Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk menulis di sini. Rasa untuk menulis membuak-buak dalam diri,rindu.
Ana nak share satu ayat. Surah Baqarah ayat 216.
"....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (2:216)
Bulan Disember lepas, Allah beri diri ini ujian berupa sakit biasa. Alhamdulillah diri ini terfikir tentang ini.
Biasalah bila sedang bercuti, kita manusia ini akan melakukan benda-benda yang kita suka dan mahu terutama hal-hal yang tidak dapat dilakukan saat sibuk dan sebagainya.
Apabila sakit, kita akan lebih menjaga makan. Mengurangkan pengambilan makanan segera indomee, keropok, minuman sirap dan bikarbonat dan membanyakkan mengambil pemakanan sihat dan minum lebih banyak air.
Islam itu menjaga dan memelihara. Kita tak suka tapi itu yang baik untuk kita seperti yang disebutkan dalam ayat al-quran di atas. Belum tentu apa yang kita suka itu baik untuk kita dan boleh jadi apa yang kita kurang berkenan tu sebenarnya bagus untuk kita. Macam ubat selalunya pahit tapi menyembuhkan kita dengan izin Allah.
Selain itu, bila makan Rasulullah mengajar kita untuk tidak makan makanan darat dan laut serentak.
Dengan itu, kita harus pilih nak makan makanan darat (seperti ayam, daging) atau makanan laut (seperti ikan, udang,sotong, kerang). Kita dididik untuk tidak tamak sebenarnya. Selain dari itu juga, kita kena duduk saat makan dan minum. Sebab makan atau minum berdiri itu kalau tak silap saya cara syaitan. Minum dan makan duduk mendatangkan hikmah kebaikan sebenarnya kita boleh kaji dari segi kesihatan. Ada kajian yang menunjukkan kalau kita minum atau makan berdiri, umpama apa yang kita telan tu umpama benda jatuh menghempap terus ke sistem pencernaan kita. Lebih kurang begitulah maksudnya anda boleh lakukan carian lebih lanjut di internet.
Alhamdulillah kerana dilahirkan sebagai islam. Mari syukuri dan manfaatkan kelebihan ini. Peringatan untuk diri ana dan anda sahabat-sahabat sekalian.
Pesanan: Ingatkanlah diri ini saat lupa.... T_T
0 comments:
Post a Comment