Assalamu'alaikum warahmatullah...
Dalam persahabatan umpama kita menanam sebiji benih. Proses setiap biji tu tak sama dengan yang lain. Begitu juga waktu berbuah dan waktu buah itu masak. Umpama setandan pisang, tak sama masak. Tambahan, rambut sama hitam, hati lain-lain. Pattern diri kita ditentukan bergantung pada cara hidup keluarga, persekitaran, bidang dan sebagainya.
Teringat phrase melayu. 'Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak'
Its ok to do that. Tapi bila terlalu banyak nak monitor, akan ambil masa yang lama untuk kita petik hasilnya. Sangat berbeza tumpukan perhatian pada 3 daripada beri perhatian siram 15. Mungkin saja bila banyak tu, akan ada yang lupa atau tak sempat diberi perhatian.
Terkait dengan analogi botol yang ana pernah kongsi di post lalu. Bila terlalu banyak perlu diperhatikan, kita akan rasa tertekan.
Selain tu juga, qualiti pun terjejas bila quantiti terlalu banyak.
Rezeki Allah itu luas dan universal. Ada orang yang murah rezeki ada keluarga bahagia rapat satu sama lain, ada yang kaya harta, ada yang sederhana tapi Allah kurniakan akal yang bagus dan selalu berjaya dalam ujian Allah nak dia lalui dan sebagainya.
Moralnya: Terkadang kita kena lepaskan sesuatu pergi dan berlalu. 'Tak semua kita suka itu baik untuk kita dan boleh jadi apa kita benci itu baik sebenarnya untuk diri kita.(Baqarah 216.Sila rujuk ye untuk lebih jelas dan betul)
0 comments:
Post a Comment