Ads 468x60px

Monday, July 14, 2014

Ceritera @ Gerai Ramadhan [Bab 1]

Bismillahirrahman nirraheem...

Assalamu'alaikum warahmatullah wbt. Alhamdulillah sekarang kita sudah berada di hari ke 16 bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Cerpen ni dah lama sebenarnya cuma baru kali ini open for public. Cuma satu cerpen yang sengaja saya pecahkan menjadi tiga bab insyaAllah. Enjoy Reading moga ada manfaat (walaupun sedikit).



Ceritera @ Gerai Ramadhan
1
" Fia...Jaga gerai kita elok-elok...Akak dengan abang Khairi nak pi solat kejap..." pesan Kak Solehah sebelum berlalu bersama suaminya meninggalkan adiknya Sofea bersendirian di petak jualan yang mereka sewa di gerai Ramadhan itu.

Untuk seketika Sofea melirik jam di tangan. Masih ada 30 minit lagi sebelum waktu kebiasaan mereka sibuk melayan pelanggan yang ingin membeli juadah kuih-muih yang mereka jual.

Kak Solehah dan abang Khairi yang beria-ia sangat untuk membuat jualan di kawasan gerai itu. Alasan mereka: 'Untuk merapatkan hubungan dengan bekas rakan sebilik abang Khairi di universiti dulu. Mereka berpisah selepas masing-masing tamat pengajian 2 tahun lepas.

Kebetulan Sofea sedang bercuti sebelum menyambung tahun akhir pengajiannya 3 bulan akan datang. Sesekali Syukri, adik bongsu mereka yang berusia 16 tahun turut sama membantu.

Sofea khusyuk membelek majalah Asuh yang baru dibeli kakaknya sebelum mereka sampai ke situ tadi.

" Assalamu'alaikum..." spontan Sofea memandang empunya suara sambil menjawap dengan suara perlahan salam yang dihulur. Segera dilarikan pandangannya kembali ke majalah di tangan setelah mengetahui Ashraf yang muncul.

" Khairi dan Soleha belum sampai lagi ke?" tanya Ashraf yang sibuk menyusun peralatan memasak mee goreng. Itulah jualannya di situ.

" Diorang tengah solat kat surau..." ringkas sahaja jawapan Sofea. Surau merujuk pada surau yang memang disediakan oleh pihak jawatankuasa gerai Ramadhan itu.

Ashraf mengangguk tanda memahami. Kemudian masing-masing senyap. Biarpun hari ni masuk hari ke 14 mereka berjualan di situ, tapi baru kali ini mereka berkomunikasi bersama. Selalunya Ashraf hanya berbincang dengan Abang Khairi dan Kak Solehah.

" Fia...Lepas kau habis baca majalah tu, aku nak pinjam!" laung Izzah dari gerai sebelah perlahan tapi masih boleh didengari oleh Sofea dan Ashraf.

" Err...Boleh tolong tak?" ucap Ashraf tiba-tiba.

" Nak minta tolong apa?" soal Sofea kembali sambil berdiri. Kekok.

" Tolong ambilkan tupperware berisi sayur kat seat belakang kereta.." pinta Ashraf yang sibuk memanaskan minyak. Panik. Sudah tiga orang pelanggan memesan mee goreng buatan tangannya.

" Kunci?"
Sedang Ashraf terkial-kial mengeluarkan kunci dari kocek seluar kirinya, tanpa sedar tangan kanannya terlanggar periuk yang sudah panas.

" Allah!" rintih Ashraf. Kedua tangannya terkena tumpahan minyak.

Pelanggan yang sedang menanti tadi terkejut dengan musibah yang menimpa. Kecoh seketika petak jualan mereka.

" Izzah...pinjam ais batu ni kejap..." laung Sofea sambil bergegas menghampiri Ashraf. Dituam tangan Ashraf dengan ais itu.

" Apehal ni?" Kak Solehah dan Abang Khairi melangkah masuk ke dalam gerai dari arah belakang. Ingin tahu punca kekecohan yang berlaku.

" Ya Allah!" Abang! Call ambulans!!" ucap Kak Solehah sebaik melihat tangan Ashraf yang melecur.
======~BERSAMBUNG~======

Alamak! Apa yang akan jadi tangan pada Ashraf? Kena potong ke? Hehehe...Kena tunggu bab seterusnya. Kalau teruja nak tau, sila tinggalkan komen ya. Baru dhia semangat nak upload laju-laju.

Sila tinggalkan komen kalau nak sambungan cerita ni ya. Love you all. Selamat menunaikan ibadah puasa. =)

0 comments:

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates