Ads 468x60px

Showing posts with label Random. Show all posts
Showing posts with label Random. Show all posts

Sunday, October 2, 2016

1 Muharam 1438H

Bismillah...Assalamu'alaikum warahmatullah wbt.

MasyaAllah how time flies so soon...Salam Ma'al Hijrah to all Muslims and Muslimat. May this year onwards our performance are better and more productive, allahumma amiiin.

Just a short coretan...


Pemandangan yang indah dan menenangkan. Usai solat maghrib dan doa, setiap saf terisi dengan jemaah meski tidak sepenuh tadi kerana sudah ada yang pulang memenuhi keperluan masing-masing.

Halwa pendengaran pula lantunan suara bacaan surat cintaNya dari jemaah. Menyambung bacaan al-Quran atau membaca surah Yasin barangkali. Selain itu ada juga yang duduk berzikir selain berkelompok bersama. Semua yang ada di situ punya tujuan yang sama. Trying to please Allah meraih redhaNya dan mengisi masa sambil menanti solat Isya'. Mengisi kedatangan tahun baru dengan berada di rumah Pemilik Bumi dan Alam Semesta. 
Read More »

Sunday, October 25, 2015

Tips Bangun Pagi Tanpa Rasa Letih

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamu'alaikum warahmatullah wbt. 


Saya nak kongsi tips ni. Cubalah dan rasakan perbezaannya~ 


Yang ni saya screen capture dari artikel bertahun sudah. Hari ni baru berkesempatan godek blog sendiri untuk cari dan kongsi. Wallahu'alam bissawab. Moga bermanfaat... =)
Read More »

Tuesday, June 9, 2015

Karya Menarik dari Penulis Lain (Part 3)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Assalamu'alaikum wmt~ ..Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aali sayyidina Muhammad (11x)


Alhamdulillah. Kali terakhir saya recommend karya penulis lain adalah bulan 10, tahun lepas. Sekarang dah 3 bulan kita berada di tahun baru. Tanpa membuang masa, jom Check it out~ Moga ada manfaat insyaAllah.



1) http://www.penulisan2u.my/2015/02/cerpen-aku-dan-si-debab

2) Kisah Abang Tembikai di profile fb Encik Sederhana

(@Rusydee Artz yang punya) , Cek sendiri lah ek link sebab saya sendiri belum habis marathon (tak tercari) keseluruhan entri yang lebih dari 40 bab. Kat ilham karangkraf pun rusydee artz tu ada post. Cuma perlahan update.

3) Izzah Haneefa (Penulis novel Imam Mudaku Romantik)
http://ihtellsusomestories.blogspot.com/2013/01/cerpen-sebelum-bersamamu_9846.html


4) Kat Fb

a) Ustaz Pahrol Mohamad Juoi 

Menarik buku-buku tulisan ustaz ni yang sudah saya pernah baca beberapa buah (tak baca semua lagi).


b) Dr Bilal Philips

c) Yasmen Mogahed (Penulis buku best selling- Reclaim Your Heart)


5) Kat youtube

Ceramah Habib Ali Zaenal Abidin upload oleh Cocombee, ceramah Ustaz Abdullah Khairi, Nouman Ali Khan, Ustaz Yusuf Mansur (tips undang jodoh, rezeki, sedekah).

To watch list: movie indonesia'Haji Backpacker'  cerita telemovie 'Hidupku, solatku matiku' lakonan Sharnaz Ahmad, Putri Balqis. tentang lelaki yang menghidap penyakit kusta dicemuh dipinggirkan masyarakat, Cerita islamik dan banyak pengajaran (itu yang saya baca dari review sorang sahabat)

Kalau korang ada suggestion, sharelah kat sini dengan tulis kat ruangan komen ye. Kongsi benda baik bersama =)
Read More »

Tuesday, June 2, 2015

Bicara Santai (2)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Hari ni nak berbicara mengenai sakit. Sakit itu penghapus dosa. Bila terlalu sakit, *cuba kenang rasa waktu sakit tu* Perit...



Allah...Ya Allah...sakitnya...Ya Allah sembuhkanlah, hilangkan rasa sakit ini...Lebih kurang begitu ungkapan yang kita selalu ungkapkan saat ditimpa ujian sakit fizikal (kepala, perut, luka berdarah, rasa ngilu dan sebagainya). 

"Daripada Ibn Abbas RA berkata : telah bersabda Rasulullah SAW : "dua nikmat yang kebanyakan manusia sering lupa dan lalai, iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang." (riwayat Bukhari)

Ya Allah...Bantulah kami untuk sentiasa mengingatiMu di saat suka riang bahagia dan saat susah dan derita. 

Ampunilah kami atas dosa-dosa kami dalam sedar sengaja ataupun saat lalai dan leka. Sungguh kami tidak sanggup ke neraka dan menerima azabmu di hari kiamat kelak. Na'uzubillahi min dzalik... 
Read More »

Random Post

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang





Manusia...hidup dalam tiga dimensi waktu.

Masa lalu-> kenangan

Masa sekarang-> kenyataan

Masa akan datang-> harapan, impian, khayalan atau cita2

Orang yang baik adalah org yang pandai mengambil pelajaran dari masa lalu untuk dapat menentukan sikap hari ini dan sekaligus merencanakan masa akan datang. Hari ini lebih baik dari kelmarin dan esok lebih baik dari hari ini.

-Ceramah KH ZainuddinMZ, Indonesia-






Read More »

Friday, May 29, 2015

Bicara Santai (1)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


R: Senyum nampak. Ada apa2 yang kau nak kongsi ke?

W: Aku teringat satu kisah. Nak tau? Cerita biasa aje pun...

R: Ceritalah.

W: Macam ni. Dulu zaman sekolah menengah dulu, aku suka pakai gelang biru ala-ala biji tasbih tu. Kalau waktu lapang atau rajin, aku jadikan macam tasbih pusing-pusing sambil zikir sorok dalam tudung.

Adalah satu hari tu sorang kawan lelaki tegur. Dia perasan aku selalu pakai gelang tu dan jam di tangan. Dahtu, pendekkan cerita, beberapa bulan lepas, aku terjumpa semula gelang tu waktu tengah kemas barang dalam bilik. Dan aku pakai semula waktu kat rumah, jenjalan. Untuk tujuan yang sama macam dulu.

Tup-tup, satu hari tu hilang gelang tu. Bila aku jumpa, dah putus sebab anak buah aku main. Aku tak marah pun...

R: So?

W: Aku baru teringat ibrah di sebalik yang terjadi.

Mungkin Allah nak jaga niat dan intention aku. Sebab memang secara tak langsung ada jugakla aku teringat kat lelaki yang pernah tegur gelang tu dulu. Jadi, Allah takdirkan gelang tu putus sebab nak jaga hati aku dari teringat lelaki yang tak halal untuk aku ingat dan kenang uhuk2.

Lagipun, ada je tasbih betul atau tasbih digital untuk diguna. Kalau takpun, kita boleh berzikir sambil kira dengan tangan. Sambil tengok tv atau rehat, bibir melafaz atau dalam hati sebut mana2 zikir...

R: Betul...Ada seorang ustaz pernah bagi tips, waktu rehat tengok tv tu, berzikir. Ke waktu tengah kemas rumah, memasak dan bila-bila lah. Sambil tu secara tak langsung bersihkan hati dan hati tak sunyi sepi dari ingat pada Allah.

*******

Sunnah rupanya zikir dengan jari ni. Kalau kita syg Rasulullah, kita akan ikut apa yang Baginda amalkan. Jom~ =)

Read More »

Monday, October 27, 2014

Karya Menarik daripada Penulis Lain (Part 2)

Bismillahirrahmanirraheem....

Assalamu'alaikum warahmatullah....Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aali sayyidina Muhammad (11x)



Dah lama blog ni tidak terisi dengan entri baru. Rindu nak menulis tapi kena pentingkan prioriti utama untuk waktu sekarang. Entri kali ni saja nak berkongsi cerpen-cerpen yang menarik untuk dibaca kalau korang nak baca cerpen rehatkan fikiran sekejap dari kesibukan harian.

Cerpen yang bagi saya menarik. Check it out~:


1) http://illashanahila.blogspot.com/2014/06/29-hari-ituaku-rindu.html

2) http://ilmu-itu-cahaya.blogspot.com/2011/11/cerpen-hadiah-hijrah.html

3) http://zubaidahibrahim-farishaimani.blogspot.com/2014/05/the-one-who-loves-you-most.html

4) http://zubaidahibrahim-farishaimani.blogspot.com/2014/05/andai-dia-jodohku.html

Ni cuma random pick. Saya minta maaf andai penulis-penulis lain ada yang kecik hati cerpen dia tak disebut kat sini. Kalau nak sebut semua memang sampai esok pun tak habis-habis tulis. Hehe jangan marah aa~ =)
Read More »

Saturday, April 12, 2014

Karya Menarik dari Penulis Lain...

Bismillahirrahmanirraheem....

Assalamu'alaikum warahmatullah....Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aali sayyidina Muhammad (11x)



Sobahul khair @ selamat pagi. Saja nak berkongsi cerpen-cerpen yang menarik untuk dibaca. Manalah tau ada yang sedang bosan dan nak membaca sesuatu tapi dah tak ada yang menarik perhatian dan sebagainya.

Cerpen yang bagi saya menarik:

1) Saudara Aizuddin Abdul Hamid. Salah seorang team LangitIlahi.com. (link blognya di sini)

2) Mini Novel di blog saudara Iqbal Syarie. Saya ada simpan link blog milik beliau di sebelah kanan blog saya. Saudara Iqbal Syarie ada berkongsi enovel tulisannya di sebelah kanan blog milik beliau. Oh ya. Saudara Iqbal Syarie ni sudah mempunyai buku hasil tulisan beliau yang bercetak (link blognya di sini)

3) Saudari wardatulsyauqah. Juga ada saya simpan link blognya di sebelah kanan blog saya. Ukhti ini pun ada menulis karya habis dan sudi memberi peluang membukakannya untuk bahan bacaan orang ramai.  (link blognya di sini)

4) Daripada penulis Nohara al-ramadhani

Cerpen-Jalan-Kembali
Cerpen aku Cinta Muhammad S.A.W



Minat masing-masing mungkin berbeza. Yang di atas tu adalah antara karya yang bagi saya menarik kerana plot ceritanya mengamalkan ajaran islam dalam hidup (practising islam in daily life) dan mengajak pembaca melihat sesuatu dengan konteks daripada kacamata iman.

Sekian, wassalam.


Read More »

Wednesday, February 26, 2014

Random (13)

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum warahmatullah....

Letih. Hidup yang meletihkan. Lumrah bila kita menginjak semakin dewasa, akan ada macam-macam tanggungjawap, tugasan dan pelbagai benda nak dibuat.

Ada beza antara dekat dan setia di sisi kita being by our side while we confronting hard time.  Moga kita tergolong orang yang ada di sisi. Hidup yang meletihkan....

Cheer up! Rasa letih akan hilang. Waktu kita lahir ke dunia, kita memang seorang. Bila kita meninggal dunia, kita pun akan seorang dalam kubur menghadapi soalan malaikat mungkar dan nangkir. Jadi, jagalah Allah, semuanya akan berjalan lancar urusan kita biiznillah....Sebagaimana bahagia ada penghujung, begitu juga kisah duka kita suka tu. =)


Read More »

Tuesday, February 25, 2014

Random (12)

Bismillahirrahmanirrahim



Entri kali ni berkait dengan post sebelumnya 'Random (11)'. Tentang melalui hari sukar.

Ditakdirkan Allah semalam rupanya ada yang Allah nak ajar pada diri ini. Pagi tadi baru ana sedar.

Saat menonton televisyen semalam, kata ustaz tu setiap kebajikan Allah akan beri ganjaran. Kalau ada yang memberi nasihat, terimalah nasihat itu walau dari siapapun ia. Ambil yang baik, buang yang buruk. Tazkirah ni dalam drama tontonan dan pelakonnya banyak kanak-kanak.

Lepastu dalam channel lain, ada artis berkongsi. Saat dia melalui hari sukar kerana urusan mahkamah, adalah suatu hari lepas dia solat Isya, dia minta pada Allah kekuatan. Dengan kuasa Allah sebaik lepas dia meminta tu, on the spot dia rasa kuat untuk menghadapi ujian tu. Ujian yang dia kena lalui ni kena ditahan dalam penjara. Ujar artis ni, dari dia minta kekuatan, berdoa pada Allah tu, saat dalam penjara dan sampailah keluar penjara, dia langsung tidak menangis. Dia dapat terima dan melalui fasa itu. Sebaik dia keluar penjara, dia singgah dulu ke masjid sebelum pulang ke rumah. Hanya saat itu barulah dia menangis kegembiraan kerana sudah melepasi hari sulit itu. 

Betul lah kan petunjuk Allah sentiasa ada buat kita. Samaada dalam kita sedar dan perasan atau tak. Hidayah Allah sentiasa ada buat mereka yang berfikir. Macam dalam cerita ana di atas daripada drama dan talkshow biasa.

Moga Allah beri kita kekuatan melalui ujian-ujian nya. Amiiin amin amin....


" Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah: 153)

Read More »

Random (11)

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamu'alaikum warahmatullah....

Sobahul khair~ Moga antum berada dalam keadaan sihat sejahtera...

Saat kita diuji Allah dengan sesuatu yang kita tidak suka, suasana sedih, tertekan dan sebagainya, kita rasa jatuh dan lemah untuk terus melangkah. Rasa nak putus asa...

" Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam)......" (Surah Ali Imran:103)

Cheer up! Kita tidak berseorangan. Kita ada Allah yang sentiasa bersama kita dan bersedia mendengar luahan kita. Allah tahu apa yang kita lalui. Allah nak kita mengadu padaNya. Allah tak pandang kecantikan fizikal kita dan bukan keputusan yang dilihat. Allah pandang pada usaha kita.

Kalau kita mengharap hanya  pertolongan  daripada manusia, kita akan rasa kecewa. Manusia hanya melihat luaran. Selalunya orang akan cenderung mengkritik, judging, criticising. Sedap mulut mengata.


Orang A: Huh. Dia tu yang malas usaha. Kalau rajin usaha, mesti tak jadi macam tu. Kakak dia elok je berjaya, habis universiti dah.

Orang B: Dia tu tau makan tidur. Bangun tengahari ke petang, keluar turun ke dapur tau makan, lepastu tidur. Itulah rutin dia. 


Orang yang pernah melalui masalah yang kita sedang lalui, mungkin akan membantu memberi saran.  Kalau orang awam yang baik biasanya mendoakan, memberi kata-kata positif agar kuat dan tidak putus asa.Selebihnya bergantung pada diri kita sendiri.

Orang hanya memandang, bahu yang memikul yang merasa dan tahu apa yang jadi. Menangislah andai itu akan melegakan emosi. Mengadu pada Allah. Pohon pertolongan Allah dengan sabar dan solat. Dengan mengingati Allah, jiwa akan merasa tenang.

Cuba kita perhatikan dalam dunia ni. Berapa ramai yang membantu dan setia berada di sisi supporting dan beri galakan saat ahli keluarga/sahabat/ rakan sekelas menghadapi hari sulit? Ya. mulut mudah mengatakan 'you have us supporting you', 'you are not alone'. Kalau ada apa-apa yang boleh dibantu....dan macam-macam lagi. Tapi BERAPA RAMAI YANG MEMAKSUDKAN DENGAN BETUL-BETUL SEPERTI YANG DIKATA?

*Senyum. You know the answer since I believe each of us had encounter that hard unpleasant situation *.Sepertimana  bahagia tidak kekal, masalah juga akan ada penyelesaian sooner or later. Cheer Up! We have ALLAH by our side. 

Ucapkanlah zikir ini:

 Yakinlah dengan pertolongan Allah. Allah Maha Berkuasa. Dengan bantuan dan izin Allah, kita akan mampu melalui segala ujian. Semuanya daripada Allah.


Read More »

Saturday, February 22, 2014

Random (10)





Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamu'alaikum warahmatullah...

Hari ni beri peluang diri ni terfikir banyak perkara. Allahu Allah...Nikmat, rezeki dan rahmat Allah sungguh sangat luas...

Pertama, alhamdulillah atas nikmat masih ada orang tua.

Rasulullah kita yang tercinta dilahirkan dalam keadaan yatim kerana ayahnya Abdullah bin Abdul Mutalib meninggal dunia ketika Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam masih dalam perut kandungan bondanya, Aminah binti Wahab. Baginda kehilangan bonda ketika berumur enam tahun. Masya Allah....

Minggu lepas ana ada terbaca di suratkhabar perkongsian Ustaz Kazim Elias-penceramah program 'Kalau Dah Jodoh' di siaran Astro Oasis. Beliau kehilangan ayahnya ketika berumur beberapa bulan. Ustaz anak bongsu dan hanya mengenali ayahnya dari cerita adik-beradiknya dan ibunya.

Tadi, ana berjumpa artikel di internet, tentang juara Imam Muda musim Kedua iaitu Imam Muda Hassan. Beliau kehilangan ayahnya saat darjah satu pada tahun 1992.

Ustaz Jefri al-Buchori, seorang ustaz di Indonesia yang ramai pengikut kalangan warga belia pergi ketika berumur 40 tahun pada April tahun lepas (2013). Ustaz yang juga dikenali sebagai Uje pergi meninggalkan empat orang anak yang masih kecil dan seorang balu. Diri ini hanya mengenali beliau setelah pemergiannya meninggalkan dunia ini.

Beberapa bulan lepas pula, ada seorang saudara ana pergi mengejut. Beliau meninggalkan tiga orang anak dan seorang balu yang sedang mengandung. Pemergiannya beberapa hari sebelum ulangtahun anak sulungnya.

Sungguh, diri ini rasa terpukul, tepat di hati...Allahu Robbi...Moga Allah beri kekuatan dan permudahkan urusan, murahkan rezeki ahli keluarga yang ditinggalkan. Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi dahulu. Daripada Allah kita datang, dan kepadaNya jualah tempat kita kembali. In syaa Allah kita juga akan menyusul mereka bila-bila masa...Semoga kita terus diberi hidayah, taufiq dan rahmat Allah, dimatikan dalam keadaan beriman dan husnul khotimah. =')

Mungkin saja ketika ini kita sedang diuji Allah dengan ujian yang kita rasa berat dan pahit. Kita tak tahu rahmat yang tersembunyi disebalik ujian yang Allah berikan pada kita. Mungkin saja jika tidak rasa susah/pahit ni, kita akan semakin jauh dari Allah, meletakkan Allah nombor dua dalam hidup kita. Na'uzubillah min dzalik. Cheer Up! Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambanya.

Syukur. Kerana kita masih beruntung ada tempat tinggal, makanan, selamat dan aman, boleh tidur selesa di tilam empuk, nikmat kesihatan, nikmat cukup anggota dan pancaindera dan macam-macam lagi. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...


' Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?'




Read More »

Tuesday, February 4, 2014

Random (9)

Bismillahirrahman nirrahim....

Assalamu'alaikum warahmatullah...Semoga antum dalam keadaan sihat sejahtera dan diberi ketenangan oleh Allah walau apapun dugaan yang sedang dilalui....Biiznillah.amin amin amin~ =)


Perkongsian ringkas....

Boleh joke, tapi tak boleh banyak2, nanti darah tinggi.

Boleh berhibur asal kena dengan caranya. Tak boleh banyak2 juga nanti lalai dengan nikmat dunia.

Tak boleh ambil selalu manis2 nanti kencing manis. Kadang kita perlu ambil benda pahit yang mendatangkan kebaikan pada kita. Tapi jangan sengaja menyusahkan diri sengaja cari pasal. No no no bukan begitu ya...

Status: Sedang mula menulis cerpen untuk dikongsikan dalam blog ni sebaik siap in syaa Allah. Masih dalam proses berusaha menyiapkan. Mohon doanya ya sahabat-sahabat sekalian....Sekarang ni kena terima hakikat tak boleh one go siapkan sebab masih ada keperluan lain untuk diberi perhatian yang lebih penting. Jadi tak boleh dah menulis setiap hari. Sedih tapi macam Surah Baqarah ayat 216. Terima ajelah. Cheer Up~~


Read More »

Wednesday, January 29, 2014

Random (8)


Diri ini adalah hamba Allah...
Diri ini dijadikan khalifah Allah sama seperti manusia lain
Diri ini dipertanggungjawapkan setiap apa yang dilakukan di bumi ini. Semua akan dihisab di akhirat kelak.Allahu Allah...

Adakala diri ini lemah untuk terus melangkah
Lelah menepis dugaan, cubaan yang datang
Allahu Allah...Sungguh kemampuan kita terbatas.
Hanya kepada Allah tempat kita bergantung harap, merintih, mohon pertolongan.

Allah~~~~Allah....
Izinkan ku menangis....Sukarnya....
Diri ini hampir jatuh....
Pahit....I know, langkah harus diteruskan....
T_T ='(

Mohon doanya sahabat-sahabat...Moga Allah beri kita kekuatan iman dan hati untuk tsabat dan istiqomah di jalan kebenaran...Moga Allah kuatkan semangat kita untuk terus berlari di jalan menuju jannah ini.... =')

Read More »

Tuesday, January 28, 2014

Analogi 4 Bagaimana Jalan Kita Lalui Berbeza?

Bismillah...

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarkatuh

Hari ni kita akan memperkatakan tentang Jalan. Bagaimana Jalan Kita Lalui Berbeza?

Bergantung pada pemilihan kita. Setiap hari adalah perjuangan dan jalan yang kita pilih? Kanan, depan, kiri.

Kita perlu memilih kanan selalu. Kanan umpana kebenaran, jalan menuju Jannah. Kiri pula jalan kurang baik, sesat. Tak semestinya begitu. Ni analogi sahaja.

Depan selalu dikaitkan dengan maju atau bertahan.

Kiri, mengikut nafsu, hiburan dan dunia.

Jadi dalam setiap hari, pilihan kita.

Kanan: berjuang sepenuh hati dan semampunya
Depan: Bertahan.
Kiri: mengikut nafsu, duniawi dan hiburan.

Bila kita selalu memilih kiri, akan susah untuk patah balik dan cari jalan right track. Bila kita selalu ambil keputusan bertahan, tak boleh lama-lama di satu tempat sebab umpama di pesisir pantai. Lama-lama daratan itu akan terhakis. Kita akan tenggelam atau jatuh ke jurang.

Sebaiknya, kita berjuang semampunya dan istiqomah. Boleh ambil jalan bertahan tapi tak boleh selalu. Kena teruskan melangkah juga.

Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang di depan mata para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Nafsu dan godaan syaitan akan berusaha menyesatkan kita dan lalai dengan dunia. Setiap hari adalah perjuangan.

Seperti kata Imam Maliki, kita akan dapat berehat bila sudah meninggalkan dunia ni.

Alam barzakh kita rehat atau diseksa hingga datangnya hari perhitungan (hisab). Lepas amalan kita dipersoalkan, berada di alam akhirat keputusan ada dua. Syurga atau neraka. There's no turning back bila kita dah meninggal dunia. Allah ada sebut tentang ada manusia yang minta dihidupkan kembali di dunia sebab takut diseksa. INGAT!!!!
  
Nota untuk diri sendiri sebenarnya...
Read More »

Sunday, January 26, 2014

Random (7) If I let You Go

Bismillah...

Assalamu'alaikum warahmatullah....

But if I let you go I will never know
What my life would be, holding you close to me
Will I ever see you smiling back at me?
How will I know
if I let you go
But if I let you go I will never know
oh baby
Will I ever see you smiling back at me?
oh yeah
How will I know
if I let you go ?
- Westlife, If I let you go


Suatu ketika dulu, itulah lagu yang selalu kita kumandangkan...Kenangan indah memori saat kita membesar bersama.

Sahabat,
Jujur....Diri ini pernah rasa takut.
Terfikir kemungkinan.
Seiring waktu berjalan,
kita semakin menjauh.
Masing-masing sibuk dengan kesibukan.
Jalan yang kita lalui sudah berbeza.
Mungkinkah persahabatan kita akan makin menjauh? T_T
Tapi diri ini still remain you close to my heart.

Alhamdulillah, alhamdulillah thumma alhamdulillah...Syukran sahabat. Jazakunnallah khair wa ahsanal jaza. Memang tak dapat nak pastikan setiap hubungan tu tapi alhamdulillah syukur masih ada seorang dua. =)

Sekarang ni, walau kita jarang meluangkan masa bersama dalam dunia realiti, sesekali berhubung guna kemudahan internet, dalam doa kita bertemu ya sahabat-sahabat. Memang sakit bila rindu mula hadir dalam diri. Hanya doa dipanjatkan kepada Allah Sang Pemilik hati makhluk yang hamba sayangi tu. =')

Jauh di mata
Tapi dekat di hati....
Read More »

Saturday, January 25, 2014

Analogi 3 [Muhasabah]

Bismillah...

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarkatuh

Hari ni dah berapa hari bulan? Dalam satu tahun ada 365 hari. Jadi tolak hari-hari yang sudah berlalu tahun 2014 ni.

Bayangkan kita ada 365 halaman kertas buku. Itulah peluang untuk kita isi. Just keep doing and writing. Masa terus berlalu tanpa menunggu kita.

1)
Kena selalu audit diri. Cari jalan to solve bukan cari alasan. 24 jam sehari tu kena audit. Manalah tau kita terlebih invest dalam hiburan.Kena review semula performance diri kita. Mana yang baik, teruskan. Yang kurang baik tu, kurangkan dan buang =.=


2)
Mungkin saja, kita rasa prestasi performance kita di tahun baru ni dah okey. Tapi bila dilihat, rupanya kita semakin jauh dari Allah. Hubungan dengan Allah terabai. Na'uzubillah min zalik ya Allah....Jauhkan kami dari itu....Itu namanya istidraj.

3)
Aktifkan benteng diri kita setiap masa. Kita ni mudah goyah. Tetaplah istiqomah dan aktifkan pagar diri dari serangan musuh yang nyata mahupun yang tersembunyi. Amalkan bacaan quran dan zikir agar terus dalam lindungan Allah dari bencana, merbahaya dan serangan yang cuba untuk mencelakakan diri kita.

4) Ibarat pie chart. Dalam 24 jam yang kita ada tu, kita kena isi. Terpulang apa yang kita mahu.

-> Theory/plan, action/apply, review previous performance dan sebagainya. Kita cuba untuk
pastikan ada performance. Bukan constant 0. Tapi lumrah ada menaik, menurun. Selagi kita hidup, memang nadi kita ada macam dalam gambar ni kan?




Nota: Tak semua kita dapat analisis. -.-

Please do remain me in ur du'a ya sahabat-sahabat sekalian.....

Read More »

Saturday, January 18, 2014

Random (5)

Bismillah....

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh....

Hari ini in syaa Allah perkongisian santapan ringan. =)

Bila mengingatkan lagu hari raya, lagu apa yang ada dalam fikiran korang? Kalau ana....

1)
Masih ada yang sayang padamu....
Masih ada yang rindu padamu....
Usah dikesalkan dirimu...
Senyum-senyum selalu....

Cheer Up! Lumrah bila semakin dewasa, masa terhad. Kita beruntung sebenarnya. Setiap orang Allah tetapkan rezekinya. Cuba fikir-fikirkan. Nikmat yang Allah beri kita.

Nikmat Kesihatan,  sempurna anggota dan pancaindera, ada rezeki makan dan minum dan macam-macam lagi. Pandanglah ke bawah selalu usah setiap masa setiap detik memandang ke atas. Masih ramai yang menderita dan kurang beruntung.


2)
Yang jauh, kita dekat-dekatkan,
yang dekat, kita erat-eratkan.


Pelik? Biasalah. Setiap orang tak sama. Ibarat kita memandang keluar dari tingkap yang sama. Seorang mungkin memandang pokok-pokok, seorang memandang kereta, seorang menikmati angin atau pemandangan. 

Senyum.  Tetaplah ceria dan optimis~ Setiap hari adalah peluang untuk kita. Seperti kata-kata Hassan al-Basri:

O Son of Adam, you are only a number of days. Whenever a day passes, a part of you passes away.


In syaa Allah semoga kita bertemu kembali dengan bulan Ramadhan dan Aidilfitri. Bulan yang selalu keluarga berkumpul dan banyak meluangkan masa bersama berbanding bulan-bulan lain. Semangat~!



Read More »

Wednesday, January 15, 2014

Random (4)

Bismillah...

Assalamu'alaikum warahmatullah wabaratuh...

Hmm...Hari ni ana ada satu analogi. Satu hari ibarat minum air satu botol penuh. Setiap hari kita kena minum habiskan satu botol tu. Kalau tak, akan banyak botol yang berkumpul sebab tak habis lagi. Bila lama-lama macam tu, kita akan tertekan dan stress. Sebab kita rasa terbeban.

Perkara Pertama:
Sebab tu, kita kena tahu kemampuan kita. We need to know our limits. If its beyond our limit, step back. Ibarat bila langkah kita menghampiri pagar, takkan kita nak terus maju sedangkan ada batas pagar. (Ana sedang membincangkan bab know our limits bukan tetap bertahan dalam zon selesa. Tak payah buka bab itu nanti complicated pulak. )

Contohnya: Kita nak capai target 5 pusingan berlari dalam trek. Untuk tahap fit kita tetapkan untuk diri sendiri.

Step 1: Kena biasakan diri dulu bersenam.
Step 2: Cuba berlari semampunya. Mungkin saja dalam satu larian tu cuma mampu 3 pusingan.

Step 3: Bila kurang sihat atau banyak benda nak dibuat yang perlu perhatian (kerja, urusan di rumah, kerja sekolah, dan sebagainya) mungkin kita hanya mampu buat satu pusingan je satu sesi. Kalau hujan, mesti tak dapat lari di trek kan. Mungkin saja inisiatif lain meluangkan masa di gimnasium atau senaman dalam rumah.

Step 4: Bila waktu cuti, baru dapat lakukan 5 pusingan larian dan lebih banyak dari waktu kebiasaan.

# Yang penting istiqomah@ berterusan.Setiap hari kita kena minum air putih kan dalam quantiti yang disarankan oleh doktor. Kalau kurang setiap hari atau tak minum air putih langsung, kita akan dehydrated yang mengundang penyakit hinggap pada kita.  


Perkara Kedua:
Q- Tak boleh ke kita sambung esok harinya? Kalau bab kerja, boleh aje kan macam tu? Kerja di pejabat sebaiknya tinggalkan di pejabat supaya masa dengan keluarga lebih berkualiti.

Jawapan: Ya boleh je kalau macam tu. Bergantung pada kemahuan kita. Kalau kita lebih suka cara macam tu, kalau tak siap hari ini sambung esok hari. Cuma itulah. Tiap hari akan ada lagi kerja baru, sesuatu yang nak diselesaikan . Bila banyak, kita akan tertekan. Sebab itu, sebaiknya kerja hari ini diselesaikan hari ini.

Know your limits. Lepastu tetapkan saranan. Kalau ada satu kerja, pecahkan jadi tasks kecil ikut kemampuan kita nak diselesaikan.


Perkara Ketiga:
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." 
(Surah al-Baqarah: 216)

Lumrah . Kita ada banyak idea, macam-macam nak dibuat. Tapi kita ada masa yang terbatas jadi ada sesetengah perkara kita kena lepaskan. 

Ya kita mampu untuk melakukan tapi kemampuan dan masa kita terbatas. Kena pastikan prioriti kepentingan. Mana yang WAJIB kita lakukan, VERY IMPORTANT, IMPORTANT, penting tahap sederhana, penting tahap rendah.


Sekian, terima kasih. Kalau kurang jelas apa yang ana nak sampaikan, tak apalah. Tak penting pun... Sekadar perkongsian.....=)
Read More »

Sunday, January 12, 2014

Random (3)

Bismillah...

Assalamu'alaikum warahmatullah....


Sekeping hati dibawa berlari...
Jauh melalui jalanan sepi...
Jalan kebenaran indah terbentang..
Di depan mata para pejuang...

Tapi...
Jalan kebenaran...
Tak akan selamanya sunyi..
Ada ujian yang datang melanda..
Ada perangkap menunggu mangsa....

Begitulah bait-bait lirik lagu kumpulan Saujana bertajuk Suci Sekeping Hati.

Setiap hari perlukan perjuangan. Melawan hawa nafsu dan godaan syaitan yang sentiasa cuba untuk menyesatkan kita umat manusia dari kebenaran. Pelbagai dugaan kita kena lalui untuk tetap berdisiplin, untuk istiqomah mencapai azam yang telah dibuat dan sebagainya.

Lumrah. Dalam kita melangkah ke depan, akan ada onak duri dan konflik yang kita kena tempuhi. Walau apapun ia, ana doakan, moga Allah bantu kalian dan permudahkan urusan yang sedang kalian hadapi. Ihfazillah, yahfazka- Jagalah Allah, Allah menjagamu. Fa iza 'azamta fatawakkal 'alallah- Setelah kamu berazam, maka bertawakkal lah, berserah pada Allah.

' Kalau bukan sebab dosa-dosa kita disembunyikan Allah, entah-entah tiada siapa pun yang mampu puji-memuji antara satu sama lain'-quoted


Read More »

Tazkirah Santai

Tazkirah Corner....

Di Uji...

'Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?'
(Surah al-Ankabut:2)

'Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang menyakitkan hati...'
(Surah Ali ‘Imran:186)

'Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar...'
(Surah Al Baqarah:155)


Bersabarlah...

'Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat....' (Surah Al Baqarah:45)

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu...'
(Surah Ali ‘Imran:200)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...' (Surah Al Baqarah:286)

'....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'
(Surah Al Baqarah:216)


La Tahzan...

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang yang beriman'
(Surah Ali ‘Imran:139)

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah'
(Surah Ali ‘Imran 110)

'Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka......Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang besar'
(Surah At Taubah 111)


Never Give Up!!!(La Tai-a-su)

'....Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir'
(Surah Yusuf:87)

'..."Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...'
(Surah At Taubah:129)

'Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu...' (Surah Ali ‘Imran:160)

Note (Reminder):


Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak pernah puas dan daripada doa yang tidak dimakbulkan. Amin Ya Rabbal 'alamin...

Ilmu yang baik perlu dimanfaatkan.
Baca+ fahami+ hayati+ praktikkan+amalkan.


"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."[Imam Ghazali]
 

Ahlan Wa Sahlan

Mohon maaf still under construction. Walau bagaimanapun, feel free to read any posts available here. Semoga ada manfaat...

Ahlan Wasahlan. Welcome~

Assalamu'alaikum...Ahlan wasahlan...Syukran wa jazakumullah khair atas kunjungan antum di sini. Moga bermanfaat. Ana hanya insan biasa, hamba Allah yang masih cuba berusaha memperbaiki diri untuk persiapan bekalan di akhirat kelak...

Akhir kalam, lets always make a du'a may all of us part of muslimeen, mu'miniin, solihiin, sobirin, muslihin, muhsinin, muttaqiin, & mumtazin fidunya wal akhirah wa ahlul Jannah. amin amin amin...

If you want to contact me, for the time being just leave a comment on any post on this post. In syaa Allah I will reply.

Sekian, Wassalam...
 
Blogger Templates