Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh~
Sobahul khair! (Selamat pagi)...Moga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera. Apa khabar iman hari ni? Semoga hari demi hari akan bertambah in syaa Allah amin~
Al-kisah, pagi ni terliur nak makan telur rebus. Jadi cuba masak sendiri untuk kali pertama dalam hidup. Rasanya sebelum ni tak pernah masak sendiri ataupun dulu dalam pengawasan ahli keluarga tengok kot.
Analogi yang saya dapat masa proses nak memasak tu:
1) Telur mudah retak. Kena hati2. Macam tu juga hati dan perasaan. Keduanya mudah tertoreh dan terluka walaupun kita tak sengaja. Kena hati2 dengan percakapan supaya tak menyinggung perasaan orang.
2) Kalau dah retak, tak dapat nak pulihkan. Ni untuk kes telur lah sebab bila dah retak, tak dapat nak guna gam ke apa untuk hilangkan retak tu. Kalau bab hati dan perasaan, bergantung pada individu. Kadang ada yang cepat sejuk, ada yang dapat memaafkan tapi ambil masa untuk rasa luka tu pulih/sembuh.
Waktu tengah cari gambar tadi, terjumpa khasiat telur rebus. Antaranya:
1) Dapat menjaga berat badan
2) Cepat memberikan rasa kenyang, kerana telur mengandungi protein yang lebih lama dicerna oleh tubuh.
3) Meningkatkan penglihatan, kerana telur memiliki kandungan lutein dan zeaxanthina sebagai antioksidan yang dapat membantu meningkatkan penglihatan. Juga melindungi mata daripada risiko katarak.
4) Membantu kesehatan rambut dan kulit, kerana telur mengandungi protein dan sulfur
5) Menjaga kesehatan otak, kerana kandungan choline dalam telur dapat membentuk molekul menyerupai lemak dalam otak, yaitu phophatidylcholine dan sphingomyelin. Kedua zat tersebut dapat mengisi sebagian besar massa otak, sehingga sangat penting untuk fungsi dan kesehatan otak.
6) Mengandungi vitamin D, bagus untuk kekuatan tulang dan imunisasi badan.
7) Menghilangkan jerawat. Caranya: gunakan putih telur sebagai masker. Cara ini bukan sahaja insyaAllah akan menghilangkan jerawat tetapi juga akan membuatkan kulit muka halus.
Kalau nak tahu lebih lanjut, anda boleh lakukan pencarian di google atau rujuk mana-mana doktor/pelajar perubatan. Wallahu 'alam bissawab. Semoga bermanfaat~
0 comments:
Post a Comment