Ads 468x60px

Tuesday, September 2, 2014

Cerpen: Teruna Pingitan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Sudah lama rasanya tak upload cerita baru kat blog ni. Terima kasih buat yang sudi singgah ke blog ni. Saya nak kongsi yang cerpen ni saya cuba buat dengan suntikan cara hidup islam. Islam is the way of life. Kalau nak tahu bahagian mana yang paling menyerlah pasal tu, silakan sambung membaca... (^_^)


Teruna Pingitan ~Menarik Perhatianku~


Patah Hati…

'Bila diri tidak dapat diterima dengan baik dan tambah isu tidak direstui, berpisah adalah jalan yang terbaik. Redha ibu bapa kan penting dalam perhubungan cinta seorang anak. Bila tak ada restu, tak ada keberkatan nanti rumahtangga tak tenteram ada sahaja badai melanda'.

Itulah keputusan Uzdah Nurul Husna bila Rayqal memaklumkan maklumbalas ibunya saat dia mengajukan hasrat nak menjadikan  Husna sebagai isteri. Rayqal dan Husna memang rapat sewaktu di universiti kerana mereka satu kuliah mengambil bidang yang sama, Kejuruteraan Mekanikal.

“Kenapa awak cepat mengalah? Tak cuba berusaha perjuangkan?!” soal Rayqal sebaik Husna meminta melupakan hasrat mereka untuk bersama. Jelas mudah mengalah tanpa cuba berusaha. Suaranya tegang berbaur emosi. 

“Mak awak kan dah ada calon pilihan dia untuk jadi isteri awak Rayqal. Dia mesti pilih yang baik-baik untuk jadi menantu dia, isteri awak.” Rayqal terus memutuskan talian telefon serta-merta sewaktu Husna berkata begitu. Sejak itu tiada lagi panggilan atau pesanan yang dikirim Rayqal.

Pasrah. Husna merasakan dirinya bukan kecewa kerana putus cinta. Tapi dia merasa kehilangan. Kalau dulu dia dan Rayqal selalu meluangkan masa bersama tapi sekarang hubungan mereka tidak akan pernah sama seperti dulu. Ada jurang besar dan tembok tinggi yang sudah terbina di antara mereka.

Bak kata Prof Dr Muhaya: 'dunia luaran terpancar daripada dunia dalaman kita', begitulah ayat lebih kurang. Maksudnya bila fikiran atau emosi terganggu, fizikal kita akan mudah terjejas, mudah diserang sakit. Macam itulah yang dihadapi Husna.

Husna meneruskan kerja seperti biasa. Hanya saja kesihatan diri mula terabaikan bila fikiran dan emosi terganggu. Makin kerap dia ke klinik gara-gara sakik tekak, batuk, susah bernafas, kadang tu badannya rasa seram sejuk tapi tak demam. Klinik yang sama dia pergi sejak dari kecil iaitu Klinik Dr Abdullah yang menjadi pilihan keluarganya. Sampaikan doktor dah cam muka  dia dan sebab dia datang.

Doktor muda di situ saran daripada minum sejuk, makan aiskrim, ditukar pada pengambilan minuman panas kopi ke, coklat panas, teh perisa peach ke, kan macam-macam pilihan minuman panas 3-in-1 yang ada di pasaran.

“Kalau macam tu kau cuba usha abang doktor tu nanti kalau kau sakit dia boleh rawat free,” saran jiran merangkap sahabatnya, Salina.

“Banyak cantik idea kau. Dia tu dah kahwin. Aku tengok dia pakai cincin kat jari,” umum Husna. Serak suaranya bersuara.

Nasib baik Allah bagi dia perasan cincin itu. Kalau tidak, mungkin dia sudah tersentuh hati dengan layanan abang doktor tu. Waktu hati luka ni memang mudah sangat tersentuh jiwa raga. Sekarang dah kira okey. Kalau dulu zaman muda-muda bila stress dia akan makan maggi lepastu tak lama lepas tu mesti sakit perut memulas.

“Aku nak cuti satu minggu ke dua minggu ikut kakak ipar aku balik kampung. Dia bersalin di sana nanti,” umum Husna buat makluman Salina.

“Sebelum kau berangan lebih, kau dah pastikan ke Bos kau bagi cuti lama-lama?”

“Aku dah bagi hint tiga hari lepas nak cuti sebulan. Dah dua kali paperwork aku kena ubah. Biasa kalau perlu ubahsuai sekali je tapi kebelakangan ni sampai dua kali. Kalau selalu macam ni hancurlah prestasi kerja aku. Itu yang dia terima kalau aku nak cuti lama. Cuma tinggal isi borang je...”

“Sal…Tolong buatkan aku bandung sejuk…Terliur nak minum…” rengek Husna meminta.

“Eloklah tu…Dah tau diri sakit tekak masih ada hati nak minum sejuk-sejuk…Bandung suam sudah…Aku sayang kau lah ni itu sebab aku tak bagi kau minum ais…” Salina mula berleter gaya mak-nenek dan satu jelingan diberi pada Husna.

Husna mengekori langkah Salina ke dapur. Dah biasa bertandang ke rumah sahabatnya itu. Biarpun dia tak boleh minum sejuk tapi bandung sejuk selalu menjadi pilihan hati. Minum sejuk-sejuk sangatlah sedap! 'Nanti-nantilah pemakanan gaya hidup sihat tu.' Detik hatinya seperti biasa.

“Kau ni kan…Hish aku tak tau nak kata apa dah…” marah Salina bila selamba saja Husna meletak tambah sendiri ais daripada peti sejuk pada segelas bandung yang dibancuhnya.

*******
Kau Pujaan Hatiku

Pucuk dicita ulam mendatang. Rancangan nak bercuti diteruskan. Destinasi percutiannya ialah kampung halaman kakak iparnya yang bakal melahirkan putera sulung dan berpantang di kampung. Permohonan cuti abang Husna hanya diluluskan sekejap jadi dengan senang hati Husna menawarkan diri menemani Kak Izzah. Cuti Husna diluluskan untuk dua minggu. Husna menyusul ke kampung dua hari sebelum abangnya pulang bertugas.

“Kau jangan nak tambah cuti sendiri” awal-awal lagi Salina sudah mengingatkan. Faham sangat dengan perangai sahabatnya itu. Mudah buat keputusan ikut perasaan!

“Abang janganlah risau…Husna akan teman dan jaga Kak Izzah dan baby Fattah…insya-Allah…” pujuk Husna. Jelas riak risau dan berat hati di wajah abangnya bila dia perlu pulang sedangkan anak sulungnya baru lahir dua hari. Nasib baik Kak Izzah sudah keluar dari hospital dan memulakan tempoh berpantang di rumah. Pendaftaran nama sudah dibuat sebelum abangnya pulang.

“Kamu tu belum boleh dipercaya sangat…” Husna mencebik mendengar komen abangnya.

“Abang kan pernah tengok Husna jaga Irfan dan Huda sejak diorang lahir sampai sekarang…” Husna mempertahankan diri.  Dia sudah biasa menjaga kedua-dua anak saudaranya sejak mereka lahir. Sesekali dia jadi baby sitter seorang diri menjaga kedua-duanya sekaligus.

Bila di kampung, Husna akan membuat laporan setiap hari pada abangnya dan di grup whatsApp keluarga perkembangan baby Fattah.

Pagi itu Husna meminta diri pergi ke kawasan chalet. Adik perempuan Kak Izzah dan mak ayahnya ada di rumah, jadi bolehlah Husna tinggalkan sekejap. Sesekali dia perlu masa sendiri.

Duduk berlunjur kaki lurus di kerusi, di bawah payung menatap pantai biru laut. Kaca mata rayband  di pakai menutupi mata sambil membelek buku ditangan. Sangat santai di saat terik panas. Dan segelas besar bandung sejuk di meja kecil di sisi memang sesuai sangat menjadi pelengkap suasana.

Ada tekanan yang terpendam di jiwa. Rasa kehilangan berpisah dengan Rayqal mungkin. Nak menjerit, memang bukan dia. Nafas ditarik dalam-dalam. Buku di tangan ditutup. Ergh! Urat saraf terasa tegang.

Telinganya tiba-tiba menangkap suara tangisan. Bila dia cuba meneliti sumber arahnya, kelibat seorang lelaki muncul tidak jauh dari dia. Syamil Affandi cuba memujuk seorang kanak-kanak lelaki lebih kurang umur tujuh tahun yang teresak-esak menangis.

Dalam diam Husna memerhati. Dengan kaca mata rayband sangat membantu menutupi hala arah mata. Syamil tak perasan sedang diperhatikan. Terserlah sifat penyayang pada diri Syamil memujuk. Sekejap saja budak itu berjaya dipujuk.  

Husna senyum. Comel je melihat situasi itu. Syamil tu anak kepada makcik Latifah yang datang setiap hari ke rumah mengurut Kak Izzah waktu berpantang ni. Sesekali Husna yang menemani Makcik Latifah berjalan kaki pulang ke rumahnya. Jarak antara rumah keluarga Kak Izzah dengan Makcik Latifah cuma selang dua buah rumah. Dekat.

“Kenapa senyum-senyum ni?" tegur Kak Izzah bila bersua dengan Husna yang baru balik.

“Tak ada apa…” balas Husna masih dengan senyuman terukir di bibir.

“Ni mesti tak lain tak bukan, Husna ada jumpa dengan Syamil kan. Betul tak?” tebak Kak Izzah. Bila Syamil sesekali bertandang ke situ nampak sangat Husna asyik curi-curi pandang.

“Macamana akak tau?” soal Husna pelik macam tau-tau je kakak iparnya  ini.

“Dah Husna senyum gatal macam tu. Bila Syamil datang sini pun Husna asyik pandang kadang senyum sendiri,” komen Kak Izzah.

“Alah akak ni kan…Sampai hati kata Husna gatal…Nak merajuklah macam ni.” Husna pura-pura merajuk.

“Akak boleh nampak dari cara pandang dan senyum kamu tu nampak sangat kamu suka dia. Tak lari gunung dikejar…”

“Gunung memang tak lari tapi kita manusia ni kan ada kaki. Boleh je lari…Kalau nak terbang pun boleh. Naik pesawat sekejap je boleh sampai ke Afrika…” gurau Husna.

“Malu dan sabar kan separuh daripada iman. Sabarlah kawal perasaan Husna... Kalau dah memang ditakdirkan tertulis di luh mahfuz ada jodoh antara Husna dengan dia, walau terpisah berjuta batu sekalipun, bila Allah izin bersatu, tetap akan bersama bersatu dalam ikatan halal…” pakej pujukan dan pesanan sekaligus diberi Kak Izzah.

“Jangan terlalu zahirkan kau nak dekat dengan dia nanti dia rimas. Lelaki spesis dia tak suka dikejar.” nasihat Kak Izzah ditelan Husna tanpa membalas. Ada betulnya apa yang dikata.

*******  

DiUsir Pulang

‘Usah memuja manusia. Lebih baik memuja memuji mengagungkan Pencipta dirinya dan dirimu ’ Husna bermonolog dalam hati.

Syamil Affandi tu kerjanya usahawan. Itu yang dia boleh ambil cuti panjang bila-bila dia suka tu. Dah dia tauke kedai makan.  

Wajahnya macam orang putih sebab mengikut cerita Kak Izzah, waktu tengah mengandungkan dia, makcik Latifah berkawan dengan orang putih yang datang bantu majukan kilang keropok udang kat kampung ni. Kenan kot.

Aku tak menangisimu…huhuhu
Lebih baik ku tertawa hahaha

Husna mengulang-ulang lirik lagu mp3 yang dipasang di telinga. Lagu kumpulan Wali Band. Dia bukan menyanyi tapi melalak sebenarnya. Lepas tension.

Bila habis lagu itu dia berhenti. Tengok cerita Hindustan pulak di pangkin bawah pokok mangga. Bila dia mendongak, mata Husna tertancap pada mempelam muda. Husna menelan liur. Tiba-tiba rasa nak makan mempelam cicah dengan kicap dan belacan.

Diletak laptop ke tepi. Husna bangkit berdiri di pangkin cuba untuk memetik. Bila dengan berdiri masih tidak dapat dicapai untuk memetik mangga muda itu, dia cuba cara lain. Sedar-sedar dia sudah naik di pokok mangga itu. Bila sudah  banyak dia petik dan menjatuhkan mangga muda ke tanah baru perasan. Husna nak menangis. Takut nak turun.

“Takut nak turun?” Husna menoleh. Syamil yang muncul.

“Dah berani naik tapi bila turun tau juga takut,” perli Syamil. 

“Tolong saya…Saya betul-betul takut ni…”  adu Husna hampir nak menangis. Kedua-dua tangannya berpaut erat di kedua dahan yang hampir dengan tangan. Dahan yang dia pijak bukannya kukuh sangat untuk mengimbangi berat tubuh. Dahan pokok mangga apalah sangat. Huhu.

“Jangan gerak…Tunggu kejap…” Syamil tergesa-gesa berlalu ke rumah Kak Izzah meninggalkan Husna sendiri.

‘Ingatkan nak tolong hulur tangan terus tapi boleh pulak Syamil tinggalkan dia sendiri’. Keluh hati Husna. Tidak lama kemudian Syamil muncul dengan tangga besi di tangan. Di belakangnya ada mak kepada Kak Izzah menyusul.

“Minta maaf makcik…Saya terliur nak makan bila tengok mangga muda tu tadi…” akui Husna malu sebaik sudah selamat turun menggunakan tangga. Nasib baik tak ada orang yang lalu-lalang di jalan waktu dia naik tadi. Husna senyum kelat.

“Nama awak Husna kan?” tegur Syamil. Mak Kak Izzah sudah kembali masuk ke rumah dengan mempelam yang dipetik Husna.

“A’ah…” Husna sedang mencuci tangan yang terkena getah mangga di paip luar rumah. Syamil mengikutinya. Husna buat-buat sibuk.

“Awak lama lagi ke di kampung ni?” tanya Syamil. Sudah hampir dua minggu Husna berada di kampung mereka dan belum ada tanda-tanda nak balik.

“Bergantung pada keadaan…” balas Husna selamba tanpa memandang Syamil.

“Bunyi macam sedang lari dari masalah je awak ni…” komen Syamil.

“Boleh dikatakan macam tu,” ucap Husna. Baru kali ini Syamil berbual dengan dia. Selalunya bersuara hanya sepatah kalau ada keperluan. Sekarang banyak cakap pulak.

“You do excel in something. Dari nama awak Uzdah tu pun maksudnya ada unsur kelebihan. The skills that you are good at can be contributed for something beneficial. Bukan saya nak suruh awak masuk ikut bersidang dalam dewan Parlimen pun. Dengan bekerja, secara tidak langsung sama-sama menyumbang pada ekonomi Negara“

“Pulanglah…tempat awak bukan di sini…Kembalilah pulang kepada kehidupan biasa awak. Pulang ke pangkuan keluarga dan kerjaya ” tutur Syamil. Bukan niat hendak menghalau niatnya sekadar untuk menasihati.

“Husna!!!” panggil Syamil sedikit melaung bila Husna mengatur langkah berlalu masuk ke rumah tanpa pamit.

‘Dah orang halau, takkan nak tetap di sini?’. Husna  berlalu tanpa menoleh ke belakang. Apabila masuk ke rumah keluarga Kak Izzah, Husna menelefon teksi dan terus mengemas barang. Dengan teksi dia berangkat ke stesen bas. Awal pagi macam ni mesti mudah cari tiket bas pulang. Marah dan merajuk!

Bila dia pamit pulang dari Kak Izzah dan keluarganya, Syamil sudah tidak ada di halaman rumah. Memang sah Syamil menghalaunya pulang. Begitulah anggapan Husna.

*******

Permulaan sebuah fasa baru

Kembali semula ke kampung. Kali ni bukan membawa hati yang luka tapi menghadiri kenduri kahwin Syamil. Kak Izzah yang memintanya turun ke kampung untuk hadir menemaninya ke majlis itu. Abang Husna merangkap suami Kak Izzah sedang bertugas di luar kawasan. Sudah dua bulan Husna meninggalkan kampung itu.

Husna redha dan sudah melepas Syamil bersatu dengan perempuan lain. Dah tak ada jodoh di antara mereka. Episod cinta antara dia dan Syamil memang tak pernah bermula jadi tak ada alasan dia patah hati dengan perkahwinan Syamil.

Baru beberapa jam Husna sampai ke rumah keluarga Kak Izzah, Kak Izzah memintanya untuk pergi ke rumah makcik Latifah. Makcik nak bagi makanan katanya.

Husna turutkan saja pergi seperti yang diminta memandangkan hampir saja dan badannya tidak rasa letih selepas perjalanan jauh ke sini.

Kedatangan Husna disambut oleh Kak Siti, kakak Syamil. Pelik juga bila tiada khemah yang didirikan di luar rumah mereka. ‘Mungkin majlisnya di dewan atau chalet’ fikir Husna. Dia mengikut langkah Kak Siti. Ingatkan masuk ke dapur tapi bukan.

“Kenapa akak bawa saya masuk bilik ni?” soal Husna hairan.  Ada beberapa dulang di satu sudut bilik. Belum semuanya berisi dan berhias.

“Ni bilik Syamil…” beritahu Kak Siti sambil melabuhkan duduk di katil. Husna tetap berdiri. Tertanya-tanya.

“Syamil dah suarakan pada mak dan abah minta pinangkan kamu untuk dia dua hari lepas waktu dia balik kat sini,”  umum Kak Siti.

“Eh? Akak salah orang kot... Dia tak ada cakap apa-apa pada saya pun…Nombor telefon dia pun saya tak tahu,” balas Husna. Sejak dia meninggalkan kampung ini, dia langsung tidak berhubung apatah lagi berjumpa dengan Syamil.

“Syamil dah cungkil rahsia status kamu, ada calon atau belum dari Izzah…Akak ni yang dia minta tolong tanya kat kakak ipar kamu tu.” kak Siti membuka rahsia.

Makcik Latifah melangkah masuk ke bilik Syamil bergabung dengan mereka.

“Elok Husna dah tahu ni…Nanti kamu bagitau kami bila kami boleh pergi jumpa orang tua kamu untuk bincang majlis kamu berdua ni…”

“Sekarang dah bulan tiga, kalau buat majlis nikah kenduri hujung tahun ni pun sedang elok…Masih sempat lagi buat persiapan…” usul makcik Latifah menyambung bicara. Jelas suara teruja nak menyambut menantu baru. Hanya Syamil satu-satunya anak lelaki yang dia ada.

Telefon di tangan Husna berbunyi. Ada panggilan masuk daripada mama. Tapi tak bersuara sebaik Husna menjawap. Husna rasa pelik. Sebaliknya ada suara sayup-sayup orang bercakap. Ada suara papa.

“Kamu nak ke terima sisi baik dan kekurangan Husna tu? Budak tu kalau stress makin selalu dia nak minum air bandung sejuk walau dah tau cepat sakit tekak tak boleh banyak minum sejuk..” kedengaran suara papa jelas. Sah! mama sengaja nak dia dengar perbualan tu.

‘Papa tanya siapa pulak ni?’ Husna tertanya-tanya. Dup dap…Dup dap…Berdebar rasa hati. Hati menyebut satu nama gerangan teman berbual dengan papa sekarang tapi perlu kepastian.

“Saya memang dah jangka dia macamtu pakcik….Insha-Allah saya sudi terima kekurangan yang saya tak tahu sekarang. Lagipun saya sendiri tak sempurna. Ada kekurangan dan kelemahan. Saya cuba lengkapi kekurangan Husna, dan dia sempurnakan apa yang saya tak ada…”

Zap! Berbaur rasa di hati sebaik mendengar. Suara itu!!! Macam suara si teruna pujaan hati. Gembira, suka, teruja dan macam-macam. Hati rasa macam baru disimbah dengan air sejuk secara mengejut. Dada rasa nak pecah menahan rasa. Rasa suka pastinya. Husna mengawal perilakunya. Dia kan sedang berada di rumah bakal mertua. Riak wajah dineutralkan seolah-olah menerima panggilan biasa. Dia meminta diri daripada makcik Latifah dan Kak Siti sebelum mengatur langkah ke serambi rumah.

“Makcik nak bangkit baju kejap ya…” kedengaran suara mama. Memang mama tengah pegang  telefon pastinya suaranya kuat di pendengaran telinga Husna. Husna menyiapkan diri. Pastinya sekarang mama sedang melangkah menjauh daripada papa dan tetamu mereka.

“Kamu tak bagitau pun kawan kamu nak datang ke rumah….” ucap mama sebaik bertukar salam.

“Kawan? Mana ada kawan Husna nak datang rumah ma…Lagipun sekarang ni Husna kan kat kampung. Bukan kat rumah kita…”

“Habistu, kamu kenal tak budak nama Syamil Affandi yang kamu dengar suara dia tadi tu? Dia asal kampung Kak Izzah tu…Jiran berhampiran rumah keluarga Kak Izzah tu juga…”

“Err…Kenal…Tapi dia tak bagitau pun dia nak datang rumah. Ada tak dia cakap kenapa dia datang ma?”

“Eleh…Dah tau masih nak tanya. Dia nak ambil kamu jadi isterilah dan nak berkenalan dengan kami sebagai mama papa kamu.”

“Habis tu? Mama macamana? Apa pendapat mama tentang dia?”

“Nampak pemalu budak tu tapi memang padan dengan kamu yang tak tahu malu.” selamba saja mama mengkritik.

“Mama ni…Sempat pula kutuk anak mama sendiri…” Husna bersuara mula nak merajuk.

“Dah memang betul pun. Sepadanlah tu saling melengkapi…Malam ni papa dah ajak dia tinggal sini sebab dia tak dapat bilik hotel semua penuh. Dia tidur kat bilik kamu.” berita yang disampaikan mama sangat tidak diduga. Hampir terlepas telefon pintar di tangan Husna.

“Nasib baik Husna tergerak hati susun elok-elok dan kemas bersih sebelum pergi sini…Malunya Husna ma…Kenapa tak suruh dia tidur bilik abang pula…” adu Husna.

“Biarlah…Biar dia tahu kamu ni macamana baik-buruk kamu serba sedikit sebelum kahwin…”

“Dah mama nak letak telefon nak kutip baju di jemuran. Nak bersiap keluar makan dengan Syamil. Nak balas budi kami sudi izinkan dia tinggal kat sini katanya. Kamu tu pun usahalah ambil hati bakal mertua kamu kat sana….” pesan mama sebelum menyambung tazkirah panjang. Dah nama mama tu mama juga banyak berleter dan berjela-jela pesanan.

Husna setia menadah telinga terus mendengar pesanan mama biarpun telinganya sudah mula panas.

O you who are patient! Bear a little more, just a little more remains’ kata-kata hikmah dari Ibnu al-Qayyim berlegar di fikiran memotivasikan Husna untuk terus bertahan menadah telinga.

~TAMAT~



Jodoh bila dicari dan dinanti selalu tidak kunjung tiba tapi jodoh selalu muncul bergolek saat tidak dijangka. Allah beri pada saat yang tepat di saat kita sudah mampu memikul tanggungjawap baru dengan status baru. Wallahu ‘alam bissawab. Yang baik datang daripada Allah yang kurang baik daripada diri kita sendiri. Moga anda terhibur membacanya dan ada pengajaran yang dapat diambil daripada cerpen ni.

Sekian, wassalam. Dah tahu part mana yang menyerlah suntikan gaya hidup islam tu? Sila jawap di ruangan komen ya... =D

Kritikan adalah sangat dialu-alukan bagi memantapkan lagi kualiti penulisan saya. Terima kasih. 



4 comments:

Cik Penulis said...

Gaya hidup islam tu bila syamil g lamar husna dpn mak ayah husna... itu baru lelaki! terserlah ciri2 lelaki baik. Yalah kalau syamil tu x baik dan sekadar nk main2..takkan dia nak lamar husna dpn mak ayah husna.. :)

Dhia Faaezah said...

Cik Penulis:A'ah Syamil Affandi minta terus dari mak ayah Husna. Hehe.

Jawapan bagi soalan saya yang paling menyerlah gaya hidup islam tu waktu Husna gayat nak turun dari pokok mangga, Syamil tak hulur tangan tapi dia ambil tangga untuk Husna turun. Masih ada alternatif lain untuk elak skinship dengan bukan mahram (^_^)

Nice try shbtku syg~ <3

Unknown said...

Wah!!! Teruja snggh den membacanya..tahniah buat penulis yg telah berjaya membuat cerpen yg menerapkn amalan yg baik serta redha dan tawakal itu bakal memberi kebaikkn...tahniah...tahniah..

Dhia Faaezah said...

Syahafiza: Terima kasih banyak2 atas support & komen. alhamdulillah. <3 u ;)

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates