. 

" Obses sangatlah kau ni Nurina..."

" Ala...Allah dan Rasulullah tetap di tangga teratas carta hati insya-Allah...Hehe" Nurina senyum comel menampakkan barisan depan gigi. Terserlah lesung pipit di kedua pipinya. Memang dia comel.

" Cuba bagi 10 sebab kau suka sangat tu" pinta Aisya.

" Sebab, dia antara salah seorang dari 10 orang sahabat yang dijanjikan syurga. Zubair Radiallahu Anhu antara sahabat yang selalu ikut serta berperang bersama Rasulullah dan sahabat lain. Selain tu, nama Zubair mula dengan huruf Z. Hehe" Nurina gelak kecil dihujung ayatnya. Sedar sendiri alasan terakhirnya tidak kuat.

" Lagi? Baru 3 sebab. Aku nak 10"

" Alah...Cukuplah tu...Kalau kau nak aku cerita kisah hidup sahabat ni , boleh juga. Nak? " dengan senang hati Nurina menawarkan diri untuk bercerita.

" Thanks but no thanks. Dah berulang kali kau ulang cerita kat aku. Bulan ni dah 3 kali tau" Aisya sengaja membesarkan mata tanda serius.

" Alah...Setiap kali aku cerita mesti ada kisah baru kan. Jadi tak rugi pun...Hehe" balas Aisya.

*******
' Demi Allah, aku tidak kuat tapi kerana Allah, aku harus kuat' 

'...."Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka' (Surah Ali Imran: 191)

Status yang baru dimuatnaik Nurina terus membuatkan Aisya mencari masa untuk bertemu dengan sahabatnya itu.  

Rasulullah diuji dengan ujian yang hebat. Dilahirkan ke dunia tanpa sempat bertemu ayahnya walaupun sekali. Kemudian sewaktu masih kanak-kanak satu demi satu Allah ambil ahli keluarganya pergi. Begitu juga anak-anak lelaki dan perempuan Nabi dan isteri kesayangan Nabi iaitu Siti Khadijah Radiallahu 'Anha. Itu belum lagi cubaan yang Nabi hadapi dalam menyebarkan dakwah islam. Baginda Nabi tetap sabar dan tabah. Allah pernah tawarkan gunung-ganang menjadi emas buat Baginda Rasulullah tapi Nabi tolak.

" Orang yang hebat diberi ujian yang hebat. Tempatnya di syurga nanti pun special di sisi Allah insya-Allah. Ujian juga menjadi penghapus dosa andai kita redha" 

" Sahabat...Dalam al-Quran berulang kali Allah sebut Allah menguji sesuai dengan kemampuan hambaNya. Ujian ni kayu ukur sejauhmana keimanan kita pada Allah"

" Kadang kita bertanya. Kenapa aku diuji begini? Sebab Allah tahu kita mampu lalui. Allah tahu tahap kita dapat bertahan. Terpulang pada diri kita untuk pilih cara menangani. Waktu susah kita nampak diri sebenar orang. Bukan waktu senang "

" Allah uji sekarang, mungkin saja untuk persiapkan kita melalui ujian yang lagi hebat dan masalah lagi besar di masa depan "

Walau jauh akan ku gegas berlari
Walau tinggi bisa ku terbang di langit
Walau sedalam mana akan ku selami
Kerna cinta sedalam itu
Mekar bila ku dekat padaMu...

" Bukankah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang " Aisya senyum usai menutup bicara dengan petikan ayat daripada Al-Quran itu.

" Nak tau lagu apa yang sedang bermain dalam fikiran aku? "

" Kau selalu ada, tika gelisah, kau beri senyuman, bila kuresah, kau janji setia, setiap kisah, hingga berjauhan, tetap di wajah...Dan..terindah. Allah selalu bersamamu. Oh Allah..selalu bersamamu..." Aisya menyanyi secara rawak gabungan dua buah lagu. 

 " Hidup  ini singkat. Selagi kita bernafas, langkah harus diteruskan. Kita yang memilih langkah menuju ke syurga atau neraka Allah. Syurga dikelilingi dengan banyak ranjau dan duri. Sementara neraka pula dikelilingi dengan perkara yang nafsu kita suka.  Moga kita dalam kategori yang pertama. Ahli syurga. Allahumma amin...Allahumma taqabbal du’a…"

*******
Sebaik pulang dihantar oleh Nurina dan pemandunya, Aisya terus masuk ke dalam rumah. Bilik tidur menjadi hala tuju langkahnya. Selepas meletak beg dan menukar pakaian, dia ke bilik air memasukkan pakaian-pakaian kotor ke dalam mesin basuh. Sementara menanti mesin berhenti berpusing, Aisya melangkah ke dapur.

Tepat sangkaannya. Banyak pinggan mangkuk dan cawan kotor yang belum dibasuh di atas meja dan di sinki. Memang beginilah rutin yang dilakukannya bila baru pulang ke rumah.

“ Alhamdulillah...” ucap Aisya sebaik membaca pesanan ringkas yang masuk. Daripada Mak Ngahnya memaklumkan tidak perlu memasak kerana mereka akan datang membawa belian lauk-pauk yang sudah masak. Syukur yang teramat.

Badan yang terasa lesu dan sengal baru pulang seakan meminta haknya untuk berehat sebentar ditangguhkan untuk seketika. Aisya masih perlu mengemas dapur, mempersiapkan air panas dan  membancuh air sirap. Tanggungjawap mengemas rumah seakan berada di bahunya sejak tiga bulan kebelakangan ini.

“ Adam…” panggilan Aisya segera disahut Adam dengan melangkah masuk ke dapur.

“ Ibu dah makan ke tadi?” soal Aisya sambil memandang Adam yang lebih muda satu tahun dari dirinya.

“ Sudah kak…Adam suap tadi. Tapi tak habis…” Adam memaklumkan pada si kakak.

“ Tolong kakak sidai pakaian kejap ya?” pinta Aisya lembut pada Adam. Adam mengangguk sebelum berlalu masuk memenuhi permintaan Aisya.

Terhenti sekejap pergerakan Aisya di dapur bila terdengar dentuman dari salah satu bilik.

“ Kakak! Abang!” jerit si bongsu Ashwar memanggil kakak dan abangnya.

Segera Aisya bergegas meninggalkan dapur dengan telefon pintar di tangan. Dia sudah dapat mengagak punca jeritan Ashwar dan sebab bunyi dentuman jatuh tadi. Ibu mereka jatuh tidak sedarkan diri.

*******
Air mata Aisya bercucuran laju mengalir ke pipi dan membasahi telekung yang dipakainya. Sungguh dia rasa dia tidak kuat. Ujian yang ada begitu berat dirasakan untuk dipikul di bahunya.

‘Ada Pemilik cahaya yang sentiasa bersamamu di setiap detik masa’ Aisya cuba untuk memujuk dirinya sendiri dengan kata-kata itu. Allah-lah Pemilik semua cahaya yang ada dan atas izin Allah setiap sesuatu itu berlaku samaada yang baik ataupun buruk. Ujian yang ada adalah sesuai dengan apa yang hamba itu mampu pikul. Aisya menarik nafas dalam-dalam sebagai usaha memujuk diri sendiri. Berat.

Sewaktu umurnya tujuh tahun ayah dan ibu berangkat ke London kerana ayah menyambung pengajian di sana. Tinggallah Aisya dan Adam di tanah air bersama nenek dan keluarga Mak Ngah sekeluarga. Apabila Aisya berumur dua belas tahun barulah ayah dan ibu pulang selepas lima tahun berada di sana. Memang dia berasa kekok untuk tinggal bersama mereka berdua kembali dan Ashwar yang baru berusia dua tahun ketika itu.

Sekarang Aisya sudah berumur tujuh belas tahun. Ayah telah berkahwin lagi satu sejak setahun lepas. Perhatian ayah kepada mereka sudah terabai sejak berkahwin dengan isteri muda. Sudah jarang ayah menjenguk dan apatah lagi bermalam di rumah bersama mereka.

Ibu mula sakit-sakit sejak enam bulan lepas. Ibu disahkan menghidap penyakit barah hati. Mereka bernasib baik kerana Mak Ngah dan Pak Ngah setia di sisi mereka membantu meringankan beban. Nenek sudah meninggal tiga tahun lepas kerana penyakit yang sama. 

“ Anggap ini ujian yang Allah beri untuk mendekatkan diri Aisya pada Dia. Ayah dan ibu pintu Aisya, Adam dan Ashwar untuk ke syurga selepas taat pada Allah dan Rasulullah” pujukan yang pernah Mak Ngah ungkapkan kini bermain di fikiran. Aisya masih teresak-esak berpeluk lutut di surau hospital. Hanya dia yang ada di situ di ruangan perempuan.

“ Aisya di sini rupanya…” tegur Mak Ngah sambil menyentuh belakang badan anak saudaranya itu. Kehadirannya masuk ke situ tidak disedari Aisya. Mak Ngah mengusap belakang badan Aisya menyalur semangat.

“ Aisya tak berseorangan…Mak Ngah, Pak Ngah, Adam dan Ashwar kan ada…” pujuk Mak Ngah lembut seakan ucapan seorang ibu kepada anaknya. Tanpa kata Aisya memeluk Mak Ngah. Dia masih teresak-esak dengan air mata deras di wajah.

“ Mak Ngah dah masuk dalam wad tadi. Doktor kata ibu Aisya dah stabil, Alhamdulillah…Cuma masih dalam pengaruh ubat jadi ibu masih belum bangun…” beritahu Mak Ngah cuba untuk mententeramkan anak saudara yang sudah seperti anaknya sendiri.

Mak Ngah menarik nafas dalam. Dengan keadaan kakaknya itu, mereka berharap ayah kepada Aisya akan turut ada bersama. Bukan tidak pernah dia dan suami cuba menghubungi dan memaklumkan, akan tetapi si ayah itu selalu memberi alasan sibuk dengan kerja.

“ Lepaskan dan luahkan Aisya…Jangan pendam dalam hati…” pujuk Mak Ngah. Aisya tidak pernah mengeluh dengan kata-kata dengan keadaan yang perlu dia hadapi sekarang. Hanya air mata yang selalu keluar. Simpati dia pada Aisya.

Di usia tujuh belas tahun sudah perlu menggalas tugas memastikan kebajikan rumah dan adik-adik bagi pihak ibunya yang selalu sakit-sakit. Sampaikan kadang-kadang Aisya pernah pergi sendirian ke pasar basah dan supermarket untuk membeli barang keperluan dapur. Gadis itu  begitu berdikari. Sebolehnya dia tidak ingin menyusahkan mak saudaranya sekeluarga.

 Setelah membasahkan wajah dan bersiap ala kadar, Aisya beriringan keluar daripada surau bersama Mak Ngahnya untuk ke wad yang menempatkan ibunya. Mata yang bengkak lepas menangis tidak dapat disembunyikan.

“ Aisya!” panggil satu suara yang sangat tidak asing di pendengaran Aisya.

“ Saya pergi dulu Mak Ngah…” Aisya cepat-cepat ingin berlalu dari situ. Yang paling penting segera menjauh dari Nurina. Dia tidak ingin Nurina menyedari matanya yang bengkak.

Nurina memang menyedari mata sahabatnya itu bengkak dan sembab. Dia ingin bertanya kenapa tapi Aisya seakan sengaja cepat-cepat berlalu menjauh dari dirinya. Matanya memerhatikan langkah Aisya pergi. Terhenti sebentar hasratnya masuk ke dalam surau.

“ Ini Nurina ya?” tegur Mak Ngah yang sudah mengenali Nurina daripada gambar. Pernah juga beberapa kali Aisya bercerita tentang sahabatnya Nurina pada Mak Ngah. Baru kali ini bersua muka.

“ Iya makcik…” akui Nurina sambil menghulur tangan untuk bersalam.

Mak Ngah berbual-bual dengan Nurina sebentar sebelum berpisah menyusul langkah Aisya.

*******
Nurina rasa bersalah. Selepas Aisya berlalu tadi, Mak Ngahnya bercerita pada Nurina akan keadaan yang sedang dilalui Aisya. Sungguh dia tidak tahu! Aisya sedang melalui ujian berat. Dan sebagai sahabat, dia betul-betul rasa bersalah. Aisya yang dia kenali banyak berahsia dan jarang bercerita tentang keluarga. Mujurlah Mak Ngah kepada Aisya membuka cerita. Mak Ngah meluahkan harapan Nurina memberi sokongan dan berada di sisi Aisya terutama di saat sekarang.

“ Aisya…” panggil Nurina sebaik berada di belakang Aisya yang sedang duduk di sisi katil ibunya. Dipegang bahu kanan sahabatnya itu. Mak Ngah sekeluarga dan kedua adik Aisya sedang turun ke kafeteria.

Mereka berdua memandang ke arah ibu yang masih dalam pengaruh ubat, belum sedar. Nurina mengajak Aisya keluar daripada wad sebentar. Lebih sesuai untuk berbual daripada di dalam wad.

“ Aku minta maaf sebab baru sekarang melawat ibu kau…” Nurina mula bersuara sambil memandang Aisya yang duduk di sebelahnya.

“ Tak apa…Kau tak salah. Aku yang memang tak bagitau” balas Aisya sambil tunduk menggosok kedua tapak tangannya.

“ Kenapa?..., Kau tak pernah cerita pada aku pasal ni? Kita kan sahabat baik” berhati-hati Nurina bertanya meluahkan keprihatinannya.

“ Hal macam ni buat aku rapuh senang keluar air mata. Aku tak nak kau tengok sisi lemah aku. Kalau boleh biarlah kau kenal sisi ceria aku je”

“ Ya Allah Aisya…Kita kan sahabat through thick and thin aku nak selalu ada untuk kau. Mana yang dapat aku tolong, aku bantu insyaAllah…Aku tak nak cuma berkongsi gembira dan tawa je tapi aku nak ada di sisi kau dalam suka dan duka…”  Nurina memegang pergelangan tangan kiri Aisya. Menyakinkan dan dia betul-betul memaksudkan apa yang baru dikata.

“ Aku rasa bersalah sangat bila Mak Ngah bagitau tadi keadaan yang kau lalui sekarang. Selama ni aku selalu mengadu macam-macam pada kau. Lebih banyak hal remeh dan tak penting pun selalu jadi isu ngadu kat kau. Tapi aku tak jadi bahu untuk menyokong kau…” Aisya masih diam dan tunduk. Air matanya mula menitik.

“ I am here by your side. Through thick and thin we will be together insyaAllah. Apa yang mampu aku bantu, aku akan usahakan insyaAllah” ucap Nurina meyakinkan. Tangannya masih memegang pergelangan tangan kiri sahabatnya itu.

“ Terima kasih sahabat…” serak suara Aisya. Terharu. Ada sedikit rasa lega terbit dalam dirinya dengan kehadiran sahabatnya ini di sisi. Secara tidak langsung memberikan sedikit kekuatan pada dirinya untuk tetap menempuh ujian ini.

‘ Alhamdulillah ya Allah…’ ucap Aisya dalam hati sambil cuba mengukir senyum biarpun tawar buat tatapan sahabat di sisi.

~TAMAT~


Harap ada yang sudi komen gaya penulisan dhia untuk penambah-baikan di karya akan datang. Terima kasih...

2 comments:

Elvroseth said...

Kawan baik betul diaorang kan ? :')

Dhia Faaezah said...

@Shaefar Naressa: A'ah. Nurina nak buat mcm yg Aisya selalu buat kat dia. Saling menguatkan satu sama lain. =')

Terima kasih sudi komen dear <3 <3

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates