Ads 468x60px

Showing posts with label Sharing Knowledge. Show all posts
Showing posts with label Sharing Knowledge. Show all posts

Friday, August 29, 2014

Erti Nama-Nama Islam (2)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa ala aali Sayyidina Muhammad (jom baca selawat ni 11x atau lebih)

Sebelum tidur ni boleh pula otak bergerak fikir vocabulary bahasa arab tahap sekolah menengah ni. Saja nak share sekaligus nota ringkas untuk perkongsian. Ni mungkin sebab akan ertambah anak sedara, itu yang boleh terfikir macam-macam nama pangkal huruf K & S ni. (P/s: kalau nak baca entri nama islam versi pertama, boleh klik link sini)

(Gambar hiasan)

 

Nama Lelaki:

Ahmad/Muhammad Saiful Harith 

Ahmad/Muhammad tu ertinya yang terpuji kalau tak silap. Kita nak letak nak contohi nama Nabi Muhammad, Rasulullah tercinta. Moga anak itu akan mencontohi, mengikuti akhlak dan peribadi Baginda Nabi insyaAllah.

Saif- pedang
Harith(dihujungnya huruf tsa bukan sin)- Penjaga
Saiful Harith-Pedang yang menjaga- (Bila ada alif lam tu ertinya nama khas)

 Saiful Muslim- Pedang Orang Islam (macam nama Ahmad Faris Islam pulak (^_^)

Faiz-  orang yang berjaya 
Syakir- tahu bersyukur, orang yang bersyukur, pengenang budi
Furqan- Pembeda antara kebenaran & batil.
Al-Fateh- Nama khalifah zaman Uthmaniyyah yang membuka kota Konstantinopel@Turki di umur 21 atau 23. Ringkasnya Sultan Muhammad al-Fateh memang pemimpin yang hebat.

Khairul Munzir- Pemberi peringatan yang baik
Khairul Fahmi- Kefahaman yang baik
Khairul Anuar- Cahaya yang baik

Rizqy- anugerahku, rezekiku
Syamil- sempurna, lengkap

Nama perempuan:

Khairun Najihah- Orang yang berjaya yang baik
Nur Khaireena Najihah- Cahaya kebaikan kami orang yang berjaya
Nur Khaireena Solehah-   Cahaya kebaikan kami orang yang solehah
Haziqah/ Najibah/ Nabilah- Pintar

Nusaibah- Nama sahabat perempuan zaman Rasulullah. Beliau syahidah di perang uhud kalau tak silap. Asalnya beliau paramedik mengubati orang yang tercedera saat perang berlangsung. Bila tengok tentera islam hampir kalah, kerana cinta pada Rasulullah utusan Allah, Nusaibah ni bangkit dan segera mara melindungi Rasulullah yang teruk diserang oleh orang Quraisy waktu perang tengah berlangsung itu. (SILA RUJUK SUMBER LAIN)

Syifa- Penyembuh
Faseehah- fasih (kalau nak anak jadi lawyer mungkin nama ini sesuai) 
Fatihah/Fateehah- pembuka

Wallahu 'alam bissawab. Moga bermanfaat. Untuk yang sedang menanti kelahiran, semoga diopermudahkan baby dan ibunya selamat amin amin amin insyaAllah. 
Read More »

Saturday, August 9, 2014

Mari Belajar Tatabahasa BM

Bismillahirrahman nirraheem...

Assalamu'alaikum. Saja nak kongsi kat sini sekaligus nota buat diri sendiri. Kisahnya saya confuse dalam dialog bila dihujungnya tanda koma dan bila tutup dengan titik noktah. Terima kasih buat cikgu rujukan saya (you know who  you are..)

Penggunaan koma...contoh:
"Siti,jom kita pergi library," AJAK Lia. AJAK tu kan kata suruh,kata kerja,sejenis perbuatan.jadi kena koma..

kalo bkn perbuatan kena titik terus. 
Contoh: "Siti,jom kita pergi library." SUARA comel Lia menyapa Siti yg sedang termenung.
Read More »

Wednesday, May 28, 2014

Erti Nama-Nama Islam

Dengan nama ALLAH Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih

Assalamu'alaikum warahmatullah...Entri kali ini bukan sambungan novel atau cerpen baru. Ini perkongsian nama-nama islam yang saya yakin maknanya betul. Khusus buat anda yang mungkin sedang mencari nama untuk baby yang bakal lahir dan juga idea buat penulis-penulis yang mencari nama bagi watak dalam karya tulisan mereka. Moga bermanfaat.


Nama-nama lelaki:

Amir- putera/pemimpin/ketua
Wildan- Pemuda syurga/pemuda yang tetap muda di syurga/pelayan di syurga (boleh rujuk al-Quran surah Al-Waqi'ah)

Furqan- Pembeda haq dan bathil, tahu membezakan kebenaran dan yang salah.
Mahfuz- Penjaga
Syakir- Pengenang budi, tahu bersyukur
Haseeb- yang pandai menghitung (salah satu dari 99 nama Allah. Kalau nak anak yang pandai maths/accounting (^_^) )

Ahsan- terbaik
Ehsan/Ihsan- kebaikan
Hasan- kebaikan
Muhsin- orang yang berbuat kebaikan

Munzir- Pemberi peringatan
Al-Fateh- Pembuka (boleh rujuk sejarah islam. Sultan Muhammad Al-Fateh pembuka negara Turki yang ketika itu tempat tu dipanggil Konstantinople. Masya Allah. Ceritanya sangat bagus untuk kita baca dan tahu~!  )


Nama-nama perempuan:

Zahrah- bunga
Wardah- bunga
Amirah- puteri/ pemimpin/ketua
Ainul/Ainan- Mata air/mata
Mansurah- diberi pertolongan
Hasanah- kebaikan
Muhsinah- orang yang berbuat kebaikan
Huda- petunjuk
Syifa- Penyembuh, penawar

Tasneem-nama mata air di syurga
Salsabila- nama mata air di syurga
Kausar- nama sungai di syurga (p/s: sila rujuk lagi sumber lain ya)

Gabungan Nama Pilihan:

Amirul Qawiy- Ketua yang kuat
Amirul Hadi- Pemimpin yang memberi petunjuk
Amirul Hakim- Pemimpin/ketua yang bijaksana
Khairul Anwar- Cahaya yang baik

Khairunnajihah- Kejayaan yang baik
Miftahul Jannah- Kunci syurga
Wardah Nabilah- Bunga cerdik
 Zahrah Najibah- Bunga pintar
Wardatul Jannah- Bunga Syurga
Wardatul Faezah- Bunga yang berjaya
Wardatul Najihah- Bunga yang berjaya
Wardatus Solehah- Bunga solehah
Zahratun Nadhirah- Bunga berseri-seri


Moga bermanfaat... Untuk lebih pasti kesahihan, boleh rujuk lagi pada sumber lain. Wallahu 'alam...

-Gambar hiasan-

Read More »

Saturday, April 5, 2014

Sharing to be view...

Bismillah...

Assalamu'alaikum warahmatullah.

Berikut adalah Ustaz, ustazah, pakar motivasi dan sebagainya yang in syaa Allah bermanfaat. Boleh ikuti mereka dalam facebook, instagram, youtube dan sebagainya:

1) Imam Muda Hassan (Juara Imam Muda musim Kedua)

2) Ustaz Kazim Elias- Kalau dah Jodoh

3) Hilal Asyraf

4) Aiman Azlan

5) Keluarga pada Allayarham Ahmad Ammar

6) Dr Zaharuddin (UZAR)

7) Ustazah Isfadiyah

8) Amin Idris

9) Dr Maza, 

10) Artis-artis wanita yang sudah berhijrah memakai hijab(tudung). Bagi saya, perjalanan hidup diorang inspiring

Irma Hasmie, Diana Amir, Abby Abadi dan ramai lagi.

11) Pakar motivasi Prof Datuk Dr Fadzillah Khamsah, Prof Dr Muhaya.

12)  www.Iluvislam.com, laman web LangitIlahi

Sekadar perkongsian. Manalah tau kalau-kalau ada antum di luar sana yang sedang bercuti dan banyak masa lapang tapi belum ada rancangan nak isi.
Read More »

Tuesday, April 1, 2014

Semarakkan Cinta....(April- Bulan Kelahiran Rasulullah Junjungan Mulia....)


Bismillah....

Assalamu'alaikum warahmatullah...Alhamdulillah 3 bulan sudah berlalu tahun 2014M. Kini tiba bulan baru menjelma. Moga hari ini dan seterusnya lebih baik dari semalam amin in syaa Allah.

Memandangkan bulan April ini bulan kelahiran baginda Rasulullah, mari kita sama-sama memperbanyakkan berselawat kepada baginda~.

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali sayyidina Muhammad
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali sayyidina Muhammad 
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali sayyidina Muhammad  



Kita katakan cinta pada baginda Rasulullah. Sejauh mana cinta kita pada baginda? Diri ini tak layak untuk mengulas panjang kerana hakikatnya diri ini masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. In syaa Allah moga hari ini dan seterusnya lebih baik dari semalam, semakin mendekatkan diri kita pada Allah. Kembali pada tajuk di atas, antara cara tanda kita mengungkapkan cinta adalah:

1) Banyakkan berselawat secara konsisten.
(Contoh: Setiap kali lepas solat baca 11x, awal pagi sewaktu dalam perjalanan dalam kereta, saat waktu lapang, sebelum tidur, saat mengemas rumah ke dan sebagainya)

2) Tambah kenal kita tentang baginda dengan banyak membaca buku.
Kenali peribadi, perjalanan baginda, kisah hidup baginda dari kecil, saat sebelum menjadi Rasul, setelah diangkat menjadi rasul (setelah Allah mengutus malaikat Jibril kepada baginda saat di Gua Hira), perjalanan yang baginda tempuhi sewaktu menyebarkan dakwah dan sebagainya.

3) Ketahui sunnah dan hadith2. Cuba untuk amalkan sunnah baginda dalam hidup kita seharian.
 Dari segi akhlak, perbuatan, cara, amalan dan sebagainya.
 
 
Terasa banyak? Be positive. Amalan yang Allah sukai adalah amalan yang sedikit tetapi berterusan (istiqomah). Ikut kemampuan kita dan jangan rasa terbeban. Biar sedikit tapi yang penting kita konsisten melakukannya.

Oh ya. Sempena dengan ketibaan bulan April ini, saya tambah mp3 yang berkait tentang mengenang Rasulullah dalam blog ini. Macamana? Apa komen antum (anda) tentang mp3 tu? Sebarang komen dan maklumbalas tentang apa sahaja berkaitan apa yang saya tulis, letak dalam blog ini adalah sangat-sangat dialu-alukan bagi memantapkan lagi mutu penulisan saya. 
 
Sekian, wassalam. 



Read More »

Saturday, February 22, 2014

Analogi 6 Kisah [Aku & Telur Rebus]



Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh~

Sobahul khair! (Selamat pagi)...Moga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera. Apa khabar iman hari ni? Semoga hari demi hari akan bertambah in syaa Allah amin~

Al-kisah, pagi ni terliur nak makan telur rebus. Jadi cuba masak sendiri untuk kali pertama dalam hidup. Rasanya sebelum ni tak pernah masak sendiri ataupun dulu dalam pengawasan ahli keluarga tengok kot.

Analogi yang saya dapat masa proses nak memasak tu:
1) Telur mudah retak. Kena hati2. Macam tu juga hati dan perasaan. Keduanya mudah tertoreh dan terluka walaupun kita tak sengaja. Kena hati2 dengan percakapan supaya tak menyinggung perasaan orang.

2) Kalau dah retak, tak dapat nak pulihkan. Ni untuk kes telur lah sebab bila dah retak, tak dapat nak guna gam ke apa untuk hilangkan retak tu. Kalau bab hati dan perasaan, bergantung pada individu. Kadang ada yang cepat sejuk, ada yang dapat memaafkan tapi ambil masa untuk rasa luka tu pulih/sembuh.


Waktu tengah cari gambar tadi, terjumpa khasiat telur rebus. Antaranya:
1) Dapat menjaga berat badan

2) Cepat memberikan rasa kenyang, kerana telur mengandungi protein yang lebih lama dicerna oleh tubuh.

3) Meningkatkan penglihatan, kerana telur memiliki kandungan lutein dan zeaxanthina sebagai antioksidan yang dapat membantu meningkatkan penglihatan. Juga melindungi mata daripada risiko katarak.

4) Membantu kesehatan rambut dan kulit, kerana telur mengandungi protein dan sulfur

5) Menjaga kesehatan otak, kerana kandungan choline dalam telur dapat membentuk molekul menyerupai lemak dalam otak, yaitu phophatidylcholine dan sphingomyelin. Kedua zat tersebut dapat mengisi sebagian besar massa otak, sehingga sangat penting untuk fungsi dan kesehatan otak.

6) Mengandungi vitamin D, bagus untuk kekuatan tulang dan imunisasi badan.

7) Menghilangkan jerawat. Caranya: gunakan putih telur sebagai masker. Cara ini bukan sahaja insyaAllah akan menghilangkan jerawat tetapi juga akan membuatkan kulit muka halus.

Kalau nak tahu lebih lanjut, anda boleh lakukan pencarian di google atau rujuk mana-mana doktor/pelajar perubatan. Wallahu 'alam bissawab. Semoga bermanfaat~
Read More »

Wednesday, January 8, 2014

Muhasabah 1 (Random Topic)

Bismillah....

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Muhasabah peringatan untuk diri ini.....

1) Tak semua kita inginkan, kita akan dapat. Ada masanya kita kena lepaskan pergi. Tak semua benda kita rancang, akan berjalan lancar. Perlu ada alternatif plan B, C.Kalau konflik R muncul macamana, expect any possibilities. Usah menyerah sebelum berjuang.

2) Dalam hidup, kita perlu banyak menanam tapi tak semua biji itu akan tumbuh dan berbuah. Begitu juga dalam persahabatan. Kita sayang, tapi mungkin saja orang kita anggap dan harap jadi sahabat kita tu tidak ada menyimpan harapan yang sama untuk rapat dengan kita. Allah knew well whats the best for each of us.

3) Berhenti berharap pada makhluk sebab tidak setiap masa mereka ada untuk kita. Mereka mungkin sibuk dengan tanggungjawap dan amanah yang harus dipikul. Please the one and only, ALLAH. Kita tak akan kecewa berharap pada ALLAH. HE knew whats the best for us.

4) Mudah untuk meraih pahala. Mudah juga untuk hilang dan bertambah dosa. Iman yazid wa yanqus. Iman itu bertambah dan berkurang. Riak dan bangga pun buat pahala amalan kita hangus sekelip mata. Beware wahai diri~

5) Manusia suka tergesa-gesa semua benda harap terus dapat. Kita kena berusaha untuk mencapai agar kita lebih menghargai. Sifat tergesa-gesa tu daripada syaitan. Kadang kita lupa... Moga ALLAH bantu kita jadi orang yang sabar.

6) Ya ALLAH, jadikanlah dunia di tangan, akhirat dalam hati dan matlamat utama kami. Jangan biarkan kami lalai dengan nikmat dan hiburan dunia ya Robb... =/

7) Setiap apa yang kita miliki milik ALLAH. Bila-bila masa ALLAH boleh ambil. Orang kita kasihi, benda yang kita suka dan sayang dan sebagainya.

8) Hidup kita di dunia ni hanya sementara bila-bila masa akan diambil pulang oleh ALLAH. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Daripada Allah kita datang, dan kepada Allah jualah tempat kita kembali.

9) Setiap hari adalah perjuangan. Melawan nafsu, istiqomah disiplin, melawan godaan syaitan dan iblis yang sentiasa berusaha menyesatkan umat manusia agar masuk ke neraka. nauzubillah..

10) Bayangkan, kita mempunyai 2 orang sahabat.

Kawan A- Selalu ceria, semangat, optimis dalam hidup. Bila bercakap dengan kita dia begitu fokus dan menghargai setiap detik yang diluangkan dengan kita. Bukan sekadar meluangkan masa bersama, acuh-tak-acuh.

Kawan B- Acuh-tak-acuh. Kurang menghayati masa yang diluangkan masa dengan kita.

Setentunya kita akan lebih menyayangi kawan A kan? Kita akan rasa lebih dihargai dan suka meluangkan masa bersama kawan A?

Cuba kita muhasabah hubungan kita dengan ALLAH. Adakah kita menghargai dan qualiti masa yang kita luangkan bagaimana? Saat solat,baca quran, berzikir dan sebagainya. Adakah tergesa-gesa sekadar buat atau macamana. Tak perlu jawap cukup tanya diri.

Tepuk dada, tanya iman.
Read More »

Sunday, January 5, 2014

Zikir Amalan



Bismillah. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari ni sudah 2 Rabiulawal 1435H bersamaan dengan 3 Januari 2014M. Cepatnya masa berlalu! Allahu Allah...Jom manfaatkan masa yang tersisa. 

Hari ni ana nak share ayat al-quran dan zikir yang kita boleh amalkan dalam kehidupan seharian.

1) 3 qul (surah ikhlas, falaq dan an-nas) sebagai kita mohon pada Allah minta perlindungan agar terhindar dari segala bencana dan merbahaya.

2) Surah Fatihah atau dipanggil Ummul Kitab. Bila rindu seseorang sahabat, terkenang tapi jauh di mata atau faktor kesuntukan masa untuk meluangkan masa bersama, kirimlah doa pada Allah pemilik diri itu. Boleh juga untuk ibu bapa kita walau masih hidup. Tanda cinta dan kasih kita di samping doa.

3) Ayat kursi (surah baqarah ayat 255). Walaupun satu ayat je tapi fadhilatnya subhanallah hebat. Juga boleh dijadikan pelindung diri dari kejahatan yang ingin ditujukan kepada kita dan dari serangan makhluk yang lain samada yang nampak dengan mata atau tidak. Kelebihan orang yang mengamalkan ini juga turut ada tempias untuk ahli keluarga penghuni rumah dan jiran-jiran. How awesome is that?? Allahu akhbar. Kuasa Allah...

4) Amalkan baca ma'surat-himpunan zikir-zikir himpunan Hassan al-Banna. Ia adalah zikir yang diamalkan oleh Rasulullah sebagai zikir harian. In syaa Allah kita akan rasa tenang selepas membacanya. Banyak kelebihan membacanya juga.

5) Surah Al-waqiah untuk murah rezeki. Elok diamalkan membacanya setiap malam sekurang-kurangnya satu kali. Kalau nak baca banyak kali pun boleh je.

6) Surah al-Kahfi. Surah ke 18 dalam susunan al-quran. Bagus diamalkan setiap hari Jumaat.
“Barangsiapa yang membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR An Nasa’i dan Baihaqi)


Macamana kalau sewaktu perempuan haid? Ana tidak berani sentuh bab hukum boleh atau tak membaca quran. Memang ada ulama yang kata boleh jika ayat al-quran tu sudah kita biasa amalkan dalam harian dan boleh kalau orang tu seorang hafizah penghafal quran. Memandangkan seorang ustaz yang diri ana kagumi, percaya dan hormati mengambil pendapat tidak boleh jadi ana mengikut pendapat itu. Ana cuba elak untuk membaca surah dari al-quran. Untuk safe mode lebih baik kita amalkan zikir je.

Antara zikir yang dapat kita amalkan banyak sebenarnya. Antaranya: 

 









Zikir Fatimah ni amalkan saat sebelum tidur dan waktu lepas solat fardhu. Boleh kaji di internet atau sumber lain kelebihannya. 

"...Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram.." (surah Ar-Ra'd ayat 28)

Tiada alasan sebenarnya untuk kita tidak menjaga hubungan dengan Allah. Diri kita yang selalu menjauhkan diri dari Allah. Tak boleh solat dan membaca quran(boleh je belek tadabbur isi terjemahannya) bukan bermaksud hubungan kita dengan Allah-Pencipta setiap apa yang ada di langit dan bumi  renggang. # Muhasabah untuk kita bersama ana dan anda. 

Sekian, perkongsian untuk hari ini. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari diri. Mohon maaf hanya cebisan sedikit perkongsian ilmu. Masa terlalu terhad. 


Read More »

Saturday, January 4, 2014

Masa Terus Berlalu...Mari Melangkah dan Manfaatkan




Bismillah....

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Mari dengan semangat azam baru ni kita suntik semangat positif dalam diri kita. Selain perbaharui refresh azam yang pernah kita tetapkan untuk dicapai, jom amalkan:

1) Banyakkan istighfar pada Allah. Astaghfirullahal 'adzhim. 
2) Memperbanyakkan selawat buat junjungan besar utusan Allah pada kita iaitu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Tambah lagi sekarang ni bulan Rabiulawal bulan kelahiran baginda. Baginda berdakwah bersungguh-sungguh menyebarkan dakwah islam. Dengan islam, kita akan selamat dunia dan akhirat dengan mengamalkannya bukan sekadar nama seperti dalam IC. 

Kita kata kita sayang baginda Rasulullah. Tapi macamana kita dengan islam? Alhamdulillah kalau kita berusaha mengamalkan dalam kehidupan seharian. Islam is a way of life dan mari kita berusaha untuk mengambil islam secara keseluruhan. Bukan saja islam saat solat, saat doa selamat, saat kenduri dan mengendalikan jenazah tapi dalam kehidupan harian kita. 

Contoh: Waktu azan berkumandang, kita bersegera sebagai hamba menjawap seruan itu untuk mendirikan solat.

-> Saat sebelum melakukan sebarang pekerjaan, mulakan dengan doa dan bismillah. Agar diberkati dan perbetulkan niat. Makan, tidur, kerja dan belajar boleh jadi satu ibadah dan kita boleh gain tambah pahala sebenarnya. Kebergantungan diri kita pada Allah dalam setiap apapun yang kita lakukan. 

Mari jadi optimis dan bersemangat wahai sahabat-sahabat sekalian. Ya berkata-kata lebih mudah dari mengamalkan apply&practising. Allah pandang usaha kita bukan keputusan yang kita akan dapat. Ana menulis lebih untuk mengingatkan diri sendiri dan berkongsi ilmu. Tegurlah dan bantulah diri ini wahai sahabat andai silap dan jatuh. Diri ini baru mula melangkah dan tidak sempurna dari terus melakukan kesilapan. 

Sampaikanlah walau satu ayat. Moga bermanfaat. Kenang diri ini dalam doa kalian. Moga kita diberi kekuatan iman dan hati untuk istiqomah dan tsabat di jalan kebenaran dan bersungguh-sungguh berlari menuju syurgaNya in-syaa Allah....

" Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir" (hadith riwayat Muslim)

Ana tutup dengan kisah Imam Hanbal dengan anaknya. 



Suatu hari, anak Imam Ahmad bin Hanbal iaitu Abdullah bin Ahmad bertanya kepada bapanya akan satu soalan:

“Wahai bapaku, bilakah masanya kita betul-betul boleh berehat?”

Sambil memandang lembut ke dalam mata anaknya, Imam Ahmad bin Hanbal dengan penuh hikmah dan tenang lalu menjawab soalan anaknya itu:

“Kita hanya betul-betul boleh berehat apabila kaki kita sudah melangkah masuk ke dalam Syurga.”
ALLAHU AKBAR!

Sekian, wassalam.
Read More »

Friday, January 3, 2014

Perkongsian Ringkas Surah Baqarah 216

Bismillah.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk menulis di sini. Rasa untuk menulis membuak-buak dalam diri,rindu.

Ana nak share satu ayat. Surah Baqarah ayat 216.

"....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (2:216)

Bulan Disember lepas, Allah beri diri ini ujian berupa sakit biasa. Alhamdulillah diri ini terfikir tentang ini.

Biasalah bila sedang bercuti, kita manusia ini akan melakukan benda-benda yang kita suka dan mahu terutama hal-hal yang tidak dapat dilakukan saat sibuk dan sebagainya.

Apabila sakit, kita akan lebih menjaga makan. Mengurangkan pengambilan makanan segera indomee, keropok, minuman sirap dan bikarbonat dan membanyakkan mengambil pemakanan sihat dan minum lebih banyak air. 

Islam itu menjaga dan memelihara. Kita tak suka tapi itu yang baik untuk kita seperti yang disebutkan dalam ayat al-quran di atas. Belum tentu apa yang kita suka itu baik untuk kita dan boleh jadi apa yang kita kurang berkenan tu sebenarnya bagus untuk kita. Macam ubat selalunya pahit tapi menyembuhkan kita dengan izin Allah.

Selain itu, bila makan Rasulullah mengajar kita untuk tidak makan makanan darat dan laut serentak.

Dengan itu, kita harus pilih nak makan makanan darat (seperti ayam, daging) atau makanan laut (seperti ikan, udang,sotong, kerang). Kita dididik untuk tidak tamak sebenarnya. Selain dari itu juga, kita kena duduk saat makan dan minum. Sebab makan atau minum berdiri itu kalau tak silap saya cara syaitan. Minum dan makan duduk mendatangkan hikmah kebaikan sebenarnya kita boleh kaji dari segi kesihatan. Ada kajian yang menunjukkan kalau kita minum atau makan berdiri, umpama apa yang kita telan tu umpama benda jatuh menghempap terus ke sistem pencernaan kita. Lebih kurang begitulah maksudnya anda boleh lakukan carian lebih lanjut di internet.

Alhamdulillah kerana dilahirkan sebagai islam. Mari syukuri dan manfaatkan kelebihan ini. Peringatan untuk diri ana dan anda sahabat-sahabat sekalian.

Pesanan: Ingatkanlah diri ini saat lupa.... T_T
Read More »

Tuesday, April 16, 2013

Day 2

Bismillah....

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh.

Good morning~ Lets together we say alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah for what Allah gave us today and all we have before. =)

This song appears in my mind just now. one of UNIC song title demi cinta suci.

Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami

Subhanallah. If we relate to love to Allah our Creator also like that. Its not easy trying to find that love feeling. Mencintai bukan mudah dan cuba untuk tetap menjaga rasa cinta atu supaya tetap subur mekar juga bukan senang. So once we have that feeling, try to do something so that that love will not famish.

Lastly, I would like to share a hadith:

“Barangsiapa bershalawat kepadaku satu kali shalawat, maka Allah memberi  rahmat kepadanya sepuluh kali.” (HR. Muslim)

An easy thing to apply but with great benefit~~ Masya Allah....An encouragement for myself and generally also for anyone who reading this. Lets pray may Allah help us to remain in this path towards entering Jannah. <3 <3

Wassalam...till we meet again in the next article in future. In sya allah

Note: I know the title is not really relate with the content let the reason only betweeen me and Allah. =)
Read More »

Saturday, March 30, 2013

Kisah Sahabat Part 1 (Mus'ab bin Umair)

Bismillah....

Jom kita sama-sama cuba mengenali satu-persatu kisah sahabat rasulullah melalui sirah. Secara tidak langsung in syaa allah agar kita dapat mencontohi semangat-semangat mereka menegakkan Islam& syiar Allah.

Untuk kali pertama ini, ana nak berkongsi kisah Mus'ab bin Umair radiallahu anhu. Siapa kah beliau?

Dikisahkan bawa Mus'ab adalah seorang lelaki yang mempunyai wajah yang sangat hensem dan menjadi rebutan para perempuan di kota Makkah. Beliau dilahirkan dalam keluarga bangsawan. (Ada juga yang menceritakan Mus'ab memiliki sepasang anak mata biru.wallahu 'alam tak tahu sejauh mana kebenarannya). Ramai para gadis berangan-angan untuk menjadi pasangan Mus'ab si hensem rupawan.

Di dalam keluarga, orang tuanya sangat memanjakan Mus'ab. Segala kemahuannya pasti akan ditunaikan. Mus'ab terkenal selalu memakai pakaian yang indah-indah, cantik-cantik. Selain itu juga, Mus'ab selalu memakai haruman yang mahal. Dikatakan dari kejauhan orang ramai sudah dapat tahu kehadirannya sebab harum pewanginya boleh dihidu dari jauh. Ada juga diceritakan, seandainya pakaian Mus'ab diperah, pasti pewangi yang digunakannya dapat diperah. Subhanallah~~ Ibunya sangat menyayangi Mus'ab.

Sewaktu keluarganya mengetahui tentang keislamannya, keluarga Mus'ab sangat marah kerana beliau telah meninggalkan agama mereka yang diwarisi dari nenek moyang. Mus'ab di kurung tetapi akhirnya keluarganya membebaskan kerana mereka gagal menukar prinsip Mus'ab yang masih berpegang teguh dengan islam. Hingga pada suatu hari, Mus'ab melihat ibu kesayangannya berwajah pucat lesi jadi Mus'ab bertanya sebabnya. Ibunya menjawap:

 ".....Dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Mus’ab meninggalkan Islamnya"
Bayangkanlah....Sewaktu Mus'ab harus membuat pilihan: di antara nyawa dan sayang pada ibu yang telah melahirkan, membesarkan & menyayanginya ataupun Islam satu pegangan yang baru dianuti? Betapa satu keputusan sulit harus di buat. Mus'ab membalas:
"Seandainya Ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu persatu, saya tidak akan meninggalkan islam" 
Sebaik ibunya mendengar jawapan Mus'ab, sahabat inipun diusir dari rumah keluarganya. Mus'ab menerima tanpa mengeluh. Beliau lalu tinggal bersama saudara seislam menyambung perjuangan bersama Rasulullah dan sahabat yang lain.Hidupnya yang dahulu dilimpahi kemewahan kini serba kekurangan. Tanpa harta, pakaian yang cantik-cantik, makanan yang enak-enak dan apalagi pewangi langsung tidak ada.

Pada suatu ketika sewaktu ancaman dan siksaan yang dibuat oleh kaum Quraisy makin menjadi-jadi, Rasulullah memerintahkan sebahagian kaum muslimin untuk berhijrah ke Habsyah termasuk Mus'ab. Sekembalinya dari Habsyah, diri Mus'ab sangat-sangat berubah dari dulu sehingga Rasulullah mengucapkan:

“Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Mus’ab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.”
Kerana cintanya pada Islam, agama yang haq Mus'ab sanggup melalui kehidupan berliku. Meninggalkan kehidupan penuh kemewahan yang diberi daripada orang tuanya. Subhanallah....betapa hebat sahabat rasulullah ini....

Mus'ab bin Umair terkorban syahid sewaktu dalam perang Uhud. Sewaktu beliau ditugaskan memegang bendera kaum muslimin, tanpa takut Mus'ab menjalankan tanggungjawapnya. Bila tangan kanannya terputus dek serangan pihak musuh islam, Mus'ab masih gagah meneruskan perjuangan dalam perang dengan memegang bendera di sebelah kiri. Bila tangan kirinya terpotong, Mus'ab tetap memegang bendera tentera islam dengan kedua lengan yang masih ada sebelum akhirnya jatuh gugur syahid di jalan Allah. Memandangkan sewaktu ketika itu tentera islam serba kekurangan, jasad Mus'ab tidak dapat ditutup dengan lengkap. Bilamana kain yang menutupinya ditarik ke bawah, maka akan nampak terbuka bahagian kepalanya. Bila ditarik ke atas pula akan nampak kakinya. Maka dengan sedih Rasulullah menyuruh sahabat untuk menjadikan kain itu menutupi kepala manakala kakinya pula ditutupi dengan daun-daun untuk dikebumikan. Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar...... 


Ibrah(pengajaran) yang dapat kita ambil dari kisah sahabat ini [dari pendapat saya]:

1) Mari kita cuba untuk contohi semangat Mus'ab bin Umair radiallahu anhu yang tetap istiqomah berpegang teguh dengan islam walaupun hebat ujian yang perlu dilalui.

2) Cuba untuk menerima dengan redha  berlapang dada dan tidak bersungut ketika menghadapi musibah.

3) Tidak mudah berputus asa. Hidup harus diteruskan selagi nyawa, ruh masih ada dalam jasad.

4) Harta, pakaian yang cantik-cantik, kemewahan bukan segala-galanya. 
Read More »

3 Jenis Puasa Menurut Imam Ghazali


Bismillah....

Actually its been days I had planned to share this knowledge. Unfortunately I couldnt find accurate source of the dalil. Therefore, for those reading this, try to refer to other source for more correct details. I knew this from one ceramah held in one local university here.

 Imam al-Ghazali membahagikan darjat puasa manusia kepada tiga bahagian;

1. Puasa umum : iaitu berpuasa dengan menahan perut dan faraj (kemaluan) dari menikmati keinginannya (makan, minum dan sebagainya).

2. Puasa khusus : iaitu berpuasa yang disertakan dengan menjaga pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota dari melakukan yang haram atau dosa.

3. Puasa khususul khusus (paling khusus) : iaitu berpuasa dengan menyertakan semua yang tersebut di atas dan menambah lagi dengan berpuasa hati dari segala cita-cita yang kotor dan pemikiran-pemikiran keduniaan dan memesongkan perhatian dari selain Allah sama sekali.

Jadi puasa yang sebenar bukanlah hanya puasa zahir sahaja (iaitu dengan menegah diri dari makan, minum, bersetubuh dan sebagainya) tetapi juga berpuasa batin iaitu dengan menegah diri dari maksiat dan dosa. Seorang yang berpuasa di samping menjaga diri dari makan, minum dan sebagainya, ia juga mesti menjaga anggota-anggotanya dari dosa dan maksiat. Jika tidak ia tidak akan mencapai kesempurnaan puasa sebagaimana yang dikehendaki Allah.
Read More »

Friday, March 22, 2013

Sharing #1

Bismillah....Assalamu'alaikum warahmatullah wbt

Alhamdulillah Allah had choose me to be part of JOM II programme organise by one of the local mosque. The event was for three days. So I would like to share what I learn within the event.

1) Young adult should be energetic. Caused only old people have a low strength. =P

2) Difference between the term islam and Islam.

Islam- a noun, means person just islam in Identity Card (IC)
islam- a verb, means practicing islam as a way of life. How? By doing what must and should be done by muslim as what Allah and our Prophet Muhammad SAW told us to do so and avoid doing what we shouldnt do.

3) Islam in today's life is on risk and either we realise or not, sometime we did pijak-pijak our Dean. Shaytan always try to break us from obeying Allah eversince the first person created (Nabi Adam Alaihissalam). Besides from that, there's a community that keeps on making something which make muslim people to be away from Islam. Example? Singing a song, seeking for entertainment and so on.

4) Responsibility as muslim.

As for now thats what I remember. In syaa allah will share more if I remember. 
Read More »

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates