Assalamu'alaikum warahmatullah...
Alhamdulillah bertemu lagi dalam sesi uji minda keluaran kedua. Jom semak dan cuba jawap! All the best sahabat sekalian.
1) Di dalam islam, ada empat bulan haram. Apakah nama bulan-bulan haram itu.
2) Nama manusia pertama di cipta.
3) Nama ibu kepada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
4) Nama ayahanda Rasulullah.
5) Nama tukang sikat kepada anak Firaun yang menyembah Allah. Dia disiksa atas keimanannya.
6) Ayat-ayat al-quran tidak diturunkan oleh Allah sekaligus tapi berperingkat-peringkat mengikut keperluan umat islam. Berapa tahun tempoh ayat al-quran diturunkan.
7) Nama khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah pemimpin mulia dan agung.
8) Sultan islam yang berjaya menakluk Constantinople. Rasulullah sebutkan ciri-cirinya:
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera…(Hadis riwayat Imam Ahmad)
9) Umur Rasulullah saat menerima wahyu pertama.
10) Rasulullah berkahwin saat berusia 25 tahun dengan isterinya yang ketika itu berusia 40 tahun. Siapakah ummul mukminin itu?
Tunggu esok ye untuk jawapan in syaa Allah. Stay tune~~
0 comments:
Post a Comment