Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh....
Hari ini in syaa Allah perkongisian santapan ringan. =)
Bila mengingatkan lagu hari raya, lagu apa yang ada dalam fikiran korang? Kalau ana....
1)
Masih ada yang sayang padamu....
Masih ada yang rindu padamu....
Usah dikesalkan dirimu...
Senyum-senyum selalu....
Cheer Up! Lumrah bila semakin dewasa, masa terhad. Kita beruntung sebenarnya. Setiap orang Allah tetapkan rezekinya. Cuba fikir-fikirkan. Nikmat yang Allah beri kita.
Nikmat Kesihatan, sempurna anggota dan pancaindera, ada rezeki makan dan minum dan macam-macam lagi. Pandanglah ke bawah selalu usah setiap masa setiap detik memandang ke atas. Masih ramai yang menderita dan kurang beruntung.
2)
Yang jauh, kita dekat-dekatkan,
yang dekat, kita erat-eratkan.
Pelik? Biasalah. Setiap orang tak sama. Ibarat kita memandang keluar dari tingkap yang sama. Seorang mungkin memandang pokok-pokok, seorang memandang kereta, seorang menikmati angin atau pemandangan.
Senyum. Tetaplah ceria dan optimis~ Setiap hari adalah peluang untuk kita. Seperti kata-kata Hassan al-Basri:
O Son of Adam, you are only a number of days. Whenever a day passes, a part of you passes away.
In syaa Allah semoga kita bertemu kembali dengan bulan Ramadhan dan Aidilfitri. Bulan yang selalu keluarga berkumpul dan banyak meluangkan masa bersama berbanding bulan-bulan lain. Semangat~!
0 comments:
Post a Comment