Ads 468x60px

Saturday, January 24, 2015

Jawapan Uji Minda (Keluaran 6)

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. 


Tanpa membuang masa, jom semak jawapan:


 1) Surah yang ada diceritakan tentang lembu.
- Surah Al-Baqarah.


2) Nama surah di dalam al-quran yang bermaksud Manusia.
- Surah Annas.


3) Nama surah di dalamal-quran yang bermaksud labah-labah.
- Surah Al-Ankabut.


4) Nama surah di dalam al-quran yang bermaksud lebah.
- Surah An-Nahl


5) Di dalam al-Quran ada tiga Surah Nama-Nama Nabi/Rasulullah secara berturutan. Sebutkan surah2nya. 

10. Surah Yunus (Nabi Yunus a.s.)
11. Surah Hud (Nabi Hud a.s.)
12. Surah Yusuf (Nabi Yusuf a.s.) 



Alhamdulillah tahniah dah cuba jawap~! Sementara menanti keluaran seterusnya, boleh tengok siri 1-4 dulu ya. Syukran, terima kasih sudi singgah dan cuba jawap =)

Read More »

Thursday, January 22, 2015

Review Buku (Part 3)

Bismillahirrahman nirraheem...Allahumma Solli 'ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad(11x)

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh. Cuma perkongsian ringan yang lebih kepada jurnal harian.

Hari ni pembacaan saya buku Sejuta Pelangi tulisan Oki Setiana Dewi berkisar tentang Oki singgah ke sebuah yayasan anak2 penderita kanker. Ada seorang remaja perempuan yang baru sebulan lalu(sebelum bertemu dengan Oki) dipotong kaki sebelah hingga ke pergelangan paha. Saat bertemu itu dia ceria mempromosikan jualan gelang buatannya. Potong kaki! dan baru sebulan!

SubhanAllah wal hamdulillah. memang hebat sebab dia dapat teruskan hidup dan menerima ujian berat tu. Kita selalu rasa ujian kita sedang lalui dan perlu tempuh ni susah dan perit kan. Tapi hakikatnya kita beruntung dan jauh lebih bertuah daripada orang yang di luar sana.



Allah...Berilah kami kekuatan. Pimpin kami...Hanya kepadaMu kami berharap dan mohon pertolongan... ='(

Pembacaan diteruskan dengan buku lain 'Ya Allah Kenapa Aku Diuji?' tulisan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah dan ada tulisan daripada Dr Aidh Al-Qarni. Salah satu point yang ada saya baca tadi, bila ujian itu menghimpit, ertinya tidak lama lagi akan bertemu jalan penyelesaian, come to the end. Cheer up!







(Ini schedule post. written on 5/1/15. )
Read More »

Tuesday, January 20, 2015

Review Buku (part 2)

Bismillahirrahman nirraheem...Allahumma Solli 'ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad(11x)

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh. Cuma perkongsian ringan yanglebih kepada jurnal harian.

Pagi: Peringatan dari Allah akan nikmat sihat dan masa yang masih berbaki hidup di dunia. Sila jaga kesihatan itu antara hak badan dan anggota tubuh kita ye cik kak semuanya.

Petang: Ada pertemuan dengan seorang kakak untuk projek yang akan dibuat bersama kat tempat kawasan suasana expo. Pesanan untuk diri sendiri-> Berbelanja berpada-pada bukan nak penuhi semua keinginan dan kehendak kita. Lagipun, nafsu ni tak akan puas. Macam2 yang kita nak lagi2 kalau bab makanan. =/

Bila pulang, jauh di sudut hati, rasa terdiam sebenarnya bila ada komitmen baru ni(tak perlu nak cerita detail k). Teringat perkongsian salah seorang sahabat 'worry ends when faith begin'. Antara maksudnya bila kita percaya dengan ketentuan Allah kita tidak akan risau. Rukun iman keenam: percaya pada qada' dan qadar yang ditentukan Allah. Cheer up and take positive~ =)

Lepastu, perkongsian seorang sahabat yang masih tahap baru kenal tentang blog. MasyaAllah. Dari blog dia terserlah yang dia digest ilmu/perkongsian halaqah/majlis ilmu. Dia kongsi blog seorang sahabat lain yang menjadi inspirasinya. Bila saya tengok, masyaAllah...mantap dari segi gerak progress dia dalam dakwah, islah ummah, berkongsi keindahan islam. SubhanAllah walhamdulillah. Betapa jauhnya diri ni dari diorang. Sekarang, saya tak dapat tidur mungkin sebab banyak benda yang ada di fikiran dan malam ni lebih kurang jam 8-10 malam tadi saya makan coklat. Cuma sikit tak sampai satu bar pun tapi effectnya ya Allah...T_T.

Jadi saya membelek buku Sejuta Pelangi tulisan aktres Indonesia iaitu Oki Setiana Dewi. MasyaAllah pastinya Allah yang nak saya baca. Kebetulan kena dengan situasi tadi:

Setiap manusia akan saling melengkapi karena mereka memiliki beragam potensi. Masing2 kita diberi kesempatan untuk bisa mengembangkan diri. Manusia memiliki potensi diri yang dapat menjadikannya lebih berharga dan berbeda dengan manusia lainnya, jika ia mampu menggali dan mengolah potensinya...
 Kita jelas tidak sama sehingga takkan bisa diperbandingkan. Aku adalah aku dengan segala potensiku, dan kau adalah kau dengan segala potensimu. Jika kau mau membandingkan, bandingkanlah dirimu dengan dirimu sendiri. Apakah hari ini kau lebih baik dari kemarin, apakah esok lebih baik dari hari ini?

Saat membaca bahagian ini, membuatkan saya teringat akan kata2 lebih kurang berbunyi umat islam umpama satu bangunan. Satu kelompok menyumbang simen, setengahnya menyumbang air, pasir dan batu, setengahnya menyumbang tenaga, satu golongan lagi mungkin menyumbang cat dan jubin2 dan sebagainya. We complete each other, saling melengkapi insyaAllah. Jadi tersenyumlah dan terus gali dan asah bakat dan potensimu...=))

Bercerita tentang bakat. Ada yang born with it, gifted dan ada yang dengan cara belajar dan mengasah bakat tu. Jadi andai kamu bercita2 nak menjadi penulis novel, penceramah atau pendakwah dan lain2, teruskan bermimpi meski sekarang nampak mustahil dan jauh untuk digapai.

Seperti yang OSD kongsi dalam buku Sejuta Pelangi ni. Dia kata Oki kecil dulu pernah bermimpi@ bercita2 nak jadi aktres dan sekarang memang dia berjaya memenuhi cita2 tu dengan lakonan pertamanya Ketika Cinta Bertasbih. Selain itu Obama dulu bercita2 jadi presiden. Memang benar kan dia sekarang menjadi presiden?. Selain itu Pemilik Microsoft pernah kata nak jadikan komputer tu satu keperluan(tak ingat ayat sebenar tapi maksudnya memang macamni). Kawan2nya gelakkan dia, hasil sekarang? Memang komputer satu keperluan dan kebanyakan secara purata satu rumah memiliki sekurang2nya satu komputer atau laptop.

Sampai sini saja coretan kali ini. Mohon maaf andai ada salah silap atau ada yang terasa hati dengan entri2 tulisan saya di dalam blog ini. InsyaAllah kalau panjang umur, kita bertemu lagi dalam entri yang lain. Akhir kalam, yang baik datangnya daripada Allah Subhanahu WaTa'ala, dan yang buruk datang daripada diri kita sendiri.

Wallahu 'alam bissawab.


(Ini schedule post. written on 2/1/15. )
Read More »

Uwais Al-Qarni

Bismillahirrahman nirraheem...
Assalamu'alaikum warahmatullah wbt. Sungguh diri ini rindu untuk menulis dan berkarya namun kekangan masa menghimpit. Jadi untuk hari ini saya nak berkongsi kisah sahabat Rasulullah (orang yang hidup di zaman Rasulullah dan sempat bertemu/tidak pernah bersua dengan Baginda Sallallahu 'Alaihi wasallam adalah dikira sahabat tidak kiralah waktu tu orang tu masih muda atau sudah tua. Wallahu alam bissawab.) Ada seorang kakak pernah berkongsi, seeloknya kalau kita nak mencari idola, carilah insan yang sudah pergi sebab kalau yang masih hidup, kesudahannya belum tentu konsisten prestasi orang tu...Pastinya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi wasallam  adalah contoh tauladan yang terbaik, sebaik-baik, manusia sempurna, al-quran bergerak sebab baignda berakhlak dengan isi al-quran. Wallahu 'alam bissawab...Moga bermanfaat. =)

Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan.
Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya.
Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit.
Tatkala datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafa’atnya.
Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa’at bagi sejumlah bilangan qabilah Robi’ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya.
Dia adalah ‘Uwais al-Qarni’ siapalah dia pada mata manusia…
Tidak banyak yang mengenalnya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara-suara yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan hatinya.
Tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai seorang yang membujuk, seorang pencuri serta berbagai macam umpatan demi umpatan, celaan demi celaan daripada manusia.
Suatu ketika, seorang fuqoha’ negeri Kuffah, datang dan ingin duduk bersamanya. Orang itu memberinya dua helai pakaian sebagai hadiah. Namun, hadiah pakaian tadi tidak diterima lalu dikembalikan semula kepadanya. Uwais berkata:
“Aku khuatir, nanti orang akan menuduh aku, dari mana aku mendapatkan pakaian itu? Kalau tidak daripada membujuk pasti daripada mencuri.”
Uwais telah lama menjadi yatim. Beliau tidak mempunyai sanak saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh tubuh badannya. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa.
Bagi menampung kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan hariannya bersama ibunya. Apabila ada wang berlebihan, Uwais menggunakannya bagi membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan.
Kesibukannya sebagai pengembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya. Dia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.
Uwais al-Qarni telah memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Seruan Rasulullah telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya.
Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya menarik hati Uwais. Apabila seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran.
Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.
Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum berkesempatan.
Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih. Namun apakan daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Lebih dia beratkan adalah ibunya yang sedang sakit dan perlu dirawat. Siapa yang akan merawat ibunya sepanjang ketiadaannya nanti?
Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah kerana dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini sampai ke pengetahuan Uwais.
Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia belum pernah melihatnya.
Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung dan hasrat untuk bertemu tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, “Bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dengan dekat?”
Bukankah dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak sanggup meninggalkan ibunya sendiri. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa Rasulullah.
Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya. Dia meluahkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan untuk pergi menziarahi Nabi S.A.W di Madinah.
Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau amat faham hati nurani anaknya, Uwais dan berkata,
“Pergilah wahai anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang.”
Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama mana dia pergi.
Sesudah siap segala persediaan, Uwais mencium sang ibu. Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman.
Medan yang begitu panas dilaluinya. Dia tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari. Semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang selama ini dirinduinya.
Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi S.A.W, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina ‘Aisyah R.A sambil menjawab salam Uwais.
Segera sahaja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi S.A.W dari medan perang.
Bilakah beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman.
“Engkau harus lekas pulang.”
Atas ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi S.A.W.
Dia akhirnya dengan terpaksa memohon untuk pulang semula kepada sayyidatina ‘Aisyah R.A ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W dan melangkah pulang dengan hati yang pilu.
Sepulangnya dari medan perang, Nabi S.A.W langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal di langit.
Mendengar perkataan baginda Rasulullah S.A.W, sayyidatina ‘Aisyah R.A dan para sahabatnya terpegun.
Menurut sayyidatina ‘Aisyah R.A memang benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.
Rasulullah S.A.W bersabda: “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.”
Sesudah itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda:
“Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi.”
Tahun terus berjalan, dan tidak lama kemudian Nabi S.A.W wafat, hinggalah sampai waktu khalifah Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq R.A telah digantikan dengan Khalifah Umar R.A.
Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali K.W untuk mencarinya bersama.
Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, mereka berdua selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sampai ia dicari oleh beliau berdua.
Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah.
Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka.
Rombongan itu mengatakan bahawa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni.
Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman.
Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk
membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais,
sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W.
Memang benar! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut,
“Siapakah nama saudara?”
“Abdullah.” Jawab Uwais.
Mendengar jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan mengatakan,
“Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?”
Uwais kemudian berkata “Nama saya Uwais al-Qarni.”
Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia.
Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.
Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah,
“Sayalah yang harus meminta doa daripada kalian.”
Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata,
“Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar daripada anda.”
Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.
Setelah itu Khalifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata,
“Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.”
Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak terdengar beritanya.
Namun, ada seorang lelaki pernah bertemu dan dibantu oleh Uwais. Ketika itu kami berada di atas kapal menuju ke tanah Arab bersama para pedagang. Tanpa disangka-sangka angin taufan berhembus dengan kencang.
Akibatnya, hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya.
Lelaki itu keluar daripada kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.
“Wahai waliyullah, tolonglah kami!” Namun, lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,
“Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!”
Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata,
“Apa yang terjadi?”
“Tidakkah engkau melihat bahawa kapal dihembus angin dan dihentam ombak?” Tanya kami.
“Dekatkanlah diri kalian pada Allah!” Katanya.
“Kami telah melakukannya.”
“Keluarlah kalian daripada kapal dengan membaca Bismillahirrahmaanirrahiim!”
Kami pun keluar daripada kapal satu persatu dan berkumpul. Pada saat itu jumlah kami lima ratus lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami serta isinya tenggelam ke dasar laut.
Lalu orang itu berkata pada kami,
“Tidak apalah harta kalian menjadi korban, asalkan kalian semua selamat.”
“Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan?” Tanya kami.
“Uwais al-Qorni.” Jawabnya dengan singkat.
Kemudian kami berkata lagi kepadanya,
“Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.”
“Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membahagi-bahagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?” Tanyanya.
“Ya!” Jawab kami.
Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdoa. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi-bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada satu pun yang tertinggal.
Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya.
Demikian juga ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.
Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,
“Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang daripada menghantarkan jenazahnya, lalu aku ingin untuk kembali ke kubur tersebut untuk memberi tanda pada kuburnya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas di kuburnya.”
(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar R.A.)
Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.
Sejak dia dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.
Mereka saling bertanya-tanya “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?”
“Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya.”
Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni.
“Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit.”
Read More »

Saturday, January 17, 2015

Uji Minda (Keluaran 6)

 Bismillah....

Assalamu'alaikum warahmatullah...

Alhamdulillah bertemu lagi dalam sesi uji minda keluaran keenam. Jom semak dan cuba jawap! All the best sahabat sekalian.



1) Surah yang ada diceritakan tentang lembu.

2) Nama surah di dalam al-quran yang bermaksud Manusia.

3) Nama surah di dalamal-quran yang bermaksud labah-labah.

4) Nama surah di dalam al-quran yang bermaksud lebah.

5) Di dalam al-Quran ada tiga Surah Nama-Nama Nabi/Rasulullah secara berturutan. Sebutkan surah2nya. 



Stay tune~~ Semak jawapan di keluaran akan datang~ In syaa Allah...Jaga diri, pelihara iman. Fi amanillah....

Read More »

Saturday, January 10, 2015

Jawapan Uji Minda (Keluaran 5)





Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. 


Tanpa membuang masa, jom semak jawapan:


 1) Nama Nabi yang diperintahkan Allah membuat bahtera.
- Nabi Nuh Alaihissalam.


2) Nama bulan islam sekarang. Sekarang ni bulan Januari 2015 masihi. Kalau hijrah bulan apa? Saja uji kita alert atau tak...

- Rabiulawal.


3) Surah yang menyebutkan tentang masa.
- Surah Al-Asr (Juz ke30)

4) Surah yang menyebutkan tentang tentera bergajah. Dan tahun Rasulullah Sallallahu  'Alaihi Wasallam digelar sebagai? Tahun _____? 
- Surah Al-Fiil. Tahun Gajah ('Aamul Fiil)

5) Sebutkan nama surah yang bermaksud semut. 
- Surah An-Naml 



Alhamdulillah tahniah dah cuba jawap~! Sementara menanti keluaran seterusnya, boleh tengok siri 1-4 dulu ya. Syukran, terima kasih sudi singgah dan cuba jawap =)
Read More »

Saturday, January 3, 2015

Uji Minda (Keluaran 5)

 Bismillah....

Assalamu'alaikum warahmatullah...

Alhamdulillah bertemu lagi dalam sesi uji minda keluaran kelima. Dah lama sesi uji minda tak keluar dalam blog inikan? Jom semak dan cuba jawap! All the best sahabat sekalian. =)

 1) Nama Nabi yang diperintahkan Allah membuat bahtera.

2) Nama bulan islam sekarang. Sekarang ni bulan Mac 2015 masihi. Kalau hijrah bulan apa? Saja uji kita alert atau tak...

3) Surah yang menyebutkan tentang masa.

4) Surah yang menyebutkan tentang tentera bergajah. Dan tahun Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam digelar sebagai? Tahun _____? 

5) Sebutkan nama surah yang bermaksud semut. 


Stay tune~~ Semak jawapan di keluaran akan datang~ In syaa Allah...Jaga diri, pelihara iman. Fi amanillah....

 p/s: Kalau siri2 sebelum ni ada 10 soalan tapi mulai siri ini akan ada 5 soalan setiap keluaran. InsyaAllah akan diusahakan selalu update. Kalau takde, boleh request nanti eh... =)
Read More »

Friday, January 2, 2015

Hijrah (Bab 1)

Bismillahirrahman nirraheem...Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala aali Sayyidina Muhammad (11x)

Alhamdulillah cerpen baru di sini... Kali ini cover cuma sederhana je seadanya. Mulakan membaca dengan bismillah ye. =)

Hijrah

Ulya membelek-belek barisan tudung dengan berbagai warna. Lama dia berdiri di situ. Susah untuk membuat pilihan kerana semua tudung-tudung itu cantik-cantik belaka. Rambang mata dibuatnya.

“ Adik pilihlah tiga helai. Rezeki adik dapat percuma hari ni sebab ada orang dah bayarkan kejap tadi...” seorang kakak pekerja butik itu menghampiri Ulya memberitahu.

“ Eh?” bertaut kening Ulya ingin memastikan dia tidak salah dengar. Kakak itu mengangguk dan mengulang kembali apa yang diucapkannya tadi.

“ Ambil je dik...Kakak percaya dia orang baik. InsyaAllah dia takkan nak minta bayar balik atau nak balasan.  Lelaki tu pelanggan tetap butik ni jugak. Memang selalu dia datang sini teman mak dan adik perempuan dia” Beria-ia kakak itu cuba meyakinkan bila jelas riak ragu di wajah Ulya.

Akhirnya dia terima juga dan buat tiga pilihan shawl rona hitam,  pink dan biru laut menjadi pilihan.

‘Alhamdulillah, langkah kanan’ detik hati kecil Ulya saat melangkah keluar dari butik itu dengan satu beg kertas di tangan.
*******
Ulya membaca post-it yang diterimanya sewaktu di kaunter butik siang tadi. Insan yang sudah baik hati memberinya shawl percuma itu ada meninggalkan post-it itu untuknya sebelum berlalu.

Wanita itu indah sebab itu dipanggil perhiasan dunia.
Secantik hiasan adalah wanita solehah.
Perempuan lebih cantik kalau bertudung. Allah pun suka.

Sebenarnya Ulya tidak berhasrat untuk membeli di butik siang tadi. Koleksi baju kurungnya masih banyak kerana jarang dipakai selain pada hari raya dan pergi kenduri kahwin. Tudung pula rasanya kali terakhir dia selalu pakai sewaktu zaman sekolah menengah dulu. Pejabat tempatnya bekerja memberi kebebasan kepada para pekerja apapun gaya berpakaian asalkan bersesuaian.

Ulya bangkit dari duduk di katil. Dia berdiri mencapai shawl hitam dan cuba menggayakannya di depan cermin. Janggal memandang wajah sendiri di cermin tapi di saat yang sama Ulya rasa lebih terjaga dan selamat. Terus dia mengorak langkah untuk menggosok baju yang akan dipakai esok hari.
*******

Keesokan harinya Ulya melangkah masuk ke pejabat dengan hati yang terasa lebih lapang. Mungkin sebab tudung yang menutupi kepala dan rambut. Ataupun boleh jadi juga sebab dah seronok cuti dua hari sebelum baru masuk kerja kembali. Ulya menghadiahkan senyuman bila bertatapan mata dengan orang yang sedang memandangnya.

“ Ya Allah subhanallah walhamdulillah...Aku ingatkan bidadari mana lah yang singgah ni. Rupanya kau Ulya. MasyaAllah...Bila kau macamni, bertambah berganda-ganda cantik!” komen Rose teruja.

Ulya hanya senyum sahaja saat Rose memeluknya. Erat. Tak sangka sampai begini sekali penerimaan rakannya ini. Semakin menambah keyakinan dirinya untuk terus berhijab secara konsisten. Sebak dan terharu Ulya dibuatnya.

“ Ni aku datang jumpa kau ni sebab nak bagi kau mee goreng seafood. Aku masak pagi tadi...” Ulya meghulur satu plastik berisi satu bungkusan yang telah dipeknya sebelum keluar dari rumah tadi. Memang itu tujuannya bertemu Rose. Mereka bekerja di syarikat yang sama tetapi tingkat yang berlainan. Rose di tingkat tiga, Ulya pula di tingkat lima.

“ Tengahari nanti aku belanja kau makan tengahari k, insyaAllah. Kau pilih je tempat kita nak makan” usul Rose.

“ Alhamdulillah rezeki datang bergolek lagi.Alhamdulillah...” Ulya melangkah pergi setelah meminta diri dan mereka mencapai kata sepakat. Sejak kisah dia dapat tudung ‘free’ masih belum dikongsi bersama Rose. Ulya bercadang untuk memberitahunya tengahari nanti.
*******

“ Ulya!!!”
Tanpa mengucap salam, Rose terus menerjah memanggil namanya. Ulya menjauhkan telefon pintarnya dari melekap di telinga. Suara Rose di talian terlalu kuat dan nyaring. Suara macam sedang cemas.

“ Kau dah kenapa ni Rose? Cemas semacam...” tegur Ulya. Dilirik jam di dinding. Baru jam lapan pagi.

“ Mee goreng yang kau bagi aku semalam, kau ada letak apa-apa yang berasaskan kacang tak?” diterpa dengan soalan itu spontan membuatkan kedua kening Ulya bertaut. Cuba untuk mengingati menu sarapan yang dimasaknya semalam.

“Ada...Kat topping dia aku letak kacang yang dikisar halus, hirisan telur goreng dan daun sup. Kenapa?”

“ Ya Allah!!! Ulya!!!” Rose kembali bersuara tinggi semakin cemas.

“ Pagi semalam, bos aku Encik Shah Jihan tu tengah lapar waktu masuk ofis. Bila dia minta tolong aku buat pesanan delivery order, aku bagi dia mee goreng kau tu. Dia makan je. Sejak malam tadi dia sakit perut sampai sekarang. Dia alergik dengan bahan kacang. Habislah habislah...” Rose terus-terusan bercakap meluahkan kebimbangannya. Dengan Ulya sekali terjangkit risau dibuatnya.

“ Itulah kau. Pandai-pandai bagi kat dia padahal dah tau dia tak boleh makan kacang...” marah Ulya. Tak pasal-pasal jadi hal sekarang.

“ Manalah aku tau. Aku tak tengok dulu sebelum bagi dia tu. Niat aku murni tau nak bagi kongsi rezeki yang ada. Huhu. Kau tolonglah aku Ulya...Bos aku tu. Kesian dia” pinta Rose cuba untuk meraih simpati atas kesalahan yang dibuatnya.

“ Dah tu kau nak aku buat apa? Bukannya aku boleh buat apapun...Ini kan waktu office hour, kerja mesti tetap jalan. Kalau dia tengah rehat kat rumah, kau tengoklah dia. Atau kalau dia masih belum kahwin, dan masih belum pergi klinik lagi, kau teman dia pergi sebelum dehydrate teruk nanti” usul Ulya memberikan cadangan bernas. Hanya dua pilihan itu yang ada di fikirannya.   

Ulya masih melekapkan gagang telefon pejabat di telinga. Sambil berbual dengan Rose, tangan dan fikirannya turut sama bergerak meneruskan kerja. Banyak kertas yang perlu dia teliti hari ini.

“ Aku tak tau Encik Shah Jihan tu dah pergi klinik atau belum. Dia cuma hantar whatsapp aje tadi bagitau dia tak masuk ofis hari ni dan dia tanya mee semalam tu ada kacang atau tak.”

“ Rose... Aku kena tutup telefon  ni. Bos aku panggil aku. Dia dah buat isyarat panggil aku masuk bilik dia...Kalau ada apa-apa, kau update kat aku eh. Assalamu’alaikum” gagang diletak kembali ke tempatnya.

Ulya mengemaskan ala kadar meja yang sedang berselerak sebelum berdiri dan membawa dokumen yang perlu menuju ke bilik bosnya.
*******

Oleh kerana rasa bersalah menghantui diri, petang itu selepas habis waktu bekerja, Ulya memberanikan diri melawat ke rumah Encik Shah Jihan merangkap bos pada Rose.

Pada mulanya Rose akan turun pergi berkunjung bersama. Tapi dia membatalkan di saat akhir kerana ibunya memintanya untuk pulang awal sebaik habis kerja. Jadi untuk mengurangkan rasa bersalah, Ulya memberanikan diri meneruskan niat berkunjung ke rumah keluarga Encik Shah Jihan.

Ulya sempat menelek penampilannya sebelum keluar daripada kereta Myvi biru gelap metaliknya. Penampilannya ala-ala perempuan melayu terakhir dengan baju kurung dan tudung. Ulya melangkah dengan keyakinan menuju ke pintu masuk rumah.

“ Ini Ulya kawan Rose tu ya?” seorang wanita sebaya mummy yang menyambut di muka pintu sebaik Ulya menekan loceng rumah.

“ Ya makcik” Ulya bersalaman dengan makcik yang memperkenalkan diri sebagai Bonda kepada Shah Jihan. Memang Rose ada menghubungi ibu kepada Shah Jihan itu akan kedatangan mereka. Rose memang sudah pernah bertandang di  situ dan kerap berhubung dalam telefon bersama ibu kepada Shah Jihan.

Setidaknya Ulya rasa lega kerana kedatangannya sudah diketahui Bonda pada Encik Bos si Rose ni. Kalau tidak, jenuh juga hendak menerangkan siapa dirinya kepada Encik Bos dan kenapa dia datang. Bonda Shah Jihan meminta Ulya untuk memanggilnya bonda sepertimana anak-anaknya, kawan anak-anaknya dan Rose sendiri turut memanggilnya begitu.

Ulya berkali-kali meminta maaf pada Bonda. Shah Jihan sakit perut gara-gara Rose memberikan mee goreng yang dimasaknya pada Shah Jihan. Bonda tidak menyalahkannya.

“Bukan salah Ulya. Biasanya Shah sarapan di rumah tapi semalam dia moody. Adik lelaki dia buat bising pasang lagu kuat-kuat waktu Shah tengah tidur malam. Jadi pagi semalam dengan tak cukup tidur ditambah adik  bongsu buat drama swasta pakai baju opah siap berkain batik bagai waktu sarapan. Shah minum sikit je sebelum keluar pergi kerja. Itu yang dia lapar dan cuai tu...” panjang lebar Bonda bercerita. Memang itu yang terjadi.

“Shah sejak pagi tadi dalam bilik berbungkus dalam selimut tak nak keluar. Keluar cuma pergi tandas, solat dan minum air. Dia tak nak makan langsung. Dia cuma sapu perut dengan minyak panas dan tunggu baik sendiri” Bonda menyambung cerita. Bonda masih kelihatan anggun biarpun sudah bergelar nenek. Sempat Ulya menelek  gambar yang ada di sangkut di dinding. Ada beberapa orang kanak-kanak dalam foto keluarga itu yang Ulya agak tentu cucu kepada Bonda.

Ulya menggaru kepala yang tidak gatal sambil senyum mendengar ibu Shah Jihan bercerita. Dia terkial-kial samaada hendak menjenguk Shah Jihan atau tak. Tak manis rasanya orang perempuan masuk ke bilik anak teruna orang. Lagi-lagi waktu si teruna tu dalam keadaan tidak sihat macam ni.

“Dia pandai makan salmon dan asparagus tak Bonda?” tanya Ulya setelah terfikirkan sesuatu.

“Waktu biasa memang dia akan makan...Tapi kalau dia kata tak, memang tak makan lah jawapnya Ulya. Dia tu keras sikit...” komen Bonda mengenai karenah anak bujangnya itu.

“Rasanya tak elok saya jenguk dia kat bilik. Jadi saya ingat, kalau Bonda setuju, saya nak masakkan dia bubur nasi dan salmon asparagus. Kebetulan saya singgah beli bahan-bahan waktu beli epal ni tadi...” cerita Ulya sekaligus meluahkan hasratnya. Dia memilih epal merah sebagai buah tangan berkunjung.

Setelah meyakinkan Bonda yang itu tidak menyusahkan dirinya, barulah Bonda mengizinkan dan membawa Ulya ke ruang dapur.

Tidak sampai setengah jam, hidangan bubur dan salmon asparagusnya siap. Dan tanpa disangka, Shah Jihan turun sewaktu Ulya sedang menyiapkan hidangan ke dalam mangkuk.

‘Nasib baik dia turun waktu aku dah habis masak. Kalau belum siap tadi, mesti aku jadi terkial-kial nak memasak’ detik hati kecil Ulya sambil meyiapkan hidangan. Pembantu rumah Bonda menemaninya di dapur jadi mudah kerjanya. Cuma perlu cakap apa yang dia perlukan tanpa perlu mencari bekas pinggan mangkuk bagai. Setelah itu Ulya berkira-kira menyusun kata untuk meluahkan permintaan maafnya.

Shah Jihan turun dengan baju tanpa lengan berhoodie. Rambut yang tidak bersisir langsung tidak menjejaskan penampilannya.  Dia masih nampak macam model iklan lelaki melayu.
*******

Kalau hendak diikutkan hati, memang Shah Jihan tak nak turun bila Bonda memaklumkan kedatangan kawan kepada Rose, pembantu peribadinya. Dia bukannya kenal sangat dengan Ulya yang bekerja di bahagian dan tingkat bangunan yang berbeza. Hanya sesekali dia terserempak bila Ulya berjalan bersama dengan Rose.

“Turunlah kejap Shah...Untuk menghargai usaha Ulya tu. Ulya yang bersungguh nak masak, Bonda tak minta pun. Dan dia tak minta Shah turun pun sebenarnya. Cuma iyalah. Kita orang melayu ni kaya dengan budi bahasa. Orang berbudi, kita hargai...” tegur Bonda memujuk sambil duduk di katil anak bujangnya itu. 

Bila Bonda memujuk dan bagitau budak Ulya tu sedang memasak untuknya dibawah, Shah Jihan turutkan juga permintaan Bonda. Apa yang dikatakan Bonda memang ada betulnya dan dirinya tidak menganggap Ulya bersalah. Sebaliknya Shah Jihan menganggap sakit perut in ini adalah sebagai kaffarah, penghapus dosa.  

Ulya hanya bertemu dengan Shah Jihan sekejap meminta maaf sebelum meminta diri untuk pulang.

Shah Jihan memerhati dua hidangan yang disediakan Ulya. Satu bubur nasi yang dihiasi di atasnya dengan hirisan daun sup, lobak merah dan telur goreng. Satu pinggan lagi adalah salmon dan asparagus yang dimasak dengan sosnya. Sejujurnya, dari segi luaran memang hidangan itu berjaya membuka seleranya. Sangatlah menggoda untuk cepat-cepat ambil sudu dan merasa. Tekak yang rasa kesat dan pahit ditolak tepi terus.  

Sedang Shah Jihan menggelamun memerhati masakan Ulya, Yasmeen si puteri bongsu duduk di sebelahnya.

“ Apa ni dik?”  marah Shah Jihan bila si adik tiba-tiba muncul menangkap gambar masakan Ulya.

“ Nampak macam best je. Pandai buah hati abang masak” komen Yasmeen tanpa memandang abangnya, Shah Jihan. Jari-jemari ligat menaip di atas skrin telefon pintarnya.
Syah Jihan mula makan bubur suapan pertama tanpa membalas. Tangan kirinya lurus menegak umpama benteng. Dia tahu apa yang akan jadi seterusnya bila si adik duduk di sebelah saat dia makan.

“Abang...” rengek Yasmeen dengan suara beralun-alun.

“Nak sikit...”

“No...Kau tu perempuan. Masak sendiri” sedas Shah Jihan memerli si adik sambil meneruskan suapan. Memang sedap bubur dan ikan salmon asparagus buatan Ulya.

Bila lengannya menjadi sasaran pautan Yasmeen, barulah Shah Jihan mengizinkan si adik merasa. Itupun hanya satu suapan. Selebihnya dia makan sendiri. Rungutan si adik langsung tidak dipedulikan.
*******

Rose memandang sahabat yang duduk di sisinya. Dia dan Ulya mula berkenalan sejka mereka hadir untuk sesi temuduga di syarikat tempat mereka bekerja sekarang.

“Alhamdulillah bila bertudung ni kau nampak makin cantik dan ayu Ulya...” Puji Rose secara ikhlas.

“Kau ni tak sudah-sudah nak puji aku...” Ulya senyum sambil beristighfar di dalam hati. Menjauhkan rasa bangga dan menunjuk-nunjuk singgah di dalam hati.

Ulya menunduk memandang jari-jemarinya. Sengaja dia mengajak Rose keluar selepas habis waktu kerja. Secara tidak langsung ingin membina semangat dan kekuatan untuk berdepan dengan mummynya yang akan pulang ke tanah air esok.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdo’a dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan ma’afkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. (Surah Al-Baqarah: 286)

Rose membacakan tafsiran itu. Usai membaca, dia mendepangkan tangan kanannya memeluk Ulya di sisi menyalur semangat. Sebentar tadi Ulya ada menceritakan padanya kerisauan hati akan penerimaan mummnynya bila dia mula bertudung di kepala ini.

Allah give trials and obstacles as what HIS servant ability. Allah tu Al-‘Aleem, Maha Mengetahui, DIA tahu apa yang terbaik bagi hambaNya. Ada hikmah di setiap yang terjadi. Mungkin Allah nak ajarkan sesuatu. Doa banyak-banyak. Mungkin Ulya yang banyak fikir, itu yang risau. Mungkin saja dengan izin Allah, mummy suka bila Ulya dah berhijab macamni. Anak solehah penyejuk mata mummy daddy, insyaAllah.” Rose menabur kata semangat dan motivasi.

Ulya hanya mendengar tidak bersuara. Mencerna kata-kata Rose. Tanpa sedar dia menarik nafas dalam-dalam.

“Jom aku belanja aiskrim Baskin Robbin” ajak Rose yang tiba-tiba berdiri memaut lengan kiri Ulya agar turut berdiri.

“Moga lepas makan aiskrim nanti, hati kau pun sejuk dan lebih tenang dengan izin Allah...” ucapan berbentuk doa itu Rose ungkapkan sambil menatap ke anak mata Ulya.  

~~Bersambung~~

p/s: Macamana? Saja tak bagitau dari awal cerpen bersambung. Kalau ada permintaan insyaAllah akan disambung secepatnya...Do drop a comment ye. Terima kasih~
Read More »

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates