Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh.
Kali ni ana nak sentuh bab umum.
Yang pertama, ilmu dan amal saling berkait. Ilmu seperti yang kita tahu ia adalah pengetahuan. Apa yang kita baca, dengar, lihat dan sebagainya. Lebih kepada theori input yang kita dapat.
Amal pula ialah applying & practising the knowledge that we get and know. Secara ringkasnya, kenapa ilmu dan amal berkait rapat ialah umpama besi, asalnya besi ni secara raw nya mahal kan dan dapat dimanfaatkan untuk pelbagai. Buat tools ke, kereta dan sebagainya. Tapi besi tu kita kena olahkan. Perlu diolahkan in action untuk dibentuk untuk menghasilkan sesuatu yang bermanfaat. Jika dibiarkan besi tu terbiar lama, besi itu akan berkarat.Begitu jugalah ilmu. Ilmu yang kita simpan dalam minda dan diri tu kalau tak diamalkan dan dikongsi, lambat-laun ia akan hilang begitu saja. Rugi kan? Sedangkan di akhirat nanti kita akan disoal 5 perkara sepertimana hadith yang diriwayatkan:
Sabda Rasulullah SAW bermaksud ; (Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat di hadapan ALLAH sehingga disoal tentang lima perkara; tentang umurnya, waktu mudanya,dan hartanya daripada mana ia dapat dan bagaimana membelanjakannya, dan apa yang dia amalkan daripada ilmunya).( Riwayat Ibnu Hibban & Tarmizi )
Syair Imam Syafie yang ana ketahui dari Allayarham Ahmad Ammar.
Merantaulah…
Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang
Merantaulah…
Kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan
Berlelah-lelahlah,
manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang
Aku melihat air menjadi rusak karena diam tertahan
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang
Singa jika tak tinggalkan sarang, tak akan dapat mangsa
Anak panah jika tak tinggalkan busur, tak akan kena sasaran
Jika matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang
Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang
Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan
Tentang Allayarham Ahmad Ammar, pemergiannya dari muka bumi ini menghidupkan hati ramai manusia yang leka dan lalai. Kalau ada yang masih belum tau kisah tentangnya, boleh rujuk internet sebab banyak yang maklumat yang ada. In syaa Allah tak rugi kita mengenali tentang beliau. Mari kita sama-sama sedekahkan al-fatihah untuknya. Al-Fatihah....
Akhirnya, marilah wahai sahabat-sahabat, selagi kita masih berpeluang hidup di muka bumi ini untuk bangkit dan optimise kelebihan yang Allah bagi buat diri kita. Setiap kita ada kelebihan yang Allah bagi dan pelbagai nikmat, jadi marilah manfaatkan nikmat yang Allah beri tu sebelum ditarik kembali oleh Allah....
# Peingatan untuk diri ini dan sahabat-sahabat yang membaca. Kenang diri ini dalam doa kalian. Moga Allah bantu kita tsabat di jalan kebenaran.
0 comments:
Post a Comment