Bismillah. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hari ni sudah 2 Rabiulawal 1435H bersamaan dengan 3 Januari 2014M. Cepatnya masa berlalu! Allahu Allah...Jom manfaatkan masa yang tersisa.
Hari ni ana nak share ayat al-quran dan zikir yang kita boleh amalkan dalam kehidupan seharian.
1) 3 qul (surah ikhlas, falaq dan an-nas) sebagai kita mohon pada Allah minta perlindungan agar terhindar dari segala bencana dan merbahaya.
2) Surah Fatihah atau dipanggil Ummul Kitab. Bila rindu seseorang sahabat, terkenang tapi jauh di mata atau faktor kesuntukan masa untuk meluangkan masa bersama, kirimlah doa pada Allah pemilik diri itu. Boleh juga untuk ibu bapa kita walau masih hidup. Tanda cinta dan kasih kita di samping doa.
3) Ayat kursi (surah baqarah ayat 255). Walaupun satu ayat je tapi fadhilatnya subhanallah hebat. Juga boleh dijadikan pelindung diri dari kejahatan yang ingin ditujukan kepada kita dan dari serangan makhluk yang lain samada yang nampak dengan mata atau tidak. Kelebihan orang yang mengamalkan ini juga turut ada tempias untuk ahli keluarga penghuni rumah dan jiran-jiran. How awesome is that?? Allahu akhbar. Kuasa Allah...
4) Amalkan baca ma'surat-himpunan zikir-zikir himpunan Hassan al-Banna. Ia adalah zikir yang diamalkan oleh Rasulullah sebagai zikir harian. In syaa Allah kita akan rasa tenang selepas membacanya. Banyak kelebihan membacanya juga.
5) Surah Al-waqiah untuk murah rezeki. Elok diamalkan membacanya setiap malam sekurang-kurangnya satu kali. Kalau nak baca banyak kali pun boleh je.
6) Surah al-Kahfi. Surah ke 18 dalam susunan al-quran. Bagus diamalkan setiap hari Jumaat.
“Barangsiapa yang membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR An Nasa’i dan Baihaqi)
Macamana kalau sewaktu perempuan haid? Ana tidak berani sentuh bab hukum boleh atau tak membaca quran. Memang ada ulama yang kata boleh jika ayat al-quran tu sudah kita biasa amalkan dalam harian dan boleh kalau orang tu seorang hafizah penghafal quran. Memandangkan seorang ustaz yang diri ana kagumi, percaya dan hormati mengambil pendapat tidak boleh jadi ana mengikut pendapat itu. Ana cuba elak untuk membaca surah dari al-quran. Untuk safe mode lebih baik kita amalkan zikir je.
Antara zikir yang dapat kita amalkan banyak sebenarnya. Antaranya:
Zikir Fatimah ni amalkan saat sebelum tidur dan waktu lepas solat fardhu. Boleh kaji di internet atau sumber lain kelebihannya.
"...Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram.." (surah Ar-Ra'd ayat 28)
Tiada alasan sebenarnya untuk kita tidak menjaga hubungan dengan Allah. Diri kita yang selalu menjauhkan diri dari Allah. Tak boleh solat dan membaca quran(boleh je belek tadabbur isi terjemahannya) bukan bermaksud hubungan kita dengan Allah-Pencipta setiap apa yang ada di langit dan bumi renggang. # Muhasabah untuk kita bersama ana dan anda.
Sekian, perkongsian untuk hari ini. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari diri. Mohon maaf hanya cebisan sedikit perkongsian ilmu. Masa terlalu terhad.
0 comments:
Post a Comment