Bismillah....
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tanpa membuang masa, jom semak jawapan
1) Berapa surah yang ada dalam al-quran?
- 114 surah
2) Surah apakah yang digelar sebagai Ummul Kitab?
- Surah al-fatihah. Surah yang pertama dalam susunan.
3) Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam adalah rasul utusan Allah yang terakhir pada umat manusia. Bilakah tarikh kelahiran baginda?
- 12 Rabiulawal tahun gajah bersamaan hari Isnin 20 April 571M. (maklumat tambahan taqwim tahun hijrah dimulakan di zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab)
4) Malaikat Jibril telah ditugaskan Allah penghantar wahyu pada Rasulullah. Apakah ayat dan surah yang pertama diturunkan oleh Allah pada Rasulullah?
-Surah al-alaq ayat 1-5. tempat diturunkan: gua hira.
5) Apakah peristiwa Rasulullah naik ke langit.
- Peristiwa Isra dan Mikraj. Berlaku pada 27 Rejab. Kisah perjalanan rasulullah dari masjidil haram ke baitul maqdis dalam masa satu malam dengan kuasa Allah.
6) Apa nama solat sunat yang kita lakukan di siang hari selepas waktu Syuruk dan habis sebelum masuk waktu Zuhur? Hint: sinonim dikenali untuk mohon rezeki dari Allah.
- Solat sunat Dhuha.
7) Siapa nama malaikat yang ditugaskan mencabut nyawa?
- Malaikat Izrail.
8) Apa bulan selepas bulan Ramadhan? Bulan apakah ia? Sila jelaskan secara ringkas.
- Bulan Syawal. Bulan kemenangan bagi umat islam setelah berpuasa selama satu bulan di bulan Ramadhan.
9) Siapa rasul Allah yang lahir tanpa bapa atas izin Allah lahir ke dunia dengan sempurna. Dikenali sebagai ruhillah.
- Nabi Isa. Ibunya bernama Maryam.
10) Sila sebut waktu solat yang 5.
- Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, Isya.
Macamana? Betul semua? Mabrouk.....Syukran kerana sudi menjawap. Sila mengikuti keluaran yang akan datang in syaa Allah.....
0 comments:
Post a Comment