Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Ziyad Rafiqi menutup pintu dengan
kasar. Beg sandang diletakkan di atas meja belajar. Badannya direbahkan ke
tilam empuk.
Ergh!!!
Semuanya terasa serba tidak kena.
Dia mudah naik angin. Pantang ada kesalahan sedikitpun biarpun oleh diri
sendiri ataupun ketika berurusan dengan orang.
Kepala diletakkan di bantal dan mata
dipejamkan. Merehatkan badan untuk sekejap dengan harapan bila bangun nanti,
semuanya akan kembali seperti biasa.
Bismillah…
*******
Ziyad terjaga dari lenanya apabila
bunyi penggera jam di telefonnya berbunyi. Entah zaman bila dia mengunci jam
itu, dia sendiri tidak ingat. Selalunya telefon pintarnya dalam mode ‘silent’.
Ziyad bangkit dari pembaringan
dengan malas. Dia bangkit menuju ke bilik air untuk berwudhuk.
Usai menunaikan solat Asar, Ziyad
membancuh air coklat panas dan mengisi perut dengan beberapa keping roti kering. Sambil minum,
dia menonton televisyen di ruang tamu. Suasana rumah ketika itu sunyi sepi,
masing-masing dengan urusan sendiri.
Saat punat merah alat kawalan
televisyen ditekan, siaran tv hijrah yang terbuka. Dari ruangan info, kuliah
Asar yang sedang bersiaran. Terus Ziyad menukar siaran lain.
‘Eh…eh…Tukar balik’ Ziyad menukar
kembali siaran.
Teringat yang saat majlis ilmu,
lebih baik singgah. Kot-kot boleh dapat sama rahmat dan kasih sayang Allah dari
taman syurga itu. Ziyad cuba untuk fokus pada isi kuliah. Tajuknya Solat di
awal waktu.
'Fuh…nasib baik aku dah solat.
Alhamdulillah'. Lega hatinya
“Orang yang jaga solat awal waktu
ni, muka dia akan bercahaya di dunia dan akhirat nanti, murah rezeki…”
perkongsian ustaz itu menarik minat Ziyad untuk terus mendengar. Seakan input
itu terus meresap masuk ke dalam diri.
Dia teringat pesanan seorang ustaz
dalam satu ceramah yang dia pernah hadiri. ‘Sambil-sambil rehat duduk tengok
tv, kita berzikir…’. Terus Ziyad berzikir dalam hati dan menghitung dengan
tangan kanan umpama tasbih.
Bila terus-terusan begitu, timbul
rasa tenang dan bersemangat dalam jiwa. Hilang resah dan baran yang dia rasakan
sewaktu pulang ke rumah tadi.
*******
Sekarang sudah 15 Rejab. Lagi kurang
sebulan setengah sahaja lagi bulan ramadhan yang penuh keberkatan akan
menjelma. ‘Hmm…Apa persiapan aku?’ Ziyad menyoal diri sendiri.
Telefon pintar yang diletak di meja
sisi katil dicapai. Encik google dibuka. Ziyad memulakan pencarian tips
persiapan menjelang ramadhan.
Yang dia ingat, tidur awal supaya terbiasa bangun
sahur, banyakkan membaca al-quran dan ibadah lain, para sahabat Rasulullah
selalu countdown menanti-nanti kedatangan bulan ramadhan dengan
semangat. Bulan mempertingkatkan amalan bagi merebut pahala berganda. Bulan
islam yang paling istimewa dan setiap kali kedatangan bulan ini, para bidadari
syurga sibuk berhias untuk menyambut bakal lelaki penghuni syurga.
“Tak tidur lagi ke? Esok kita ada kelas awal
pagi…” tegur Wafi di muka pintu bilik. Dia kebetulan melintasi bilik Ziyad
setelah dari dapur.
“Yelah…Nak tidur lah ni…” sahut
Ziyad. Telefon pintar diletak di sebelah bantal. Dia berdiri sebelum melangkah
ke bilik air.
*******
~Bersambung~
0 comments:
Post a Comment