
"Kenapa ye, result still rendah walaupun most of daily times aku spend untuk study? Kenapa ye, walaupun baca banyak kali dah, tapi tetap tak ingat bila nak recall dalam exam?"... Bila soalan ni diajukan pada Dr, beliau tanya balik, "when's your prime time to study?". Majoriti antara kami jawab selepas solat Isya'. Respons Dr, sebenarnya, kalau kita study waktu tu, kita hakikatnya sedang MEMAKSA OTAK dan BADAN KITA YANG MEMANG DAH PENAT tu untuk study. Ya la, kelas start seawal jam 8 pagi straight hinggalah pukul 4 petang tu. Kemudian, kita paksa juga diri untuk study sepanjang malam itu, hingga tidur pun pukul 1 pagi. Hakikatnya, kita sebenarnya sekadar nak puaskan nafsu study je walaupun masa tu, badan dah penat dan otak pun da jadi kurang aktif waktu tu. Sebab tu la, kita susah nak recall apa yang kita baca. Memang kita study, tapi minda tak dapat fokus. Memang kita study, tapi kita dapat absorb 10% je.
So, apa dia tips yang Dr Khairidzan shared untuk atasi masalah ni? Jawapannya ialah cari prime time kita. Kembali pada sunnah Nabi. Nabi ajar kita semua agar tidur awal malam tu supaya dapat bangun awal pagi esok. Tidur at least 5-6 jam pun dah cukup. Kalau kita tidur pukul 11malam, boleh bangun pkul 4-5 pagi. Mulakan pagi dengan tahajjud dan baca Al Quran, kemudian study lah. Lagi berkat kalau kita study selepas tahajjud dan dapat solat Subuh berjema'ah daripada study lewat malam hingga terlewat solat subuh. Belajar waktu pagi tu, otak kita lagi segar dan insya Allah, lagi banyak yang kita dapat absorb. Ingat, kualiti lebih penting daripada kuantiti. Cari prime time anda! Jangan bazirkan masa untuk kerja sia2! Waktu malam sebelum tidur tu, mungkin kita boleh study sikit2, tapi jangan paksa diri hingga tidur lewat pagi. Limit our time, so that we can wake up early to have our prime time to study.
Satu lagi kesilapan student ialah ineffective lectures. Jangan salah anggap ye, ni bukan salah lecturer mengajar, tapi salah diri sendiri yang tak bagi tumpuan waktu lectures. Bayangkan, masa seharian kita banyak dalam lecture hall berbanding dalam bilik. Kelas start pukul 8 pagi hinggalah 4 petang, tapi waktu dalam kelas tu, kita tak dapat fokus apa yang diajar. Dan yang lebih malang lagi kalau kita tak dapat buat rumusan pun apa yang kita belajar untuk topik tu. Ya, memang kita record lecture tu, tapi bukankah ambik masa kita jugak kalau kita nak dengar balik lectures tu malam nanti? Sedangkan, kalau kita betul2 fokus dalam kelas, kita boleh buat benda lain lagi. Pengajaranya, dalam kelas jangan berangan! Pelajar cemerlang ialah pelajar yang mampu bagi fokus dalam kelas at least 80%.Cara nak kekalkan momentum fokus dalam lecture ialah salin nota dan sediakan template soalan untuk bab tu. Memang kita tak sempat nak pre read sebelum lecture, tapi kita boleh buat 'template questions to be asked' untuk faham sesuatu topik tu. Contoh untuk subjek pathology, mungkin kita nak tahu apa causes, major risks, pathogenesis, and consequences of something disease kan? Insya Allah, kita akan jadi active learner dan tak kan jadi sleepy beauty :)
Banyak lagi sebenarnya yang Dr share, tapi 2 benda inilah yang saya rasa benda paling common among student. Ingat, cari kekuatan dari kelemahan. Caranya, cari kelemahan, dan atasi kelemahan tu. Jangan pula lemah dengan kelemahan.
Fokus pada apa yang kita nak, jangan distracted dengan perkara yang kita takut terjadi. Think +ve & act +ve
100% copy paste dari http://najahamdan.blogspot.com/2012/02/tips-cemerlang-study.html