Bismillahirrahmanirraheem.....
Nama aku Muhsinah yang bermaksud orang yang suka berbuat kebaikan.
Tapi orang biasa panggil aku Senah. Punyalah cantik nama abah aku letak tapi
kawan-kawan aku lebih suka panggil aku Senah. Alasannya lebih mudah disebut. Mula-mula
tu aku protes juga tapi lama-lama aku dah tak kisah.
Ini tentang kisah aku. Al-kisah tersebutlah kisah waktu aku masih
kanak-kanak punyalah aku tak suka nak pergi ke lapangan terbang.
Seingat aku aku pergi pun tak sampai lima kali kot waktu kecil tu.
Aku tak suka suasananya sebab kat sana banyak perpisahan yang terjadi. Tangisan
air mata juga selalu terjadi. Cuma itu ajelah yang aku fikirkan dan rasa. Bila
masuk je ke dalam pintu entrance lapangan terbang, pasti aku rasa sakit dan
perit di jiwa.
Bila dah meningkat remaja, ada satu hari tu Kak Lang minta teman
aku hantar kawan dia. Sebab kesian punya pasal, aku temankan juga walaupun aku
rasa pening waktu kat sana melangkah meredah lautan manusia yang bersesak
menghantar orang tersayang.
Paling tak boleh blah, bila pertama kali aku tengok abang pilot
berseragam kemas lengkap bertopi melangkah sambil menarik luggage dia. Punyalah
macam babak dalam drama. Aku rasakan dunia seperti sedang terhenti tapi
aku tetap buat-buat macho lah biarpun dah rasa macam nak pengsan.
Allah memang sayang kat aku sebab bulan dan tahun berikutnya aku
semakin kerap ke lapangan terbang. Hantar ahli keluarga, kawan-kawan dan paling
selalu temankan Kak Langlah. Bila dah selalu, aku dah dapat biasakan diri
mengawal rasa pening tu.
Kita berhenti kejap cakap pasal lapangan terbang. Aku nak cerita
pasal dia pula. Dia dan aku satu kelas waktu sekolah rendah dulu. Kitorang
jarang berbual bersama sebab entahlah. Mungkin dah takdir kot. Sebab meja dia
dan aku cuma selang seorang je. Dengan kawan belakang meja aku dia okey je.
Macamtu juga aku dengan kawan yang duduk di meja belakang dia.
Zaman sekolah tu dia dan aku boleh dikatakan bersaing dalam carta
nombor tiga teratas setiap kali peperiksaan. Adalah satu hari ustaz nak dengar hafazan
surah yassin kami seorang demi seorang. Nak dijadikan cerita, akulah pelajar
paling banyak jumlah ayat surah yaasin tu yang aku dapat teruskan waktu
seorang demi seorang ustaz dengar hafazan. Jauh meninggalkan kawan-kawan yang
lain. Kalau tak silap sampai juga sepuluh ayat aku ke depan dari yang lain.
Alhamdulillah. Tak sangka sebenarnya.
Semua tu adalah kenangan. Dan kini, setelah lebih satu dekad tak
berjumpa setelah aku bertukar sekolah ke tempat lain, Allah takdirkan kami
berjumpa di lapangan terbang. Aku tak perasan sebenarnya yang itu dia. Iyalah
kan dah lebih sepuluh tahun tak jumpa. Muka dia tentulah dah berubah.
Serius mula-mula aku tak tahu. Waktu tu aku dan adik aku teman Kak
Lang hantar kawan dia nak terbang sambung pengajian di Timur Tengah. Bila kami
dah balik rumah, aku muhasabah terus. Refleksi diri.
Dia sekarang
dah jadi hafiz.Hafal 30 juzuk Al-Quran. Dan waktu kami terjumpa di lapangan
terbang tu, dia mula menyambung pengajian di Bumi Anbia. Tempoh lebih sepuluh
tahun betul-betul menjarakkan kami. Dia pasti bakal menjadi pemimpin Negara dan
memegang jawatan penting sebaik tamat pengajian kelak. Sementara aku hanya
biasa-biasa. Aku cuma menyambung pengajian di dalam Negara.
Boleh pula
baju dia dan aku sedondon sama warna. Kot dia dan tudung aku sama warna hitam.
Dia menyarung baju kemeja lengan panjang merah dan aku pula memakai jubah warna
sedondon. Waktu kat lapangan terbang tu dia asyik lalu-lalang berhampiran
tempat aku berdiri menguruskan urusan. Aku pun ada pandang dia waktu berbual
dengan junior dia yang menghantar mereka. Tang junior dia aku
kenal tu aku tak heran sebab memang aku adalah juga kawan-kawan dari
sekolah dia tu. Waktu tu serius aku tak tau orang kau tengok tu aku kenal.
Aku sedar
dan tahu kami tak sekufu. Dengan dia yang hafal Quran 30 juzuk, masya Allah.
Pertemuan tu cuma membuatkan aku berkenalan lebih dalam dengan surah
yaasin.
Surah Yaasin
adalah hati Al-Quran. Seperti surah-surah yang lain yang ada kelebihan
tersendiri, surah yaasin juga memiliki banyak keistimewaan. Antaranya:
Daripada
Anas RadiyaLlahu 'anhu: Sabda Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam: "Sesungguhnya bagi tiap-tiap sesuatu itu ada
jantung (hati), dan jantung (hati) al Quran ialah surah Yasin. Dan sesiapa yang
membaca surah Yasin, akan dituliskan Allah baginya dengan membacanya pahala
seumpama membaca al Quran sepuluh kali." (HR. at-Tirmizi dan
ad-Darimi)
“Tiada seorang akan
mati, lalu dibacakan surah Yasin di sisinya, kecuali AIIah swt. memudahkan
kematiannya” (HR.
Abu Nu’aim dan Abu Danda’ dan Abu Dzar ra. dan Kanzul-Umal, Juz XV/42 186)
Bukan bab jodoh yang bermain
dalam fikiran. Tapi pertemuan itu membuatkan aku tergerak hati untuk
mengamalkan membaca surah yaasin sebagai bacaan harian apatah lagi bila melihat
kembali kelebihan dan keistimewaan kalau membacanya.
Terima kasih
ya Allah atas ibrah tersirat yang kau ilhamkan pada diriku ini setelah
pertemuan itu.
Betullah…Kadang
Allah pertemukan kita dengan seseorang sebab ada sesuatu hikmah yang
tersembunyi walau dengan pertemuan singkat. Mungkin saja ada sesuatu yang kita
pelajari dan ketahui dari orang itu dan sebagainya. Tak terhad kerana jodoh
semata-mata.
Sungguh
Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Sedangkan pengetahuan kita terbatas.
Hanya sebatas yang Allah izinkan kita ketahui. Milik Allah segala yang ada di
langit dan di bumi. Daripada Allah kita datang, dan kepadaNya jualah tempat
kita kembali.
~TAMAT~
Nota kaki:
muhasabah-
Berfikir. Refleksi diri.
Ibrah-
pengajaran.
Beberapa
lagi keistimewaan Surah Yaasin:
- Jika dibacakan pada
mayat di dalam kubur maka diringankan siksanya.
- Jika dibaca pada
waktu pagi, maka memperoleh kegembiraan sampai sore, dan jika dibaca
disore hari maka dapat gembira sampai pagi.
- Dibacakan pada orang sakaratul maut
maka akan memepermudah keluarnya ruh.
- Dapat memberi syafaat bagi
pembacanya.
- Dimudahkan hajatnya.
- Meringankan siksa kubur.
- Menolak kejahatan.
- Jika belum menikah akan dapat jodoh.
- Jika ketakutan, Allah akan
menghilangkan rasa takutnya itu.
- Jika dipenjara, Niscaya akan bebas.
- Orang tersesat akan mendapat jalan
lagi.
- Orang haus akan hilang hausnya.
- Orang sakit akan hilang sakitnya.
Laman Rujukan Khasiat Yaasin:
http://hadzrin.com/2012/07/kelebihan-membaca-surah-yasin-setiap-pagi/
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2014/01/kelebihan-surah-yasin.html
3 comments:
nice one. lain dari yg lain.. nampak sgt dhia ada idea..dan mmg ada kelainannya. wpun ringkas, but, mesejnya sampai. good job. cuma ada ayat yang macam tak berapa betul strukturnya and boleh kacau time mmbaca.. its js a small matter tapi kalau bh dibaiki dan dijaga betul2 sure lagi bagus, :)
Terima kasih anonymous kerana sudi komen. InsyaAllah akan diperbaiki dalam karya2 seterusnya.Jazakallah/killah khairan katsiran (may Allah returns your favour) =)
Jika belum menikah akan dapat jodoh? bia betik
Post a Comment